Salam semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Merindui setiap bait kata yang kalian titipkan untuk aku di sini.
Senyum dan aku tidak mahu sembunyi.
Amarah tidak patut aku simpan dalam hati.
Pasti aku yang bakal terbakar sendiri.
Menerima panggilan telefon daripada seorang teman dalam arena perjuangan yang sama. Perbualan pada mulanya berkisar tentang kehidupan kami sendiri sahaja. Ah, kalau sudah bertutur bersama dia, harus sahaja berkongsi sesuatu yang dekat dalam hidup kami dalam usaha menghapus kenangan lama.
Teman : Aku mahu tanya sesuatu. Boleh?
Aku : Boleh sahaja. Apa dia?
Teman : Apa akan jadi kalau aku jatuh cinta dengan lelaki lebih muda?
Aku : Umur bukan alasan, kamu teruskan.
Teman : Kalau aku dengan anak murid aku?
Aku : *Diam*
Aku sejujurnya tidak tahu mahu berkata apa saat dia menyatakan demikian. Kebetulan aku sedang menggarap sesuatu di buku. Coretan aku terhenti dan perbualan kami bersambung lagi.
Teman : Eh, kau dengar tak ni?
Aku : Dengar. Anak murid waktu praktikal dulu ke? Kalau yang itu boleh sahaja. Dah habis sekolah pun. *ketawa*
Teman : Bukan, yang sekarang ini.
Aku : Tingkatan berapa?
Teman : Tiga.
Aku : *telan air liur* Tiga? Muda gila.
Teman : Entah, aku tak tahu.
Aku : Bukan macam budak-budak lagi ke?
Teman : Matang dari usia, lagi tinggi daripada aku.
Aku : Benda payah ini.
Teman : Apa pendapat kamu?
Aku : Lama nak tunggu habis sekolah. Kalau tingkatan lima atau enam mungkin tidak mengapa. *ketawa walaupun dalam kepala sibuk bekerja mahu bagi jawapan yang menyenangkan hati*
Teman : Dia sanggup tunggu.
Aku : Masalahnya, bukan dia yang sanggup tunggu. Kamu yang sanggup tunggu atau tidak?
Teman : Entah.
Aku : Tiba-tiba aku rasa nak pitam.
Teman : Aku sudah lebih dari demam.
Entah.
Aku mahu pendapat kalian semua.
Sejujurnya aku memang tidak tahu untuk menyatakan apa.
Memang kata orang cinta itu buta, tapi jangan sampai membutakan hendaknya.
Apa yang perlu dinyatakan pada dia?
Aku tidak menghalang cinta pada mereka yang lebih muda atau tua.
Cuma pada aku, perlu kena dengan tempat dan situasinya.
Pelajar yang memakai seragam, adakah kehidupan harus diperlakukan begitu rupa?
Teman, adakah kamu perlu melangkah sedalam itu tanpa melihat hari muka?
Zara : Aku mahu coretkan sebuah kebahagiaan tetapi aku takut ia meraut wajah ceria sang teman. Tatkala ini ada seorang rakan lain sedang berjuang mempertahankan sebuah perkahwinan yang berdiri megah untuk tahun ke sembilan. Moga dia tabah dan terus bertahan.
33 comments:
ni penagruh cerita korea la ni
huhu
tgkatan 3 mude sangat cg oii
nanti apa kata mak bapak budak tu??parents dorang antar budak tu pergi sekolah suruh belajar,bukan cari jodoh..err..sekadar pendapat..kalau dah jodoh tak kemana lah..
pasti budak itu sangat matang :) hingga kan yang berusia ini tumbang hahahhaa
ni la pmpn, cetek akal..cakap budak form 3 tu pun nak caya..diorg tu masih muda la, pikir pun xmatang lg..alahai terdesak sgt ke nk cari pakwe..kalau terdesak sgt, amik je aku ni, aku pun single, umur pun 23..
uik..bercinta dgn dak skolah?
aiyokkk sgt bahaya....
erm, jangan.
budak darjah 3 itu belum melihat dunia luar.
takut nanti bila dia keluar,
matanya sudah pandai meliar.
woah. bahaye2 .
