Salam semua.
Sesiapa yang mengikuti garis masa (baca : timeline) Twitter aku, pasti akan ketawa besar melihatkan aku menulis status yang pastinya tidak akan keluar di bawah kesedaran norma aku. Sejujurnya aku menulis dalam keadaan ketawa apabila mengenangkan, ada gadis yang tidak berpuas hati dengan status Mukabuku aku tengah hari tadi. Sudahlah rasa tidak puas hati itu ditulis di ruangan komentar, masih juga mahu dilayankan ke kotak pesanan? Layankan sahaja.
[Gambar : Suka betul orang nak tengok kedua-dua sisi aku kan?]
Senyum.
Itu yang paling aku risau bila ada orang terlampau mengambil berat dengan apa yang aku tulis sama ada di blog atau di Mukabuku. Sayang-sayang temanku semua, apakah mungkin kamu tidak dapat membezakan realiti dan sekadar penulisan dari hati? Ah!
Saya memang menyampah dengan orang yang letak tanda baca sebanyak yang mereka suka tanpa arah tujuan. Style konon! Tidak menarik langsung (????, !!!!!, ?!?!?!) Pftt~
Ya lah, awak semua baik. Saya seorang sahaja yang keji. Hiduplah awak semua dengan tanda baca merepek itu. Selamat tinggal :)
Saya dengan ini tidak akan mengambil pusing bila manusia2 lupa memakai seluar dalam selepas balik makan tengah hari kerana mereka sedang meracau semula selepas terpaksa masuk kerja semula. Sekian :)
Ya, aku akui yang aku menulis tiga status di atas dan ada pula yang meracau hingga aku risau.
Ketawa.
Manusia : Kau tulis sebab nak kenakan aku kan?
Aku : Kenakan apa?
Manusia : Sebab aku bangkang kau tulis kau menyampah dengan orang yang buat tanda-tanda baca tu.
Aku : Nak buat apa aku nak ikut kata kau? Kan masing-masing punya hak peribadi. Aku tak kisah.
Manusia : Kau macam mencabul aku tahu?
Aku : Ha ha ha. Mencabul apakah?
Manusia : Kau macam mencabul aku dengan tulisan kau tu.
Aku : Jujurnya bukan untuk kau, kenapa kau nak terasa?
Manusia : Aku betul rasa macam dirogol juga.
Aku : Jadi aku perogol? Pencabul disebabkan status Mukabuku aku?
Manusia : Kenapa kau benci orang yang suka letak tanda baca? Pemikiran kau sempit.
Aku : Bahkan aku galakkan, tapi berpada-pada. Tulisan tidak punya suara.
Manusia : Kau mencabul hak asasi manusia lain.
Aku : Kau gila. Itu aku menegur sahaja.
Manusia : Kau mencabul.
Aku : Dari segi bahasa? Ha ha ha.
Manusia : Kalau kau berani, kau padam apa aku tulis.
Aku : Nak padam buat apa?
Manusia : Padamlah kalau kau tak suka.
Aku : Ha ha ha. Aku bukan dR Rozmey nak padam-padam komentar orang lain.
Tengok-tengok.
Pandang-pandang.
Kau pula yang padam.
Kenapa eh?
[Gambar : Kau suka sisi sarkastik aku?]
Dan disebabkan itulah perempuan (ya, aku tahu kau tidak punya Twitter), habis Twitter aku dicemari dengan kata-kata kesat yang aku sendiri tidak sangka akan menulis. Ketawa. Kali pertama aku dikatakan sebagai pencabul atau perogol hanya dengan tulisan, aku ketawa.
Sisi sarkastik aku biasanya jarang mahu keluar kecuali betul-betul tercabar. Sekejap, bukan aku selalu dicabar ke? Senyum. Tidaklah begitu rupa kan? Cuma, bila ajak bertikam kata, aku lebih gemar orang tulis dengan penuh tatacara agar maksud yang disampaikan dapat difahami dan tidak salah ditafsir pula.
*******
Aku pernah menulis suatu ketika dahulu.
