Sunday, November 07, 2010

Kekurangan Dilahirkan Serta Dibesarkan Sebagai Anak Sulung : Suatu Perspektif


Secara normalnya, bila ada kelebihan, pasti ada kekurangan.
Buat yang tertinggal siri kelebihan, bolehlah menekan pautan yang disediakan.
Senyum.

Kebelakangan ini, banyak menulis tentang hal kekeluargaan. Bukan, ini bukan petanda kemaruk nak membina keluarga sendiri, bahkan, aku masih jauh lagi dalam perjalanan mencari cinta sejati (sila muntah beramai-ramai). Kalau ada suka orang sekalipun, penat pandang orang tapi orang tu tak pandang kita. (Dah kau tengok dalam gambar, manalah orang tu nak pandang balik). Ketawa.

Berbalik pada isu kita di hujung minggu ini, kekurangan sebagai anak sulung mestilah ada (dalam perspektif aku). Aku tak pernah pula menyatakan yang anak sulung tiada kelemahan, dan anak-anak lain tidak menarik. Aku siap pesan baca dengan minda yang terbuka. Mengeluh.

01. Semua benda yang dimiliki harus dikongsi bersama.

http://izismile.com/img/img2/20091022/danboard_00.jpg
[Gambar : Kalau ada makanan, memang kena kongsi kan?]

Oh, ini memang selalu kena. Apa sahaja benda yang dimiliki atau dibeli sendiri mestilah dikongsi dengan adik beradik lain walaupun ada harapan barang tu akan musnah di tangan mereka. Kalau makanan masih tak mengapa, tapi bengang juga kalau makanan tu sangat sedap, kita nak makan sedikit-sedikit sebab mahal dan susah didapati, tiba-tiba nampak adik masukkan terus dalam mulut dia. Jadi, perkara begini selalu diselesaikan dengan cara keji (walaupun lepas itu kena marah dengan Emak).

Adik : Along, nak sikit aiskrim tu.
Along : Mana boleh!
Mak : Bagilah adik kau jamah sikit.
Along : Orang beli guna duit sendiri. Kalau adik nak, dia belilah sendiri.
Mak : Jangan kedekut sangat.
Adik : (mula menangis, hentak-hentak kaki)
Mak : (jerit dari dapur) Bagilah adik kau tu. Kau beli lain nanti.
Along : (pandang adik dengan muka geram) Adik nak ke?
Adik : (mata bersinar-sinar dan mengangguk)
Along : (jilat aiskrim laju-laju, bagi penuh dengan air liur kononnya, lepas tu hulur pada adik) Nah!
Adik : Tak nak! Dah kotor! (menangis)

Lepas tu adik berlari pergi dapur dan si Along kena bersedia untuk dimarah dan mungkin dicubit sebab tak nak berkongsi dengan adik. Padahal, sanggup tak makan dua hari sebab nak kumpul duit beli aiskrim besar. Huh!

02. Jadi sasaran kemarahan akibat perbuatan adik-adik.
Senang kata macam kambing hitam. Bila adik-adik terlampau kecil untuk memahami kenapa mereka perlu dimarahi atas kesalahan yang secara terang-terangan adalah perbuatan mereka, si Along kena menahan diri (sambil menahan air mata) dimarah sebab adik-adik buat salah. 

http://berrylipglossxpumps.files.wordpress.com/2010/03/danbo11.jpg
[Gambar : Buat mata berkaca-kaca bila kena marah]

Mak : Kenapa kau tak tengokkan adik? Habis pecah pasu bunga!
Along : Orang dah suruh adik main sini, tapi dia main sana juga.
Mak : Patut jaga dia, kan mak dah pesan!
Along : Orang pun nak tengok kartun.
Mak : Menjawab ya? (Zass! Kena rotan)

Lepas Mak masuk semula dapur atau bilik, datang dekat adik, ketuk-ketuk dia, marah-marah dia walaupun dia tak tahu apa-apa. Bila nampak adik makin gelak-gelak sebab dia tak faham apa-apa, hati makin sakit, terus cubit adik kuat-kuat. Dia menangis, cepat-cepat pergi sembunyikan diri dalam bilik, pura-pura tidur. Ketawa. 

