Salam Rabu semua.
Apa khabar kalian yang ku cinta?
Moga yang indah menjadi milik kita.
Senyum mesra.
Dan, malam tadi tatkala sudah lena di ranjang merah, aku menerima panggilan telefon seorang teman.
Aduhai, rasa macam mahu tekan butang tidak mahu dijawab, tapi demi persahabatan.
Teman : Zara, dah tidur?
Aku : Tengok jam pukul berapa, terima kasih.
Teman : Aduh, bisanya ayat.
Aku : Jadi lain kali fikir dahulu sebelum tanya. Ada apa?
Teman : Nak tanya pendapat sedikit, boleh?
Aku : Silakan, kalau aku boleh jawab, aku cakap.
Teman : Aku selalu tanda (baca : tag) gambar dalam Mukabuku.
Aku : Semua orang pun ada buat.
Teman : Aku tahu, tapi kalau aku tanda teman wanita aku, mesti dia buang (baca : remove). Sakit betul hati aku. Kenapa agaknya ya?
Aku : Normal lah tu.
Teman : Kalau kau kata itu normal, aku tulis di dinding (baca : wall) dia pun dia padam. Kenapa?
Aku : Pendapat aku, dia belum bersedia tunjuk kau pada dunia. Lagipun, kau bukan baru kenal dia sehari. Mesti dah lama kenal, tahu perangai dia.
Teman : Apa yang dia nak malu? Sebab dia tua sedikit dari aku?
Aku : Itu bukan sesuatu yang memalukan. Biar kita fikir positif.
Teman : Apa dia?
Aku : Bukan dia tak cinta kau. Dia tak mahu kantung surat elektronik dia penuh dengan sampah.
Teman : Maksud kau?
Aku : Kalau kau letak gambar, memang semua orang pun berebut nak komen. Jadi, mungkin dia malas terlibat di situ.
Teman : Tak patut lah tahu?
Aku : Tak patut ke patut, kau kentut, kau sedut.
Teman : Gila ke kau?
Aku : Aku nak tidur. Nanti mengantuk nak pergi sekolah.
Teman : Ya lah. Terima kasih. Nanti aku nak tanda dia banyak-banyak lagi sampai dia tak larat nak buang.
Aku : Pergilah kau buat kerja gila tu.
Lelaki : Saya tag awak. Kenapa awak buang?
Perempuan : Penuh sampah dalam kantung surat elektronik saya!
Lelaki : Saya nak buat lagi banyak!
Dan aku terdampar sepi mengantuk meneruskan lena.
Pukul 4.30 pagi telefon berbunyi lagi.
Telefon rumah pula.
Dengar suara bonda menjawab telefon.
Khabar duka.
Rumah jiran yang sepatutnya berangkat menunaikan umrah hari ini dimasuki pencuri.
Habis semua barang diambil termasuk beg baju dan duit.
Boleh aku sumpah pencuri itu supaya pergi mati?
Zara : Hari ini perlu menghadirkan diri ke kursus anjuran Intel di makmal bahasa. Eh, jadi tak payah masuk mengajar bagi separuh masa selepas rehat? Mari berguling gembira. Ketawa.
9 comments:
hmm call waktu yang tak sepatutnya hmm tension juga tapi kawan apa nak buat kan... layan ajalah
Bayar Kad Kredit 5%
Keropok Terengganu
sekarang dh amalkan meng'off'kan hp waktu tidur..aman damai rasanya :D
aku pon x ske org tag aku ske2 ati. kalau tag muke aku betul2 xpe. kalau xde muke aku, jgn hrp la.
eh. ada kaitan ke ngn entri ni?
hahaha
kantung apa yg penuh tu?
ala cian ci zara dganggu masa tido..
Kalau i, juga akan beri alasan yg sama..lots of comments, malas nak delete dr mail box.
Slmt berkursus cik zara..;)
lain kali picit saja butang merah telefon itu
aku simpati dengan jiran yang nak menunaikan umrah tu.
jadi pergi umrah ke tak?
kalu saye tak jawab trus,papehal esok cerita.ahaks
waaa..
dasatnya kawan kak zara..
kang putus kasih kerana hal nih je kang..
sesia jer kapel..
hurm..
allah nak buat dugaan arr dekat jiran kak zara tuh..
semoga mereka sentiasa bersabar..
Post a Comment