Zara,tanggungjawab kamu sebagai sahabat dia,sedarkan dia,cinta itu tidak salah,cinta dan menyintai juga tidak salah,tapi biarlah cinta yang dilayari itu sesuatu yang berpijak di bumi nyata.bukan cinta yang kabur...cuba tanya sahabat kamu itu,apa tujuan dan akhirnya cinta dia nanti...sejujurnya,bagi akak dia telah meltetakkan dan mengharap pada cinta yang salah....( pendapat saya sendiri )
Salam Zara.
Pesanku pada temanmu itu,
Tak payahlah turuti hawa nafsu yang bisa membunuh setiap jiwa itu. *rasanya ayat ini telah dipublishkan* :)
Kenapa? Banyak kekurangan yang ku nampak dari kebaikan. Dambakan seorang anak murid yang jauh berbeza usianya. (menurut kata anda)
Maka, tak usah! Elakkan. Kembali pada dunia yang nyata. Tetapkan pendirian temanmu : Meneruskan perjuangan sebagai guru, menyebarkan ilmu bukan menyebarkan dambaan cinta.
Ku tahu, cinta itu anugerah dariNya. Tapi kita juga mampu mengubahnya dengan berusaha menempis segala kemungkinan yang mendatang.
Hanya pandangan biasa dariku! :)
Salam.
tingkatan 3 terlalu muda laa sis..sis bgtauk kat teman sis tu jgn ikut nafsu..soulmate msh ada kat luar tu..:)
kalau student tu bukan student yg dia ajar,masih tak melanggar etika guru-murid..:)
tepuk dada tanya hati.
Yang penting bahagia.
Sekiranya mendatangkan malapetaka baik diabaikan sahaja.
Berpegang pada kata.
Lepaskan dia, jika dia menyayangimu dia pasti akan kembali.
coretan kedua disini.
biar kamu meninggalkan jodoh ditengah jalan pun dia pasti akan mengejarmu.
huh.sgt xsetuju.ini ke role model pelajar?haha
sama ada 1 hri nnti..cikgu tu akan kecewa atau pelajar tu kecewa..
kalau dh jdh..xkemana.simpan je hasrat tu.tunggu bdk tu berjaya dl.
Meowwwww....
boleh je, tapi tunggu la beliau abis skola dulu. adeshhh.
Sekadar berkongsi.
Seorang pensyarah perempuan yang lahir pada tahun 1979 (barangkali), berkahwin dengan pelajarnya yang berumur 21 pada ketika itu.
Saya tak tahu bila mereka mula mengenali dan bagaimana cinta berterusan ke jinjang pelamin, namun itulah takdir kebahagiaan mereka.
Sampaikan kepada teman Zara, tak perlu mereka mengikat hubungan untuk berkasih sehingga bernikah. Cukup sekadar sentiasa berhubung dan menghormati antara satu sama lain. Jika ada jodoh tak lari ke mana.
Selamat berbahagia untuk mereka :)
Tingkatan 3.
Terlalu lama untuk menunggu.
Hati boleh berubah sekelip mata.
Besar risikonya.
Usah melayan perasaan cinta dari anak murid.
Budak itu masih jauh masa depannya.
Teman kamu harus mengundur diri dan tolak cinta anak murid.
Tingkatan 3.....sejauh mana pengalaman yang ada tentang cinta?
adoyai zara .. mntak la cg tu byk2 mengucap ..
lom abis blaja lagi .. lom tentu lagi dapat menyara .. apakan lagi memimpin ..
ni cikgu pimpin murid ke ..murid pimpin cikgu ..ayoyo...kalu tak sian diri sendiri pun ..tolong la sian kat mak bapak bdk tu ..
