Sudah 52 tahun kita mengecap nikmat kemerdekaan. Kemerdekaan negara tercinta. Semua insan di dalam Malaysia yang bertuah ini menikmati erti kemerdekaan, berkongsi rasa sesuatu yang kita gelar sebagai perpaduan.
1Malaysia.
Gagasan yang membawa kepada memupuk erti perpaduan yang lebih erat dikalangan kita membuatkan aku tersenyum. Ini sudah menjadi amalan sejak dulu lagi. Mungkin terdapat segelintir masyarakat yang memandang sepi perkara ini, tetapi aku akui, aku sudah terbiasa dikelilingi dengan mereka yang berbilang bangsa semenjak zaman persekolahan hingga universiti.
Ini kami yang menganggotai Sekretariat Pencegahan Rasuah.
Berbilang bangsa dan agama. Bukan tertakluk pada satu golongan sahaja. Malahan, bidang pengajian juga berlainan.
Berkongsi rasa, memulakan sesuatu yang indah dan bertapak dengan payah telah kami hadapi bersama. Ibarat sebuah kampung yang mahu diteroka, kami telah melalui segalanya dalam membentuk sesuatu yang dipandang mulia oleh masyarakat. Bahkan, ianya banyak membantu dalam temuduga yang aku hadiri dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan jiwa.
Ikatan yang terjalin tidak memungkinkan kami goyah kerana hati yang bertaut mesra membuatkan kami saling percaya. Kepercayaan sangat penting dalam memupuk kerjasama yang membentuk perpaduan. Kami bersama sehingga kini walaupun semakin jauh terpisah. Mengenali hati budi dan budaya menjadikan kami saling menghormati diri dan agama.
Mereka mengajar aku nilai persahabatan tanpa perlu ada diskriminasi dan pengasingan yang berbentuk ortodoks yang mungkin dilabel sesetengah orang. Persahabatan itu indah, tidak perlu dibajai dengan racun pemusnah.
Kami.
...dan mungkin juga menjadi kamu. Siapa yang lebih tahu?
Ingatlah, bukan sesuatu yang murah mereka terdahulu telah membayar. Yang tinggal kini bukan setakat sesuatu yang digelar sejarah. Kamu mungkin menolak untuk mengerti apakah yang tersurat disebalik yang tersirat, tetapi mungkinkah apa yang diingini bakal menjadi realiti tanpa niat dan janji terhadap pertiwi?
Kalau kamu tidak mengerti, bangkitlah segera. Bukan sebagai apa, tetapi sebagai satu bangsa yang merdeka! Jangan jadi manusia yang sombong dan alpa. Jangan biar minda meneroka sesuatu yang sia-sia bila kamu diperlukan lebih di tempat yang sepatutnya.
Kerana kita Rakyat Malaysia!
Kerana Tuhan Untuk Manusia.
Zara : Salam Kemerdekaan buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara!
38 comments:
Selamat menyambut hari kemerdekaan... Salam Merdeka... :)
hebat artikel ni ok...truly one malaysia entry! =) salam merdeka zara! =D moga terbentang mudah jalan utk kamu merencanakan hidup selepas ini...
happy national day Zara dear~!!
you know what sis...this is really2 a good entry..keep it up dear~!
yeeeeee..kerana tuhan untuk manusia
salam merdeka :)
salam merdeka zara !!
kita 1 malaysia walaupun aku duduk di gombak. ??
Great Post!!!
Selamat Hari Kemerdekaan... Moga hari Merdeka ini yang trbaik bagi kita...
Salam Kemerdekaan :)
Salam satu Malaysia
merdeka!!!
selamat hari-hari merdeka~
pic paling atas awek yg bibir merah tewww memang jeliterrr..
merdeka!merdeka!merdeka!
Naz :
Terima kasih Kanda!
=)
Blog Anuar Kamaruddin™ :
Terima kasih Nuar~
Zara mencari tapak merencana penulisan indah~
leadleedeea :
Thanks a lot Sis!
Happy merdeka as well!
sharamli :
yup Sha~
kerana Tuhan untuk manusia~
<< s| tED| >> :
salam merdeka Tedi!
hidayah :
Gombak masih Malaysia sayang~
kalau hati bertaut, tempat bukan penghalang~
zamspotte:
Thanks sir!
^_^
BuDakHutaN:
salam merdeka juga dak Hutan!
olin :
hehehe~
yup!
en_me :
Oh~
Mimi kah?
dia memang jelita~
mRs.jUkoGYu :
merdeka juga sis!
Happy merdeka!
p/s : aku nak tdo puas2!
░♥si lampu neon♥░ :
hahaha~
merdeka neo!
Salam 1 Malaysia ..
sukalah pics semua tuh ..
happy jek kann..kann..
Salam 1 Malaysia ..
sukalah pics semua tuh ..
happy jek kann..kann..
LiNda :
Salam 1 Malaysia juga kak!
LiNda :
hohoho~
hidup harus ceria~
kalau tak di malaysia di mana lagi hendak kutinggal. Malaysia negara ku
I love u Malaysia.
Ayuh cepat lah sertai kami. Anda yang kami cari untuk membentuk 1 Malaysia hehe.
layanzzzz
Kak Zara Sayang!
Salam Merdeka!
1st time tgk UTM tak sambut merdeka. :(
Last2 pergi kat padang kawad,tengok bunga api luar.
Anyway,suka tagline
'Kerana kita Rakyat Malaysia!
Kerana Tuhan Untuk Manusia'
:)
zan-xray:
hahaha~
itulah semangat bang~
=)
Ariana Naziha Aris :
Salam merdeka juga sayang!
^_^
Ahh, kali ini UTM tentu sunyi~
=)
salam merdeka sayang!
farah :
salam merdeka juga syg~
Selamat Menyambut Kemerdekaan..Semoga dengan Hari kemerdekaan ini menginsafkan kita betapa payahnya mereka yang memperjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu..Tapi sekarang dah terbalik..Remaja memperjuangkan nilai dan budaya Barat..Teruk betul..Hehe
j-QAF SK SULAIMAN :
^__^
happy merdeka day!!!!
Lifesaver:
hohoho~
merdeka kak!
Post a Comment