Monday, October 25, 2010

Mabuk Peperiksaan #1 : Soalan Kesan Pencemaran Pun Kau Nak Tiru Buku? Memang Tercemar Otak.


Maaf.
Aku tidak kelihatan berada di atas talian sejak pagi tadi.
Maaf yang teramat sangat.

Hari ini kertas Sains Tingkatan 4. Ada dua kelas, dan kedua-duanya aku yang mengajar. Satu kelas sederhana, dan satu lagi kelas hujung. Peringatan, kedudukan kelas tidak mempengaruhi aku untuk mengajar. Isi kelas itu yang penting. Ada dua kertas, Kertas 1 dan 2. 

Habis kertas 2, ada seorang rakan menghampiri aku.

Kak A : Zara, tadi ada budak meniru. Akak tangkap dia.
Aku : Kelas mana kak?
Kak A : Kelas 4X.
Aku : Siapa?
Kak A : .........
Aku : Dah agak mesti ada orang tiru walaupun soalan tambahan yang Zara berikan senang. 
Kak A : Dia meniru buku. Akak ambil buku dia.
Aku : Mana? Biar saya tengok.
Kak A : Akak tandakan bahagian mana yang dia sedang buka.
Aku : (membelek buku dan membuka bahagian yang ditanda) Eh, bahagian ni?
Kak A : Ada soalan pencemaran kan?
Aku : Kesan pencemaran pun nak tiru buku ke? Saya dah kata dah, kesan pencemaran apa sekalipun boleh, asalkan kesan.
Kak A : Habis Zara nak buat apa?
Aku : Nanti pandailah Zara uruskan. Terima kasih Kak.

http://fc07.deviantart.net/fs22/f/2007/325/2/d/Anger_by_eebvoom.jpg

Baiklah.
Yang meniru adalah perempuan.
Sebelum balik tadi dia datang jumpa aku, ambil balik buku dia tanpa ada sekelumit rasa bersalah ataupun keinginan untuk meminta maaf. Dan ya, daripada 37 naskah jawapan untuk soalan tambahan, aku sudah habis menanda semua sekali. Dahsyatkan?

Ya, memang dahsyat jawapan yang aku terima untuk soalan tambahan kerana semua asas yang aku ajar dijawab secara sambil lewa dan beberapa bukti meniru sudah aku dapati. Awas mereka nanti, tunggu aku ke sekolah esok, memang aku ketawa sepuas hati kerana walaupun meniru, tetapi meniru bahagian yang salah apalah gunanya kan?

Berikan 3 jenis sinaran radioaktif.
Jawapan budak : Sinaran, nuklear, bahan radioaktif.
Jawapan betul : Alpha, Beta, Gamma.

Aku nak menangis di tepi dahulu.
Sekian.

Nota Kaki : 
Rasa nak kakikan orang, boleh?

Zara : Walaupun baru nikah selama hampir 3 bulan, tetapi nampaknya mungkin akan ada ahli keluarga baru akan muncul dalam hidup Adam Awraq dan Shafaza Zara. Doakan kami berjaya petang ini ya? Kalau berjaya, mungkinkah dia akan dinamakan Iman Kenzo atau Sakura Tuhfah?

17 comments:

faqhrule said...

kakikan? haih garangnya CMH :)

nabilpotter said...

hahaha...lawak pon ade, sedih pon ade..

budak2 zaman sekarang memang tak respect cikgu..

sabor je la cikgu zara oii.. :)

Anonymous said...

Kalau saya, "siaplah budak2 ni!"

Mengjar sungguh2 tapi bila peperiksaan? Perasaan yang adakalanya kelakar walaupun menyakitkan...

ieda Qema said...

hahaha... perkara pertama yang gomokpendek akan buat masuk kelas adalah menggelakkn diorg dulu..

Unknown said...

untuk note bawah tu, i wish u luck..

syaftome said...

kalau mengajar bhs melayu...
lg pening kepala...
jwpn karangan...mmg ssh utk dibaca...

ahli keluarga baru?!?!?
apa benda tue ya...

syahril said...

budak2 zaman skank..
ish3..
kureng membaca ni agaknya
bila la boleh pupuk minat membaca ni

CT said...

Pijak je kaki dia...hehehe

Anonymous said...

garang nya cikgu zara nie.. :D
kakak, kakikan aje budak yg meniru tuu.. :P

atan ahmad said...

cikgu mmg byk kena tekanan perasaan -

suffer8zine said...

jgn kakikan, sikukan x pe :P

Panas!! : <a href='http://goo.gl/TOwP>ENTER</a>

izulman said...

izulman izulman! XDDD

Ok, jadi cikgu sekolah mmg menyeronokkan.

noorafzan.blogspot.com said...

ZARA..
Padan muka sama itu budak.
Tiru pun tak betul.
haha!

Che Armster said...

kira ok la tu daripada diorang jawab Sugar Ray, Manta Ray (mentari pon boleh) & Rayban

waaa.. bagus planning.. boleh amik cuti time orang exam taun depan :P

Kalamhati said...

sabar cikguu..(sambil gosok belakang)..hehe

Dan selamat maju jaya utk yg terakhir tu..usaha tangga kejayaan!=B

elyana yazmin said...

wahh dasat budak2 ni..
hahaha..alamak..org selalu je jwb sambil lewa..keh3x..mesti cekgu time sekolah dulu bengang jugak..
alamakkk..

ok..mengenai iman kenzo dan sakura tu.. nak tau jugak..share2. org doa..ki3x =)

Legasi Piston Pecah said...

haha...ish,jawapan saya pon sama cam budak tu jugak lah...jgn kakikan sy taw...nanti sy tlg urutkan kaki cikgu tu..hihi