(ops!!! tetiba lak jd mak dara)
salam...cikgu,,,jgn cikgu plak jth hati ngn ank murid...eheheheh
~cikgu..i x suke MU...hua3
ops lupa lak .. zara .. nak bagi tau ni
anda di tag! ;P
temanmu seorang pendidik bukan...sudah tentu jiwanya terdidik untuk menilai mana yang baik mana yang tidak untuk hidup hari mukanya...tingkatan 3 terlalu mentah...doa yang terbaik untuk temanmu...
Br je borak dgn kwn pasal hal yg sama =)
Hemmm...terlalu muda la form 3...
Kalau yg form 3 tu perempuan kira ok lagi....
ain ade je sepupu kawen ngan pompan amat tua dr die..smpi skang kekal..kalo laki tuh dah nak, tape lah kut..huhu
hai Zara,
beza umur bukanlah masalah besar. tp utk seorang cikgu bercinta dgn anak murid yg masih hijau itu, sgt tak kena.
bayangkan kalau terjadi apa2 dalam perhubungan tu, pasti akan terkesan pada masa depan anak murid tersebut. pelajaran dia ke mana, cinta ke mana.
dlm perhubungan, tak boleh pentingkan diri. andai teman zara tu benar2 seorang pendidik, dia harus lepaskan cinta tu dan biarkan si anak murid mendahulukan pelajaran.
p/s:sedangkan kita yg bercinta sesama dewasa ni bercinta pun xsanggup menunggu lama2. skg mgkin sanggup, tp bila kawan2 lain dah mendukung anak, sggp ke lagi teman zara tu menunggu..
mungkin hanya sekadar gaya dan rupa saja yang matang..... tapi bukan secara menyeluruh......Jika pelajar itu matang, mereka akan memikirkan consequence apa yang akan terjadi...
inikan pula, sekolah....ape yang Az nampak lebih kepada perhubungan antara seorang kakak dengan seorang adik. Kawan si kak zara tu, mesti juga memikirkan apa akan terjadi pada pekerjaannya? tanggapan murid2 yang lain? Tanggapan guru2 yang lain? kadang2 dunia ni amat kejam.......
Bayangkan, jika terdapat mana2 gadis sama umur dengan budak itu, mungkin terjadinya salah paham............
Sekadar pandangan....
awet muda nanti, lambat TUA kerana hormon muda
kecik sgt budak tu..dah akil baligh ke blom tu?hehehe
Eden toghuih toghang yooo ... takdo maso eh do nak bobahso basi ..
APOTOKO BANGANG KAWAN EKAU EH!
Sodar kodighi la wehhhh. Dio eh cekgu, budak eh baghu limoboleh taun - baghu akil baligh & bolum abeh PMR laie.
Takdo poghasaan tanggung jwb ko? Budak eh amanah mak bapak utk cekgu mondidik, bukan cekgu buek boytoy eh do ...
Silap aribulan, kawan ekau eh mungkin tak dapek monahan nafsu birah sobab dapek jantan polam mudo. Sodangkan ustazah / ustaz bulih togolek doggie-style buek maksiek, ini kan pulo cikgu skula.
Ingek tggjwb napo jadi cekgu, mondidik anakbangso, bukan bocinto skandal mak dal!
Bagaimana pula dengan pensyarah perempuan yang bercinta dengan pelajar sendiri? Umur yang berbeza, perempuan tu lebih tua dalam beberapa tahun.
