Keputusan telah diambil, kata sepakat telah dicapai. Aku rela jika ini dapat membahagiakan hati Emak dan Abah. Ya, aku memang rela demi maruah dua keluarga. Cincin yang Emak hulurkan aku sambut usai aku menunaikan solat istikharah. Mungkin ini yang terbaik buat aku. Mungkin ini yang terbaik buat kami semua. Moga semuanya berjalan lancar.
Apa yang berlaku membuat aku terimbau kembali saat Emak dan Abah menitipkan pesanan dari keluarga sana. Kenangan menjelma saat aku membuat keputusan yang penting dalam hidup aku. Mungkinkah ini pengakhiran yang aku tunggu selama ini?
************************************************
Aku balik rumah - bercuti.
Cuti apa, aku kurang pasti - yang penting aku di rumah.
Aku duduk-duduk macam biasa dengan Mak dan Abah.
Berbual tentang aktiviti harian yang aku jalani.
Tak semua aku kongsi - yang baik - baik aku cerita, yang sedih aku simpan sendiri.
Cuti itu lama juga.
Mak panggil aku ke ruang tamu.
Selalu je Mak panggil kalau dia nak berbual dengan aku - sebab Mak kata aku selalu duduk dalam gua kalau aku balik rumah.
Gua aku adalah bilik aku.
Mak kata aku suka memerap dalam bilik.
Baiklah, itu cerita lain. Tidak ada kena mengena dengan cerita.
Mak panggil aku.
Mak tanya aku sesuatu, bukan tanya, tetapi lebih kepada memberi kenyataan.
"Mak ada seorang calon untuk Along ni. Along nak tak?"
Aku tergamam.
Berfikir sekejap. Aku masih sendiri. Tiada salah pun.
Tiada mana-mana wajah yang melintas di dalam minda.
"Boleh je Mak. Along tak kisah."
"Kalau boleh, minggu ni langsung sebelum cuti Along habis. Boleh?"
"Boleh sajalah. Ikut suka Mak dengan Abah"
Abah : Dah setuju dah?
Mak : Berapa orang nak jemput ni?
Abah : Dalam 4 ribu...
Aku : 4 ribu? Banyak gila!
----------------------------------------------------------------------
Tiba hari pernikahan dan sebagainya mengikut istiadat Melayu kita ni.
Aku dinikahkan.
Dengan siapa, rupanya pun aku tak pasti.
Yang aku tahu, Mak tak setuju dengan cadangan aku.
Kahwin di restoran makanan segera - jimat belanja aku cakap.
Mak kata jangan.
Abah kata jangan.
Aku?
Terima dan setuju sahaja.
Kawan-kawan ramai datang.
Kawan-kawan sekolah.
Kawan-kawan matrikulasi.
Kawan-kawan kampus selatan juga hadir.
Semua ada.
Saudara mara, sanak keluarga.
Semua ada.
Sepupu-sepupu yang kaki buli aku semua ada.
Bagus, korang tak boleh buli aku lagi lepas ni!
Jaja, A'a, Jerry, Izat, Shafiq..
Hahaha...
Semua orang datang bawa hadiah dan ucap tahniah.
Budak-budak KMJ memang ramai.
Budak-budak Fizikal 6 memang kecoh.
Pijan datang bawa isteri.
"Pijan, kau ni memang suka makan nasi minyak la beb"
"Aku kan suka saja..."
Budak-budak SPC memanglah ramai.
Melambak semua, alahai...
Korang memang best~
Teman-teman sebilik aku dulu semua ada.
Bad, Munira, Niza, Nora, Mira, Yuyue, Sab....
Hehehe...
Bagus..semua orang dah kahwin.
Aku kahwin lambat sangat.
Yuyue ada datang - siap kelek anak - dia bagi aku hadiah paling besar.
Entah apa isinya, malam nanti aku tengok.
Sab pun datang.
Bukan seorang - makin lawa Sab.
"Eh Sab, dah ada perut sekarang...Berapa bulan lagi?"
Budak-budak TESL yang suka ber'blog' pun datang.
Tiqah, Yana, Azie, Ejat, Naimah - hadiah mereka : letak dalam kotak warna merah jambu.
Ejat kata : Kalau kamu buka kotak ni, hadiah dia kena ambil di luar rumah tau?
Budak-budak Kumpulan Dinamik pun ada.
Chua, Lorince, Ady, Yous, Fariz.
Aku jemput mereka datang sebab aku seorang sahaja perempuan dalam kumpulan itu.
Lorince datang dengan isteri dia.
Orang lain tak tahu la pula.
Datang jumpa aku ucapkan tahniah.
Chua : Dulu kata tak nak kahwin. Sekarang kahwin.
Aku : Aku kena kahwin paksa ni. Tak kasihan ke?
