Friday, October 08, 2010

Lelaki Itu Masih Sayang Pada Perempuan Nan Seorang Yang Merobek Hatinya. Alahai Kawan, Sudahlah!


Kesimpulannya, cinta adalah unik.
Terlampau unik hingga aku sudah tidak mampu menasihatkan apa-apa lagi.
Aku mengambil keputusan, sudah menyediakan pelantar terbaik untuk kawan itu mendengar pendapat yang lain, tetapi malangnya, kuasa cinta itu lebih besar mungkin.




Dia : Aku dah buat keputusan.
Aku : Apa dia?
Dia : Aku akan berusaha untuk dapatkan duit untuk majlis. Kalau sampai hujung tahun depan tak cukup juga, aku mungkin akan fikirkan lagi sekali.
Aku : Kau biar betul?
Dia : Aku cintakan dia. Dah lama bercinta lagipun.
Aku : Terpulang pada kau. Aku tahu aku dah beritahu kau apa kesan dan akibat.
Dia : Mak dia pun tunggu rombongan meminang sahaja. Aku minta tempoh sampai hujung tahun depan.
Aku : Hantaran boleh kurang?
Dia : (mengeluh) Dah aku kata benda tu tetap.
Aku : Gila kau, gila.
Dia : Kau kata aku apa sekalipun, aku mahu teruskan juga. Don kata aku bodoh.
Aku : Kau takkan dengar aku cakap begitu, tapi aku doakan yang terbaik untuk kau.
Dia : Terima kasih. Aku ada kau dan Don sahaja.
Aku : Silap. Kau bukan ada kami sahaja. Kau ada ramai orang lagi.
Dia : Mungkin cuma kau dan Don sahaja faham.
Aku : Entahlah.
Dia : Cara kau cakap macam tak suka.
Aku : Suka kau gembira, tapi adakah kegembiraan itu akan kekal lama?
Dia : Aku mencari bahagia.
Aku : Walaupun pada dasarnya kau menempuh derita?
Dia : Aku mahu beri peluang pada diri.
Aku : Jangan kata aku tak pernah menasihati.

http://www.glogster.com/media/1/2/77/71/2777107.jpg
[Gambar]

Diam.
Don telefon, marah-marah.
Aku senyap sahaja tanpa apa butir bicara.
Itu pilihan dia.
Kita sebagai kawan, hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dia.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Aku masih lagi belum mengemas barang.
Entah kenapa aku terfikir, kalaulah kebahagiaan itu boleh dibeli, pasti aku sudah beli walaupun terpaksa ditukar dengan nyawa aku sekalipun. Mungkin.

Zara : Mungkin dalam hidup, kita telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berusaha dan bekerja kuat untuk mencapai cita-cita. Tapi, jika di akhir perjalanan, kita tidak mendapat apa yang kita mahukan, jangan lupa untuk menoleh ke belakang. Mungkin ada sesuatu yang mencacatkan sebuah impian.

26 comments:

avid said...

all the best to him. doa je la.

Paan Ovrtd said...

Sigh and speechless...tapi salute jugak la. Dia setia enuff liao.

Mama Ta said...

itu keputusan dia.
as a friend, u should pray for his happines. n stay beside him when he need his friends.
if, anything happen later, maybe, he did a mistake. but you cant leave him. stay to let him be stronger.

Azrul Hisham said...

hmmm...kalau dia dah buat keputusan macam tu, takleh nak kata apa la...

doakan je moga dia bahagia...

harap kekal bahagia sampai ke akhir hayat...

nama.aku.lynn said...

xsangke penhujungnye mcm ni..
ur friend mmmg sanggup buat kptsan bsr dan ambil risiko yg mcm ni..huhu
apepon,doa yg tbaek buat dia//=)

Nobita Sensei said...

aiseh..sadis betul la. bia betik 20 ribu. giler. mmg macam jual anak. kalau aku baik pegi mekah buat haji lagi bagus. dapat tunai rukun islam.

Unknown said...

kalau itu dah pilihannya, biarkanla...mungkin itu yang terbaik untuknya...