Acapkali aku keliru bila menerima pesanan.
Nah, tidak kira pesanan ringkas ke telefon genggam atau ke Mukabuku, aku amat mementingkan tanda bacaan. Oh, bukan namanya aku seorang yang cerewet, tapi itu pesanan.
Sesuatu yang kaku.
Aku tidak boleh baca perasaan yang kamu mahu sampaikan.
Pesanan itu masuk, kejung.
Nah, tidak kira pesanan ringkas ke telefon genggam atau ke Mukabuku, aku amat mementingkan tanda bacaan. Oh, bukan namanya aku seorang yang cerewet, tapi itu pesanan.
Sesuatu yang kaku.
Aku tidak boleh baca perasaan yang kamu mahu sampaikan.
Pesanan itu masuk, kejung.
Aku beri contoh.
"Zara, kamu buat apa?"
Apa bezanya dengan ini pula.
"Zara, kamu buat apa?!"
Nah, bukankah sudah berbeza?
Yang pertama kelihatannya pengirim mahu bertanya aku sedang melakukan apa aktiviti ketika itu.
Yang kedua seperti mahu memerangkap kesalahan, atau ditangkap atas sesuatu sebab.
Nah, lebih kepada disergah barangkali.
Aduhai.
Yang pertama kelihatannya pengirim mahu bertanya aku sedang melakukan apa aktiviti ketika itu.
Yang kedua seperti mahu memerangkap kesalahan, atau ditangkap atas sesuatu sebab.
Nah, lebih kepada disergah barangkali.
Aduhai.
"Awak tahu tak???"
dengan
"Awak tahu tak?"
Yang pertama itu lebih kepada pertanyaan gila pada aku.
Kelihatan tidak begitu menyenangkan.
Ya, aku memang mahu menjaga perasaan orang dan perasaan aku sendiri, maka, aku perlu tahu apa yang mahu disampaikan dengan nyata.
Aku juga pantang bila menerima pesanan dengan huruf besar semua sekali.
Bagaimana ada yang tidak kena.
Kelihatan tidak begitu menyenangkan.
Ya, aku memang mahu menjaga perasaan orang dan perasaan aku sendiri, maka, aku perlu tahu apa yang mahu disampaikan dengan nyata.
Aku juga pantang bila menerima pesanan dengan huruf besar semua sekali.
Bagaimana ada yang tidak kena.
"Terima kasih. Maaf, lain kali sahaja ya?"
atau
"TERIMA KASIH. MAAF, LAIN KALI SAHAJA YA?"
Yang kedua agak seperti sindiran.
Menggeletar.
Fikiran celaru.
Menggeletar.
Fikiran celaru.
*******
[Gambar : Tidak Cakap Jahat, Tidak Tengok Jahat, Tidak Dengar Jahat]
Aku macam biasa.
Senyum sahaja.
Tanpa sekelumit rasa marah.
Cuma kalau kau tidak tahu apa yang aku bincangkan atau luahkan, jangan tiba-tiba meroyan kalah perempuan baru lepas bersalin. Malu tahu?
Sengih.
Nota Kaki :
1. Petang tadi keluar bersama adik-adik.
2. Esok perlu hantar adik buat kad pengenalan baru.
3. Masih berusaha untuk memastikan Sean pada tahap terbaik.
Zara : Kalau betul aku perlukan alasan untuk tersenyum, kau pasti tidak akan dapat lihat ukiran senyuman di wajah beku ini buat selamanya. Mereka mungkin tidak tahu, pasti ada yang tidak memahami dan aku tidak akan pernah meminta sesiapa untuk mengerti. Noktah.
