Oh, janganlah ganas sangat.
Tapi kadangkala ada terfikir sedemikian bila melalui kawasan-kawasan yang membuatkan kenangan lama terimbau secara tidak sengaja.
Itu kata kawan aku dan entah kenapa aku mengangguk setuju.
Ketawa.
Itu kata kawan aku dan entah kenapa aku mengangguk setuju.
Ketawa.
[Gambar : Adakah hati akan sentiasa sepi?]
Kawan : Hari tu kau pergi KL?
Aku : Ya.
Kawan : Lalu kawasan tu?
Aku : Kawasan apa?
Kawan : Ala, kawasan bekas kekasih lama.
Aku : (ketawa) Benda lama, malas nak ingat lagi.
Kawan : Manalah tahu kan? Dulu mana kau boleh lalu kawasan dia.
Aku : Kena profesional (ketawa)
Kawan : Ke kau dah ada orang lain?
Aku : (ketawa) Belum.
Kawan : Dah 3 tahun la gila!
Aku : (ketawa) Biarlah.
Kawan : Siapa yang kau tunggu ni?
Aku : (ketawa) Kalau aku tunggu orang, orang itu akan tahu.
Kawan : Eh, apa maksudnya?
Aku : (ketawa) Tiada apa-apa.
Kawan : Kau ada tunggu orang ke?
Aku : Tiada.
Kawan : Habis tu?
Aku : Sengaja nak buat kau pening.
Kawan : Ceh!
[Gambar : Tadi makan coklat bentuk begini, comel tapi wangi. Urgh!]
Aku tersenyum sebaik panggilan telefon itu diletakkan. Betapa kawan itu masih tidak berpuas hati dan merasakan yang aku masih terperangkap dalam hidup lama. Ah, kenangan silam itu bukan apa-apa lagi buat aku. Banyak yang aku belajar dan jujurnya menoleh ke belakang tidak akan memberikan sesuatu yang bermakna. Teruskan sahaja kehidupan demi kepuasan peribadi dan matlamat diri.
Menulis sesuatu yang berkait rapat dengan soal hati tidak bermaksud aku terjebak dalam perkara begini. Sekurang-kurangnya aku tahu hati aku yang penuh warna warni. Memang kelakar dengan perasaan yang baru tumbuh sejak kebelakangan ini. Perasaan yang sama seperti empat tahun lepas. Disebabkan sudah lama tidak mengalami perasaan begitu, aku ambil keputusan membiarkan hati aku stabil sendiri sambil berusaha untuk memadamkan keinginan yang aku fikir disulami kegilaan.
Senyum.
Bagi yang memberikan komentar secara sinis dengan mengatakan aku seorang penakut dengan diri aku sendiri padahal aku menggalakkan orang lain berani, aku hanya ketawa. Aku sudah buat apa yang termampu dan aku tahu, apakah kesudahannya. Seperti seorang sahabat bertanya pada aku, kalau aku boleh hidup sendiri selama beberapa tahun, apakah aku tidak mampu untuk hidup sendiri untuk beberapa tahun lagi?
Ketawa.
Jawapannya adalah boleh.
Senyum.
*******
Don : Aku ada cerita baik.
Aku : Cerita apa?
Don : Nanti buka Skype, kita bual lama.
Aku : Boleh.
Siapa yang ingat lagi Don?
Oh, dia adalah si mulut yang tidak bertapis dalam penulisan ini.
Nota Kaki :
Berbasikal sendirian petang tadi. Oh, memang mencabar sampai rasa nak terbunuh pula.
Zara : Aku memang suka berbual. Jadi sesiapa yang suka berbual, jom gunakan Skype bersama aku. Oh, bahagianya hidup bujang. Berguling.
17 comments:
3 tahun! lama kan? tgu jodoh! dah tertulis! yg baek utk yg baek!
Those who can't forget the past can't see how good the present is.
Stay with us. We are yr happiness now. ;)
I got a special article next in line. special special very special for us to ponder. true story.
xpe klu tgu lme jnG klu dpt y terbaek.. ;)
insyaAllah...... =)
hurmm salam pekenalan..
nice blog n story..
ngaaaa
Terkini : Mati disengat tebuan
sis.. kita sama.. 3tahunn..
kudoakan zara jumpa jua nanti soulmate dia.
aamin =)
3 tahun satu tempoh yang agak panjang.
cukup panjang sebenarnya.
dan sampai dah masa kot untuk yang baru =)
jom skype zara
hehe
kalo ada, dia dtg sendiri!
ur parentz is waiting their 1st grandchild....
don't make them waiting.....
hhihihhiiihihi
aku sedang cuba hidup sndiri
sedih, kosong tp perlu kuat!
sebelum ni pun,
kite semua pernah hidup sendiri.
sebelum ni pun,
kite tak kenal kawan2 yg kite kenal skrg.
XD
boleh je hidup sendiri.
suka betul aku tgk gambar2 setiap entry ni. first time dtg sini(ketawa)
and as usual aku tak reti nk komen yg bab *cough* soal hati ni *cough*.. (ketawa)
hdup bjang mmg seronok..nk pi mna pun takdak org nak sekat..
hahahhaha..
rasa mcm nak kawin lewat plak..hahahhahahaha..
hahaha...
you have done your best...
i wonder if that's true...
i guess you're the only one who knows...
Salam.
Tersenyum saya baca dialog itu. Tunang saya pun selalu tanya perkara yang sama bila melalui kawasan sang ex. Tapi saya senyum je, sebab memang tak ingat apa-apa pun.
bila da abes baca entry nie sy pun sbuk mengira berapa thn da sy tidak berdouble. hahaha.
Post a Comment