Unknown said...

cinta itu buta..ramai manusia buta kernanya...
hurm...
sy doakan yang terbaik untuk kwn kmu tue..
hope dy tahu ape y dy nak untuk hdup dy...n mse dpn rmh tgge dy nnt...
=)

Munsyi said...

dia cintakn perempuan tu, betul ke perempuan tu cintakan dia? hmm

nadz ruslan said...

tapi... pa guna bahagia kalau x da nyawa?

sianlah dia, msti dilema. dah lama dah cintan2 kan... so lelaki2 sebelum proceed lelama, gi tnya mak dia nak cas berapa hantaran nanti?

izulman said...

may Allah bless him. IA

izyantyPersonalTaste said...

teringin nak tgok ewek kwn u, gaya ala2 artis ke sampai 20k? or dia ank datuk or fmly dia org kaya.

Unknown said...

doakan yang terbaik untuk dia.. :)
semoga beroleh kebahagian kemudian hari

Kuman "ekor.." Entry

tpinky said...

zara : memang mcm tu la kalau dah kemaruk cinta.. adik lelaki saya pun mcm tu juga, kerana cinta dan sayang sanggup jadi "supir" atau drebar tak bergaji.walaupun duit minyak kereta sy yg bagi... hmm bila aku marah jangan keterlaluan, boleh2 jer adik sy ckp "tolong la memahami" uweekkkkkk menyampah, adik pun dah bertukar watak gara-gara syg :-)

Adziim said...

Pernah alami perasaan serba salah antara cinta dan wang ini lebih kurang seminggu lebih.

wiwin @ wien said...

kesian. tapi dia sungguh setia zara.. doakan saja kebahagiaannya. semoga pilihan hatinya itu tidak sia² kan pengorbanan sahabatmu zara.. semoga wanita itu menghargai pengorbanan yang tidak sepatutnya dilakukan lelaki itu~

NAZ said...

awak perli saya ya zara? haha

Miss FZ said...

kesian kawan awak tu zara..20k tu byk btol tu..kita bukan artis nak buat hantaran byk mcm tu. paling2 pon sekarang ni dalam 10k je. tu pon dah banyak kan.

Hizami Li said...

yep.
kite mendoakan yg terbaik.
mungkin itu takdir dia.
XD

Cik Norfa said...

kat situ, si gadis patut hargai apa yg si lelaki cuba lakukan. semoga si gadis lebih menyayangi si lelaki kerana sanggup berusaha demi mendapatkan gadis pujaannya.

Cinta itu gila jika kita tak tahu mengawalnya. smoga lelaki itu berjaya membuktikannya. aku doa dia murah rezeki dan dapat berkawin secepat mungkin dan kekal ke akhir hayat. good luck!

takky said...

adakah ini cinta pertama dia???
jika ya, memang cinta itu buta...
dan cinta itu amat bahaya berbanding cinta kedua dan seterusnya...
sebabnya cinta pertama sukar untuk dilepaskan selagi masih ade jalan dan peluang yang memberi cahaya kepada kawan kak zara tue...

bcoz of that im scared to fall in love...
huuhuhuhu...
silly statement rite but itz true that im still solo....

Anonymous said...

alahai.
kalau nak kawen pun poket da kering terus, lepas kawen entah macam mana la..
jangan nanti lepas kawen tak cukup duet bcerai berai sudah...
apa punya orang nilai cinta dan perkahwinan dengan duet..

ash_mza said...

moga diberi pilihan yg tepat..
AMIN~

ardz amy said...

salam zara... lama x jengah sini..
sungguh tegar hatinya utk org yg tersyg.. terlalu cinta sehingga buta utk mengetahui yg mana yg terbaikk..
mungkin cinta mampu mengubah segalanya... sungguh kuat dia walaupun dihalang oleh rakan baiknye... namun ardz x setuju ngan tindakannya.. kalau nilai seorrg yg tamat spm diletak 20 K pikirla kita yg grad ni:)) x kan nak ltk sehingga 25k:)) keje giler... sekurang2 nye biarla ia mampu mengikut kemampuan org yg kita syg.. kalau skrg ni pun dah begini bgmn pula bila lepas berkahwen... :)

Che Cha said...

makkk aih mamat nih... mmg setia abess. pompuan tu buta kuttt xnmpk mamat baekk camni . nk overcharge lagi dia.

zara, pekata kenalkan KAWAN pada aku? hehe errr...as a friend cukup.

(ops! anggap je gurauan yg menjadi kenyataan ...alamak! over gedix!)

Anonymous said...

cinta adakalanya orang kata manis dan adakalanya pahit........
tapi aku merasakan hanyalah kepahitan...aku x fham mengapa aku juga???
ya mmg tuhan uji aku tapi sampai bla aku diuji bgini???ermmmmm...tq