Sunday, October 03, 2010

Mencari Siapa Kenzo Di Hati Sakura - Cinta Suci Kadangkala Tidak Akan Bersatu Dan Dibiar Berlalu.


Awak tak faham saya.
Saya benci awak.
Pergi!

Ada sesuatu dalam diri Kenzo yang membuatkan Sakura tetap menantikan lelaki itu walaupun dia tahu, lelaki itu tidak akan mengerti gerak hati dan jiwanya selama ini. Bukan satu purnama dikenali, baik buruk jejaka itu sudah diselami. Betapa manisnya kesakitan yang dialami membuatkan Sakura masih tegar berdiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh15Zu01Drpnk02RKCSTW5fOBAp2AVbPTuUlLAYL_UwQit3Vm5UloO7A_K2asvjKrFloJyKc6XBjjZOvw5arlOUNIEHoewHtMhNE7or0WDg9DNButroXaxSh-v_Q6xpimOmrnU_garzQsqc/s400/akanishi+jin+guitar+2.jpg

Kenzo bukan Akanishi Jin. Kenzo bukanlah sekacak penyanyi dan pelakon kegilaan ramai anak remaja itu. Tetapi ada sesuatu dalam gambar itu yang menjadi milik Kenzo. Ya, kaca mata berbingkai hitam. Sakura sayang pada lelaki nan satu itu kerana dia cukup mengerti akan hatinya sendiri. Bukan tidak ada lelaki lain yang muncul dalam hidupnya, cuma Sakura tidak dapat menerima seseorang yang terlampau duniawi.

AH : Saya sukakan awak.
Sakura : Kenapa?
AH : Sebab saya rasa awak menarik.
Sakura : Sebab itu sahaja?
AH : Awak nak sebab apa lagi?
Sakura : Saya ingat awak suka saya kerana Allah.
AH : (Diam)

Sakura masih seorang gadis lincah yang acapkali memilih untuk menyimpan perasaan paling dalam jauh ke dasar hati. Dia benci mahu meluahkan jika di hujung perjalanan, dia yang akan terluka sendiri. Diam dan dia mengerti, betapa sakitnya perasaan memendam perasaan itu lebih kepada membuatkan dia akan ketawa seorang diri sambil meneguk air laici. Tiada langsung perasaan benci. Tiada dan tidak terlintas di sini.

Sakura merenung matahari terbit.
Dia menunggu satu hati.
Menanti tiba hari.
Doa diutus tanpa henti.

Kenzo mungkin akan terus hilang dari pandangan. Mungkin akan terus pergi tanpa dia sempat meluahkan perasaan. Tapi Sakura tahu, kalau dia mencintai seseorang, dia harus melepaskan lelaki itu pergi. Tidak layak baginya menunggu dan membiarkan hati terus disakiti kerana tiada siapa yang akan mengerti.

*******

Itu bukan sekadar satu garapan yang mungkin akan muncul sebagai tatapan dalam masa terdekat ini. Realiti kehidupan yang menghiasi sebuah dunia yang ditinggalkan sepi. Bila mana apa yang dimahukan tidak kesampaian, adakalanya manusia akan membiarkan ianya terpuruk tanpa perlu menggali lagi. Kesakitan hari ini adalah untuk kebahagiaan masa hadapan, itu mungkin apa yang dihadapi.

Kawan : Bagaimana hal hari itu?
Aku : Selesai.
Kawan : Apa keputusannya?
Aku : Bila hanya rupa paras sahaja menjadi ukuran, aku tahu itu bukan teman.
Kawan : Jangan jadi terlampau tegar.
Aku : Sudah aku terangkan, aku masih jagaan ibu bapa.
Kawan : Kenyataannya?
Aku : Jangan melampaui batas tatkala aku cuba memberi peluang.
Kawan : Jadi?
Aku : Masih tetap sendiri.

Alhamdulillah.
Diberikan kekuatan untuk terus bertahan.
Dan aku ingat pesanan seorang teman, jika pemikiran aku bercelaru, ambil wudhu', solat sunat dua rakaat dan capai Al-Quran. Ayat pertama yang dijumpai itu biasanya akan menenangkan serta mempunyai kaitan dengan masalah yang dihadapi. 
Aku bahkan lebih mengerti saat ini.

Nota Kaki :
1. Sedang mencari nama untuk watak lelaki yang lebih sesuai untuk garapan terbaru.
2. Aku terfikir hari ini hari Isnin.

Zara : Lepas ini kembali ke waktu seperti sebelumnya. Bateri telefon boleh tahan dua minggu tanpa perlu dicas semula. :)

7 comments:

Munsyi said...

mungkin ada org lain utk sakura. mungkin Shinichi. siapa tahu kan? haha

name watak cdgn: Matsushita Shun. okey kah? :P

NAZ said...

cinta suci sebagai perintis untuk menyucikan diri mungkin haha

Mrs Poyo said...

Jom pi Jepun mau..??

CPFZ said...

Nakamura juga mungkin boleh jadi watak,
atau mau nama tempatan?

^.^

izulman said...

Bukalah Al-quran itu atas nama Allah, pada bukaan itu, bacalah barang beberapa ayat, yang lebih penting hayati tafsirnya, anda akan terkejut dengan apa yg anda temui.

"For long time I waited for the right person to come, I was tired to keep waiting, n settle for someone I thought I would be happy with. In the end, it just didnt work out. Now I realise, waiting for the right one takes time, but the most important thing is, I believe there's someone good for me at the end of the day. A true Muslim"

(Maria, nd)

zool said...

Kenzo tu nama tailor kat Melaka..

Unknown said...

Cikgu Zara kenal Akanishi Jin? Wow.
Harus suruh kawan ikut blog cikgu. :D

nama watak cdgn: Kenji.