Tuesday, October 19, 2010

Kalau Nak Tangguh Sampai Tahun Depan Boleh. Cuma Hantaran Jadi 30 Ribu Sebab Kena Tunggu Lagi.


Salam.
Hati aku sedang mendidih kepanasan.
Berikutan pesanan ringkas yang aku terima dari kawan aku pagi tadi, berkali-kali aku cuba menghubungi dia. Mahu mendapat kepastian apa yang terjadi walaupun aku tahu aku boleh mendapatkan kenyataan daripada Don kerana Don menemani dia ke rumah perempuan tersebut.

Aku : Don, apa cerita?
Don : Kau tanya dia sendiri. Aku malas nak cakap apa-apa.
Aku : Kenapa ni? Dia hantar aku SMS pelik.
Don : Kalau aku jadi dia, aku dah terajang muka semua orang dalam rumah tu.
Aku : Eh, kenapa?
Don : Cinta dia memang gila, kau tanya dia sendiri.

http://media.picfor.me/001E790/love_is_danger-by-~NoDate-on-deviantART-Love-%D0%BB%D1%8E%D0%B1%D0%BE%D0%B2%D1%8C-Photography-lips-creative-photos-%D0%B3%D1%83%D0%B1%D1%8B-love-hurt-razor-blood-%D0%B1%D1%80%D0%B8%D1%82%D0%B2%D0%B0-2-%5BIMG%5Dhttpmediapicforme0018B25Onexposure-1xcom-Photo-perfect-silence-by-Stefan-Beutler-sensual-album-love-is-danger-pics-3-AWE-add-art-heart-MARK-PHILBERT-yaadeyn-k-album-helex-2-kh1-ngi-2_large.jpg

Dan setelah berkali-kali aku mencuba, akhirnya dapat juga menghubungi rakan aku itu. Seperti yang diingatkan oleh Don, jangan aku terus terjah kepada persoalan yang berlegar dalam kepala aku.

Aku : Kau apa khabar?
Kawan : Lebih baik aku rasa. Aku dengar lagu yang ganas-ganas ni.
Aku : Oh, aku telefon banyak kali kenapa tak jawab?
Kawan : Dalam kelas.
Aku : Takpe lah.
Kawan : Kau nak tanya hal semalam kan?
Aku : Kalau kau nak cakap.
Kawan : Dia minta 30 ribu kalau aku minta tangguh sampai tahun depan.
Aku : (mencarut) Gila!
Kawan : Memang gila kan? Aku tanya dengan mak perempuan tu terus terang, kenapa makin mahal.
Aku : Mak dia kata apa?
Kawan : Sebab aku minta tangguh, kena tunggu lagi, tu yang makin mahal.
Aku : (menyumpah) Apa ke bangang ni?
Kawan : Itulah pasal. Lepas tu kau tahulah ada Don, memang aku tak dapat kawal dia semalam.
Aku : Apa Don buat?
Kawan : Macam ni...

http://fc00.deviantart.net/images/i/2003/43/d/b/They_still_hurt_me.jpg
[Gambar : Masih dilukai]

Don : Makcik, saya ni kawan dia. Nak tanya sedikit boleh?
Makcik : Apa dia?
Don : Makcik nak jual anak ke?
Makcik : (berang) Mulut jaga sedikit ya?
Don : Kawan saya baru mula kerja, mana boleh makcik minta banyak tu?
Makcik : Biasalah harga sekarang.
Don : Biasa? Makcik, kakak saya doktor, kahwin dengan jurutera, hantaran dia 7 ribu sahaja makcik. Bapa saya kerja kontraktor, mak saya pensyarah. Tak pula kami minta banyak.
Makcik : Masing-masing. Agaknya abang ipar awak tak mampu.
Don : (ketawa) Abang ipar saya punya gaji lebih daripada 4 ribu sebulan. Keluarga dia ahli perniagaan. Bukan buka kedai runcit, buka syarikat sendiri. Tapi mungkin sebab kami bukan mata duitan.
Makcik : Habis tu awak nak kata makcik mata duitan?
Don : Saya tak kata, makcik akan terasa kalau makcik buat.
Makcik : Belanja kahwin mahal.
Don : Habis tu makcik nak suruh kawan saya tanggung semua di pihak makcik? Apa yang pihak makcik nak bagi pada dia?
Makcik : Dia nak kahwin dengan anak makcik.
Don : Makcik, boleh saya tanya satu benda?
Makcik : Apa dia?
Don : Makcik tak nak dia kahwin dengan anak makcik kan?
Makcik : Kenapa pula?
Don : Sebab tu makcik letak hantaran tinggi.
Makcik : Makcik buat ni untuk anak perempuan makcik juga, biar dia senang.
Don : Lawak betul makcik. Makcik boleh jamin mereka akan bahagia selamanya?
Makcik : Itu luar bidang kuasa makcik.
Don : Kalau makcik boleh jamin dia akan bahagia selamanya, saya sanggup bayarkan untuk dia.
Makcik : Mana boleh, itu kuasa Tuhan.
Don : Makcik ingat anak makcik akan bahagia?
Makcik : Asalkan dia boleh lalui semua, dia akan bahagia.
Kawan : Maaflah makcik, saya dah tak berminat lagi. 
Makcik : Apa maksud kamu?
Kawan : Cincin merisik tu kalau tak nak pulang pun takpe, cuma saya nak cakap, hal saya dan anak makcik habis di sini sahaja. Ini kali terakhir saya datang. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan kami.
Makcik : Apa maksud kamu?
Kawan : Ada ramai lelaki lain di luar sana yang mungkin sanggup bayar harga sebanyak tu, saya ni biasa-biasa sahaja. Tak sanggup saya. Biarlah orang lain untuk dia.
Perempuan : Abang!
Kawan : Awak cari lelaki lain lah ya?