Chua : Banyak la paksa. Mesti kalau paksa kau dah lari. Kau kan batu (baca : Rock).
Aku : Benda percuma aku mesti ambil lah. Tipikal Malaysia.
Penulis blog pun ramai datang.
Bukan dari Malaysia sahaja, Singapura, Indonesia dan Filipina juga.
Eh, sempat mereka tempah penerbangan rupanya.
Akram, Anne, Nazeef, Luth antara orang yang datang.
Luth taja aku punya kain - Luth Textile tu.
Bagus la kau Luth.
Zam - bagi aku kek cawan (baca : cupcakes).
Limah - taja masakan untuk aku.
Apai - pereka baju.
Rahami - tukang ambil gambar.
-----------------------------------------------------------------------
Aku cakap aku tak nak bersanding.
Tapi orang sana nak sangat.
Menyampah nak kena senyum paksa selama beberapa jam.
Senyuman palsu serta badan yang penat.
Aku sempat pegang Sean sebelum pergi ke pelamin itu.
Post satu entri tentang apa aku rasa.
Jangan pelamin roboh.
Aku tak nak jadi Sejarah okay?
Aku duduk situ.
Kerusi sebelah kosong.
Kompang kuat sangat. Apasal main kompang?
Buat lah band - baru syok.
Ajaklah Faizal Tahir nyanyi.
Ada orang cubit kat tepi.
Senyap sikit - orang tu dah nak sampai.
Aku - baiklah. Kang bebel banyak pun tak guna. Pasanglah lagu Avenged Sevenfold.
Orang tu sampai.
Kasihan.
Orang Johor kan banyak tol.
Sana sini budak jaga - aku senyum.
Aku dulu pun macam tu.
Rod, buka la benda alah ni.
Aku nak tengok orang yang datang.
Sekejap la sayang - dah sampai.
Rod layan tol lelaki itu.
Banyak kau makan rasuah Rod.
Aku panggil Jenne dengan Ramesh tangkap kau kang.
Dia duduk sebelah aku.
Cuit aku.
Aku toleh.
--------------------------------------------------------------------
Azan Subuh.
Aku bangun.
Mak jerit suruh pergi surau.
Aku seorang - mana pergi kemeriahan semalam?
Danny bergolek kat tepi aku.
Sean ada sebelah Danny.
Aku mimpi je?
Alahai - siapa yang duduk sebelah aku tu?
Zara : Ini penulisan aku di SINI dan SINI. Aku menyiarkan kembali atas permintaan saudari Tina yang bertanya tentang majlis perkahwinan impian aku. Oh, hari ini 9 September 2009. Mungkin ramai orang yang melangsungkan perkahwinan mereka.
128 comments:
lempang dak kecik neh...
kuat berangan dalam mimpi!
sayang..
kamoo buat kakak terkejut sayang hahahahaha..
nasib tidak melatah..dibaca sehingga akhir..
hahahahhaa..
p/s ~ sayang.. adakah orang nak menikah hari ini ya?? jatuhnya bulan puasa.. selepas tarawikh barangkali hee :p
ala..............aku nak tau dik..kamu kawin dgn sape..bikin suspen gitu!
arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
ingatkan dah kena risik ke apa..
hawau!..haahaha
ohh dik.jgn lah camtu majlis impian kamu.
nanti malam sambung lagi mimpi tu ye
kali nie tengok betul2 sape dok kat sebelah tu
hehee....
heheh, ingat betul2 kawin tadi
btuah kamu zara..bace dr ats mcm real..hehehe..klau dh mimpi2 tu mknenye dh dkat la tu..hehehe
ko penah tengok mak lampir makan kulit telur tak? bukan ape, klu belum pernah, meh aku tunjuk demo, ko makan kulit telur tu nak?
geram aku.. klu ko duk sebelah aku, dah lama aku ricih ricih kulit ko jadik kulit bawang.. ekekeke...
mimpi rupanya! huh! tertipu tertipah!
Cehhhh... aku ingat betu betul lah tadi!!!!
meh nak cubit2 sikit pipi dak zara ni..
memula baca, suspen je..tapi bila dah masuk part mak zara kata, "Kalau boleh, minggu ni langsung sebelum cuti Along habis. Boleh?",
haha..i dah tak terpedaya lagi sayang.. :D
jauh sungguh impian...
nak kawen kt restoran makanan segera... tetamu 4 ribu ek ?? ktne yg muat tue ?? huhuhu...
cerita betul ker zara?
hehe
wat terkejut jer
hahahaha..aku pnah mmpi aku kawin masa kt Poli dlu..mslhnya mka laki aku kabur la plak..heeee!
akak geget ko zara ..
buat seprais dipagi hari jek .
dtg balik migrain akak !!!
lorrrr..mimpi je.hampeh tul..ingatkan btol2 la td.semangat aku bc sampai abis.br nak teruja.tetiber spoilllll.huhu..
tp ape2 pun imaginasi ko sgt maha hebat.hehe..
mimpi yang tidak berkesudahan.. hee~
dear, akak dah tahu sape yang akan duduk sebelah akak nanti.. hiii~
.dah gatal sgt la tu ;p
REAL WOKEH!!!
baru nak fikir2 nak kasi adiah aper...chait!!! =D
waduh..
baru nak pecaye...
