Tuesday, November 30, 2010

Kenapa Orang Jahat Mahu Menguasai Dunia? : Lelaki Berkaca Mata Itu Kacak?


Salam semua.
Terima kasih buat yang mengikuti aku di Tumblr. Jujur sebenarnya aku sendiri tidak begitu pasti dengan fungsi sebenarnya tetapi ia kelihatan menyeronokkan itu sengaja menulis atau berkongsi sesuatu apabila bosan (walhal baru letak 2 nota dan 1 gambar).

Terfikir sesuatu semasa menonton kisah penjenayah yang tidak sudah-sudah setiap minggu (padahal aku yang wajib memastikan diri sendiri berada di hadapan televisyen). Kenapa setiap penjenayah yang wujud di dalam filem, drama dan kartun mahu menguasai dunia? Kenapa mesti menguasai dunia?

http://i118.photobucket.com/albums/o103/rooraapics/Hot%20in%20beanies/HiB_Hero/00gq6.jpg
[Gambar : Bagaimana mahu menguasai dunia? Adakah melalui senyuman sahaja? Gila]

Baiklah.
Walaupun aku tidak kenal dengan siapa dalam gambar di atas, walaupun aku pasti artis Korea (adikku Paan, sila tabah) , hari ini aku mahu senaraikan beberapa sebab kenapa orang jahat mahu menguasai dunia berdasarkan pandangan peribadi aku.

Eh, kalau jambu begini mahu menguasai dunia, aku mungkin tidak akan melawan.
Ketawa.
Baiklah, serius.

1. Nampak kuat dan gagah jika menguasai dunia.
Betulkan? Bila menguasai dunia, maka mestilah nampak kuat, hebat dan gagah. Adakah menguasai dunia nampak lemah? Kecuali dunia yang kurang betul seperti Dunia Sebelah Zara (ada sesiapa mahu rampas dunia picisan ini?)

Orang jahat : Aku rasa aku nak menguasai dunia la.
Geng : Dunia mana?
Orang jahat : Dunia Sebelah Zara.
Geng : Apa tu?
Orang jahat : Eh, tak tahu ke?
Geng : Tiada dalam peta dunia pun.
Orang jahat : (sambil pandang kiri kanan) Kau Google.
Geng : Baik ketua!

Apa kau ingat kau terkenal sampai begitu sekali ke Zara?
Ceh!
(Tak boleh tulis ayat memuji diri sendiri, nanti ada pula mahkluk yang tulis blog mengata tuan punya blog ini. Lawak kan?)

2. Rasa berharga.
Berbanding Plankton dalam Spongebob yang mahu menguasai resepi Krabby Patty, aku rasa lebih baik rasaksa dalam Ultraman atau Power Rangers atau mungkin juga Lord Voldermort dalam Harry Potter yang mahu menguasai dunia. Apalah sangat menguasai resepi Krabby Patty kan? Termasuk dalam lubang tandas, diejek oleh isteri komputer, tidak termasuk beberapa episod ditendang, dipijak oleh Encik Krab. Sangatlah membazir. 

http://img.poptower.com/pic-14609/plankton-spongebob.jpg?d=1024
[Gambar : Muka teruja dapat curi resepi rahsia Krabby Patty. Tapi selalunya gagal]

http://th08.deviantart.net/fs46/300W/i/2009/167/f/2/Lord_Voldemort_by_soul_whisper.jpg
[Gambar : Siapa yang tidak teruja tengok muka orang jahat macam Lord Voldermort?]

Rasa lebih berharga menguasai Dunia Muggle dan Dunia Ahli Sihir berbanding sekadar resepi rahsia Krabby Patty kan? Ketawa.

3. Pembunuhan tidak memuaskan hati orang jahat.
Kadangkala membunuh sudah tidak dijadikan asas lagi dalam menjadi orang jahat. Menguasai dunia adalah lebih penting disebabkan kalau semua sudah dibunuh, dunia akan kosong. Jadi, apa erti menguasai dunia tanpa ada orang lain dalam dunia? Kita tidak perlukan zombie, atau apa sahaja di dalam dunia ini. Kata orang jahat, bukan aku kata. Ketawa.