03. Kurang perhatian bila dah terlampau ramai adik beradik kecil.
Bila adik beradik dah sampai lima enam orang (ataupun mungkin lebih bagi sesetengah orang), anak sulung kenalah pandai berdikari dan uruskan segala-galanya sendiri. Nak masuk matrikulasi, Abah cuma bagi duit, dia tunggu dalam kereta, anak sulung inilah yang masuk, beratur bayar yuran dan entah apa lagi prosedur dalam bank. Sudahlah habis SPM dulu, umur baru 16 tahun, masih tak matang, kena buat segalanya sendiri. 

http://lh5.ggpht.com/_Gchm0CkX0n0/SjUM_pyNP9I/AAAAAAAABHg/kzyX4AOOnVM/s800/IMG_0312-2.jpg
[Gambar : Buat segala-galanya sendiri atas nama kononnya perlu berdikari]

Along : Esok nak pergi bank sebab nak bayar yuran masuk universiti.
Abah : Pergi sendiri.
Along : Banyak nak bawa duit tu.
Abah : Nanti Abah hantar. 
Along : Yeah!

Keesokan harinya...

Along : Sampai sini je?
Abah : Masa masuk matrikulasi boleh urus diri sendiri, masuk universiti mesti boleh.
Along : Baik (tunduk tepi bank)

Abah tinggalkan depan Tabung Haji jam 8.00 pagi. Tabung Haji buka jam 8.30 pagi. Pintu buka terus jadi pelanggan pertama. Keluarkan duit dalam dua ribu ringgit sebab nak bayar yuran, simpan duit ketat-ketat dalam beg dan berjalan perlahan-lahan sambil peluk beg ke CIMB. CIMB pula buka jam 9.30 pagi, duduk situ sambil orang lain penuh tunggu bank buka, nak bayar yuran masuk universiti.

Bila giliran adik-adik, Abah pergi uruskan semua dengan alasan, adik-adik kecil lagi. Ini tidak adil!

04. Kesepian dan keseorangan serta tiada tempat mengadu.
Ini biasanya berlaku apabila jarak usia dengan adik-adik adalah besar dan nyata. Jadi rasa sepi dan keseorangan itu sudah sangat terbiasa. Bercakap seorang diri, bercakap dengan dinding atau cermin itu sudah jadi satu amalan.

http://28.media.tumblr.com/tumblr_kp8uco4NqA1qz5njko1_500.jpg
[Gambar : Membaca sudah jadi satu kewajipan sebagai hobi melarikan diri dari kebosanan]

Duduk senyap-senyap, buat kerja sendiri bila adik-adik sedang main dan buat bising dengan bersungguh-sungguh di luar. Malas nak pergi menjerit pada mereka, maka duduk dalam bilik dan membaca, buat kerja sekolah. Nak main sama-sama rasa macam dah tak kena dengan usia.

Adik-adik kecil lagi. Takkan nak cerita dengan Abah atau Emak? Macam segan. Lepas tu nanti kena tuduh gatal, miang nak kahwin dan sebagainya. Nak cerita dengan kawan-kawan pun segan. Orang lain dah mula beranak-pinak tapi kita nak bercinta pun tiada calon lagi. Ketawa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQYubBGyfD2fRjvV52DmUM6en4mg4nHYda-XC-O0wNtvAwitAewP63EHSrTSkFWdlzioB-D31jYGpC88ye8Hh-EW_gTVjDBS-CW3tHiYgpPjaeTw2YYQFfAfQATwZP8poEuOOUbtpMNjU/s1600/danbo.jpg
[Gambar : Tiada kenyataan]

05. Jadi sandaran dan harapan ibubapa (sangat tinggi)
Anak sulung biasanya akan jadi petanda aras dalam keluarga. Ibubapa akan beri harapan menggunung supaya anak sulung akan menjadi contoh pada adik-adik lain. Seluruh pengharapan diberikan dan jika tidak  berjaya, ibubapa mestinya akan kecewa. Belajar dibawah tekanan.