(-_-")
kal0 jdik kenyatAan best kn..
ingatkan betul2 kawin... fuh!! bikin hangat sajo...
zara... 090909 tarkh yang cantik tp siapa nak buat kenduri dalam bulan puasa ni?? ni betul2 nak save budget ni...
La haulawala...
Asyik terkena 'ending' mimpi je..
LOL!!
seb baek bca dri bwh dlu..xdela tertpu ahaks!!
wakakka...zara nie kannn... tak sah kalau tak pekena orang tau...memang batu (rock) betoiii...hehehe
laen kali tido cuci kaki taw !!!
grrr..grr.. grrr..
tang kenduri kat kedai makanan segera tu dah rasa lain dah hahaha
bulan puasa ada orang buat kenduri kawen??kenduri berbuka puasa la kan..hehe
ceitttt. ni betol2 nk kena!
nnt kapan2 sampai seru hantar kad g Indon tau. hehe. :)
menyirap jer baca entry nih..
wat kering tekak aku.
cisss...
daz tertipu
ceh.
cliche'.
hahah.
kalau yg awal2 tu aku bole caya lg.
tp da smpai org datang sanding2 tu da potong da.
haha.
kamu bermimpi rupanya.
di sebelah kau,
pastinya si kosong.
:)
jaat tau zara!!
aku dah cuak2 baca. chisss
heheh
suspen
ingat kan nak langsung lepas raya ni
atau mungkin satu syawal
huhuhu
pergh..
dasat betul perkahwinan impian kamu ya ^^ seperti realiti sampai kena baca dua kali..
p/s: tunggu kad jemputan zara
kamu mimpi basah zara?
cik ian@aH Lian~ :
hahaha~
bukan ku pinta begitu kak~
Wanita Itu :
hehehe~
kawin bulan puasa~
jimat kak~
Lifesaver :
hahaha~
kawin dgn sapa?
nanti aku sambung tido~
F A R Y N :
hahaha~
hawau~
lalala~
~dARlee zURiS~ :
nanti ku jengah mama~
hehehe~
mydlove :
hehehe~
kawin bulan puasa~
♥Hernee Nazir♥:
hahaha~
jgn marah kak~
ihiks~
GiGGLe GaL :
haahha~
marah benor tu kak~
haahha~
Hidup KOKA:
hehehe~
cepat doakan~
~ Hariza ~:
haahha~
kak sata~
seb baek tak kak~
Aidy Shahiezad :
ku kena bina dulu tu~
hahaha~
cik eja^_^ :
mimpiku eja~
mira amair ;
sgt tensen kan?
hahaha~
JiEjAh_DeEn :
ala kak~
tak mau migrain~
itafukada:
hehehe~
lambat lagi ku mau kawin betul2~
atiQah adNan:
jeles daku kak~
abg tu chumel~
~♥ cik intan®:
hahaha~
mungkin ke?
Blog Anuar Kamaruddin™:
nanti saatnya tiba sila bagi hadiah~
hahaha~
SOT COMEL JANGAN JELES :
hehehe~
jgn marah syg~
sharamli:
sgt best woo~
Signorina Syima ;
aku teringin kak
teringin benar~
CCEO PulakDah :
hehehe~
alamak CCEO dtg~
imHepPie :
lain kali ku start dr bawah pulak~
hahaha~
MOKCIK AZWA :
hehehe~
tajuk harus mendebarkan makcik~
khaLifah feDi :
baiks KF!
zan-xray :
hahaha~
itu impian aku~
hahaha~
@xiM :
eh, boleh je~
nak jimat belanja~
Yern Ain :
harus ku layangkan kartu buatmu syg~
4 ribu tu... huh!!!
::dazlaila::
tu sirap ke syg?
hehhe~
bijen m. :
hahaha~
kesal aku letak bahagian itu~
hahaha~
farah :
itu aku tak pasti syg~
.ieLah. :
hehehe~
jaat ke ai?
Noorlaila Mohamed Nor:
hehee~
tak mau tangguh~
hahaha~
"Alahai - siapa yang duduk sebelah aku tu?"
Mesti pecah kepala nak ingat balik mimpi tu kan?
I pun pernah mimpi macam tu Kak Zara.