Orang jahat : Kasi bakar!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi potong!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi tembak!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi bunuh semua!
Geng : Baik tuan!

Selepas beberapa ketika...

Geng : Kita sudah menang tuan!
Orang jahat : Bagus. Kumpulkan semua orang kita.
Geng : Baik tuan! (semua berkumpul)
Orang jahat : (sambil mengira) Banyak ini sahaja?
Geng : Yang lain semua dah dimusnahkan.
Orang jahat : Apa ertinya menguasai dunia begini?!

4. Orang jahat tidak pasti dunia mana hendak dikuasai.
Sebenarnya mereka sendiri tidak pasti mahu menguasai dunia apa. Mungkin dalam perbincangan, mereka terpaksa meletakkan beberapa pilihan seperti berikut :
  • Dunia pertahanan.
  • Dunia permotoran.
  • Dunia pelacuran.
  • Dunia perbankan.
  • Dunia hiburan (wah!)
  • Dunia Sebelah Zara (nak juga kan? Ketawa)
  • Duniaku Duniamu (DKDM - penghargaan buat saudara untuk saudara)
  • ...dan pelbagai dunia lagi.
Cuma yang pastinya, beberapa dunia berikut tidak akan terpilih :
  • Dunia kematian (Lord Voldermort pun takut)
  • Dunia Belum Berakhir (apa kau ingat tajuk lagu?)
5. Boleh memulakan operasi kejahatan secara besar-besaran.
Baru seronok buat kerja jahat kan?
Buat jahat dalam skala kecil itu cuma kanak-kanak yang sorokkan pemadam orang lain. Yang berskala besar seperti rasaksa, Lord Voldermort serta Pemakan Kematian (baca : Death Eater) mestilah buat jahat secara terang-terangan.

Dapat menimbulkan rasa takut pada orang ramai, kebimbangan bagaikan melihat Dementor bergetanyang di udara dan takut melihat kononnya ada Tanda Kuasa Jahat di luar rumah. Sekejap. Kenapa contoh aku semua adalah tentang Harry Potter?

http://images2.fanpop.com/image/photos/13400000/Death-Eaters-in-Deathly-Hallows-harry-potter-13426798-1280-800.jpg
[Gambar : Buat jahat beramai-ramai sebegini adalah kegemaran Lord Voldermort walaupun dia sebenarnya tidak percayakan orang lain]

Itu sahaja yang dapat aku nyatakan.
Aku percaya ada banyak lagi sebab kenapa orang jahat nak menguasai dunia, cuma nantilah dahulu. Aku mahu berkemas untuk aktiviti petang sehingga pagi esok (1 Disember 2010). 

Oh ya, aku akan mengayuh sejauh 60km malam ini di kawasan Batu Pahat. Bertolak dari Muar petang ini lebih kurang jam 4 petang aku rasa disebabkan aku mendapat pesanan supaya berkumpul di Bakri jam 3.30 petang. Itu sahaja. Jumpa kamu sekalian esok, insyaALLAH.

Selingan.
Oh, tentang lelaki yang berkaca mata itu seorang yang kacak, comel dan sebagainya adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Cuma aku selalu merasakan lelaki yang berkaca mata (termasuk juga perempuan) mempunyai mata yang cantik. Mata yang terlindung disebalik cermin yang membantu penglihatan mereka.

Diam.
Itu pendapat peribadi sahaja.
Jangan ada spekulasi pula.

Oh, lebih mengenai ini boleh dibaca di Tumblr aku di sini.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Alhamdulillah, Abah dan Bonda melepaskan aku pergi untuk aktiviti kayuhan malam ini.
2. Sejak kebelakangan ini muncul cerita yang kurang enak tentang penulis blog. Aku mengambil pendekatan diam dan lihat sahaja.
3. Ada sesuatu yang berlaku di dalam ruang sudut paling dalam milik seorang manusia beku. Dia sedang berusaha melawannya.
4. Iman Kenzo bakal berjalan jauh malam ini. Hoyeah!

