Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Saya Sayang Awak Sebab Awak Diri Awak. Itu Sahaja, Bukan Lain. Awak Ingat Apa?


Awak, saya sayang awak.
Sayang awak sebab itu diri awak.
Itu sahaja.
Bukan lain.

Awak, saya sayang awak.
Awak ingat masa kita duduk makan aiskrim bersama?
Sudu awak jatuh dan awak tengok saya.
Saya senyum dan hulur sudu saya pada awak.
Awak capai dan makan aiskrim awak.
Awak kata, "Ini macam ciuman secara tidak langsung".

http://farm3.static.flickr.com/2478/3916718730_ebded5cd35.jpg
[Gambar : Makan aiskrim bersama ya?]

Awak, saya sayang awak.
Sayang awak disebabkan awak adalah awak.
Awak yang tiada lain gaya.
Hanya awak sahaja.

Awak, ingat lagi tak masa kita makan kentang goreng sama-sama?
Ya, makan berdua sambil tengok orang lalu lalang.
Ingat lagi yang awak masukkan kentang dalam hidung?
Ya, lubang hidung awak sebab awak khayal tengok manusia cantik lalu.
Kentang patut masuk mulut, terus ke perut.
Tapi kentang awak?
Masuk hidung.
Saya ketawa, tapi awak senyum sahaja.
Awak kata, "Ini perkara biasa" dan terus masukkan kentang itu dalam mulut.
Saya terkejut.
Awak kata, "Opocot!"

http://27.media.tumblr.com/tumblr_kui2o4WV0y1qzeh8no1_500.jpg
[Gambar : Kentang goreng segera yang panjang-panjang]

Awak, saya suka membaca.
Awak pula suka tengok gambar dalam buku.
Tulisan panjang-panjang awak kata kepala pening.
Saya ketawa sambil bagi awak buku agar awak pusing.
Awak lari ke tandas kata nak kencing.
Bau hancing!
Saya ketawa sambil hentak gelang bergemerincing.
Tapi sekejap saja, sebab awak datang bawa kucing.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixbacshb7b-JIUH56QbitHjBQfyqdu8gMvS97lVPRJKJ9ZRtDt5WLPubFvqRc0Tmk9NXeha9DJzpybXJyJ7IQi2vgSywF0CabDwZvEyaRE-XsKu9OJaWeixrQlLEJpRC8EMki8RiaYOLp9/s1600/3945653591_f7fc89d6d2_large.jpg
[Gambar : Awak nak cari buku tentang kucing?]

Senyum.
Awak memang gila.
Tapi saya lebih gila.
Saya suka ketawa, dan awak suka berduka.
Kita memang sama tetapi kita tak serupa.
Betulkan teman tercinta?
Eh, jangan kebas baju awak, banyak hama!

Awak.
Senyum cepat.
Saya kira ya?
Satu, dua, tiga!

http://farm4.static.flickr.com/3579/3662804436_0359c6b5cf.jpg
[Gambar : Jadilah itu sebagai kenangan beku masa]

Nota Kaki:
1. Masih di tempat kursus.
2. Sedang gila buka dan pasang semula basikal.
3. Siapa mahu tengok sebahagian gambar kursus, boleh layari ini.
4. Ketawa lihat tangan dan jari sendiri, memang serupa mekanik di bengkel.

Zara : Terima kasih atas doa semoga aku cepat sembuh. Memang buat aku terharu yang amat sangat. Sungguh wahai teman-teman sekalian. Sedang beransur pulih dan aku mungkin akan pulang esok. Ya, aku menulis ini secara langsung daripada dewan tempat aku membaiki basikal.

Thursday, November 18, 2010

Saya Tak Nak Cakap Dengan Awak Lagi. Benci Awak Tak Jaga Saya Sakit.


Benci awak.
Benci awak sangat-sangat.
Saya sakit ini.

http://farm3.static.flickr.com/2732/4442421884_2002310d8f.jpg
[Gambar : Awak tengok, saya seorang diri makan ubat]

Saya selsema.
Saya demam.
Saya bersin kuat.
Hingus meleleh.
Tisu bersepah di atas katil, di dalam tong sampah.
Bersin kuat, awak lari.
Awak kata takut berjangkit.
Benci.

Senyum.
Buang hingus tepi.
Awak kata makan ubat.
Awak kata mesti rehat.
Awak nak suruh saya tidur.
Habis tu, saya banyak kerja, mana saya nak buat tu semua?
Bersin!

http://i257.photobucket.com/albums/hh225/lupita17-photos/wallpaper%20and%20desktop%20backgrounds/Danbo_Love_by_pg_images.jpg
[Gambar : Minum air panas boleh hilangkan sakit ke?]

Sakit.
Rasa sejuk yang amat sangat.
Walaupun cuaca panas terik, tapi saya tetap rasa sejuk.
Menggigil.

Awak : Kan dah biasa sakit?
Saya : Memanglah.
Awak : Bolehlah jaga diri sendiri.
Saya : Memanglah.
Awak : Kan dah biasa hidup sendiri?
Saya : Terlampau biasa.
Awak : Habis tu apa yang awak mahu?
Saya : Nak buang hingus pada awak, boleh?
Awak : Ceh!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9jCaz0lag-LkQM3RGVR0-ITTcH5_9t02FC5r6DSyk5cWRuEjiK1BnXZ4o8Afcjhc2ymvrrEj-RKWRI5fRDPXvKUfrKhMJE-7FwYvBcuCc3hVHNN2_nsaVSURHwZdJgYTahWLwafTrzGst/s320/Danbo+(24).jpg
[Gambar : Demam sebab kena hujan]

Awak, saya sakit.
Tapi mulai petang ini hingga hari Sabtu, saya kena pergi kursus.
Kursus asas mekanik basikal.
Ya awak, kan saya dah ada basikal, maka saya kena pandai baiki.
Awak mesti nak membebel sebab saya degil nak pergi kursus juga kan?
Ketawa.

Saya sakit, tapi saya tahu saya tak boleh lemah.
Saya sakit, tapi saya mahu tetap gagah.
Saya sakit, tapi awak bukan tahu pun.
Benci.

Nota Kaki :
1. Sedang merepek disebabkan sakit.
2. Petang ini sudah mula kursus sehingga Sabtu.
3. Sakit makin teruk.

Zara : Senyuman dengan hidung merah acapkali kelihatan seperti badut yang menghiburkan hati sendiri. Ah, kegilaan itu penting acapkali.

Thursday, November 11, 2010

Bila Sedih, Bengang Kau Cari Aku. Bila Gembira, Ketawa Berdekah Kau Cari Orang Lain. Adilkah Kau?


