Thursday, December 01, 2011

Awak, Dia Enggan Menangis Lagi.




Awak.
Tubir mata itu semakin digenangi.
Air mata tidak berhenti.
Terus mengalir di pipi.
Dia seka ke tepi.

Awak.
Dia relakan hati disakiti.
Dia relakan air mata yang tidak berhenti.
Dia relakan segalanya dengan harapan awak akan kembali.
Pulang ke sisi.

http://24.media.tumblr.com/tumblr_ld3mxrkKHC1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia sudah tidak tahu mahu buat apa.
Dia sudah rasa serba tidak kena.
Hati sebak setiap kali wajah awak menjelma.
Dia usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira.
Dengan harapan semuanya kembali seperti sediakala.
Seperti biasa.

Awak.
Dia sudah tidak kenal diri.
Dia sudah tidak hiraukan kesihatan sendiri.
Dia sudah tidak kisahkan penampilan peribadi.
Hidup dia bergolak kini.
Pecahnya jiwa dan hati.
Dia sedang usaha ubati.
Lagi.

Awak.
Awak sendiri tahu dia kesunyian.
Awak sendiri tahu dia kesepiaan.
Awak sendiri tahu dia keseorangan.
Awak sendiri tahu dia hanya ada awak sebagai teman.
Tapi, awak tetap buat dia dalam kesakitan.

Awak.
Dia tidak akan menyalahkan.
Bukan awak yang dia akan tunding jari atau tangan.
Dia pilih diri sendiri untuk tanggung penyesalan.
Walaupun dia sendiri jelas akan keadaan.
Cuma dia enggan mulakan pertengkaran.
Kerana itu bakal lebih menyakitkan.

http://24.media.tumblr.com/tumblr_laj666bLMt1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia bersandar di katil dan renung dinding lagi.
Telefon sentiasa di tangan kiri.
Tangan kanan menyeka air mata yang membasahi.
Kepala dia sudah berpusing hingga dia tidak mampu berdiri.
Mata membengkak hingga dia malu sendiri.
Tapi celakanya air mata tidak mahu berhenti.
Sakit dia menusuk ke ulu hati.

Awak.
Dia seperti enggan percaya.
Awak berubah sekelip mata.
Kurang seminit, awak hilang begitu sahaja.
Tidak muncul walaupun dia merayu bagai orang gila.
Dia terpinga-pinga.
Tidak tahu apa salahnya.
Terkapar-kapar mencari jawapan bagi yakinkan diri ini semua sementara.

Awak.
Dia rasa kasihan dengan diri sendiri.
Setiap hari dia perlu dipaksa untuk kekal berdiri.
Lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya dia tidak mati.
Pentas tersedia dan dia hanya perlu menari.
Walaupun cerah, terang, dia masih sepi.
Tarian tetap diatur, walaupun air mata mengalir di pipi.
Senyuman tetap diukir walaupun sakitnya hati.
Dia perlu kuat demi mendapatkan awak kembali.
Muncul di sisi.

http://29.media.tumblr.com/tumblr_laedbo2vfX1qcnff2o1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Awak boleh ambil masa hingga infiniti.
Dia tetap akan berusaha mencari.
Kembalikan awak ke sisi.
Dia tetap akan menanti.
Walaupun ia lebih kepada membunuh diri.
Mengabaikan diri hingga hampir mati.
Asalkan awak kembali.

Awak.
Dia tahu betapa dia sayangkan awak.
Dia tahu betapa dia cintakan awak.
Dia tahu betapa dia mahukan awak.
Dia tahu betapa dia rindukan awak.
Dia jelas segalanya dan rasa layak.

Awak.
Dia mohon awak kembali.
Walaupun sebentar ke sisi.
Cukup untuk dia seka air mata di pipi.
Cukup untuk dia gembira sedikit lagi.
Cukup untuk dia lupakan kesakitan diri.
Cukup untuk dia kekal berdiri.

Awak.
Bolehkah permintaan itu dipenuhi?
Mengabulkan permintaan dia ini?
Dia menanti.
Setiap malam, sepanjang hari.
Kerana dia enggan menangis lagi.

Nota Kaki :
Benda paling sukar dalam dunia adalah memahami diri sendiri - bukan memahami orang lain yang ada di sisi ataupun yang datang menjengah sesekali. Sekadar satu lambaian tangan sahaja sudah cukup untuk buat kita kenal orang lain, tetapi kita masih tidak memahami diri sendiri di depan cermin. (Shafaza Zara, 1 Disember 2011)

Zara : Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Menghadapinya dengan senyuman walaupun sakit jatuh terduduk. Tiada lagi istilah mahu duduk terpuruk. Masa untuk beraksi memulakan apa yang diperjuangkan supaya diri tidak rasa teruk.

17 comments:

Unknown said...

cukup pantang orang cakap dia kenal kita luar dalam sedangkan diri sendiri pon xkenal diri sendiri.nice entry cikgu :)

Qiela said...

comelnyaaaaa cartoooooon!!!! zara buat sendri ke?
anyway, I follow belog ni okey, jgn marah. Thanks.

nadiah said...

that was me.. a year ago....huhu

nikiysa91 said...

sgt sgt sgt mendalam. well done. teringt zamn jatuh terduduk dl. yup. i never forgett how he broke my heart n i will mke sure he'll nver forget someone to fix it. kekuatan adlh diri sendri. bangunn. kesat air mate n senyumlh kpd dunia. anda kuat anda hebat. ;)

DanieL AdiE said...

Pernah rasa perasaan itu...

Kotak Mancis said...

like entry nie...

reenapple said...

perit kan... pernah alami.. stahun yang lepas..=_=

analia said...

that was me few months ago..and now he's back..n i accepted...tapi hari2 hidup dalam ketakutan, menunggu2, bila dia akan pergi lagi, and aku akan luka lagi...

dindingkosong said...

sedang alami benda itu. sedang menggapai untuk bangun.

sufiah said...

nice article...saya sedang bangkit dari kesakitan yang dia bagi..cuba berdiri tapi masih belum berjaya kembali segagah dulu..cuma satu yang saya nak dia tau..saya tak pernah bencikn dia walau dia wat saya mderita

sufiah said...

nice article...saya sedang bangkit dari kesakitan yang dia bagi..cuba berdiri tapi masih belum berjaya kembali segagah dulu..cuma satu yang saya nak dia tau..saya tak pernah bencikn dia walau dia wat saya mderita

sufiah said...

nice article...saya sedang bangkit dari kesakitan yang dia bagi..cuba berdiri tapi masih belum berjaya kembali segagah dulu..cuma satu yang saya nak dia tau..saya tak pernah bencikn dia walau dia wat saya mderita

Admin said...

Harapan tu banyak ketika
menyakitkan..

Unknown said...

this so nice.

alin said...

sedang mengalami . rasa perit . awat zara punya tulisan mesti ada kne mngene dgn hidup sy . lol :)

Anonymous said...

happen 2 me..2year ago...tp skun da berjaya lp kan si dia...xprnh ada prsaan nak mmbnci diri yer..but smtime bila terigat kat dia i will cry..pepom..sy hrp dia bhgia nga wife dia skun..so..i need to be haapy to right...:)

f!gert said...

sy sgt suka dgn post yang ini. seriously post ini membuatkan sy mengalirkan air mata. dan boleh move on tanpa diaa