Friday, October 29, 2010

Pembenci Memang Akan Selalu Membenci : Kadangkala Kau Perlu Senyap Bila Kau Suka Dia


Senyum.
Walau penat sekalipun, hati kalau tidak mencoret sesuatu setiap hari membuatkan diri aku lemah dari segi pemikiran. Kalau tidak menulis di blog, aku terjemahkan sahaja kepada lakaran-lakaran di dalam buku peribadi. Entah apa-apa, tapi masih tetap agar meluahkan sesuatu. Itu sahaja.

Bila manusia penuh dengan hasad dengki, apa sahaja yang berlaku disekelilingnya, dia akan membenci dengan sepenuh jiwa. Kotor dan menyakitkan sebenarnya tetapi itulah hakikat yang harus ditelan bila melihatkan ia berlaku dengan sewenang-wenangnya. Senyum sahaja.

http://fc06.deviantart.net/fs27/i/2008/075/1/4/pink_and_messy__by_ravenskar.jpg

Senyum.
Kadangkala kalau kita menyukai seseorang, kita perlu senyum dan senyap sahaja. Itu mungkin hakikat yang terpaksa ditelan oleh sesetengah orang (dan bagi pembenci yang menyatakan manusia beku ini tidak laku dan anak dara tua, jangan takut untuk mengaku kalau kamu adalah sebenarnya yang begitu ya?). 

F : Aku nampak gambar budak tu, kawan dia baru masukkan.
A : Oh, jadi?
F : Comel sangat, dapat tengok pun jadi.
A : Dah cakap dengan dia?
F : Takut.
A : Takut apakah? Kena beranikan?
F : Biarlah jadi kawan sahaja.
A : Tapi kau suka dia kan?
F : Suka seorang diri boleh?
A : Kau sakit seorang diri.
F : Dia comel sangat.
A : Gambar apakah?
F : Gambar aktiviti dia di tempat belajar dia.
A : Oh, sukalah kau kan?
F : Dapat tengok gambar pun jadi.
A : Usahalah cakap dengan dia.
F : Susahlah.
A : Apa yang susah?
F : Dia mungkin anggap aku kawan sahaja.
A : Jadi cubalah.
F : Diam mungkin yang terbaik.
A : Hmm...

Mungkin benar.
Menyimpan perasaan itu lebih indah. Nikmati setiap inci perasaan itu seorang diri tanpa perlu meluahkan. Biarkan perasaan itu berkubur begitu sahaja. Lihat daripada jauh dan doakan yang terbaik untuk dia. Dan selalunya manusia begitu tidak akan pernah menyedari betapa kita menyimpan perasaan dan menahan debaran setiap kali berbual walaupun hanya di atas talian.

Mungkin bukan?
Nah, ukir lagi senyuman.
Telan segala kepahitan.
Jangan pernah fikir penderitaan.

Nota Kaki :
InsyaALLAH akan pulang pada esok hari. Badan kurang sihat, tetapi masih digagahkan untuk meneruskan tanggungjawab di sini. Boleh, kamu boleh Zara. Itu yang kerap aku bisikkan pada diri. Ini tempat dimana aku menemui kegembiraan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia beku.

Zara : Iman Kenzo dan aku sudah sama-sama menempuh perjalanan yang panjang semalam. Betapa kali pertama aku gagal mencapai yang sempurna, tetapi Alhamdulillah, kali kedua aku dapat melaksanakan perjalanan tersebut.

12 comments:

Ken Wooi said...

janganlah kisah tentang mereka yang suka membenci :)

Hizami Li said...

pembenci tu mmg dah dilahirkan utk jd pembenci.
dan mungkin kekal sampai mati.

XD

eNaSaN said...

mungkin diam itu lebih baik....hehe

Anonymous said...

maka aku perlu pendam diamkan..

ila-ali said...

sayang yang disimpan dalam hati bukan sayang namanya
ia perlu dizahirkan..

Legasi Piston Pecah said...

Hasad dengki itu umpama virus yang sukar dihealkan walau ada antivirusnya!

EzzEddin said...

benci2 lama2 dia yang disayangi jua..
berilah ruang dan peluang selagi terluang

nabilpotter said...

kamu boleh!!!senior boleh..heheh

hans said...

manusia yang menjadi pembenci tidak akan pupus dari muka bumi
jadi biarkan sahaja dan teruskan kehidupan seperti biasa

P/S : Selamber Jer - Sekali Lagi Keluar Di Dalam Surat Khabar

Blog Eazy Izzuddin said...

hype2...
xD

syaftome said...

hmmm...
used to have that kind of feeling...
perasaan nak cakap tp x bleh...
it hurts and still is...

confession...easier said than done...

whitelilies island said...

aku pun sdg mengalami situasi yg sama. suka tapi tak mampu meluahkan. rsnya btol, diam lebih baik. tapi sure aku yg akan putih mata.. huhuhu T____T