Senyum.
Aku baru balik dari kursus selama 4 hari 3 malam. Kursus peningkatan tali temali dan aras tinggi. Belajar mengikat tali sebanyak 16 ikatan serta belajar bagaimana mahu membuat menara di pokok, memasang musang terbang (baca : flying fox), 'rappeling' dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku sudah lulus dalam memasang dan melepaskan orang untuk kedua-dua aktiviti lasak itu.

http://www.rickrduncan.com/wp-content/uploads/2010/05/danbo-3219.jpg
[Gambar : Keletihan yang amat]

Senyum.
Keletihan. Memang ada harapan aku tidur depan komputer lagi (baru bangun sebenarnya, tertidur depan komputer). Tapi, dalam keadaan mamai dan penuh dengan bintang dalam kepala, aku menerima panggilan telefon daripada seorang rakan.

Kawan : Eh, aku nak cakap sedikit ni.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kekasih aku buat hal lagi.
Aku : Apa jadi?
Kawan : Macam biasa. Setiap kali dia pergi kerja luar, setiap kali itulah dia berubah.
Aku : Kan aku dah kata, tinggalkan sahaja.
Kawan : Tapi sayang.
Aku : Kalau dah sayang, kau kena tahan.
Kawan : Penat aku bersabar tahu?
Aku : Tahu. Kau nak tahu sesuatu tak?
Kawan : Ini entah kali ke berapa ribu kau mengadu pasal dia pada aku. Bila aku bagi nasihat suruh kau berbaik-baik, kau tak nak dengar.
Kawan : Habis dia asyik buat aku marah.
Aku : Betul. Tapi bila kau sedih, kau marah, bengang kau cari aku. Bila kau gembira apa semua, ada kau ingat kawan kau ni?
Kawan : Eleh, takkan marah kot?
Aku : Bukan marah. Cuma aku nak kau buka mata dengan siapa yang kau bersama sekarang ni. Kau marah-marah, membentak dengan aku, macam aku pula kekasih kau. Kenapa kau tak nak cakap dengan dia terus?
Kawan : Takut dia kecil hati.
Aku : Kau takut dia kecil hati? Sampai bila dia akan berubah kalau kau tak tegur dia?
Kawan : Kau tak nak dengar lagi tak mengapa.
Aku : Bukan tak nak dengar, tapi kau tak nak ambil peduli nasihat orang.
Kawan : Macam mana aku nak cakap dengan dia? Bila nak cakap, dia penat baru balik kerja.
Aku : Aku nak tanya kau ni, kau ada baca FB aku?
Kawan : Tak, kenapa?
Aku : Tak ada apa-apa. Kau rehat, sabarkan diri dulu. Fikir apa aku cakap tadi.
Kawan : Ya, baik.

Telefon diletakkan dan aku cuba untuk menyambung semula rehat yang terganggu. Menikmati keseronokan aktiviti dan aku tahu, badan aku memang akan tidak bertenaga sebegini. Tidak mengapa, yang penting aku dapat belajar ilmu baru dan menggunakannya di tempat sepatutnya. Eh, siapa sangka aku sudah boleh membuat pelepasan peserta?

http://photointerview.ru/wp-content/uploads/2010/09/A-Late-Night-for-Danbo1.jpg
[Gambar : Mari mendapatkan rehat secukupnya]

Telefon berbunyi lagi.
Macam cerita Binatang Peliharaan Yang Menakjubkan (baca : Wonderpets)
Ketawa.

Kawan : Kau baru balik kursus ke?
Aku : Ya.
Kawan : Empat hari tiga malam kan?
Aku : Ya.
Kawan : Bila kau tiba rumah?
Aku : Baru je tadi.
Kawan : Maaf, aku tak tahu yang kau kursus.
Aku : Tak mengapa.
Kawan : Kau lagi penat tapi kau masih nak dengar.
Aku : Tidaklah aku nak suruh kau cakap seorang diri.
Kawan : (ketawa) Rehatlah.
Aku : Sedang.

#Kawan.
Setiap kali kekasih dia menghadiri apa-apa kegiatan di luar kawasan kerja, biasanya akan berlaku perkara begini. Kekasih itu mudah jatuh hati dengan orang lain yang menolongnya di satu-satu acara. Senang cerita, sesiapa yang berbuat baik dengan dia, pasti akan membuatkannya tergoda. Aku tiada komentar akan perkara begini disebabkan ianya terpulang kepada hati manusia itu sendiri.

Hidup kau, kau yang tentukan.
Walau apapun, kau masih kawan aku yang baik.

Nota Kaki :
1. Aku suka berpergian kerana saat beginilah, aku tahu dan lebih kenal apa aku mahukan dalam hidup.
2. Tangan masih menggigil kesan menggunakan tali secara maksima. Ketawa.

Zara : Entah bagaimana penghias paparan komputer aku lupa untuk ditukar bila aku di kem. Sebelum itu menggunakan gambar seorang rakan dalam pakaian sukan disebabkan pemandangan langit dibelakangnya kelihatan menarik dan kena dengan tona kuning bajunya. Ah, cepat-cepat tukar bila ada orang berdehem.

Monday, November 08, 2010

Sambil Buat Mata Terkelip-Kelip | Teknik Ikatan Tali Temali


Ketawa.
Gila pula rasanya begitu.
Oh, aku sedang dalam proses belajar mengenai tali temali.

http://www.inquiry.net/images/thb023a.gif

[Gambar : Ikatan Manok (baca : Clove Hitch)]

http://www.2ndbrooklands.org.uk/KNOTS/reef_knot.jpg
[Gambar : Ikatan Buku Sila (baca : Reef Knot)]

http://landidetailing.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/bowline.GIF.gif
[Gambar : Ikatan Tindih Kasih (baca : Bowline)]

http://www.proknot.com/assets/images/sheet_bend.jpg
[Gambar : Ikatan Bunga Geti (baca : Sheet Bend)]

Itu antara ikatan yang aku belajar dengan adik aku dengan bersungguh-sungguh. Ada lagi 10 jenis ikatan yang akan diuji. Sila doakan aku berjaya melakukannya.

Nota Kaki :
1. Aku tahu kawan itu marah dan dia sendiri sudah mengakui yang dia marah. Maaf sangat-sangat awak.
2. Itu mungkin kali terakhir dia hubungi aku, marah benar dia dengan kawannya ini. Sedih sangat.

Zara : Masa untuk menjadi lebih serius dalam hidup dan mengenepikan semua halangan serta memberikan yang terbaik. Sudah tiada waktu untuk berpoya-poya.

Monday, October 11, 2010

Kursus Asas Renang : Sekurang-Kurangnya Aku Bukan Lagi Sebiji Batu Ladung Tahu?


