Sunday, March 07, 2010

Buat Kamu Yang Mencurah Warna Dalam Sekeping Hati Yang Penuh Duka.


Buat kamu yang mengubah sebuah hati yang lara, aku hanya mahu titipkan rasa suka.
Kamu siram rona bahagia ketika aku sudah hilang keyakinan apa itu cinta.
Entah mengapa, aku tiba-tiba punya semangat Tun Teja.
Berani meluahkan walau aku kurang pasti apa yang bakal tercipta.
Aku bukan perwira.
Bukan aku manusianya.

Sepi.
Aku tidak kenal erti sepi.
Setiap detik waktu aku terisi.
Tetapi bila kamu hadir, waktu itu makin berseri.
Benda kaku yang sering hilang, tetap di sisi.
Berbunyi.
Aku tersenyum nampak gigi.
Libasan luka sudah sirna, yang tinggal hanya bahagia sekeping hati.

Aku lihat sahaja kamu.
Ada jurang antara kita, aku malu.
Tetapi aku gagahkan diri agar aku tidak punya rasa pilu.
Agar aku tidak kuburkan sebuah rindu.
Sendu.

http://helenwoodwardanimalcenter.files.wordpress.com/2009/02/cupcakelove-final_illus-copy1.jpg

Aku tahu tentang rasa ini.
Aku sangat pasti.
Bila aku rindu kamu, aku cuba intai ke sana ke mari.
Bila kau hilang dan lenyap, aku semakin hilang diri.
Cinta itu bagai dibius sehingga kental sebuah hati?
Aku tahu aku tidak main sembunyi.

Mengingati kamu bagai menikmati sebuah kek cawan.
Memikirkan kamu membuat hati rawan.
Kehilangan kamu boleh bikin aku terkena sawan.
Ah, hujung setiap bait perenggan ini sudah menyeru nama kamu pula orang yang dimaksudkan!

Aku mahu sahaja menyanyikan lagu bahagia.
Buat telinga kamu tebal sebelah dengan cinta.
Ah, nanti aku kelihatan nakal pula.

Hanya mahu kamu tahu yang aku cinta.
Itu sahaja.
Tiada istilah kesal bakal tercipta.
Kerana kamu sesuatu yang indah dan istimewa.

Zara : Legasi Cinta Alisia Bab 2 bakal muncul esok pagi pada jam 8.03 pagi. Di tempat biasa, Aksara Keraian. Akan menyusul berita tentang itu nanti.

11 comments:

Daffodil D said...

bercinta ya?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

aku suka kek cawan cinta warna pink..

out of topic ka?

tapi aku suka...

Unknown said...

jiwang abes...ske2.

Adziim said...

Sedap sangat ke cupcake?
Gua tak pernah merasa kalau yang jenis2 banyak hiasan cam sekarang ni.
kalau muffin tahu la.

Hizami Li said...

hehe.
bibit-bibit cinta jelas kelihatan.
oh.
tahniah ye.
;D

Izwan Komari said...

nape rmi org mcm gila cupcake skang ni?

Unknown said...

cinta itu indah..so! love always!:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ni bukan gila kentang dah ni ni tapi gila cupcake...hahaha. maka header kamu perlu ditukarkanlah taglinenya kepada...sudah ada yang sudi menggigit biskut bahagia...gud luck cik zara :-D

Ariff Shah said...

fewwitt~~

joegrimjow said...

ahakasss
dengan siapa tu

Anonymous said...

x lama lagi kawin!hehehe