Salam semua.
Semalam aku langsung tidak menulis. Baru pulang daripada KLIA, menghantar datuk saudara serta ahli keluarga dia pulang ke Jeddah. Ya, buat yang bertanya, masih ada lagi ahli keluarga sebelah Abah di sana. Senyum.
Pagi ini senang hati dan bahagia bila berbual dengan kembar. Ya, semalam sakit hati yang amat pada dia. Nasib baik jauh beribu kilometer, kalau tidak si nakal itu sudah pasti aku ketuk-ketuk kepalanya. Baiklah, itu kejam, tapi kami memang pasangan kembar yang kejam. Oh, aku mungkin lebih sadis daripada dia. Ketawa.
Sedang berbual dengan kembar, aku mendapat satu panggilan telefon daripada seorang kawan lama. Oh, kawan ini baik dengan aku, mungkin jarak yang memisahkan membuatkan kami jarang berhubung seperti dahulunya. Ah, lebih-lebih lagi kalau sudah berpunya kan? Senyum.
Kawan : Apa khabar kau?
Aku : Baik je. Kau baik?
Kawan : Macam biasa. Kerja. Mengelat, cikgu cuti.
Aku : Apa kau dengki? (ketawa)
Kawan : Mestilah, aku kena kerja.
Aku : Dah nama kerja yang melibatkan benda bukan pendidikan kan?
Kawan : Aku nak tanya kau sedikit, boleh?
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab kadangkala kau rasional.
Aku : Ceh, kadangkala sahaja kata kau?
Kawan : (ketawa) Betul apa. Eh, jom serius sekejap.
Aku : Ya, serius macam Sirius Black dalam Harry Potter. Apa dia?
Kawan : Kalau diberi pilihan, kau akan pilih lelaki bagaimana? Bujang, tapi tidak punya apa-apa, atau duda yang ada harta dan anak dua?
Aku : Eh, kenapa tanya aku?
Kawan : Jawab sahajalah.
Aku : Bujang yang tidak punya apa-apa tu apa maksudnya?
Kawan : Bujang, baru habis belajar, baru nak cari kerja.
Aku : Duda yang ada harta tu, anak-anak dia dikira harta sekali kan?
Kawan : (ketawa) Bolehlah.
Aku : Sebenarnya aku tak boleh beri pendapat sebab aku percaya kedua-dua ada baik dan buruknya. Kau berikan penjelasan yang lebih terang boleh?
Kawan : Ya, baik. Kau sengaja perangkap aku kan?
Aku : Perangkap apakah?
Kawan : Nak suruh aku cerita.
Aku : (ketawa) Sebab aku tak tahu.
[Gambar : Kenapa gambar ini macam nak tikam orang ya? Anggap sahaja seperti sedang berbual]
Kawan : Kau pun tahu aku ada teman lelaki kan?
Aku : Yang muka ala-ala artis Korea tu?
Kawan : Korea la sangat, aku rasa Thailand adalah.
Aku : (ketawa) Habis tu apa kena mengena dengan duda ke apa tadi tu?
Kawan : Ada saudara jauh Mak aku datang ke rumah. Makcik tu berkenan pada aku, nak melamar untuk anak dia yang duda anak dua.
Aku : Wah! Bagusnya!
Kawan : Bagus apa bendanya? Teman lelaki aku nak campak mana?
Aku : Duda tu muda lagi?
Kawan : Dah 30 tahun lebih kurang?
Aku : Oh, dah tu, cakaplah dengan Mak kau yang kau tak nak.
Kawan : Dah cakap, tapi Makcik tu macam bersungguh-sungguh nak juga. Lagipun duda tu duduk luar negara.
Aku : Eh, ye ke? Ikut sahajalah. (ketawa)
Kawan : Dia kata, aku boleh balik Malaysia sekali atau dua kali setahun.
Aku : Bagus-bagus.
Kawan : Pening kepala aku ni.
Aku : Apa nak pening? Kau ada teman lelaki kan?
Kawan : Mak aku macam mana? Makcik tu macam mana? Anak dia macam mana?
Aku : Tu semua tak penting. Yang penting sekarang ni kau punya hati macam mana?
Kawan : Aku tersepit.
Aku : Bincang elok-elok, kecuali kau suka pada anak makcik itulah.
Kawan : Haish!
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku pening. Kau tolonglah aku.
Aku : Tolong macam mana? Pilih mana satu untuk kau ke?
Kawan : Boleh?
Aku : Gila kau. Aku kalau pilih, mahu kau melepas kedua-duanya.
Kawan : Keji je kan?
Aku : Kau kena tanya hati. Buat solat istikharah, itu cadangan aku.
Kawan : Baik.
Aku : Kalau nak berkorban untuk keluarga sekalipun, kau kena fikirkan diri kau juga.
[Gambar : Adakah kau sedang terkeliru begini kawan?]
[Gambar : Ya, ini ahli keluarga aku. Eh, ahli keluarga kau kotak ke Zara?]

Aku jujurnya mahu kata dengan dia, memang susah bila cantik sangat ni. Oh ya, aku kalau perempuan itu cantik, memang aku akan kata dengan jelas dia cantik, tanpa ada diskriminasi. Dan aku percaya semua orang cantik dengan kelebihan diri masing-masing. Cuma orang yang baca blog aku sahaja yang akan kata aku hodoh. Senyum.
Baiklah.
Kamu semua ada pandangan masing-masing tentang isu ini?
Nota Kaki :
1. Semalam beli dua novel penyiasatan klasik. Edisi lengkap dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh penerbit luar. Ada sesiapa mahu teka tajuknya?
