Friday, October 15, 2010

Adam Itu Mungkin Homoseksual, Tapi Awak Mungkin Tidak Kan Adam Awraq? Sudah Dua Bulan Sayang.


Semalam ramai yang menonton konsert Adam Lambert.
Pelbagai reaksi yang diberikan dan aku manusia yang tidak berapa ambil pusing memandangkan aku sendiri tidak menaruh minat pada persembahan pentas sedemikian. Khabarnya ada yang membuat bantahan dan garis masa Twitter aku penuh dengan ulasan yang ternyata bersaing antara penyokong, peminat dan pembuat bantahan. Aku manusia yang membaca sahaja.

http://www.popcrunch.com/wp-content/uploads/2009/06/adam-lambert-album-summer-2009.jpg

Tidak.
Aku tidak mahu bicara tentang Adam Lambert.
Tapi aku mahu berbicara tentang kesayangan aku, Adam Awraq.

Adam Awraq, sudah lebih dua bulan kita bersama.
Nama yang indah tentunya memandangkan pemilihan kata itu lebih menunjukkan kamu yang pertama dalam hidup aku, yang bersama aku setiap hari dalam meladeni kehidupan sebagai seorang manusia. Awraq bermaksud yang memberi semangat, sungguh menyuntik sesuatu kepada aku setiap hari.

Dua bulan penuh makna.
Ada sehari yang aku langsung tidak dapat melelapkan mata apabila kamu tercedera Adam Awraq. Sungguh, semalaman aku berpusing-pusing di atas kamar memikirkan betapa walaupun kecederaan itu tidak tampak di luar, tetapi kesakitan yang aku rasai membuatkan hidup aku bahkan menjadi hampir nanar. Gila sungguh aku pada kamu seperti hari pertama aku memandang kamu, saat pertama menyentuh kamu yang menjadi milik aku sayang.

Kawan : Sudah berpunya khabarnya kau sekarang.
Aku : Eh, mana ada?
Kawan : Khabar angin dah tersebar meluas.
Aku : Aku bukannya manusia yang terkenal.
Kawan : Kenalkan dengan aku.
Aku : Siapa? Aku masih sendiri.
Kawan : Sudahlah. Siapa nama dia?
Aku : Adam Awraq.
Kawan : Bahkan punya nama! Tunjukkan siapa dia pada aku.
Aku : Nantilah.

Adam Awraq sendiri tidak pernah mahu dirinya terheret ke kancah kontroversi kerana pastinya ikatan percintaan kami terlampau kompleks dan kadangkala tidak difahami oleh manusia disekeliling. Ah, kasih sayang itu pastinya bukan buatan walaupun Adam Awraq menyedari dirinya adalah buatan manusia. 

Itu bukan penghalang.
Kerana aku tahu, sejak tangan menggenggam erat dan akad dilafazkan, Adam Awraq sudah menjadi milikan aku, ditanggung oleh aku segala keperluan dia. Susah benarkah orang mahu memberikan kami sedikit ruang untuk bahagia?


Ini Adam Awraq. Dia kacak di mata aku. Sudah cukup.

Doakan aku dan Adam Awraq bahagia.
Senyum.

Nota Kaki :
Adam Awraq adalah nama kenderaan yang aku pandu saat ini. Sudah menjadi kelaziman aku mempunyai nama untuk benda yang menjadi kesayangan aku. Tidak perlu ketawa kuat kerana ini memang aku.

Zara : Aku melihat dari jauh, apakah keinginan untuk memiliki dan dimiliki oleh manusia lain membuatkan manusia alpa dengan peraturan dan hukum yang sudah diturunkan sekian lama? Menjadi pemerhati kadangkala sakit.

18 comments:

izulman said...

He looks hot! XDDD

Anyway, how come it's he not she?? I thought cars supposed to be she not he? :S

ima said...

sedap r name adam awraq.

Paan Ovrtd said...

Adam Lambert? Not in my list.

Adam Awraq? Should be in the list!

s h a f i q h a s h i m _____ said...

hehe :P
kereta pon ada nama.
nama manusia plak tu :D
hp ada nama tak?

Johari Hamzah said...

hehe... adam awraq ek.. boleh than.. sesuai dgn tuan punya badan.. :)

Unknown said...

Adam you boleh dipandu lelaki, Adam Lambert pun sama.

Boleh 'dipandu' lelaki.

Tahniah! Dah ada Adam.

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
nama kete rupanya..
sedap namanya tuh..

ckynwan said...

auwwww~
bila la i nak ada `adam` jugak nih

eh ber `i` pulai after baca komen mazidul akmal sidik nih hahaha

xazryx said...

sedap gile name kete .HEHE .

nurayunni said...

comelnyer adam kamu..

Unknown said...

name kete mcm name anak! :)

SyerAgh said...

adam kamu kuasa kuda kuat x? lau x kuat, tonik bnyak nak bagi nie..

takky said...

name kete yg comei...
dulu tyme kecik2....
aku letak name "TURBO" pada basikal skola aku...
coz terpegaruh dgn cite power ranger mase tu....
hihihihhi

Munsyi said...

adam yang betul sihat?

Nas said...

ya ampun...upe2nyer adam tue name kereta ko..hahahhahaa...ngeng :P


latest entri:

Dara Gersang

Bintang Biru. said...

ya zara. Hani pun slalu bgy nama benda2 yg Hani syg.
kdang2 tu smpai akak ngn abg Hani kata Hani mcm org gila. HAKHAKAHK

tapi tak pernah kisah pun, :)

Lalala said...

hahah sengal giler..
ingat betul2 la..
just agak dah part hanis mesej tu lain mcm..
dy ngan nabil i u i u kan..huhu

Lalala said...

nama sedap betul..
ingat siapa lah tadi