Salam semua.
Setelah 4 hari 3 malam menghadiri kursus asas renang, aku dah balik ke rumah.
Senyum.

Aku datang ke kursus ini dengan pengetahuan sifar. Ya, walaupun aku boleh berkayak, selalu lulus jika ada ujian keyakinan air (baca : water confident), aku adalah orang yang tidak pandai berenang. Setakat timbul di atas air, bolehlah. Ketawa.


[09.10.2010] Hari pertama berenang.


[10.10.2010] Hari kedua (Sudah terbakar kulit dengan lebih berjaya)


Hari terakhir (11.10.2010) - Sila bandingkan warna kulit dan warna baju.
(Solekan mata itu sila abaikan)

Sekurang-kurangnya aku sudah boleh mengapungkan diri.
Sekurang-kurangnya aku sudah boleh melungsur atau meluncur (baca : gliding)
Sudah boleh membuat kuak dada walaupun setakat beberapa meter sahaja.
Senyum.

Nota Kaki :
Banyak mahu diceritakan, tapi tunggu sahaja dahulu. Aku sangat memerlukan rehat saat ini.

Zara : Dalam kehidupan, bila kita sudah melangkah menjauhi noktah yang memeritkan, usah berpatah balik untuk merasai kesakitan itu. Diintai untuk belajar sesuatu tidak mengapa. Entah mengapa, aku rasakan sedemikian rupa.

Thursday, October 07, 2010

Kalau Nak Jadi Cikgu, Hati Kau Kena Kebal Bila Budak Cakap " Gaji Keluarga Saya Lagi Banyak Dari Cikgu"


Itu yang kawan aku kena.
Sadis bukan?
Sebelum itu mari lihat pendapat rakan di Mukabuku aku.


Status asal : If you really want to be a teacher, you need to be really heartless. Seriously. So, when your student said "Gaji keluarga saya lagi banyak dari cikgu", you can still smile even in pain. :)

Malam tadi, ada seorang rakan di Twitter ada berkongsi isu yang sama dengan aku. Mungkin kenalan dia yang terkena dengan mulut pedas seorang ibu murid. Bahkan, si ibu ada menyatakan bahawa seorang guru itu bodoh dan gajinya lebih besar berbanding dengan gaji guru tersebut. Malangnya aku tidak dapat menghubungi penulis asal artikel tersebut. Cuma, mari aku kongsi sedikit perbualan aku dengan kawan aku.

Kawan : Aku nak berhenti kerja.
Aku : (Terperanjat) Kenapa?
Kawan : Aku tak tahan dengan murid aku.
Aku : Kenapa?
Kawan : Degil, dan ada yang sangat bermulut celupar.
Aku : Biasalah budak-budak.
Kawan : Tapi aku tak tahan bila ada murid aku cakap "gaji keluarga saya lagi banyak dari cikgu"
Aku : Ala, budak aku pernah cakap yang keluarga dia kaya, banyak ladang sawit dan getah segala.
Kawan : Habis, apa kau cakap?
Aku : Aku kata, tu harta mak bapa dia. Kalau jatuh pada tangan dia entah-entah terjual kebun tu semua.
Kawan : Aku jadi marah, menyampah aku.
Aku : Kau ada berapa murid?
Kawan : Maksud kau?
Aku : Satu sekolah kau ada berapa orang?
Kawan : Ada seribu lebih. Kenapa?
Aku : Budak sekolah aku tiga ratus lebih. Berapa orang yang cakap kau begitu?
Kawan : Yang biadap dengan aku ada la dalam tiga, empat orang.
Aku : Kalau macam tu, tiada sebab kau nak berhenti, nak rasa tertekan sangat.
Kawan : Kau tak rasa.
Aku : Kau ada lebih seribu lagi budak yang mungkin menyenangkan kau. Buat apa peduli dengan budak yang menyakitkan hati begitu?
Kawan : Tapi aku marah sangat-sangat.
Aku : Percayalah. Marah itu akan hilang sendiri. Abaikan sahaja ayat dia tu.
Kawan : Geram!
Aku : Kalau benda kecil kau tak boleh sabar, apa lagi kau nak harap?

Aku pernah menulis tentang guru yang merasakan kerjaya ini sebagai membosankan, sangat rutin dan tidak mempunyai kehidupan lain selain sekolah. Ada juga guru yang tidak mahu melayan kerenah murid disebabkan rasa bosan. Tetapi kali ini, aku mahu kalian fikir dari segi pihak yang sentiasa kebal dengan undang-undang kerana setiap apa yang berlaku tidak akan dipertanggungjawabkan kepada mereka, iaitu pihak murid. 

Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, cuma aku, sering mengingatkan diri aku. Kalau aku tidak cukup kuat, aku tidak boleh beraksi di atas pentas kehidupan sebagai seorang guru. Aku kena tabah dan menjalani kehidupan dengan penuh erti dan jangan pernah tunduk dengan sebarang tekanan. 

Apa pendapat kalian?

Nota Kaki :
InsyaALLAH, aku bakal bepergian selama 4 hari bermula esok. Aku tahu, tiada siapa yang akan merindui penulisan dari sini, cuma, aku harap kalian bakal doakan kesejahteraan aku. Itu sahaja.

Zara : Sudah membeli pakaian renang untuk kursus asas renang yang bakal bermula pada 8 hingga 11 Oktober 2010. Malangnya, aku tidak jumpa pakaian renang muslimah di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan aku dan bandar terdekat. Alahai.

Thursday, July 29, 2010

Aku Dan Kamu - Baru Aku Tahu Kenapa Aku Boleh Tidak Rindukan Kamu Lagi Kawan

Hari sibuk.
Hari yang menggembirakan.
Mengayuh basikal sejauh beberapa kilometer selepas mesyuarat petang tadi.
Sambil mengayuh, aku teringatkan seorang rakan aku.
Baru aku tahu kenapa aku tidak rindukan dia lagi.
Sebab jiwa aku dan dia tidak bergerak selari.
Ibarat kayuhan basikal yang tidak dilatih.
Iramanya berbeza.
Dan itu, adalah kami rupanya.


Ini bukan gambar hari ini.
Tapi lebih kurang beginilah aku setiap kali mengayuh.
Senyum.

Aku tahu, kalau aku cakap dengan dia yang minggu depan aku akan kembali ke kem, pasti dia akan membebel lagi. Pasti dia akan cakap begini.

Dia : Pergi kem lagi?
Aku : Ya.
Dia : Tak sudah-sudah keluar.
Aku : Baru dua kali sebelum ni.
Dia : Tapi keluar lama tu. Patutlah Bonda bising.
Aku : Tugasan kot.