Tp sempat tahu nama.Amirul.
zamdotcom :
lambat lagi zam~
hehehe~
along :
eh~
tak~
perlu ke?
hahaha~
sI tEDI :
kalah artis~
hahaha~
Ariana Naziha Aris :
huwaa!!
bestnya tau nama~
uhuks~
ades ! suspen tul la che Zara ni... macam real dah tu aku baca dari awal ..sampai nak penghujung...alamak..wa terkena beb!
baru jak niat nak kirim hadiah.. hahaha
Selamat Berkahwen oit!
Amin...
karang betul kena paksa baru tau..
pehh .. bederau darah baca ....
emmm hampeh sungguh ... ingatkan bebetul la ....
masa baca macam nak nagis pun ada ... huhuuh
zara memang best ...
weh..sila sambung tidur...MInta sambung smula..ekkeke...
Banyak baca novel cinta ko nih..ahhaha
p/s:aku selalu mimpi naik pelamin..siap dgn persalinan bewarna merah..jari juga merah dgn inai...tapi aku hanya nampak belakang paangan aku sahaja....tdk nmapk muka...
Aku pon tertanya2..Mr Wan ka atau org lain kah???huhuhu
Bongek kau Zara!!!
berdebar-debar aku baca...hu3!
BuDakHutaN:
kalau kena paksa~
ku rela~
hahaha~
~" AzreeNeerzA "~ :
hehehe~
jgn marah syg~
cintaAnna :
hehehe~
encik Wan~ ada org curang~ hahaha~
Anike MK :
ala laling~
tak mau marah~
Zara ambe membaca dengan sadis sekali yela...seolah2 anda dipaksa rela kawin dalam bulan ramdhan..dasyat.tapi akhirnya dong...dong..dong..mempiiiiiiiiiiii rupanya...!!!!arghhhhhh...
Salam ziarah...ingatkan betul2 disuruh kawin dengan pilihan ibu bapa,wat suspen jer....
kite bleh geng..
kuat brangan ye..
hohhhhhhh..
terkena!
suspen seh!
Haiyo lah kak.Dah kahwin konon.Aduhh.
ehehe.
comey nyer..mimpi jerk..
terkon den ni ..;p
huwa!!!
x suka xsuka...
kna tipu..
huhuhuhu..
Sekali baca aje, saya dah tau....ini mesti...cerita. Tapi...baik juga cerita yang direka ini! :)
Anyway selamat 09-09-09!
sampai termimpi.. dah gatai nak kawin la tu..hehe
nak kene pelempang 1000 watt
Nakamura Kazuki :
hehehe~
ambe tak salah~
=O
ieyla:
harus ku nagis kalau kena camtu~
{lumut} :
hahha~
ku tak pernah berangan mau kawen~
cik rye:
hahaha~
best tak?
I N D A H:
hehehe~
relax2~
PETAK.! :
hahaha~
jgn marah dik~
arnamee :
hehehe~
mimpiku~
lalala~
[z@ck]:
tak mau nangis zack~
ihiks~
Tekkaus :
ini mimpi je bang~
Mr PenyuBiru :
hahaha~
belum gatai lagi~
░♥si lampu neon♥░ :
alahai~
mati terbakar nanti~
hhahaha..gempakla kak zara!
bikin suspender je tau.haha
Tfaaaaaa :
argh~
spender sapa?
hahaa~
mimpi basah takkk.. ammvoiii
en_me:
hahaa~
tak basah~
gigil aku baca dow~
mesti si kosong yg sebelah ko tu. hehe
aku salah sorang dari yg ramai2 kat tol pintu masuk rumah ko. hahah~
spender org seblah akak yg misteri tu kott.haha
nk jd tukang jage tol jugakkkk :D
bulan pose ade ke kenduri kawen?
hehe
upah ler aku duduk sebelah tu
zaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
(jerit sambil buat muke tipah tertipu yg tak puas hati)
olin :
nak juga ko jaga Tol eks?
hahaha~
Tfaaaaaa :
spender dia ke?
hahahaha~
daylachan :
eh ada~
jimat belanja~
hahaha~
Monkey D Luffy :
mahal tak?
hehhee~
penjenayah merah jambu.:
Ihiks~
tak mo marah syg~
hehehe~
ha laa..habis sape lagi?hahahahaha
Tfaaaaaa :
hahaha~
nak kena babap ni~
haha~
adess..
aku terlambat...hehe
messyremo:
hahaha~
mau kena pang ke?
hahaha~
hahaha..xmau xmau :P
Tfaaaaaa:
hahaha~
meh2~
tak sakit~
dasat tul budak ni berangan hahaha boleh buat novel
haha.. aku mesti ada kat tol punya. si kosong xkan dapat lalu sebab aku tinggi sangat. selagi dia x bayar tol yg memuaskan hati aku, aku xkasi masuk rumah. haha~
zamz:
hahaha~
itu adalah mimpi encik~
olin :
hahahhaa~
keji~
i like~
hahhaa~
Post a Comment