Friday, November 12, 2010

Episod Terakhir Drama Chinta Slot Akasia : Perspektif Peribadi Aku


Tamat sudah cerita Chinta.
Drama bersiri yang aku tonton disebabkan ianya arahan Kabir Bhatia (eh, kalau aku silap, sila betulkan ya?)
Bukan aku berat sebelah, tetapi Khabir Bhatia antara pengarah yang aku minat dari aspek pengarahan dan sinematografi yang cantik dalam filem dan drama. Selain dia, Mamat Khalid antara yang aku minat juga.


Drama Chinta yang sudah tamat. Pernah menulis di sini.

Jujurnya cerita ini agak sarat dengan pengajaran walaupun ada beberapa bahagian yang agak menjengkelkan. Aku sendiri kurang pasti kenapa aku kurang sedih dengan cerita ini walaupun ada adegan yang menyedihkan. Mungkinkah sebab watak utamanya? Eh?

Sedikit sorotan episod akhir:
01. Sadatul (Faradhiya) akhirnya mengandung.
02. Fauziah (Aida R) gelabah puyuh bila dapat tahu menantunya mengandung. Ada rasa kesal, kenapa paksa si menantu membenarkan Rasul Iman (Adi Putra) mahu berkahwin lain.
03. Rasul Iman boleh cakap secara terbuka yang dia tetap mahu berkahwin dengan Chinta di meja makan (setiap kali adegan keluarga adalah di meja makan =.=)
04. Adegan Chinta berdoa agar kebahagiaan menjadi milik Sadatul Saadiah dan Rasul Iman.
05. Fauziah terlepas cakap pada Chinta yang Sadatul Saadiah mengandung.
06. Ibu Sadatul datang rumah Chinta marah-marah.
07. Chinta pengsan dan masuk hospital.
08. Keluarga Sadatul dan Rasul duduk berbincang.
09. Hospital : Rasul, Chinta, Sadatul - boleh pula berbincang mahu meneruskan perkahwinan.
10. Majlis diteruskan - dialog antara Sadatul dan Chinta yang buat aku tergelak.
11. Nikah - Rasul nak sarungkan cincin, Chinta lentok dan meninggal.

Adegan yang buat aku tergelak (macam aku kata, ini pendapat peribadi aku)
01. Chinta tak pernah nak tengok dulu lubang di pintu dia siapa yang datang. Main buka sahaja pintu.
02. Banyak sangat menangis, Sadatul, sampai aku nak tergelak lihat muka Faradhiya yang berlakon tu.
03. Faradhiya dan Fasha Sandha jadi baik - menangis sambil berpelukan sebab nak beri Rasul kahwin.
04. Chinta suruh Sadatul cinta Rasul sepenuh hati bila dia meninggal. Sekejap, ni siapa yang kahwin dengan siapa?
05. Chinta dah terlentok nak pengsan (hampir mati), masih boleh sarungkan cincin.
06. Orang sekeliling senyum dan tiada reaksi masa Chinta dah terlentok. Apakah?

Baiklah.
Itu antara bahagian yang buat aku ketawa.
Banyak pengajaran sebenarnya dan berkaitan dengan sahsiah dan akhlak.

Apa yang kamu dapat?

Nota Kaki :
1. Ada cerita baru minggu depan.
2. Berbual dengan kembar yang tidak sama umur, tidak seiras.

Zara : Banyak sangat ketawa hari ini. 

45 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ohoo..camtu ke citenye..
sy ta penah tgk pun..1stly sb pelakonnya fasha sandha kot..ta minat..huahua~

chentaMAYA said...

gua xsempat tengok! hee~

chentaMAYA said...

gua xsempat tengok! hee~

Fyna Li said...

mungkin pengarah lupa nak pesan dengan pelakon lain untuk ubah memek muka masa Chinta jatuh tu, sebab tu semua pakat senyum saje. =))

amaa said...

haha
i pon folo tgk cite neh
sbb i minat nak tgk fasha sandha berlakon :)

btw ending die mcm tergantung
agak2 ade chinta 2 tak?
heeeee

Sumijelly said...

tak pernah pun melayan chenta nie..
sbb layan cinta kirana hehehehe.....



http://sumijelly.com

kak gojes said...

bgti pengakhirannya? ohoho..tertunggu2 apa watak farahdhiya..rupanya isteri iman...huhuhu...kenapakah jalan akhir dia camtu?