Emak : Kenapa boleh dapat banyak ni sahaja?
Along : Dah berusaha ni Mak.
Emak : Anak kawan Mak boleh dapat lagi bagus.
Along : Dia budak MRSM, SBP, mana nak lawan.
Emak : Anak penoreh getah sekolah Mak boleh buat.
Along : (dah habis alasan) Ya, baik. (belajar gila-gila)

http://farm5.static.flickr.com/4057/4570346039_9f751a86e5_z.jpg
[Gambar : Sanggup bermati-matian untuk melunaskan harapan keluarga]

Itu sahaja.
Sebenarnya bukanlah kekurangan sangat, kerana dalam kekurangan itu, ada yang boleh diatasi dan menjadi kelebihan. Senyum. Apapun, ini juga sebagai menjawab balik beberapa fakta yang telah dinyatakan oleh kawan aku yang pendiam dalam penulisannya.

Nota Kaki :
1. Tahniah kepada Manchester United disebabkan menang malam tadi. Park Ji Sung membuatkan aku tertidur depan komputer dalam keadaan tersenyum bahagia.
2. Maaf buat sesiapa yang menghubungi aku di talian telefon. Memang semenjak aku tiada komitmen dalam perhubungan dengan manusia berlainan jantina, telefon tidak lagi menjadi perkara utama aku di rumah. Dari pagi semalam hingga aku dengar penggera telefon aku berbunyi jam 4.30 pagi tadi, baru aku jumpa telefon aku dalam beg tangan.

Zara : Kadangkala kita rasa teringin untuk berbual dengan seseorang, tetapi orang itu seorang pemalu dan pendiam. Cuba untuk berbual tetapi takut diri sendiri adalah terlampau beku dan mungkin membosankan. Entahlah, yang penting, ada komunikasi yang terjalin disebalik diam.

27 comments:

Cik Nass said...

Salam Zara. Setuju amat dengan entri kamu. :) Saya anak sulung daripada 6 beradik. Jadi saya memang antara yang paling pemendam di dunia realiti dan agak 'outspoken' [kemudian menangis dan menyesal] di dunia maya.

Mrs Poyo said...

Zara..
kita sudah trbalik..time ceq abah yg uruskan smua tp bila time adik2 skrg ni..depa yg urus sendri..hahahha

annadzirah said...

nice!
aku memang anak sulung tapi dua beradik je.
so xadelah rasa sangat kekurangan yang dirasakan dekat atas tu.
(:

cahya indah said...

haha...kamu, luahan perasaan di sini?
tp memang betul pun, nama anak sulung kan.
sekarang da upgrade ambil alih tempat parents pulak, jadi driver untuk adik2 and kena teman masa transaction kat bank, padahal tak layak (parents yang patut pergi).
yang best harusla boleh mengarah adik2 ;)

Artzlizan said...

anda sememangnya perlukan teman yang rapat...yang boleh dengar...yang boleh ketawa...yang boleh menangis...bersama...

Ryoki said...

walaupun sulung da kekurangan, tp still tkbest.. kekurangan tu tk ckp bsr bagi mendownkan kelebihan dieorg.. tambah2 kuasa veto!! yang tu mmg membencikan... hahaha... - ayat seorang anak bongsu yang asyik kalah bila lawan ngan kakak sulung

~misslaily~ said...

Selalu baca saja tapi tak tau nak komen apa. tp entry kali ni memang nak komen. TERSANGAT LA BETUL terutama item nombor 4. tersangat la sunyi bila duduk ramai2 dalam family sebab tak biasa mengadu merengek2 manja2.
Tapi disebabkan layanan sebagai anak sulung la, anak sulung ni biasanya manusia yang KUAT dan KENTAL =)

zam.enol.arep said...

01 : kasih sayang juga termasuk dlm list 'semua benda' kan? ;]

02 : masa kecik2 kau bekap semua. nanti da tua kebajikan kau mereka yg jaga insyaAllah. ;]

03 : abah kau saje je. dengan harapan esok bila mereka tak ada kau masih boleh berdiri penuh kuat tenaga. ;]

04 : menunjukkan cermin dan dinding itu multifunction. xdelah membazir masa beli mahal2 dulu. haha. *ak pnah nampak kau cat pagar sambil mulut kumat kamit. hahahahaha.

