Salam semua!
Zara sudah selamat tiba di rumah dengan jayanya.
Alhamdulillah, kepenatan tidak terasa disebabkan Bab 2 Legasi Cinta Alisia sudah berjaya disiapkan.
Tunggu sahaja pelancarannya kepada umum esok ya?
Mengenai perhimpunan penulis blog dan pembaca yang berlangsung semalam, ya, memang hebat sekali. Walaupun kerap kali dibuli disebabkan penulisan aku yang INI, aku dengan tabah dan redhanya senyum sambil bersilat-silat juga.
Terima kasih buat yang sudi hadir.
Aku sungguh gembira berjumpa kalian semua yang hebat-hebat belaka.
Sungguh!
Amaran.
Penuh dengan gambar.
Sila tabah mengheret tetikus ke bawah.
Belakang : Kak Kujie.
Depan : Azrul. Zara, Kak Azie Azah.
Ini Ita Fukada.
Datang daripada Bangi semata-mata kerana aku.
(Eh, itu kenyataan dia. Sila percaya)
Bapak Gegula sedang menemubual aku.
Eh, bukan untuk rancangan Bersamamu.
Walaupun mukanya kelihatan garang, dia memang baik hati.
Betul.
Bersama Mazidul Akmal Sidik.
Bukan untuk 360.
Tiada unsur jenayah di muka aku ya?
Ita Fukada, Kak Kujie dan Zara.
Eh, memang sengaja aku tanggalkan cermin mata.
Mahu rasa diri muda remaja.
Ketawa.
Kabur!
Mesti Bapak Gegula makan gula banyak sangat.
Habis subsidi negara.
Kenapa yang dua hujung sahaja yang menarik gambarnya?
T____T
Ada gaya kumpulan nasyid?
Tidak, yang tengah itu bukan Yuna.
Ketawa.
Gila perasan Zara.
Oh, aku sangat suka gambar ini.
Ada banyak lagi, tetapi kalian kena jengah Mukabuku aku ya?
Eh, kata cintakan Zara?
Terima kasih sekali lagi buat yang sudi datang.
Kalau terbaca tentang ini, sila tinggalkan alamat blog kalian buat aku di ruangan komen.
Bab 2 Legasi Cinta Alisia akan muncul esok.
Sila tunggu dengan penuh sabar ya?
Zara : Hati aku sudah dipenuhi dengan keceriaan berganda. Sudah muncul seseorang yang menyiram benih bahagia dalam sebuah hati yang pudar warnanya. Senyum sahaja.
31 comments:
kejelesan kerana tidak dapat bertemu kamu dik Zara...huwaaaa...
merahnya mak ngah. siapa pilih kaler nieh? gud idea...
hello cikgu!
dunia tanpa kereta ialah dunia yang bersih. sebab takde pencemaran.
nanti aku kasi up gambar orang2 muor nih..hehe
hehehe.... ku gi perak mase tu.. kalo tak suda pasti kejumpaan sama kamu
Puas hati...muahaha..ada 2 keping gambo kat sini..sana sini blog semua gambo intan je....
Arghh~ bestnya.
Xpe tahun depan sila buat lagi. Aku nak join.
Tahun ni tak dapat , kena memenuhi ajakan ayah.
gambar zara dengan mazidul bergegar. keciwa la nih? :p
hoho...nasib baik aku tidak berkelakuan 'ganjil' dikalangan gadis2 ayu semalam....muahaha
owh...tidak kesempatan nak join..huhuh...azrul ade gak rupenye :D happening tgk :D guud :D
kecewa x dpt pegi...sedeh...
waaa..bestnyaaa..sedih x dpt pegi..
ramai x yg pegi?
salam, yang tak dapat pegi tu tengok je laaaa pic2 tu sume... muahahahaaaa..!!!
wow. ad bloger yg wa belum knal. ni event under sapa? mr mazidul ka?
uwaaa~~~~
jeleznyee....xdpt pegi..
:(
xde kenderaan...
yang, u kurus dah!!! ape tips?
popular gila yawww zara:)
Salam Zara..
kakcik antara yang kata Zara persis Yuna :)
jumpa abang mazidul?
(ternganga)
hee
tak jeles pon..
tak jeles pon..
tak jeles pon..
huhuhu..
T_T
aku keje x dapat datang
huhu
wauu..mazidul ada..syoknye..
bestnya dikkkk :(
sronotnyer... tringin mnyertai, leh putarkan balik masa..?? kihkihkih..
jelez sangat2 T_______T
nak join tapi apa kan daya diseberang laut....
kamu kelihatan seperti selebriti zara!!! :-D sungguh...
salam zara...
hepi dpt kenal dgn awk..
semoga kita dpt berjumpa lagi...
wah!siap ada interview!
alo. nice gathering.
gambar eksklusif bersama Zara sudah diupload di FTN. Eksklusif ok!
Hehehe
Ingat nak datang jugak..tapi anak pulak ada tuisyen utk UPSR..Terlupa Cikgu Zara ada bersama, bole gak bagi motivasi kat anak2..
Apa2 pun jgn kecewa pasal xder kete..saya menyokong konsep Car Pool..
huyyyy best nyer gathering cmni ...
bila la nak dpt join next gathering ... huhuhuhu
Post a Comment