Aishot said...

bukan suke pon FS tu
tp suke tgk adi putra acting
menjadi time adi putra nangis..luluh hati ni.
tp pelakon extra kat tepi spoil la.
nk b'lakon elok2 la.x nmpk sedih pon bile chinta mati

Mrs Poyo said...

owh..
aku tak tegok pun episod last..
melayan kucing tadi..
patut la kecoh kat dalam rumah tadi..
hohoo

aTiKa aTeRkaH said...

faradhiya dan mata garfieldnya..hahaha....lawak lawak

Unknown said...

emm..bg aku cerita chinta utk episod awl2 dia di kg tu ok..bila dh sampai part dia pelacur tu aku dh meluat..tp episod last aku tgk gak..btl kata penulis ttg watak2 yg kelakar utk dilihat..tp lain kali buatlah cerita yg bermoral sbb waktu prime mcm tu, byk mata2 bdk2 bwh umur yg tgk..

cik violet said...

memang xlogik gak cte nih..ulang2 pon bnda same je..haha..geli tgk FS..tp layankan jela...

Anonymous said...

paling tak boleh belahnyer, chinta tak tengok n tak pernah muka anak dia, adakah patut

MR. SYAH said...

lah cerita chinta khabir bhatia punya.. rugi xtgk.. heheh..

CaDLyNN said...

ouh..itu ending die..tak tengok smpi abes td...ada pengajaran tp awal2 meluat jugak mcm mempersendakan agama

zirconia said...

memang rasa pelik tengok muka faradhiya tadi.

syaftome said...

hahaha...
t'tgk citer nie tadi...
the one and only episode aku tgk...

huh...buang masa aku jer...
easy to figure...
the first wife cant' get pregnant...
than she is willing to sacrifice her love for another girl...
benarkan laki dier kawen laen...
ending die...mesti pempuan tue mati...

yg buat aku ketawa...
xde org ker nak call ambulan or mintak tlg...
manelah tahu pempuan tue pengsan jer...
hahahahaha....roflol...

cikgu_aare said...

tak tgk sgt cite ni sbb ngaja ptg.hehe.tp bile baca post ni, gelak sorang2.hahaha.

PuanPepel said...

aaaaaaaaaaaa....aku taktau arini last.......


thanx beb stori..

da lama layan...episod last gk yg aku terlepas..huhu

akiratoriza said...

Salam BW jap kat cni....

saya setuju 100% dgn pendapat yg tlh diberikan... saya memang sakit mata tgk cerita ni coz seolah2 merendah2kan iman orang yg kuat agama aka mempersendakan agama Islam.. ntah la mcamane cite cam nih leh lepas keluar tv.. seorang org kuat agama leh jatuh cinta dgn seorang pelacur kelas atasan...

Amirah Laili said...

saya suka ayat semalam.
maksud yg sgt mendalam.
"tak salah sekali sekala kita mengalah untuk menang,
tak guna kalau kita menang,tapi sebenarnya kita kalah."

ayat sadatul saadiah(farahdiya)

tu yg mak mertua dia(aida r)terus berubah fikiran masuk minag chinta.

nerves said...

tak suke tgk cite ni...
sebab pashasendat..
sori kabir..
huhu=p

Unknown said...

sy bkn la minat sgt crita ni tp nak jg la tau episod last.dukacitanya,pd hari episod last ni la tak dpt tgk.thanks to u,at least sy tau jg la apa yg jd.sy pun memang setuju dgn segala adegan yg buat org tergelak tu.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Aku tak dapat feeling cerita ni dengan betul sebab terlampau menyampah dengan Fasha Sandha. Jadi apa aje malang yg menimpa dia memang aku suka.. hehehe

wanita mutalib said...

xpernah tgk hee.. :p

azimask said...

salam..

yup.. yang part dia nak ninggal tuh yg paling tak syiok n tak logik..
org keliling hana kawan kawan..
apakah?
dari letak kawan kawan yg tah sesapa tah baik letak mak pak si rasul n sada..
apa daaaaa..
peh tuh leh control2 gelak peh tuh.. aiyoohhh..

// klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

Angah said...

huhhu ramei tak suka fasha ye...yg ajaibnye saya juga tak suka fasha sebelum ni, tapi dgn drama ini saya bole suka sama dia ...huhuhuhu. apapon watak cik fauziah paling besh...

Unknown said...

mmg nonsense sket citer neh..hehe..bu layan kan aje jugakkk...

Unknown said...

mmg nonsense sket citer neh..hehe..bu layan kan aje jugakkk...

Fnd Rocka said...

Pelacur kelas atasan atau seorg yg kuat agama..dosa dan pahalanya, semuanya di tgn tuhan ye dak?manusia boleh menasihat tpi knpa nak membenci.

Paan Ovrtd said...

Tak tengok sangat, cuma tertarik sebab ada Azhar Sulaiman. Dia pelakon Malaysia yang bagus!

Anonymous said...

kak tak minat sangt ceta ni. Fasha tu macm poyo sangt especeli time nangis. tak real. alhamdullilah dah habis. suke je.

p/s: salam perkenalan. First time terjah kat komen ni. Kak baca all ur cute/comel2 stories from the beginning dalam bulan ni. Trus jadi 'fan' awak. Serious. Penghibur time kak tensen.

kak naa

Aini said...

ending dia tak best okeh... buat org blur pasal anak si chinta tu

INNANIE ARIFFIN said...

suka cerita ni sebab nama CHINTA CHANDURRY tu menarik. ada aura. walaupun memang menyampah kot tgk FS.

kdg2 aku terpikir, napa laa pelakon ni tak blh adapt lakonan dorang (yg part baek je laaa) dlm kehidupan dorang!

Kie-yu said...

tak bkenan nk tgk sebab ada fasha sendat eh! ye ke tu nama dia? teettt..

Amni said...

hari ni banyak plak komen.. haha... sebab semua nak komen tentang cite ni yerk? pandai ko manipulasi cerita.. aku tengok part last je semalam.. lain2 tak tengok sebab rumah aku tak de siaran tv3.. haha

Norasikin said...

Tak gemar cerita yang banyak bermonolog. Penat fikir apa la pelakon tu nak tunjukkan. Lagipun slow sangat. Pernah sekali belum keluar apa-apa dialog dah iklan. Terpinga-pinga tak paham. Alahai cerita melayu

intankuterpilih said...

tak layan citer nie..sebab byk yang tak baik dari baiknya utk anak2 remaja yg menonton. walaupon ada mesej yg baik yang nak disampaikan dlm cerita tu...

nurayunni said...

best jgk cite tue kan.

Aliesha Kirana said...

ya aku pun ketawa..selamba je dia mntk bahagiakan iman rasul.. tak sedar ke, dia yang buat mereka tak bahagia? owh tetiba emo..maaf.. (-_-')

Rebelle said...

paling tak boleh terima faradhiya jaid baik..

serious macam something wrong..
lagi-lagi bila dia buat muka sedih tak pun kasihan dia..

mahu gelak!

tak sesuai sangat kot..

adzmarfazami said...

satu lagi zara yang tak boleh di terima akal.. rasul iman tu kan peguam syarie, boleh plak pergi makan kat rumah chinta berdua jer!! dia tak tahu ker berdua-duan begitu haram...

Secret Drifter said...

cikgu zara, yg mati n semua org duk senyum tu.. teringat cite giler babi yg bernama Touch by an Angel yg famous di hallmark dulu...

ada kisah budak ni ada cancer n nak mati.. last request dia nak tgk mak dia nyanyi ke apa??

so mereka nyanyi b4 he died.. lepas mati mereka boleh nyanyi n enjoy lagi... jadi mcm ?? WTF?! budak dah mati leh enjoy ?? giler punya cite !

Razf said...

Bukan ke cerita ni arahan Feroz Khan?

sumber dari Kosmo Online

Anonymous said...

aku ikuti nya utk kali ke-2 TV3 setiap jam 10.30pagi -isnin-khamis..
Btw, bile nk tmat nie..
rsa cian sadatul saadiah..