Sudah lama tidak mendengar dia membebelkan aku. Bila dia sudah kembali menjalankan tanggungjawab dia sebagai pelajar, nah, aku terbiar begini (aku terbiar ke aku menjauhkan diri? - ketawa). pada aku, dia bukan milik aku sepenuhnya sebagai kawan. Masih banyak orang lain yang memerlukan dia, dan aku kalaupun memerhati dari jauh, hanya dapat berdoa agar kami memandang langit yang sama walaupun seketika. Pelik? 

Zara : Selepas mesyuarat petang tadi, dapat mengayuh basikal (latihan untuk perjalanan program minggu hadapan) aku rasa lega yang teramat sangat. Seperti separuh jiwa aku yang hilang minggu lepas sudah kembali semula. Esok petang perlu ke hospital pula.


Sunday, July 18, 2010

Puan, Telur Saya Hilang. Puan, Telur Saya Pecah | Jeritan Hingga Tercabut Tuala


Salam semua.
Baru pulang dari kem dalam keadaan yang girang gembira.
Aku kan sentiasa senyum dan ketawa walaupun hakikatnya sudah dikenali sebagai mak tiri terbaru di kem.
Ketawa.

Banyak yang perlu diselesaikan hari ini.
Sepanjang 2 hari tiada, usaha mendapatkan bakal suami menampakkan hasil yang positif.
Suntikan kewangan sudah mendapat kelulusan.
Alhamdulillah.

Kali ini peserta-peserta mendapat pelbagai barang amanah daripada kem komandan mereka sendiri. Oh, kali ini perkhemahan yang lebih dikuasai oleh guru-guru sekolah peserta, maka kami jurulatih hanya memerhatikan serta menolong bahagian yang perlu, walaupun hakikatnya ada perkara yang aku sendiri kurang berpuas hati dari aspek pengurusan (nasib baik sekolah Abah, kalau tidak pasti aku dah jadi ibu tiri lagi). Ketawa keji. Antara barang amanah yang para peserta dapat adalah telur.

http://sushizombie.files.wordpress.com/2009/08/egg-and-shell.jpg

Peserta : Puan, saya nak laporkan ada barang saya hilang.
Aku : Apa dia?
Peserta : Telur saya hilang Puan.
Aku : Telur apa? Telur semulajadi dari lahir?

Oh, di kem aku dikenali sebagai Puan Zara walaupun ada peserta yang memanggil aku kakak, tetapi etikanya, aku harus dipanggil sebagai Tuan atau Puan. Oh, keji kan jawapan aku pada peserta tersebut? Eh, itu amanah yang cikgu dia bagi, bukan aku. Maka, kalau hilang telur itu, takkan aku yang mahu gantikan?

Petang semalam juga ada aktiviti merentas halangan. Kelakar melihat peserta cuba untuk menjaga telur dan juga tanda nama (barang amanah kedua) daripada pecah, hilang, rosak, kotor dan sebagainya. Di bahagian memanjat tembok tinggi paling menarik.

Peserta : Alamak, telur saya pecah!
Aku : Minta ganti dengan telur sesiapa.
Peserta : Lupa letak telur dalam poket seluar.
Aku : (Ketawa)

Menarik dan menggembirakan juga walaupun aku sudah menjerit berkali-kali di sana. Dan paling aku panas hati semalam apabila peserta mengambil masa yang amat lama untuk membersihkan diri. Aku datang dengan menaiki basikal dan memberi amaran serta arahan di setiap kawasan mandi. Tidak kira lelaki atau perempuan dan peserta perempuan memang suka mandi lambat walaupun jumlah mereka ramai. Geram aku. 

Habis memberi arahan di kawasan pelajar perempuan, aku ke bahagian peserta lelaki. Dengan suka hati mereka jalan berdedai keluar dengan memakai tuala sambil berlenggang. Panas hati aku.

Aku : Cepat! Awak ingat mandi di rumah ke?
Peserta - peserta : (berlari-lari ke khemah)
Aku : Ni yang lambat lagi kenapa? Cepat!
Peserta : Baik Puan.

Dan sewaktu aku menjerit, ada peserta yang tercabut tualanya. Ya Allah! Aku ketawa bagaikan hendak berguling dari basikal. 

Macam-macam lagi kenangan yang aku akan coretkan. Tunggu sahaja nanti ya? Jaga diri semua. 

Zara : Alhamdulillah, badan aku tidak terlalu letih dan aku masih bergembira. Oh, kawan Moscow aku sudah menghubungi aku. Gembira rasa di hati dapat mendengar berita dari dia walaupun hanya berhubung menggunakan Twitter. Kawan, cepat balik!


Thursday, July 15, 2010

Selamat Tinggal Teman-Teman. Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan, Sayangkan Blog?


Salam semua.
Selamat tinggal selama 3 hari lagi buat kamu semua.
Kali ini ke kem lagi, ada program yang dianjurkan oleh sebuah sekolah.
Jaga diri kamu semua.


Lagi 2 hari akan pulang disebabkan hari ini dikira sekali.
Senyum.

Zara : Bonda bising aku terlibat dengan aktiviti kokurikulum terlampau banyak. Aku ketawa sahaja sambil berkata, ini masih bidang tugas aku disebabkan ia berkait secara langsung dengan kerjaya yang sedang aku bina.


Tuesday, July 13, 2010

Hidup Ini Memerlukan Tenaga Yang Bukan Sedikit Untuk Maju Ke Hadapan


Salam semua.
Kembali bertenaga selepas melakukan sesuatu yang sudah dirancang.
Walaupun ada beberapa rancangan yang tertunda, tetapi yang mahu dibuat secepat mungkin serta memerlukan tenaga kerja mahir lain sudah dilaksanakan. Alhamdulillah.



Tenaga.
Apa yang dihimpunkan sejak sekian lama menghirup kesakitan dan menitiskan darah merah pekat dari sesetengah rongga, adalah bukti diri masih bernyawa.
Ada orang mencemuh mengatakan, apalah sangat kalau setakat pernah putus cinta sekali dua.
Ada orang mencebik menyatakan, apalah sangat pernah dihina dan dilemparkan kata nista barang sekali dua.
Nah, itu kesilapan kamu wahai manusia yang tidak pernah mengharungi kepayahan.

Aku jumpa beribu jenis manusia.
Sesetengahnya akan memeluk aku sambil menangis seraya berkata, kita serupa Zara. Kami pernah melalui apa yang kamu rasa, apa yang kamu hadapi bukan sesuatu yang sia-sia. Aku, manusia beku yang kadangkala terpana dengan sentuhan lembut mereka-mereka yang memahami. Coretan yang dihantar kepada aku acapkali buat aku lebih bernafas dan ketawa lembut.

