Showing posts with label Cabaran Kluang 2010. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Kluang 2010. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Fakta Penting Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2010 Bagi Zara | Selamat Hari Bapa Semua


Salam hujung minggu semua.
Sudah hari terakhir cuti sekolah, esok dah mula ke sekolah seperti biasa. 
Sangat gembira.
Sila percaya.
Senyum.


Selamat tinggal aktiviti luar buat sementara waktu.
[Kesan pulang dari Cabaran Kluang 2010]

Minggu Pertama.
Cuti sekolah yang agak bermakna bagi aku. Minggu pertama sudah menghabiskan empat hari di Pantai Timur. Menikmati percutiaan bersama dengan ahli keluarga ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Empat hari yang boleh dikatakan menyeronokkan walaupun hakikatnya ada sedikit kerugian yang aku alami di situ. Tidak mengapa.

Minggu Kedua.
Minggu kedua dimulakan dengan latihan mendaki gunung (walaupun hakikatnya latihan mendaki bukit). Mendaki hingga mencederakan kaki sendiri. Kenyataannya aku menyertai Cabaran Kluang 2010 dengan keadaan dua jari kaki kanan yang tercabut kulit hingga menampakkan isinya. Senyum. Balut dengan berhati-hati walaupun kesakitan itu merajai, tetapi demi semangat berpasukan, kesemuanya aku ketepi. Senyum. Empat hari bermula 14 Jun hingga 17 Jun 2010 di Kluang, adalah sesuatu yang meninggalkan kesan baik pada diri aku. Banyak yang dipelajari dan kenyataan bahawa kecederaan adalah sesuatu yang banyak hikmahnya, aku telah lalui sepanjang cuti sekolah ini.

Menderma darah
Impian menderma darah untuk tahun 2010 terlaksana dengan jayanya pada 10 Jun 2010. Baru kali kesembilan, aku mengimpikan menderma lagi pada bulan September nanti, untuk kali kesepuluh. Abaikan apa yang mahu dilaungkan oleh mereka yang tidak menyukai aktiviti ini, aku bersyukur dengan nikmat bahawa berbadan gempal seperti ini, aku dapat menyumbang sesuatu buat manusia lain. Kali terakhir menderma, paras hemoglobin aku pada kadar 15.0. Boleh dikatakan baik.

Menanda kertas peperiksaan.
Timbunan kertas peperiksaan sudah semakin berkurangan. Alhamdulillah, banyak kelas yang sudah diselesaikan dan hanya kertas objektif sahaja yang tinggal, memandangkan aku benci untuk menebuk lubang di kertas OMR. Ketawa. Selalunya aku suka, tetapi disebabkan banyak yang teramat sangat kelas dan mata pelajaran yang perlu ditanda (kertas Kimia Tingkatan 4 dan 5 - gurunya melahirkan anak, maka aku diminta untuk mengambil alih menanda), aku lebih suka kalau ada orang menolong aku menebuk lubang kertas tersebut.

Berat badan dapat dijaga.
Alhamdulillah, berat badan dapat dikekalkan pada nombor yang sama, dan aku mengimpikan agar ia dapat turun lagi. Ketawa. Ah, aku bukan mahu kurus seperti bekas-bakal-madu-tidak-jadi aku, Victoria Beckham. Ketawa. Aku mahu berhenti pada satu tahap di mana, aku masih mampu menjalani kehidupan normal tanpa perlu ada mata yang mengerling dan menghina bentuk fizikal yang aku ada. Oh, tetapi kalau turun lagi, maksudnya, urat darah aku sukar ditemui seperti hari itu kah?

Jururawat : Lambat pula darah kamu mengalir kali ni.
Aku : Selalu cepat kan Puan?
Jururawat : Ada turun berat badan ke?
Aku : Ada sedikit, kenapa?
Jururawat : Sebab tu, urat darah mungkin dah kecut sedikit.
Aku : Ya ke?