2. Pengendali blog Oh Malaysia, Amir Said sudah tiba di tanah air jam 10 malam tadi. Baru bercakap di telefon dengan dia pagi tadi. Amir bakal pulang ke Kemaman pagi ini.
3. Hari yang indah buat kamu semua?
Zara : Semalam yang memeritkan sudah dilalui dengan penuh kepayahan. Kesakitan yang mahu diterjemahkan dalam bentuk penulisan sudah dipadamkan sebelum dapat dicoretkan. Senyum. Aku berhak untuk senyum.
21 comments:
banyak senyum nmpknya kali ni.senyum
klau sy cantik b0leh jgk kasi ke sy duda tuh...huhuuu...(bley ke cm tuh?hehe)
tersepit antara keluarga n diri sndri...harap dia dpt bt keputusan yg baek...
cantik pun susah..tak cantik pun susah.lagu mana ni?
yeah! setuju..
setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan...
kadang2 buat istikarah pun masih ragu2 dengan petunjuk..
mintak beliau khusyuk & tawadu'..
sungguh2 pasti ada hasil:)
jujur aku cakap, aku pilih bujang walaupun dia tak ada kerja.
tapi aku kena tengok dia jenis "orang tak bekerja kerana keadaan (cth belum habis belajar @ ekonomi tak baik)" atau "orang tak bekerja kerana malas". there's a different in that.
and bagi aku, "sekufu" tu bukan bermaksud kerja@gaji sama level, tetapi bermaksud satu level dari segi personaliti (compatible) dan ya, agama.
penTing tanya haTi..rase2 mane yg terkesaN dik hati...lalalalala =p
ehmm sokong knp tidak wat solat istikarah mungkin dpt jwpan yg lebih baik:)
cantik pun susah yea...
alahai.. tp seronok kan bila ada match kan kita...
apapun bawalah berbincang:) insyaAllah akan ada jwpn:)
pilih la yg bujang..lg fresh..
tp klu nk yg duda boleh tp biar yg cerai mati klu yg cerai idup kne selidik ape puncanya..
solat istikharah yg terbaek..
tp ape kate cik kotak?
huhu
kalau duda,
orang kate byk pengalaman handle family n da stable.
kalau bujang, baru blaja nk hidup
tp, kalau saye, saye pilih bujang.
hehe
biarlah susah dulu same2.
nanti kemudian baru senang.
baru hargai pasangan kite tu.
XD
opinian only~
uikkk mcm tu pulak
Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
makcik tu mahu utk anak dia. anak dia mahu ke tak?
senyum jugak =)
kak naa lebih pandang seorang lelaki yang punya sikap yang boleh diharap, matang dan bertanggungjawab tak kira di masa susah dan senang if kita 'bersama' dia esok2. Ada duit tapi tak pandai manage it's risky. Tak ada duit tapi ada kesungguhan dan sanggup berusaha.. x mengapa. Status.. duda atau single..x kesah tapi kalau boleh elak suami orang. But then jodoh di tangan tuhan. Kita hanya merancang kan?...
Cuma buah pikiran ajer. Thx :)
lelaki bujang n duda, dua2 ok. asalkan berkualiti.
1) tengok kualiti dr all aspek
2) buat solat istikharah
3)tengok keserasian ant pasangan
4)tanya juga kekuatan pd hati
5) buat list keburukan dan kebaikan dua2 calon.
6) bg masa untuk diri sendiri
7) boleh berbincang dgn keluarga dgn cara yg baik n elakkan mengecilkan hati mereka sekiranya pendapat tak sama.
8)membuat keputusan dan jgn
terburu-buru
9)fikirkan juga matlamat hidup dn cita2 adik.
hidup dgn org yg kt cinta mmg bahagia, namun hidup bukan sekadar cinta. ia turut babitkan tentang jaminan hidup dan tangunggjawab yg dipikul. kalau org yg kita cinta byk keburukan dr kebaikan, x salah utk melupakan. jika yg x dicinta mempunyai byk kebaikan dalm al aspek terutamanya tangungjawab terhadp kt, kita boleh belajar utk menyintainya. org yg cintakan kecantikan kt semata2, takut nanti bl x cantik, cinta itu pudar. org yg tulus menyintai kt insyaAllah akn sgt syg pada kt.
Hati bila keliru, memang otak pun ikut confuse.
Kalau pilih orang sebab harta, memang tak ke mana. harta boleh lesap sekaligus. harta boleh cari.
tapi kawan kak Zara tu, betul2 betul ke sayang teman lelaki dia?
sebab kalau benar-benar cinta, benar-benar suka, kena tegas dengan diri sendiri.
takkan sebab nak senangkan hati orang lain, hati sendiri terkapai-kapai menangis. <--based on my own experiences. Been hurts so many time.
harap-harap kawan kak zara boleh fikir yang terbaik untuk dirinya.
Tak nak pilihn due2x. boleh?
Hari ini indah sebab cuti sehari dapat rehat.. Duda berkejaya.. Pada saya biarlah pada si anak teruna..
P/S : Cuba solat istikharah hanya Allah yang tahu :)
walau cemana pon, keputusan tetap pada empunya diri!!
hype, kamu x hodoh ok??
mak cakap..kalau kita confuse, tak tahu nak pilih mana 1, itu maknanya kita ade hati kat org tu. ngeh3
kalau saya, saya akan pilih duda dari lelaki bujang >_<
ayah ckp law nk jadi menantu dye, kene ade kerja yg tetap...
law x de keje tapi nk kawin...
nak bagi istri makan ape, bagi makan pasir???
huhuhuhu...
tergelak saya bila dgr ayah ckp mcm 2 kt balak akak saya...
huhuhuuhuu
Post a Comment