Thursday, October 28, 2010

Melamar Pasangan : Apakah Hanya Lelaki Sahaja Yang Boleh Meluahkan Hasrat Hati Dan Cinta?


Tidak.
Itu jawapan yang aku berikan pada seorang kawan serta seorang pembaca yang melontarkan pertanyaan kepada aku. Walaupun jujurnya aku belum melalui proses sebegitu, aku pasti, ianya adalah sesuatu yang menggembirakan apabila seseorang itu menyedari yang dia sepatutnya mengorak langkah mendirikan rumah tangga.

http://media.picfor.me/001EEC1/its-for-you-Photography-photos-photographer-stunning-photos-creative-fun-girl-flower-art-%D1%84%D0%BE%D1%82%D0%BE-%D0%BA%D1%80%D0%B5%D0%B0%D1%82%D0%B8%D0%B2-drawing-Expressive-photo-dragut-x-album-picked-flowers-Love-Sensuality-and-the-Arts-Sasha-greco-album-Sexy-2-images-art-pic-favs-new-romance-man-vs-woman_large.jpg

Kawan : Aku pening.
Aku : Pening kenapa?
Kawan : Aku dah lama bercinta, tapi teman lelaki aku tak cakap nak kahwin atau apa.
Aku : Dia tunggu masa yang sesuai agaknya.
Kawan : Mak aku dah macam bising, dia kata dah lama sangat kawan. 
Aku : Kau cakaplah dengan teman lelaki kau.
Kawan : Bila aku cakap, dia sengih sahaja.
Aku : Tengah kumpul duit agaknya.
Kawan : Dah lama kumpul duit, tapi macam takde apa-apa je.
Aku : Sabarlah.
Kawan : Boleh tak kalau aku sahaja yang pergi melamar dia?
Aku : Boleh, apa salahnya.
Kawan : Segan pula aku.
Aku : Apa nak segan?
Kawan : Belum ada kawan-kawan, saudara mara aku buat macam tu.
Aku : Sejarah dah membuktikan, ada sahaja perempuan yang melamar lelaki.
Kawan : Haish. Tahu.
Aku : (ketawa) Serius, kau patut pergi melamar dia.
Kawan : Kenapa?
Aku : Mana tahu boleh jadi inspirasi aku pergi melamar sesiapa.
Kawan : Kau nak melamar siapa pula?
Aku : Adalah. (ketawa)
Kawan : Siapa?
Aku : Bront Palarae mungkin. (ketawa)
Kawan : Ceh!

http://s2.thisnext.com/media/largest_dimension/57303F4B.jpg

Senyum.
Itu bukan sesuatu yang berat barangkali jika kedua-duanya saling menyukai. Lagi pula, jika keadaan kewangan mengizinkan serta mendapat restu keluarga, apa yang mahu ditunggu lagi bukan? Kebelakangan ini surat khabar serta pelbagai jenis media lagi memaparkan beberapa perkara atau isu mengenai perkahwinan dengan sangat meluas. Walaupun hakikatnya, perkara tersebut mungkin kurang sedap didengar, tetapi apakan daya, ianya sangat berkait rapat dengan masyarakat kita.

Cara Melamar.
Ada pelbagai cara melamar tentunya. Selalunya mengikut adat istiadat Melayu (atau lebih tepat lagi norma masyarakat yang mementingkan budaya), ada orang tua yang dihantar mewakili untuk menanyakan di pihak satu lagi, bagi meneruskan atau menyampaikan hasrat hati. Ada pula yang lebih senang menyatakan sendiri, sambil menyorongkan kotak cincin di hadapan cinta hati.

Macam-macam. Jujurnya, orang macam aku, lebih suka kalau dilakukan dengan sesuatu yang menggembirakan. Contohnya, berbasikal. Ketawa. Baiklah, itu gila, tetapi tidak mengapa, itu suatu bentuk kelainan. Ketawa.

Imaginasi aku akan semakin melalut kalau dibiarkan dan kamu akan ketawa sambil menggelengkan kepala dan menyatakan aku jiwang kalau aku teruskan. Senyum mesra.

Nota Kaki :
Kegembiraan hari ini adalah untuk kesenangan dan pengajaran malam nanti. Aku sentiasa percaya dengan konsep tolak ansur dalam kehidupan. Kalau hari ini aku boleh mengenepikan kepentingan dan urusan peribadi demi mengambil hati keluarga, aku yakin, peluang aku untuk beraksi dalam laluan aku akan lebih cerah. InsyaALLAH.