Zara : Acapkali kita merasakan dengan berbual, menulis dan bercerita dengan seseorang itu kita sudah mengenali keseluruhannya tentang dia. Malangnya, disebalik ketawa mesra, perbualan ceria, mungkinkah tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa? 

26 comments:

Unknown said...

JAEJOONG...whoaaaa

Hami Asraff said...

Belom tengok Harry Potter lagi!

suffer8zine said...

den dah tgk harry poter, best!

Terkini : Keputusan akhir undian Anugerah Blog Pilihan Malaysia bagi kategori Blog Personal Lelaki Pilihan

Yellow LEOpard said...

suka ayat last sekali..

disebalik ketawa mesra, perbualan ceria, mungkinkah tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa?

hurmm..

Sang Gabriel said...

menda paling jahat yang orang jahat paling respek di kalangan orang jahat sendiri ialah menguasai dunia...haha

doyah said...

ummm..comel la ayat2 dlm blog ni :)

ima said...

nie pengaruh harry potter kat kak zara lebey nie~ kikiki

sharamli said...

saya budak berkaca mata..

yeah~

Afizz said...

Wah....banyaknya pendapat..menarik! :D

sopiah said...

sebab tu tak best jadi orang jahat kan kak zara. asyik tak puas hati saja.

fezaL Mohd said...

pengaruh kuat ni !

ieda Qema said...

tiap kali nengok spongebob mmg ku suka part plankton tu... pastu gelakkan dia.. hahah.. suka patrick juga. hahaha~

hans said...

hahahahaha
betul dowh
teruja aku tgok Voldermort tu
hidung dia mana dia sorok entah


SAYA DENGAN INI MENGAKUI AMAT BERSETUJU DENGAN PANDANGAN CIKGU ZARA BAHAWA LELAKI BERKACA MATA MEMANG KACAK COMEL DAN SEBAGAINYA. SAYA SETUJU 100000000%

hahahahahahahah

P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

Mrs Nurul said...

SEJAK BLE TUMBLR NI HYUUUJUHHUH

Mimi Dyana said...

zara, perasan tak penjahat dalam filem/drama selalunya kacak2?

macam damon dalam the vampires diary.
hah, shah rukh khan jadi jahat pon nmpak lagi kacak. macam dlm cerita dhoom kalau tak silap.

tapi, tori ni tak praktikal kot kalau drama/filem tempatan. hehe

Unknown said...

dulu suka laki pakai spek.

tp skrg tak

;P

Unknown said...

Dulu aku budak kacamata! skang mata ku tidak berkaca lagi ! haihh.. nih semua gara gara ulam ulaman ! siap kau ulam!! ;D

CiPoT CeDoT said...

yee..tepat..lelaki berkaca mata memang mempunyai mata yang lawa...(saja nak puji diri sndr..wakakaka)

Unknown said...

sy org jahat nk takluk klntan je..waaa bila leh alik umh nie..

ijatnuar87 said...

ahaks...ssh gak kn nk jadi org jahat nih..ingtkn senang jek...

PuanPepel said...

aku bru abes kaver blk sume episod harry potter..ahakz

takky said...

lebih minat org jahat dalam cerita DEATH NOTE...
dan ulquiora (bleach)...
sedey ye bile ulquiora mati...
huhuhuhuhu

samanosuke_04 said...

make sense gak ko buat post camnie. kekadang aku pun ttanye2 apsal laa diorang nak kuasai dunia.. bukan main susah lagi kena lawan semua atromen, superman, harry potter smue..

kalo cita2 nak bukak kedai cam plankton kan senang, bleh ajak atromen makan skali.. heheheheh

Hizami Li said...

zami pakai cermin mata.
tapi selalu pakai contact lenses.
XD

hans said...

hahaha
ketawa aku baca komen samanosuke_04
tapi betul juga dia kata tu

P/S : Kelab Bola Sepak Kalah 55 - 0.....Ini Main Bola Ker Apa? Hahahaha

piNky LuCiA said...

Harry Potter best. mungkin sebab itu kau memilihnya untuk dijadikan contoh. haha