Selamat Hari Bapa Semua.
Setiap hari adalah hari bapa. Itu yang aku fikir, tetapi menyambut hari yang istimewa seperti ini sesuatu yang menyeronokkan bukan? Selamat hari bapa buat Abah yang telah memberikan yang terbaik dalam mendidik aku sehingga aku menjadi siapa aku hari ini. Abah adalah model aku dalam menjadi guru yang baik dan dia adalah pesaing yang aku perlu kalahkan serta atasi.


Abah dan Mak sewaktu majlis konvokesyen aku pada 17 Ogos 2009.
Aku mewarisi saiz tubuh dan rangka seperti Abah, kening Abah, mata Abah. Nak hidung dan ketinggian Abah!

Abah adalah sumber maklumat aku dapat menjalani kehidupan sebagai guru. Perpustakaan yang hidup dan bergerak dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Oh, Abah mula bertugas sebagai seorang guru sejak tahun 1987 (tahun kelahiran aku). Sudah 23 tahun berkhidmat dan masih kekal bersemangat dengan tugasan yang digalas dan amanah yang disandang. Moga Abah bertambah sihat, jangan lupa untuk mengambil ubat setiap hari dan sentiasa gembira.

Nota Kaki :
1. Perlu menyiapkan tugasan yang terbengkalai.
2. Kecederaan kaki kanan sudah semakin pulih. Kulit baru nampaknya sudah mula terbentuk.
3. Senyuman yang terukir di wajah dengan kegembiraan kehidupan sekarang, moga ia kekal dan tidak akan sirna.
4. Siapa yang menyatakan bahawa betapa kehidupan aku bosan tanpa seseorang yang bergelar teman lelaki atau suami, aku hanya mahu kalian tahu, aku masih gembira dengan keadaan sendirian ini. Senyum.

Zara : Hari terakhir cuti sekolah, aku mahu menikmatinya dengan aman dan tenteram sahaja. Oh, kalian tetap di hati aku.

Saturday, June 19, 2010

"La, Cikgu Rupanya. Ingatkan Murid." | Empat Hari Yang Mengujakan Adrenalin Diri. Kami Juara!


Salam semua.
Apa khabar kalian yang dirindui?
Zara kini kembali secara rasmi dan terima kasih yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku. Masih setia mengunjungi Dunia Sebelah Zara dan menikmati penulisan-penulisan yang telah aku jadualkan selama empat hari ini. Ya, itu semua telah dijadualkan secara automatik disebabkan aku tahu bahawa tempat yang aku pergi tiada Internet dan aku akan terlampau sibuk hatta untuk menguruskan diri sendiri. Baiklah, sebelum berbicara lebih lanjut, mari lihat muka yang kalian rindui ini. (Oh, siapa yang benci, sila muntah di tepi)


Muka bertambah gelap, tanpa secalit alat solek. Gila apa berkhemah pun nak pakai itu?
Ketawa.

Isnin (14 Jun 2010)
Aku tiba di Pusat Kokurikulum Kluang. Oh, sudah di dalam kawasan Kahang, di Felda Ulu Dengar. Perjalanan yang agak menarik dan hujan sepanjang jalan. Aku mula memikirkan, adakah gunung yang bakal didaki keesokannya akan bertambah licin dan sebagainya. Dan, bila tiba di sana, sudah ramai peserta dari daerah lain sudah tiba. Sesuatu yang lucu, orang fikir aku adalah murid. Setiap daerah menghantar lima orang guru atau jurulatih dan lima orang pelajar Tingkatan Empat. Seronok lihat muka budak-budak dari daerah lain yang tersentak bila lihat aku duduk berkumpul bersama jurulatih bila masa beratur. Ya, terima kasih sebab menyanyi lagu Yuna bila aku lalu depan kamu. Ketawa.

