Itu yang kawan aku kena.
Sebelum itu mari lihat pendapat rakan di Mukabuku aku.
Status asal : If you really want to be a teacher, you need to be really heartless. Seriously. So, when your student said "Gaji keluarga saya lagi banyak dari cikgu", you can still smile even in pain. :)
Malam tadi, ada seorang rakan di Twitter ada berkongsi isu yang sama dengan aku. Mungkin kenalan dia yang terkena dengan mulut pedas seorang ibu murid. Bahkan, si ibu ada menyatakan bahawa seorang guru itu bodoh dan gajinya lebih besar berbanding dengan gaji guru tersebut. Malangnya aku tidak dapat menghubungi penulis asal artikel tersebut. Cuma, mari aku kongsi sedikit perbualan aku dengan kawan aku.
Kawan : Aku nak berhenti kerja.
Aku : (Terperanjat) Kenapa?
Kawan : Aku tak tahan dengan murid aku.
Aku : Kenapa?
Kawan : Degil, dan ada yang sangat bermulut celupar.
Aku : Biasalah budak-budak.
Kawan : Tapi aku tak tahan bila ada murid aku cakap "gaji keluarga saya lagi banyak dari cikgu"
Aku : Ala, budak aku pernah cakap yang keluarga dia kaya, banyak ladang sawit dan getah segala.
Kawan : Habis, apa kau cakap?
Aku : Aku kata, tu harta mak bapa dia. Kalau jatuh pada tangan dia entah-entah terjual kebun tu semua.
Kawan : Aku jadi marah, menyampah aku.
Aku : Kau ada berapa murid?
Kawan : Maksud kau?
Aku : Satu sekolah kau ada berapa orang?
Kawan : Ada seribu lebih. Kenapa?
Aku : Budak sekolah aku tiga ratus lebih. Berapa orang yang cakap kau begitu?
Kawan : Yang biadap dengan aku ada la dalam tiga, empat orang.
Aku : Kalau macam tu, tiada sebab kau nak berhenti, nak rasa tertekan sangat.
Kawan : Kau tak rasa.
Aku : Kau ada lebih seribu lagi budak yang mungkin menyenangkan kau. Buat apa peduli dengan budak yang menyakitkan hati begitu?
Kawan : Tapi aku marah sangat-sangat.
Aku : Percayalah. Marah itu akan hilang sendiri. Abaikan sahaja ayat dia tu.
Kawan : Geram!
Aku : Kalau benda kecil kau tak boleh sabar, apa lagi kau nak harap?
Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, cuma aku, sering mengingatkan diri aku. Kalau aku tidak cukup kuat, aku tidak boleh beraksi di atas pentas kehidupan sebagai seorang guru. Aku kena tabah dan menjalani kehidupan dengan penuh erti dan jangan pernah tunduk dengan sebarang tekanan.
Apa pendapat kalian?
Nota Kaki :
InsyaALLAH, aku bakal bepergian selama 4 hari bermula esok. Aku tahu, tiada siapa yang akan merindui penulisan dari sini, cuma, aku harap kalian bakal doakan kesejahteraan aku. Itu sahaja.
Zara : Sudah membeli pakaian renang untuk kursus asas renang yang bakal bermula pada 8 hingga 11 Oktober 2010. Malangnya, aku tidak jumpa pakaian renang muslimah di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan aku dan bandar terdekat. Alahai.