Zara yang ketawa berdekah, yang tersenyum lebar ini masih punya rasa. Anak ini masih lagi anak yang suka membaca puisi di kamar seorang diri. Masih membaca buku cerita kanak-kanak atau remaja sambil membayangkan betapa indahnya kalau dapat melalui kenangan sebegitu rupa. Gadis ini masih anak milikan keluarga. Kakinya terikat sebelah di tangan penjaga, dan laluannya ditentukan ke mana arah hala.

Hidup ini umpama lautan.
Dunia ini adalah suatu kawasasan yang penuh dengan manusia.
Maka, dalam mengayuh merentasi lautan untuk mencari destinasi, syair dan puisi yang beralun umpama kayuhan aku dalam mencari tepian yang mungkin tidak terjangkau oleh diri sendiri. Tetapi adakah aku akan mengeluh lelah lalu mengalah?

Tidak.
Kerana apa?
Aku manusia yang dididik untuk percaya, "Kerana Tuhan Untuk Manusia"

Aku pernah menjerit lantang di sebuah bukit, meriwayatkan kedukaan hati melihatkan kesakitan diri yang sering terpinggir akibat tidak punya rupa dan personaliti. Duduk diam dan biarkan alam yang memamah kesakitan merajai. Tawa dan tangis dilepaskan seiring agar diri tidak diinjak sesuka hati. 

Tetapi adakah semua manusia mengerti?
Tidak.
Kerana apa?
Diri mereka penuh hasad dengki.

Iblis.
Syaitan.
Jahanam.
Durjana.
Mengapa tinta mereka yang kamu makhluk mulia mahu pinjam dan garitkan akan mengeluarkan darah?
Membuat onar dan menimbulkan duka?
Biarkan diri menjamah lara?

Diam.
Kayuhan mencari destinasi yang abadi harus diteruskan.
Cabaran dan dugaan dilalui dengan senyuman.
Jangan pernah kelihatan tangisan.
Simpan keluhan.
Keluarkan jeritan kemenangan.

Nota Kaki :
1. Perbualan dengan seorang sahabat sudah jadi seperti makanan ruji. Ah, kalau dia sudah mula sibuk semula selepas ini, dengan siapa lagi aku mahu melampiaskan ceritera diri?
2. Kehidupan di sekolah semakin hari semakin menyeronokkan. Aku sesungguhnya menikmati setiap inci kegembiraan.
3. Buat yang menghantar komentar dan ulasan, hampir kesemuanya aku sudah benarkan penyiarannya kecuali entah mana yang meracau mencarut segala itu, aku tapis dan buang ke tepi.

Zara : Hari ini menulis dua buah puisi yang lebih kepada coretan peribadi. Sangat penuh emosi sehingga aku tidak sanggup untuk berfikir. Adakah benar kata Kahlil Gibran? Puisi itu sebenarnya lagu yang muncul dari luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum. Entahlah.

Friday, July 09, 2010

Bila Bicara Yang Kau Luahkan Hanya Titipan Mesra Seorang Teman, Aku Hanya Tersenyum Sendirian


Satu demi satu aku tatapi.
Pesanan demi pesanan yang bertukar hanya buat mata berkelip.
Ketawa senang hati.
Palit ubat, biarkan cedera sembuh sendiri.
Senyum lagi.

Hidup perlu tabah.
Itu aku sering bilang pada diri.
Bicara syaitan yang meminjam tinta iblis haruslah diketepi.
Nah, pasti enak gendang sang pemuja bertingkah saat diri mereka menitip dosa.
Biarkan.
Tawa riang indah buat hati ceria dengan pesanan teman-teman.
Tapi bila pesanan itu melompat dari kaca mata ke dasar paling dalam milik marga, aku ketawa.
Perlip satu, perlip dua sambil senyum mesra.
Nah, adakah itu tandanya aku masih lemah seperti dahulukala?

Tidak.
Itu tanda hati sudah pandai membezakan yang mana derapan detak.
Tawa mesra, tawa gila.
Senyum lagak pemusnah duka dan lara.


Akhirnya baju ini menjadi milik aku. Eh, nak kena betulkan sedikit. Terlampau besar.

Nota Kaki :
1. Busuk sudah kembali menulis blog. Itu perkara yang menarik hari ini. Busuk, aku sokong kau sentiasa.
2. Ketawa apabila satu demi satu perkara yang terselindung dibongkar. Kau boleh menyorok dan sembunyi tapi bukan selamanya.
3. Masih batuk lagi.

Zara : Adik sudah pulang. Mari berbual mesra bersama.

Zara Sudah Pulang - Siapa Yang Nak Muntah Hijau, Nanti Aku Sediakan Asid Pekat


Salam semua.
Aku baru tiba di rumah. Alhamdulillah, demam sudah kebah sejak pagi Rabu, cuma diganti dengan batuk pula. Tidak mengapa, masih kuat lagi meneruskan segala urusan. Buat perempuan yang mengharapkan aku mati dalam penulisan sebelum ini, maaf ya? Doa kamu dalam tiga hari ini tidak makbul lagi. Senyum.

http://listsoplenty.com/blog/wp-content/uploads/2009/10/vomit.jpg

Terima kasih pada Si Busuk yang memberitahu aku akan berita itu. Sahabat terbaik yang paling memahami betapa jatuh bangunnya seorang teman. Ketawa. Eh, dah lama kita tak mulakan sesi pijak kepala masing-masing. Lepas ini mesti boleh, tapi tunggu aku baik dulu ya Busuk? Senyum.

Terima kasih juga buat mereka yang masih sudi berkunjung ke Dunia Sebelah Zara walaupun tiada sebarang penulisan baru selama 3 hari ini. Bukan apa, aku memang agak kesesakan sedikit waktunya. Dan Alhamdulillah, program berjalan lancar dan aku sejujurnya menyukai perkara sebegitu. 

Baiklah, aku mahu mengemas dahulu dan berehat sebentar. Moga ada kesempatan menulis lagi nanti. Salam sayang dari Shafaza Zara yang sentiasa mendoakan senyuman tidak akan lekang dari bibir teman-teman yang sentiasa menyokong di belakangnya. Seperti biasa, kita tabah sahaja dengan manusia bermulut puaka yang meminjam tinta iblis. Senyum.

Nota Kaki :
1. Gambar pada aku sedikit sahaja.
2. Senyum apabila peserta memanggil aku kakak. Eh, kena panggil Tuan/Puan Zara semasa di kem ya?
3. Ada seorang peserta yang comel dan aku panggil dia Milo Mata Empat. Ketawa.

Zara : Banyak menimba pengetahuan dan belajar lebih lagi tentang aktiviti luar apabila menyertai kem dan kursus sebegini. Matlamatnya bukan mahu melarikan dari tugasan hakiki tetapi lebih kepada mencari kekuatan menghadapi semua orang yang ditemui.

