Tuesday, October 05, 2010

Orang Menambah Aku Sebagai Rakan Di Mukabuku (Facebook) Disebabkan Mereka Baca Blog Aku?


Bukanlah satu kesalahan.
Boleh sahaja dan aku rasa hampir separuh rakan di dalam Mukabuku aku adalah kenalan maya.
Kebanyakannya adalah pembaca blog aku dan alhamdulillah, disebabkan aku punya halaman khas untuk Dunia Sebelah Zara di Mukabuku, ramai yang berinteraksi dengan aku walaupun aku tidaklah terkenal seperti penulis blog lain.
Senyum.


Memanglah bukan semua orang membaca blog aku, tetapi aku gembira bila ada orang yang menambah aku sebagai kawan dan menyatakan mereka membaca blog aku. Sesuatu yang menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi hari aku setiap hari walaupun aku tahu, blog ini mungkin hanya satu tempat aku meluahkan dalam bahasa yang aku suka.

Semalam aku ada menerima beberapa surat elektronik daripada pembaca blog ini. Terima kasih. Terima kasih. Aku menulis hidup aku, hidup yang mempunyai pelbagai warna dan kadangkala ia kusam dan terpuruk di satu sudut yang aku kutip dengan penuh kepayahan.

Kawan : Kawan di FB kau dah nak sama banyak dengan laman khas blog.
Aku : Tempat aku berkongsi dengan manusia yang memahami aku.
Kawan : Lebih banyak pembenci?
Aku : Tak dapat dielakkan.
Kawan : Kenapa orang mendekati kau?
Aku : Soalan apa ini?
Kawan : Aku ada jawapan aku, kau punya jawapan?
Aku : Entah. Sebab aku tulis blog agaknya.
Kawan : Bukan semua orang baca blog.
Aku : Orang lain selalunya aku kenal.
Kawan : Budak kuat yang tidak comel.
Aku : Jawapan kau sangat jujur.
Kawan : Kau pun tahu.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kau tak comel, tapi ...
Aku : (ketawa)

Aku menerima sesiapa sahaja yang mahu menjadi rakan.
Jika manusia tidak menilai luaran aku semata-mata, aku bahkan manusia yang lebih gembira.
Kalau orang menambah aku hanya kerana sekadar suka-suka tanpa mengenali aku, mungkin aku akan tangguh sahaja dahulu.

Aku menjadi saksi satu drama yang mengasyikkan. Betapa cinta mengelabukan mata manusia dengan sesuatu yang menggembirakan walaupun di akhir perjalanan, belum tahu apa yang akan di dapati sebagai balasan. Aku sebagai manusia beku yang lebih suka menjadi penonton, aku mahu menyaksikan suatu pengakhiran, tidak kira sama ada baik atau buruk.

Nota Kaki :
Ada orang mahu mengejar kebahagiaan dengan cara yang langsung tidak dapat difikirkan.
Ada orang mendapati kesakitan adalah satu cara maju ke hadapan.
Ada orang yang rela membiarkan.
Ada orang yang lebih senang terus menggantung harapan.
Ada orang sedang mengukir senyuman.

Zara : Kebahagiaan hari ini, adalah nilai kesakitan hari semalam. Kecemerlangan hari esok mungkin bayaran yang kita lunaskan hari ini. Jadi, apa yang anda lakukan untuk terus gembira?

17 comments:

Mrs Poyo said...

Aku dah delete FB aku..
hahahhahaha

Sharif John said...

Teruskan usaha anda

Ibu Ammar said...

kadang2 je I baca blog ni Zara. tapi kita kawan kan?.. haha, Muar is my kampung u know. =))

Asma said...

hi hi hi! baru discover blog awak! nice blog :)

L said...

I read your blog, but since I read your life too, I need to add U.
hahaha. sapa suruh kau tak aktif friendster lagi, kena la add kat fb!

Hizami Li said...

hehe.
saya pun add zara sebab baca blog zara.
:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kenapa GKSB suka baca blog zara?

antara salah 1 nya kerana bahasa yang mudah difahami mempunyai maksud yg tersirat~

i like~~~

Paan Ovrtd said...

That means all your hard works has been paid now, doesn't it? (:

HEMY said...

berkawan biar ramai kannnn

ishiko said...

i oweyz follow n read ur belog...

zam.enol.arep said...

boleh tak aku suka kau sbb kau suka guna ayat 'sarkastik'? haha

Unknown said...

klu bukan sebab blog, i wouldnt know you :)

i'msosupernotcool said...

i shud create my fanpage then.
hehe

hany.hss said...

I'm one of them (add u in fb cuz reading DSZ) weeehooo :)

Afizz said...

wah...bagus la tu... Ni menunjukkan yang ... erk ... (cik zara ke pn.zara nih?) mempunyai daya tarikan tersendiri / aura sampaikan orang yang baca blog cik puan zara ni pon tertarik untuk add cik puan zara kat fb...:)

Entry Terkini MemoriSeorangMuda:
Aku Perlukan Sokongan Daripada Rakan Blogger..Please :)

Jangan Lupa Follow Sekali :)

nama.aku.lynn said...

i heart ur blog!!=)

umiesue said...

salam ...
Tak berani nak add zara sbb:
1: takut tak diterima :D
2: takut ganggu privacy zara

TQ :D