05 : nampak tak skarang kau kat mana? gembira tak gembira tak? ;]


senyumlah kakak. apa yg kau tak nampak semua abah ngan mak kau nampak. sebab itu mereka memberi kau jalan, bukan peyelesaian. senyum eh. ahahaha

Mohd Hazwan said...

semua ny betul....
aku penah merasai nya
anak sulung dr 6 adk beradik..
huhu

faRiha said...

sy pun anak sulung gak.. tersenyum2 je baca entry zara yg ni.. suke sgt.. pasni nak baca kelebihannya lak ^^..

Emilia Emira said...

huhuhu...mmg ade realitinya...everything has it's own pro n cont..klu hidup neh sume indah sume senang..xde laa plak timbul masalah lam dunia nie kan..=))

dheA said...

setuju ngan sume point, terutama no 3 ngan 5...

no 3 tuh mmg kna ah...sedih pn ada jugak..xpe lah, adik2 kecik lg...huhu

wonderfuLife♥ ♥ said...

time kecik2 je rasa perasaan nie,konon terbuang,diherdik tapi bila dah matang baru rasa pengorbanan yang buat xsia2..cewah!
time kecik2 dulu selalu kene marah wlpun adik punyer salah..pastu terus pergi bilik air menangis2 then tulis dairi..sampai satu hari terkantoi dekat mak..hahaha..

velasrizal said...

btol tu komunikasi penting dlm perhubungan..,

Zip Bed : Bagi Mereka Yang Malas Mengemas Katil

Hizami Li said...

hehe.
setuju !
zami pun anak sulung.
hurm.
=.=

Johari Hamzah said...

hahaha.. suke no 2 tu.. :)
heehee..

Blog Johari Hamzah

tubelawak said...

dahsyat gila entri ni.. hahaha.. setuju.. aku anak bongsu!!

TheBentPencil said...

yess! gua suka.
sebijik2 describe gua.
gua bukan anak sulung tapi gua anak prempuan sulung. so technically sulung jugak la (sebab laki mana buat keje kan. haha)
technically itulah gua. gua saja yang kerja setiap cuti sekolah, yang simpan wang dalam bank, yang beli kereta dan laptop sendiri.
adik2 gua seronok betul, dapat barang straight dari parents...

tapi gua tau, bila gua dewasa, konfirmlah gua yang paling berdikari. ahahaha

PuanPepel said...

aku anak sulung yang agak manja sebab adik badik dua org je... kalau g mne2 besenye mak teman..
lesen sampai skng abah yg tolong renewkan...
masa nak masuk u..satu fmily ikot..urusan pndftran kt u je wat sniri..haha

Miss FZ said...

faham perasaan kamu..sebab saya pun anak sulung~ :)

Yana Heir said...

setujuuuuuuuu
kiter pun anak sulong, dari 6 beradik! jom buat persatuan anak sulong sedunia, hahha

Yana Heir said...

setujuuuuuuuu
kiter pun anak sulong, dari 6 beradik! jom buat persatuan anak sulong sedunia, hahha

takky said...

aku anak sulung lelaki dlm family...
dulu aku anak bongsu n selalu manje even kdg2 aku rase tension sebab selalu kene arah dgn kakak2 yg lain(4 org sume ye)
ble dh 8 tahun jadi adik bongsu....
tetiba dpt adek baru....

mule2 mmg gembira sebab dh ade geng...(dpt adek lelaki)
tapi yg x best ye,
sume kelebihan adek bongsu dh beralih kepada tuan yg baru...
so, bile nk buat kuase veto atas dasar jeles puye psal kat adek...
sekali adek dpt backup dari semua kakak2 ye....

argh!!!!!!!!!!!
sungguh tension di c2...
huhuhuhhuh

mawarbiru said...

setuju dgn entri ni..
rasa mcm luahan hati sendiri plak..
walau apapun,tetap bangga menjadi anak sulung..

shima said...

owh kdg kdg terase mahu jd anak sulung.tengok macam best je.:)

najwa's said...

zara, saya anak sulung.. tp sy sangat manja. adik2 pun manjakan sy..
:)

Anonymous said...

tidak best jadi anak sulung