Tuesday, July 06, 2010

Selamat Tinggal Semua Pembaca Dunia Sebelah Zara. Terima Kasih Atas Sokongan Kalian.


Kenangan.
Kepahitan.
Kesakitan.
Kegembiraan.
Keceriaan.


Selamat tinggal semua Pembaca Dunia Sebelah Zara.

Masih demam. Masih selsema. Masih menghirup segala dadah itu secara perlahan dan penuh dengan kepayahan. Entah sejak bila aku suka senyum apabila aku sakit. Entah sejak bila aku ketawa apabila menelan ubat yang pahit. Dan entah sejak bila aku belajar untuk tidak menangis apabila berlaku kematian atau kesengsaraan.

Terlalu tabah kadangkala memakan diri sendiri. Terlampau kuat acapkali membunuh liang seni aku sendiri. Tetapi dibesarkan dalam suasana yang memaksa aku membuat segalanya sendiri walaupun keputusan masih di tangan penjaga, aku belajar sesuatu yang lebih dari sekadar ketawa apabila sakit merajai hati. Senyuman aku mungkin tidak semanis mana-mana jelitawan di luar sana, tapi aku tahu, aku senyum kerana aku suka.

Pagi ini aku membaca lagi coretan teman itu. Entah mengapa, aku memadam semula komentar yang aku mahu titipkan di dalam penulisannya. Aku duduk termangu membiarkan diri membaca dengan perlahan dan penuh sendu. Mengapa aku tidak boleh menjadi sebaik dia? Kenapa aku tidak dapat kembali kepada aku yang lama? Yang penuh dengan senyuman dan ceria sentiasa?

Aku manusia beku.
Dinginnya aku pada sesuatu selalunya mempunyai sebab yang terlampau utuh. Entahlah aku gila atau apa, tetapi aku mengikut kata hati dan naluri. Jika aku merasakan naluri itu benar, maka aku akan membiarkan diri hanyut dalam mengikut naluri itu. Dan naluri aku biasanya mahukan aku ceria sentiasa.

Ubat berwarna kuning bertaburan di atas lantai. Tangan aku menggigil mengutip satu demi satu. Ujian kali ini walaupun kecil sahaja (sekadar demam selsema) tapi ia meranggut kekuatan yang aku selalu jadikan sangga kekuatan bukan pura-pura.

Selamat tinggal semua.
Selamat tinggal semua kawan-kawan.
Selamat tinggal semua pembaca.
Jumpa lagi dalam masa 3 hari.
Sayang kalian semua.


Adik : Kau nak pakai kasut kau tu pergi kem ke?
Aku : Gilakah kamu?
Adik : Kau belum pakai lagi kasut tu.
Aku : Kasut yang baik akan menemukan aku dengan seorang yang baik.
Adik : Kau nak pakai pergi kem?
Aku : Tidak. Aku simpan lagi. Sayang nak pakai.


Macam biasa. Bawa ini sahaja.

Nota Kaki :
1. Bermula hari ini akan bertugas sebagai jurulatih di Pusat Kokurikulum selama 3 hari.
2. Masih demam selsema, tetapi aku harap akan makin reda.
3. Jaga diri, jaga hati dan iman kamu semua. Moga aku juga sama.
4. Kalau rindukan aku, boleh sahaja hubungi di talian telefon (kalau kamu ada).

Zara : Senyuman adalah kekuatan aku menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba. Tidak perlu menjadi seorang primadona kerana kecantikan yang aku punya sekadar seorang manusia biasa. Dikecam dan dikiritik teruk hanya akan membuatkan aku bertambah matang dan dewasa. Selamat tinggal teman-teman semua.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29

Friday, July 02, 2010

Kerjaya Sebagai Guru Membosankan, Sangat Rutin Dan Tidak Punya Kehidupan Luar Selain Sekolah?


Salam Jumaat semua.
Oh, perut kenyang dengan periuk bertuah (baca : pot luck) di sekolah tadi. Ada makaroni bakar, kuih kasui, roti jala, mi goreng, puding, dadih jagung dan pelbagai jenis makanan lagi. Memang gila banyak dan disebalik jadual aku yang sangat padat hari ini, aku dapat mencuri masa untuk makan sewaktu rehat. Tahniah buat diri sendiri. Ketawa.

Keputusan Temuduga.
Alhamdulillah. Temuduga yang aku pergi pada 5 Mei 2010 sudah keluar keputusannya. Lulus. Sangat bersyukur dan rakan setugas yang turut ditemuduga juga khabarnya lulus. Tahniah kepada mereka dan diri sendiri juga. Khabarnya ada juga yang gagal, entah benar atau tidak.

Kerjaya Sebagai Guru Membosankan, Sangat Rutin Dan Tidak Punya Kehidupan Luar Selain Sekolah.
Aku ada berbual dengan seorang bakal guru yang masih di dalam tahun dua pengajian. Isi perbualan yang hampir membuatkan aku melayangkan pinggan di hadapan aku. Emosional? Mungkin, tetapi aku bersyukur kerana aku masih lagi berfikiran rasional.

Aku : Ambil kursus apa?
Dia : Sejarah.
Aku : Bagusnya, sekarang guru Sejarah pun kurang.
Dia : Saya kalau boleh memang tak mahu jadi cikgu. Entah macam mana dapat.
Aku : Dah rezeki tu, saya masa di matrikulasi dulu pun konon-konon tak nak jadi cikgu, tapi bila Bonda suruh pilih pendidikan, minat itu dapat dipupuk.
Dia : Saya memang tak minat. Masa ditemuduga dulu pun, saya datang pakai tak ikut etika. Lepas tu, bila orang tu tanya saya minat ke tidak, saya kata tak. Entah macam mana boleh dapat.
Aku : Mungkin rezeki. Sekarang masih di tahun dua, insyaALLAH, awak ada lagi 2 tahun.
Dia : Kalau saya habis belajar nanti, saya tak nak jadi cikgu.
Aku : Eh, nak jadi apa?
Dia : Apa-apa yang lain. Jadi cikgu ni bosan, lepas tu macam tiada kehidupan sosial.
Aku : Siapa cakap?
Dia : Selalu tengok cikgu-cikgu macam tu.
Aku : Oh, begitu?
Dia : Kalau boleh tukar kursus dah lama saya tukar agaknya.
Aku : Sebab universiti awak memang tiada kursus lain kan?
Dia : Lebih kuranglah.

