Malam tadi dihabiskan dengan Si Kosong. Hati yang sudah terisi semula terganggu dengan kenyataan munculnya seorang lelaki yang sering diintai sebelum ini. Pemikiran keji itu cuba ditolak demi menjaga kesuciaan sebuah perhubungan yang bakal menginjak usia dua bulan. Perbualan diteruskan bersama Si Kosong.
Usai menyelesaikan urusan pagi tadi, seperti biasa Sean dibaringkan di atas katil. Fikiran masih menerawang pada kenyataan yang membahagiakan malam tadi bersama Si Kosong. Jari pantas menekan papan kekunci di badan Sean. Akaun surat-surat elektronik diperiksa dan mata tertancap pada satu perkara yang membuat hati berdegup laju.
Oh Tuhan, mengapa dia hadir?
Mengapa lelaki itu hadir lagi?
Mungkinkah dia menyedari hati ini tidak pernah melupakan walaupun aku tidak pernah meninggalkan jejak buat tatapan serta pengetahuan dia?
Si Merah berbunyi. Pesanan ringkas dari Si Kosong membuatkan aku cuba mengalihkan perhatian dari minda yang bekerja keras cuba melupakan dia. Oh Tuhan, berikan aku kekuatan demi melupakan dia. Tetingkap lain dibuka agar aku lupakan bingkisan elektronik yang aku terima dari jejaka itu.
Dunia baru dibuka dan sekali lagi benak pemikiran aku diasak dengan kehadiran dia.
Tuhan, mengapa kamu ciptakan lelaki yang hebat ini untuk menerjah minda aku? Mengapa Tuhan? Mengapa lelaki yang muncul dalam hidup aku ditemukan di alam maya ini?
Dia hadir tatkala aku kehilangan Kekasih Pertama. Dia muncul sebelum Si Kosong tiba. Dia wujud antara mereka berdua. Seperti mereka berdua, dia juga dikenali di alam maya. Gayanya yang bersahaja membuatkan tangkai hati yang dulunya kontang dengan kasih sayang meronta mahu mengenali dengan lebih erat. Penulisan dia adalah satu bonus yang menceriakan hati yang pernah terluka. Kasih sayang yang dia tunjukkan dan dikongsikan membuatkan bibir sentiasa mengukirkan senyuman girang.
Aku mengerti yang aku bakal berkongsi dia dengan mana-mana manusia yang mengenali dia. Dia terlalu baik dan sering membuatkan sesiapa sahaja senang kepadanya. Sungguh! Dia tidak akan menghampakan kalau kamu cuba meminta pertolongan. Senang hatinya berkongsi dan aku juga terpaksa tabah berkongsi dia bersama yang lain. Ah, acapkali hati ini degil. Cuba berkeras, tetapi dia sentiasa bisa melumpuhkan hati dengan gayanya yang ceria.
Oh Tuhan, kuatkan hati ini Tuhan. Aku sudah berikrar janji setia bersama Si Kosong. Kepercayaan dan kasih sayang yang kami bina bukan satu ilusi tapi ikatan antara dua hati. Mungkinkah aku terpaksa melepaskan jejaka ini agar aku dapat membina kehidupan yang membahagiakan dengan Si Kosong? Tabahlah wahai hati, sentiasa tabah dengan apa jua cabaran yang melanda. Lupakan dia walaupun dia pernah singgah sebagai antara manusia yang terbaik dalam hidup di Bumi ini.
Sayangku wahai jejaka...
Walaupun kamu terlalu istimewa, hati ini terpaksa melupakan kamu.
Kaki harus melangkah dan berhadapan dengan dunia sebenar. Aku belum cukup kuat untuk berkongsi kamu bersama yang lain. Terima kasih atas kenangan yang pernah kita semai bersama. Kamu sentiasa dekat di hati ini. Tutur kata kamu yang indah akan sentiasa terpahat dalam minda dan jiwa ini.
Jejaka, kamu memang manis dan menawan, tapi apakan daya...aduhai.
*Gambar penghargaan di SINI*
Oh, aku sukakan sarung kaki sampai ada di antara kamu sudah memikirkan ianya bakal jadi hadiah terbaik buat aku dalam apa-apa acara juga. Hanya sarung kaki tertentu sahaja yang dapat digayakan ketika aku memerlukan.
Jangan risau, aku masih bersama dengan Si Kosong. InsyaALLAH, berkat doa kalian, kami masih bersama. Penulisan yang aku paparkan di atas adalah bagi memenuhi tuntutan sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Zelo55. Penulis dikehendaki menulis sesuatu mengenai diri Zelo55. Ya, mungkin penulisan berbentuk pujian menggunung yang disandarkan buat dia, tetapi itulah yang dikehendaki sebagai syarat pertandingan yang dia anjurkan. Untuk maklumat lanjut, sila tekan SINI.
Zara : Sedang menikmati nikmat hujan yang diturunkan Allah ke muka bumi. Oh, bahagia rasa di hati. Bukan sahaja penulisan aku di sini memuji orang, tetapi ada seseorang yang mempunyai bilik bersepah juga menulis mengenai aku di SINI.
52 comments:
Salam Syafaza...Ziarah menjelang raya..Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin....