Selasa (15 Jun 2010)
Ekspedisi mendaki Gunung Belumut bermula. Oh, memang gila curam dan tinggi. Nasib baik ada tangan yang sentiasa menghulur ke arah aku bila aku mula kepenatan. Yang menarik aku ke atas bila kawasan terlampau curam dan licin. Yang mengawal bekalan air yang aku minum serta mengajar teknik pernafasan yang betul agar stamina dapat dikekalkan. 


Di check-point 2.
Dalam gambar ini ada 3 pelajar dan 2 guru. Di baju kami dicetak, Muar No. 1.


Di kawasan yang bergigi atau kerang (merujuk kepada batu itu)
Oh, ini wakil dari Muar.


Rehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.


Gambar tidak dapat banyak diambil memandangkan aku terpaksa berjimat dengan bateri telefon. Oh, tidur di khemah, maka tiada tempat untuk aku cas bateri. Sedang menunggu kiriman gambar dari jurulatih program ini. Moga-moga cepat dikirim agar aku dapat menyimpan kenangan. Senyum.

Turun dari gunung, ada aktiviti ikhtiar hidup. Berkhemah lagi di tepi air terjun. Memang menarik dan aku suka dengan aktiviti begini. Banyak lagi yang aku mahu coretkan sebenarnya tetapi masih dalam keadaan cedera dan tiada gambar mahu aku paparkan buat kalian. 

Rabu (16 Jun 2010)
Berbasikal sejauh 7 kilometer di jalan yang bukan jalan raya. Senang cerita, off-road. Di dalam kebun kelapa sawit, mendaki dan menuruni bukit segala. Terdapat 5 check-point di mana setiap tempat ada tugasan yang diberi. Ya, kami dapat dapat tempat kedua di dalam aktiviti ini.
1. Paintball (menembak sasaran)
2. Orineteering dan bantu mula untuk 3 jenis kecederaan (patah kaki kanan, patah tangan kanan dan cedera di dahi)
3. Ikhtiar hidup (masak telur di dalam botol plastik)
4. Membaiki basikal (mengesan kebocoran tiub dan menampal kembali)
5. Membuat lastik dan menembak sasaran.

Lebih kurang 1 kilometer sahaja kami menemui jalan tar. Oh, turun dari basikal hampir terkengkang aku. Nasib baik tidak melecet. Oh, jatuh dua kali tatkala menyeberangi sungai kecil sambil mengangkat basikal. Gila kan aku? Ketawa.

Petang - pertandingan hidangan rimba. Ya, kami juara bahagian ini.

Malam - Kebudayaan dengan tema Citrawarna 1 Malaysia. Ya, kami juara! Bahagian paling menarik adalah persembahan kami mendapat tepukan yang gemuruh berbanding dengan kumpulan dari daerah lain. Senyum. Oh, aku tidak memakai sari, aku dapat watak gadis Melayu. Hasil sketsa campuran dan tarian yang sungguh berwarna warni. Pengurus, saya mahukan video itu secepat mungkin. Ketawa.

Khamis (17 Jun 2010)
Majlis penutup dan pengumuman rasmi kemenangan setiap pasukan. 


Keputusan pertandingan.
Ya, Muar JUARA CABARAN KLUANG 2010.


Aku dengan piala khas untuk pemenang.


Bersama Ketua Sektor dan Jurulatih-Jurulatih Kanan.


Pengurus pasukan menjulang Piala Pusingan yang kami menangi.
Untuk rekod, ini kemenangan buat kali kedua berturut-turut Muar menjadi juara.


Oh, maaf Kluang. Kami memecah rekod bila tuan rumah tidak menjadi juara kerana kebiasaannya tuan rumah akan menjadi juara.


Dengan Pak Yahya.
Semua muka penuh kegembiraan dan kecerian atas kemenangan.


Dengan pelajar yang banyak membantu aku di dalam Cabaran Kluang 2010.