28 comments:
setuju zara. tapi kadang-kadang ku memang suka tulis !!! berkali apabila marah.. kalau tanda soal, tak kot..
btw, sabar sabar dan orang tu nak terasa kenapa.. hihi.. kita pun ternampak kamu update kat tweet, tapi baca jeee :)
Lucu tulisan akak nih..hehe.. Baik ignore je orang macm tu..Mereka ada dunia sendiri..Kita juga..=)
ya, tanda baca tu menunjukkan ekspresi seseorang. selalu jugak jumpa org mcm tu..
smpai ke tahap mencabul.. wa. melampau yang amat
setuju jugak!(ha nampk ni..tnda baca!)=)
mmg main peranan la kan..tp,tak tau la knapa,mmg suka sgt guna '!!!!'..dlm keadaan suka/marah/gumbira bagai..=)
p/s:::: saya suka blog awak la!=)
cekgu zara,meh lawat sini kejap..kejap je..=)
http://syaiza189.blogspot.com/2010/11/saya-tak-tu-kenapa-saya-suka-blog-awak.html
1st time komen kat sini nih... ",)
Perlu menggunakan tanda baca secara bertempat.. Yang bersesuaian dengan apa yang mahu di sampaikan... ",)
Cikgu Zara:
hehe betul2. saya pun terasa something going wrong somewhere bilamana org tu hntr mesej dgn tulisan besar. Aduuh!
layans kan aja..\
;)
bahasa mencerminkn bangsa..
huhuhu
SAYA SUKA BLOG AWAK LA.
http://thebluestar-nurulhani1302.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
betol kot pe yg k.zara cakap 2..
setiap tande bace 2 ade makne kan..
hehehe
Wah drama agak menarik hari ini. Aku adalah penonton. Kau pelakonnya Zara. Dan si hamba Allah itu. Haha.
SAYA SUKA BLOG AWAK LA
http://cruelgurlz.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
!!! --> perlu dibaca dengan nada sedikit menjerit..
kahkahkah
saye slalu letak (?) byk kali....
akak marah x?
CAPSLOCK, tanda seru, saiz huruf, dan tanda soalan ibarat body language dalam alam maya. HAHA
emm....... takpernah peduli pun apa org nak tulis...blog dia sukati dia la kan......
lain la blog tu blog org lain tp di kuasai oragn lain...
FAHAM?
FAHAM!
errk.... tetiba ada 2 ayat yg berbeza...hehehe
Sumijelly.com
tulisan itu tiada suaranya, dan sebab itu tanda baca dicipta. zaman moden ni emoticon pula dicipta. semua untuk memberikan suara pada tulisan. dari tulisan yang mendatar ada nadanya ada tonanya ada caranya ada kaedahnya.
kalau salah guna memang lain jadinya. dari yang baik jadi tak baik. yang mudah jadi sukar.
apa pun semua SUKSES selalu! :D
oh aku saja caps-kan SUKSES agar sampai semangat tu pada semua. dan emoticon pada akhir tu tanda aku dalam gumbira. bukan marah ya.
p.s zara sori panjang :p lama tak komen
Sangat panjang entri anda!
Bagi pendapat peribadi saya.. Itu hak mereka jangan sampai kacau aku sudah.. Wakakak.. Nice Entri :)
http://profhariz.com
hehe.
tak tahu pulak melalui penulisan boleh jadi kes rogol.
haha.
XD
"Tidak Cakap Jahat, Tidak Tengok Jahat, Tidak Dengar Jahat" <-- Hahaha!!
KELAKAR??? BETULLAH!!! ENTRI KALI NI?!__===+++
(tanpa ada niat menyindir)
saya suka blog ni!! (sila bace ngan nada gembira) bukan menjerit
ada jugak manusia macam tu?? GILA!
kita memang control freak, sebenarnya.
:)
yeah. suka entry nih :)
sy dah gado dgn orang sbb status. hek. orang trasa sendiri. padahal kita tulis dalam gelak2 je. uhmmmm =.=''
mak down kejap. ahaks.
blog ini best sgt!
hahaha...lucu...
cara penulisan...
kadangkala...
mempunyai suaranya yang tersendiri...
Tulisan...hanya luahan hati yg kdg2 x msok akal tpi stiap tlisn da mksudnya yg kdg2 org len x pham
Tulisan kdg2 x msok akal kerna tlisn mrupakn luahan hati sseorg yg x mngkn org len kn fhm
Post a Comment