Wajarkah kalau aku mahu memijak muka orang dan membaling pinggan serta mencurah air panas tepat ke wajah manusia itu? Mungkin wajar kalau mengikut nafsu semata-mata. Alangkah jumudnya pemikiran sebegitu. Siapa kata kerjaya sebagai guru hanya mengabdikan masa dan diri di sekolah? Aku menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan itu.

1. Membosankan? Sangat rutin?
Siapa kata bosan? Aku menikmati hari yang sungguh menggembirakan setiap hari. Pergi ke sekolah walaupun berjumpa dengan orang yang sama setiap hari, tetapi perlakuan setiap hari adalah berbeza dari hari yang sebelumnya. Kerjaya sebagai guru juga membolehkan aku berjumpa dengan ramai orang lain. Contohnya bila mengikuti kursus, kem, atau seminar. Bosankah? Tidak.


Ada nampak macam muka bosan ke?

Semua manusia ada rutin mereka sendiri. Contohnya ada orang setiap pagi mesti buang air besar sebelum pergi kerja, ada orang yang perlu memakai alat solek dan menghitamkan mata seperti ke konsert dan sebagainya. Jangan menyangkal, memang semua orang punya rutin. Tetapi, perlukah kita menjadi orang yang terlampau tunduk pada rutin selagi ia tidak menjejaskan kredibiliti kita? Salahkah bergembira dalam menjalani kehidupan yang sama? Tidak. Aku masih menikmati rutin hidup aku dengan girang. Pelbagai perkara dapat aku buat dalam menyemarakkan rasa kasih sayang aku pada kerjaya aku.

2. Tidak punya kehidupan selain sekolah?
Kerjaya ini memang ada etika tersendiri. Sudah namanya juga adalah penjawat awam, pasti ada batasan-batasan yang mungkin tidak sama dengan pekerja sektor lain tetapi perlukah terlindung atau berada dalam ruang lingkup yang hampir berbunyi kepompong? Pelik dengan manusia yang dangkal pemikiran begini. Hidup sangat berwarna warni. Aku jumpa pelbagai ragam dan jenis manusia semenjak aku menjadi seorang guru. Aku juga punya kehidupan lain di luar.


Keluar dengan teman lama., Sabariah.


Bersama dengan Itafukada dan Kak Kujie.


Dengan penulis-penulis blog lain dan mereka antara keluarga kecil yang aku rasakan ada ikatan kasih sayang walaupun berjumpa baru sekali dua.


Kelihatan formal tetapi aktiviti yang kami jalani bersama?
Memanjat gunung, berkhemah, berbasikal dan pelbagai lagi aktiviti luar.

Membosankah kehidupan aku? Aku rasa tidak. Aku menulis novel secara sambilan. Membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar yang memerlukan di kampung. Berbual dan berkongsi pendapat di forum-forum dan sebagainya. Terlampau banyak benda yang aku buat sehingga aku tidak merasakan kerjaya aku membosankan. Setiap hari aku belajar benda baru, dan itu hakikatnya untuk sepanjang 36 tahun yang aku, insyaALLAH bakal tempuh.

Kehidupan bermasyarakat adalah antara intipati utama yang sering Abah dan Bonda gariskan dalam aku menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Itu aktiviti sosial yang dapat diberikan kepada masyarakat, dan tidak terhad di sekolah. Ah, jangan sempitkan kotak pemikiran dengan menyatakan kerjaya guru hanya akan terhenti di sekolah. Lawak betul ayat kamu itu budak.

Nota Kaki :
1. Sudah meninjau institusi perbankan tertentu dan menemui sesuatu yang menarik.
2. Tidak dapat ke Segamat Ahad ini untuk menjalani latihan bermain catur.
3. Ada sesuatu yang menyakitkan di dalam mulut.
4. Hujan lebat.

Zara : Tidak senang bila memikirkan legasi Cinta Alisia Bab 29 belum siap lagi. Aku baru pulang dari bandar bersama Abah. Oh, ada dua teman yang menjalani hari akhir praktikal hari ini. Nakama dan juga Dwen. Tahniah buat kamu berdua.

Wednesday, June 23, 2010

Janganlah Buang Kucing Di Hadapan Rumah Aku

 
Salam semua.
Hari ini hujan sepanjang hari. Oh, di Festival Sains peringkat daerah tadi hujan lebat mencurah-curah. Banyak pertandingan melibatkan tenaga matahari terpaksa digantikan dengan cahaya mentol jingga. Walaupun tidak sebagus menggunakan cahaya matahari, tetapi kereta solar, bot solar masih boleh bergerak. Terjumpa ramai kawan-kawan yang mengikuti kursus dan kem bersama di festival. Apa lagi, sesi bergosip secara gigih dan mengkritik setiap peserta yang hadir menjadi agenda wajib kami. Oh, bukan dengan perempuan ya? Tetapi semuanya adalah guru-guru lelaki. Oh, sebab pertandingan banyak melibatkan aspek teknikal, maka ramai guru pengiring adalah lelaki.


Aku pasti semua peserta tadi mahukan hari yang cerah dan terik seperti ini.
Senyum.

Pulang ke rumah tadi, terdengar bunyi suara kucing. Aneh juga disebabkan rumah aku memang tiada haiwan peliharaan. Eh, adakah itu yang membuat aku sedikit kasar? Abaikan. Mencari disekeliling kawasan, akhirnya terjumpa seekor anak kucing kecil sedang mengiau perlahan. Kurus dan tiada kelibat ibunya. Eh, siapa yang buang kucing di rumah aku ini? Bukankah lebih baik membuang anak ikan? Ketawa. Gila.

Aku jujurnya seorang manusia yang tidak begitu menggemari kucing. Aku suka lihat dari jauh, gembira dengan telatahnya, memberikan minuman atau makanan. Tetapi untuk memegang, atau apa sahaja yang melibatkan sentuhan dengan kucing, aku menjadi manusia paling penakut. Pakcik aku selalu terkejut jika aku makan bersama dengannya di rumah nenek disebabkan aku akan menjerit bila ada kucing yang menggesel kaki aku. Eh, aku takut. Betul.

Ada orang kata pada aku, disebabkan sifat aku yang tidak berapa gemarkan kucing kerana takut apabila bersentuhan dengan kucing, itu mungkin salah satu aku kurang kelihatan seperti seorang perempuan. Maksudnya, aku kurang nilai perempuan bila tidak menyukai kucing. Betulkah?


"Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..." (Kahlil Gibran)

Nota Kaki :
1. Mahu berehat sekejap.
2. Cedera semula.

Zara : Segalanya sudah bertambah baik dan aku semakin tabah dalam menghitung waktu sebagai manusia yang lebih senang menjawab pertanyaan jodoh dengan senyuman sinis.

Saturday, June 19, 2010

"La, Cikgu Rupanya. Ingatkan Murid." | Empat Hari Yang Mengujakan Adrenalin Diri. Kami Juara!