Sama dengan saya disini. Isteri saya seorang guru sekolah vokasional di Kuala Terengganu, bercinta dengan anak murid sendiri. Tahun lepas tergerak hati saya nak periksa bil telefon isteri yang didaftar, banyak nombor sama. Tergerak hati nak selidik, bila ditanya dia kata anak murid, hubungan rapat guru dengan murid. Lepas tu saya buat tak tahu aje. 4 bulan kemudian saya check lagi sekali bil telefon. Banyak lagi nombor sama. Saya pendam dulu hinggalah satau malam pukul 12.00 lebih ada call dari budak tu. Saya tanya budak tu hendak apa? Dia pura2 kata tak tahu. Lepas tu saya mula tanya pasal bil telefon, sms berderet2. Dia kata dia nak berhenti. Apa ni semua? Saya sayangkan isteri saya, demi anak-anak dan keluarga, saya nasihat suruh berhenti. Hinggalah bulan puasa lepas. Bila saya check bil telefon, masih lagi sama tetapi semakin berat. Sms dari pukul 9.00 malam hingga pukul 2.30 pagi. Apa ni, hubungan apa murid dengan guru? Saya suka tanya terus, tak suka selindung. Dia kata dah bosan dengan saya, sebab apa saya tak tahu, dia cakap hal kecil dia pendam lama2 dia bosan dengan saya.
Saya ditipu hidup2 bila saya tanya nombor tel sapa (budak tu dah tukar nombor), dia kata bukan nombor budak tu. Saya pun tunjuk bukti, akhirnya dia mengaku. Saya suruh dia bersumpah dengan nama Tuhan kalau bukan nombor budak tu, dia kata bukan. Bayangkan, dengan nama Allah SWT pun dia sanggup tipu saya sebelum saya tunjuk bukti.
Saya sayangkan anak-anak saya, isteri juga demi sebuah keluarga. Dia kata dia akan berhenti berhubung dengan budak tu tetapi sekarang masih lagi sama. Banyak perkara tak dapat saya ceritakan. Sakit hati ini dah lama tapi demi anak2 terpaksa di pertahankan.
Saya masih lagi mengikut perkembangan mereka tanpa pengetahuan mereka, dengan rasa sakit hati, marah kerana diperbodohkan.
salam , hi ZARA .. saye seorng pelajar perempuan berusia 16 tahun .. saye pernah ade dlam situasi tersebut .. sehingga kini sye sgt sayang kan cikgu tersebut .. perasaan yang cume ingin bermain bermain bertukar kepada serious dan cikgu itu permainkan saye.. saye tk thu cara mcm mana lagi untuk lupekan dia . saye sentiase menunggu . dan sgt menyedihkan apabila guru tersebut mula mengendahkan saya .. allah je tahu mcm mana perit nye saye tanggung perasaan ini_ athira
Bagi aku hubungan cinta itu tak salah..aku pun menghadapi perkara yg sama tp aku lelaki dan beza umur aku dengannya 16 tahun..tapi aku ambil pendekatan bantu dan beri kemudahan dia belajar dan bimbing dia supaya tidak terjebak ke arah masalah sosial..alhamdulillah dia seorang yg cemerlang..mungkin ada yang anggap hubungan ini negatif, tapi bila sendiri merasa baru tahu..sebab perasaan ini tak boleh dipaksa..aku selalu pesan padanya aku ingin melihatnya berjaya dan ada masa depan yang baik serta utamakan pelajaran dan jaga maruh diri dan nama baik keluarga..jodoh kita serah pada Allah..
Sebab rasa sayang aku ingin dia berjaya dalam hidup sekurang2nya bila suatu hari dia dah tak nak kat aku sekurang2nya dia ada masa depan dan kehidupan yang baik, tapi aku selalu berharap dia jadi teman hidup aku dan jodoh aku..
Agak rumit hubungan ini, tapi sabar jelah..semoga dia lah jodoh ku..
Nur rasa benda sama... Mula² Nur just minat cg tu... Nur fikir ape Nur buat tak salahh... Nur biarkan je feeling tu. Lama² perasaan tu makin menjadi ². Nur x tau nk buat ape... Tapi nur x harap lebih pun... Nur sentiasa doakn yg baik² utk dia...
Post a Comment