Kecederaan yang aku alami mungkin tidak berapa serius. Perkara biasa bila kulit tercabut sampai nampak daging aku rasa. Tetapi yang paling sakit aku rasa setakat ini adalah kejang di bahagian betis. Aku tidak dapat menuruni bukit atau tangga saat ini secara normal saat ini. Maksudnya, aku kena berjalan terbalik atau lebih tepat lagi secara mengundur walaupun hakikatnya aku mahu turun ke bawah. Kalau tidak, bagai hendak putus urat betis aku.

Nota Kaki :
1. Perlu meningkatkan lebih stamina.
2. Kekurangan air memang membuatkan aku lemah. Ya, aku tidak perlukan makanan sebab aku lebih mahukan air.
3. Selepas pulang dari kem semalam, singgah menikmati air terjun sebentar. Mandi bersama rakan-rakan sepasukan meraikan kemenangan bersama.

Zara : Susah bila benda yang kita buat tidak disokong oleh keluarga. Aktiviti lasak sesuatu yang merangsang adrenalin dan diri aku wahai Bonda. Perlu lebih kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran selepas ini.

Thursday, June 17, 2010

Wednesday, June 16, 2010

Hari Ketiga Bermula - Cabaran Berbasikal.


Salam semua.
Sudah hari ketiga yang bermaksud esok sudah boleh pulang.
Senyum.


Gambar dari Kursus Asas Kejurulatihan tempoh hari.

Moga kalian punya hari yang menggembirakan. Senyum.

Zara : Semakin gelap kulit, sila terima kenyataan bahawa kamu memang kena redha wahai Zara. Sesiapa yang mahukan teman wanita yang berkulit begini, sila hubungi aku. Ketawa. Gurauan gila bagi menghilangkan rasa penat. Jaga diri semua.

Tuesday, June 15, 2010

Nakama, Baru Dua Hari Sudah Merindui Kamu. Alahai.


Salam.
Sudah turun dari Gunung Belumut tadi. Apa yang berlaku bakal diberitahu kelak. Senyum.

http://www.wwu.edu/vpsa/nakama/resources/NakamaMainLogo.jpg

Nakama, kamu sihat sahaja?
Kerja bagaimana?
Makan atau tidak?
Rindu aku atau tidak?
Baiklah, cukup tentang nakama aku, nanti pening kepala mahu jawab soalan yang begitu banyak.
Senyum.


Kenangan terakhir sebelum melangkah ke Kluang tempoh hari. Senyum.
Dari sebuah blog yang menarik dan penuh dengan maklumat. Dapatkah kamu teka dari blog manakah ini?

Zara : Ikhtiar hidup dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Lamanya, alahai.

Gunung Belumut, Kluang - Cabaran Bermula. Doakan Aku Ya?


Salam pagi semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Lebih baik?

Monday, June 14, 2010

Selamat Tinggal Semua - Jumpa Lagi Dalam Masa Empat Hari. Cabaran Kluang 2010 Bermula!


Salam semua.
Tahniah kepada skuad Jerman yang menang 4-0 malam tadi. Oh Klose, kamu memang comel dan bergaya seperti dahulu juga. Abaikan umur yang sudah boleh dikira tua itu.
Pagi ini akan bergerak ke Kluang untuk menghadiri dan menyertai Kursus Peningkatan Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Johor atau lebih dikenali sebagai Cabaran Kluang 2010.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan dan diantaranya adalah pendakian Gunung Belumut, Ikhtiar Hidup, eksplorasi berbasikal, hidangan rimba, malam Citra Warna 1 Malaysia serta Khidmat masyarakat. Empat hari yang panjang akan dilalui dengan pelbagai ragam rasanya. Moga keadaan akan lebih baik buat aku saat ini.


Baiklah, muka ini kelihatan gila bersemangat.

Selamat tinggal semua. Akan merindui kalian.

Zara : Tidak disangka akan ke Kluang bersama Tuan 'Bront'. Eh, suami orang dah tu Zara. Sila jangan teruja berlebihan. Ketawa.