Salam semua.
Apa khabar kalian yang dirindui?
Zara kini kembali secara rasmi dan terima kasih yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku. Masih setia mengunjungi Dunia Sebelah Zara dan menikmati penulisan-penulisan yang telah aku jadualkan selama empat hari ini. Ya, itu semua telah dijadualkan secara automatik disebabkan aku tahu bahawa tempat yang aku pergi tiada Internet dan aku akan terlampau sibuk hatta untuk menguruskan diri sendiri. Baiklah, sebelum berbicara lebih lanjut, mari lihat muka yang kalian rindui ini. (Oh, siapa yang benci, sila muntah di tepi)


Muka bertambah gelap, tanpa secalit alat solek. Gila apa berkhemah pun nak pakai itu?
Ketawa.

Isnin (14 Jun 2010)
Aku tiba di Pusat Kokurikulum Kluang. Oh, sudah di dalam kawasan Kahang, di Felda Ulu Dengar. Perjalanan yang agak menarik dan hujan sepanjang jalan. Aku mula memikirkan, adakah gunung yang bakal didaki keesokannya akan bertambah licin dan sebagainya. Dan, bila tiba di sana, sudah ramai peserta dari daerah lain sudah tiba. Sesuatu yang lucu, orang fikir aku adalah murid. Setiap daerah menghantar lima orang guru atau jurulatih dan lima orang pelajar Tingkatan Empat. Seronok lihat muka budak-budak dari daerah lain yang tersentak bila lihat aku duduk berkumpul bersama jurulatih bila masa beratur. Ya, terima kasih sebab menyanyi lagu Yuna bila aku lalu depan kamu. Ketawa.

Selasa (15 Jun 2010)
Ekspedisi mendaki Gunung Belumut bermula. Oh, memang gila curam dan tinggi. Nasib baik ada tangan yang sentiasa menghulur ke arah aku bila aku mula kepenatan. Yang menarik aku ke atas bila kawasan terlampau curam dan licin. Yang mengawal bekalan air yang aku minum serta mengajar teknik pernafasan yang betul agar stamina dapat dikekalkan. 


Di check-point 2.
Dalam gambar ini ada 3 pelajar dan 2 guru. Di baju kami dicetak, Muar No. 1.


Di kawasan yang bergigi atau kerang (merujuk kepada batu itu)
Oh, ini wakil dari Muar.


Rehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.


Gambar tidak dapat banyak diambil memandangkan aku terpaksa berjimat dengan bateri telefon. Oh, tidur di khemah, maka tiada tempat untuk aku cas bateri. Sedang menunggu kiriman gambar dari jurulatih program ini. Moga-moga cepat dikirim agar aku dapat menyimpan kenangan. Senyum.

Turun dari gunung, ada aktiviti ikhtiar hidup. Berkhemah lagi di tepi air terjun. Memang menarik dan aku suka dengan aktiviti begini. Banyak lagi yang aku mahu coretkan sebenarnya tetapi masih dalam keadaan cedera dan tiada gambar mahu aku paparkan buat kalian. 

Rabu (16 Jun 2010)
Berbasikal sejauh 7 kilometer di jalan yang bukan jalan raya. Senang cerita, off-road. Di dalam kebun kelapa sawit, mendaki dan menuruni bukit segala. Terdapat 5 check-point di mana setiap tempat ada tugasan yang diberi. Ya, kami dapat dapat tempat kedua di dalam aktiviti ini.
1. Paintball (menembak sasaran)
2. Orineteering dan bantu mula untuk 3 jenis kecederaan (patah kaki kanan, patah tangan kanan dan cedera di dahi)
3. Ikhtiar hidup (masak telur di dalam botol plastik)
4. Membaiki basikal (mengesan kebocoran tiub dan menampal kembali)
5. Membuat lastik dan menembak sasaran.

Lebih kurang 1 kilometer sahaja kami menemui jalan tar. Oh, turun dari basikal hampir terkengkang aku. Nasib baik tidak melecet. Oh, jatuh dua kali tatkala menyeberangi sungai kecil sambil mengangkat basikal. Gila kan aku? Ketawa.

Petang - pertandingan hidangan rimba. Ya, kami juara bahagian ini.

Malam - Kebudayaan dengan tema Citrawarna 1 Malaysia. Ya, kami juara! Bahagian paling menarik adalah persembahan kami mendapat tepukan yang gemuruh berbanding dengan kumpulan dari daerah lain. Senyum. Oh, aku tidak memakai sari, aku dapat watak gadis Melayu. Hasil sketsa campuran dan tarian yang sungguh berwarna warni. Pengurus, saya mahukan video itu secepat mungkin. Ketawa.

Khamis (17 Jun 2010)
Majlis penutup dan pengumuman rasmi kemenangan setiap pasukan. 


Keputusan pertandingan.
Ya, Muar JUARA CABARAN KLUANG 2010.


Aku dengan piala khas untuk pemenang.


Bersama Ketua Sektor dan Jurulatih-Jurulatih Kanan.


Pengurus pasukan menjulang Piala Pusingan yang kami menangi.
Untuk rekod, ini kemenangan buat kali kedua berturut-turut Muar menjadi juara.


Oh, maaf Kluang. Kami memecah rekod bila tuan rumah tidak menjadi juara kerana kebiasaannya tuan rumah akan menjadi juara.


Dengan Pak Yahya.
Semua muka penuh kegembiraan dan kecerian atas kemenangan.


Dengan pelajar yang banyak membantu aku di dalam Cabaran Kluang 2010.

Kecederaan yang aku alami mungkin tidak berapa serius. Perkara biasa bila kulit tercabut sampai nampak daging aku rasa. Tetapi yang paling sakit aku rasa setakat ini adalah kejang di bahagian betis. Aku tidak dapat menuruni bukit atau tangga saat ini secara normal saat ini. Maksudnya, aku kena berjalan terbalik atau lebih tepat lagi secara mengundur walaupun hakikatnya aku mahu turun ke bawah. Kalau tidak, bagai hendak putus urat betis aku.

Nota Kaki :
1. Perlu meningkatkan lebih stamina.
2. Kekurangan air memang membuatkan aku lemah. Ya, aku tidak perlukan makanan sebab aku lebih mahukan air.
3. Selepas pulang dari kem semalam, singgah menikmati air terjun sebentar. Mandi bersama rakan-rakan sepasukan meraikan kemenangan bersama.

Zara : Susah bila benda yang kita buat tidak disokong oleh keluarga. Aktiviti lasak sesuatu yang merangsang adrenalin dan diri aku wahai Bonda. Perlu lebih kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran selepas ini.