Zara : Moga kawan aku berjaya. Moga kegembiraan menjadi milik dia dan satu lagi perhubungan bakal dinoktahkan dengan ikatan halal dan sah bagi meneruskan kelangsungan umat manusia.

23 comments:

Mrs Poyo said...

Zara..aku pun ada problem gak pasal kahwin ni..
wuuuuuuuuu!!

Fyna Li said...

wahh2~~ kadang2 ada jugak rasa macam tu. nak melamar lelaki. hehe. agak2 macam mana eh? nak kena bawa cincin jugak ke?

JLean said...

Dropping by ere Zara. =)

lumut said...

perempuan boleh nak luahkan..
cuma mesti kene cara..
hehe

hey zara,
kau plak bile nak kawen??

Ecah Shafiee said...

kahwin2..mmg pening..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mira :

Habaq mai kat cheq! :)

Cha :

aku pun tak tau. cincin adalah universal, so, boleh bawa kot? :)

John :

TQ dear!

Lumut :

hahaha~ aku tunggu kau sayang~
:)

Ecah :

^^

ardz amy said...

:) perlu hati yg kuat utk melamar.. sekadar bertanya bila lg hubungan ini bakal berakhir ke jinjang pelamin...

zara.. prob ngan sidia mungkin tiada.. tp prob belajar ku:( aihh sungguh wat ak risau

Paan Ovrtd said...

Persoalan ini....err...tsk...tak jumpa intipati yang sesuai untuk dihujahkan la kak...

hans said...

ada sapa2 nak lamar aku tak?
pastikan anda cantik dan comel macam nora danish atau diana daniele
hahahahaha

P/S : Mahu Menonton Filem Crayon

suffer8zine said...

ade kemampuan zahir n batin usah tunggu lagi :P

Terkini : Konsert Amal 1 Malaysia di UM

yana lyana said...

Eh memang ada perempuan lamar lelaki tapi biasanya kat Malaysia ni perempuannye malu2 tapi mahu gituu. Sebab tu kes macam tu jarang berlaku. :)

ザ-sylver- S said...

suatu pagi yng suram;


Zara: bront camne ni bront, ade orang nk masuk minang minggu dpan

Bront: laa, ape susahnye, trima je la la..

Zara: tapi aku tank la cepat sangat..

Bront: lerk, kalau dah sampai masa , bakpe nk tangguh2 lagi,..kan

Zara:aku tau tu..

Bront: bnda baik wat pe nk tangguh2 kan? aku doakan kbhagian ko, asal ko gelabh semacm ni?

Zara: sebenarnya aku piih ko..

Bront: .....

Zara: ok , bye...:P

Unknown said...

wah!!melamar bila berbasikal..menarik!!
(^_^)v

Unknown said...

kak zara, tolong bagitau lelaki yang saya suke tuh bahawa saya suke die haha

HEMY said...

kalau mahu melamar aku..silakan..salurannya sudah pasti berbincang dengan isteri ku di ruang tamu

aku menunggu malu di dalam kamar..ehehehehe

Hazzy Ishak said...

agaknya bront terima tak lamaran zara

Amni said...

kalau saja2 nak luah, mungkin tak kena kot... molek nay melalui orang tengah kan? =)

tapi kalau dah couple tu, no prob laa... cuma kesian la lelaki tu kalau dia tak bersedia lagi.. nanti dia buat hal plak kan susah.. hoho

Azrul Hisham said...

perempuan yg melamar lelaki, confirm lelaki tu terharu punya..ekeke :p


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

syaftome said...

malaysians mostly are still skeptical...
what's wrong with women to make the move...
what's wrong with women who propose...
what's wrong with women who confess...

nabilpotter said...

mungkin pompuan demand sgt kot/Letak harga tingi2.. menyebabkan lelaki xda duir nak kawin..

ada sorang lecturer, anak dia doktor..oleh sebab nak bagi kawin cepat, dia offer bayar bawah rm5k. ko nak bayar brape pon tak kesah..macam ni baru senang..

perempuan sekarang kalau boleh atas rm5k.betul tak?

The Poyo Me said...

Zara..aku pun ada problem gak pasal kahwin ni..


aku takde calonnnn!!

geheheheeheheh

Nana S. said...

kak zara kawen lah cpt2. teringinnn nak tengok. hee :P

Dakjaat said...

bab melamar tak kisahlah.. tapi bab sanding. .perghh! bulat2 curik budaya india.. haha! islam kata sederhana, tetapi adat kata PEDULI ape?