Tulus dari,
Paatz@kimiadanaku
pertandingan siape dapat kembangkan hidung zelo55...hehe
cilakak betul.
terus aku teringat karangan yang aku buat dulu utk contest.
ciss.
aku igt cite betul dah.
.gud luck syg! (:
hoh!!aku ingat kamu bakal dapat suami 2 dik zara
ceh stoking haha. tersentap lah baca. ade unsur sedih di situ. awwwww. :D
zara, pakai stokin zebra mau?
si merah sang hp baru yeee
nice..
gud luck !
sowi yer soklan kat 'bilik bersepah' tu..
d0akan kamo0 bahagia bersama si sifar...heee
d0akan kamo0 bahagia bersama si sifar...heee
hang suka wat gempaq..huuuu!
aku mahu kau bersama si kosong,
bukan si zelo.
haha.
:D
adus.
hampir!
naseb aku bc part bwh terus. hampeh!
haha
giler r..
mau pitam si kosong kalau tak bace abis~~
maap ler bilik bersepah tu tak puji kamu lebih2 camni..hehe
hahaha...bunga ayat mesti suspen! =P
ahaha lagi sekali naseb baek bca dri bwah dulu..fuhh selamat x tertipu buat kesekian kalinya ahha
aku sejak masuk blog zara nih,jadik jiwang skit,...ahahha..sejak masuk blog dak zara nih, aku tak tau lagi siapa dan apa itu sikosong...sebab aku budak blur...huhuhu
Selamat Hari Raya Zara.
nak uit raya?
hehe..
kembang si zelo tuh.isk..
selamat hari raya ..andai ade terguris perasaan..terkecil hati..harap dimaafkan ..
Si kosong datang dahulu? Haha :D Siapa cepat dia dapat ke?
Kamu terlalu asyik dengan sarong kaki ye? :p
ehem2....
cik zara...
sudikah kirenye diberikan stokin itu kepada aku...
akn ku simpan bagai aku menjaga hatimu...
wakakakaka...
smpai aku pun dah jadi puitis dalam tulis komen...
cewah cewah cewah..
menang kat si kosong jugak akhirnye...
penat je aku dipuji...
si kosong tu masih menang...
wahahaha...
thanks utk entri pujian mnggunung ni...
afirst time baca tulisan yang putis n penuh ayat2 bhasa tinggi yang ak amik mase yang lame untuk paham...
ak rase ko ade bakat menulis...
cubela ye cik akak...hohoh...
thanks...entri diterima sbgai pnyertaan...
tggu result yang akn kuar tak lame lagi ye...
:)
hahaha..tertipu suda..
wat suspens je ek..
hihi..
xpe2..
aku suka karangan bahasa melayu sebab tu aku dapat A1 SPM..
aku merepek ape ni??
ZZZZzzzzzzzzzz...
aku dah agak dari mula mesti ko masuk contest zelo. haha..
si kosong, aku ucap selamat berjaya untuk kamu. aku tunggu kad kawen je. hahaha~
paatz :
selamat hari raya gak Paatz~
duit raya mana cikgu?
Ries Lee:
hahaha~
nasib abik menulis je~
bijen m. :
hahaha~
mesti mau kenakan kamu sikit bijan~
~♥ cik intan® :
TQ darling~
Lifesaver :
boleh camtu kak?
aku nak 4~
Fatyyhahh :) :
hehehe~
ye ke dik?
ihiks~
hidayah:
hahaha~
baru yaya~
a.z.r.i.n.a.03.07:
Thanks Kak~
eh takpe~
budak tu mmg bersepah skit~
hahaha~
sharamli:
si sifar sha?
hehehe~
sharamli:
aku lupa mau bilang aminnn~
mira amair :
idup kena gempak~
hahaha~
farah :
aku jua sayang~
hahaha~
acik ayu :
hahaha~
kamu dapat trace kelemahan ini~
messyremo :
lain kali kemas bilik dulu ya?
hahaha~
Blog Anuar Kamaruddin™ :
wajib bang~
hahaha~
imHepPie:
lain kali sumpah aku tak nak buat kesimpulan lagi~
hahaha~
ashie023:
nak duit raya!
nak gaks!
{lumut} :
hahaha~
aku tak pandai puji orang~
atty's :
selamat hari raya juga kak!
Tekkaus :
sangat asyik bang~
belikan aku sepasang boleh?
hehehe~
zelo55 :
hehehe~
gaya menulis aku memang begini~
terima kasih sebab beri aku sertai~
rasa bahagia hati ini~
=)
niesz :
jgn marah sayanG~
sI tEDI :
ni mesti terlebih makan dak utih ni~
olin :
itu sumpah lama lagi~
hahaha~
aku tertipu la pulak kali ini... adeyh...entri sblm ni bjaya dijejak helah ko...
miera a.k.a merr:
hehehe~
pantas aja aku menukar gaya kak~
kih kih~
baru pasan entri ni msuk contest zelo.tp xmng an.ayat u dah ckup artistik & fantastik! tp u tak mention nama die byk2 la syg.huuu
Naz:
hehe~
my bad dear~ sebab kalau mentioned banyak2, dia punya thrill hilang...
hehe~
Post a Comment