********

Kawan : Sebab itulah aku kata aku lebih rela menguburkan perasaan sayang dan cinta bertahun-tahun ini daripada buat diri aku merana.
Aku : Alhamdulillah. Moga ia keputusan yang betul.
Kawan : Itulah. Betul kata kau, aku kena sayang diri aku lebih.
Aku : Tahu pun.
Kawan : Don kata nak kenalkan perempuan lain pada aku, tapi aku kata nanti dulu. Masih sakit kecewa lagi.
Aku : Don nak kau bahagia. 
Kawan : Aku tahu. Ada kawan-kawan macam kamu semua, buat aku lebih bahagia.

Alhamdulillah.
Walaupun sakit, aku tahu dia akan lebih tabah.
Kesakitan semalam bukan bermakna dia tidak akan menemui kebahagiaan lain.

Ini rentetan peristiwa buat mereka yang terpinga-pinga.

Nota Kaki :
Ada pula yang tak puas hati dengan hantar email cakap "Memanglah kalau nak kahwin kalau takde 20k, 30k, kahwin dalam mimpilah". Adakah itu bermakna lelaki tu kena tanggung belanja majlis kahwin sebelah sana? Gila ke apa?! Kahwin adalah sebuah perkongsian, bukan satu ugutan atau perniagaan!

Zara : Maaf buat yang menunggu aku menulis. Aku terpaksa melunaskan tanggungjawab aku pada kerja dan sekolah dahulu. Kawan aku mengirimkan salam atas doa dan sokongan kalian pada dia. Terima kasih yang melontarkan komentar dan ulasan bernas di Mukabuku aku dan halaman maya untuk blog aku.

72 comments:

shazan said...

30K kalau tangguhkan kahwin? ingat ini macam pinjam duit ah long ke, lambat bayar faedah akan naik.

Azrul Hisham said...

lawak la mak dia bagi jawapan bila don tanya tu....nampak sangat mak dia materialistik...

Paan Ovrtd said...

Makcik, you are PWNED! Don is the troll here! Padan muka kau. On your face. Heiii...geramnya aku...makcik tu ada facebook x, kak?

Mrs Poyo said...

Fulamak..makcik tu jawab mmg dasat gila...

Kalau aku jadi Don tu mmg dah lama aku terajang..
Perempuan banyak..pilihlah yang tepat..

L said...

I heart Don!
Great job man!
He's as the old days, mulut laser sampai sapa2 pun kena terus makan dalam.

Fuck!
Suruh kawan ko cari lain

wanita mutalib said...

AMPUN..TAK PERNAH RASA MENYAMPAH MACAM NI!!!!!!

bahiyahaziz ; said...

memang gila la..dasar mata duitan tol la...

Mimi Dyana said...

semoga kawan zara lebih bahagia lepas ni.

makcik2... tak pernah dgr ke org tamak selalu rugi???

Ryoki said...

BRAVO!! salute ngan Don!! ptt tya yang lagi straight... tp kita kan melayu, haruslah laser secara halus.. hahaha... good decision!!!

*Mami Damia Aisyah* said...

oh sangat geram dengan makcik tu..
pesan pada kawan.. biarlah merana sekarang.. jgn merana di masa akan datang..
Alhamdullilah Allah dah tunjuk perangai mereka awal2.. huhuhuu

A Fans of Lee Family said...

mau je dijahit mulut makcik tu...
haish...
sabao je lah..

semoga lepas ni kwn k.zara menemui yang lebih baik dari yang ini..

*hantaran rendah..akhlak yg tinggi itu yang lebih baik* ^_^

LyNn HaMzAh said...

akhirnya dia buat keputusan yg betul...semoga kawan zara akan berjumpa dengan seorang wanita yang lebih baik dari sebelumnya...

Aini said...

mungkin perempuan tu akan salahkan kawan awak tu dgn alasan lebih sayang duit dari dia.

Hurmm.. Jangn jadi bdoh la nak habiskan 30ribu semata-mata untuk majlis kahwin yg sehari tu.

Hidup lepas kahwin lebih bnyak nak pakai duit, kena pikir tu..

Ush.. Semakin memuncak isu ni ye zara.. Boleh buat drama

Rara said...

mendidih darah kemarahan bila baca jawapan makcik tu.
nampak sangat mata duitan.

saya mungkin tak kenal kawan kak,tapi saya doakan dia mendapat perempuan yang lagi baik dari ini.

goJiRa said...

Yahoooooooooooooooooooooooooo

Akhirnya Lelaki yang menang....

tips : belanja kahwin yang mahal, kenduri yang gah-gah bukan akan menjamin kebahagiaan rumah tangga...

gaji RM400 sebulan pun boleh besarkan 5 - 10 orang anak... fikir-fikirkanlah...

Ain Shdn said...

walamak!! superb ah kawan ! cakap kat dia,TAHNIAH2!! SUNGGUH MEMBANGGAKAN TINDAKAN DIA ! PUNYA FIKIRN MATANG. ! aduh,kalau dia ikut juga,kompem diri sndiri merana,mak bapak sekali sedih and jd taik itu family keparat. [ lalalala ] . PADAN MUKA ITU MAK AYAM ! nak jual anak. haha. mesti dye pk " budak ni syg anak aku,mesti sanggup punya'' hahaa. aku sokong kawan 10000%. hahaha. sampaikan pada dia sis ZARA. HOPENESS!!

Unknown said...

bagus, keputusan yang bijak.

zulaikha said...

memang patut pun kawan kak zara cakap macam tu. & padan muka mak cik tu. siapa suruh tamak. kalau hantaran kawin mahal, tapi lepas kawin makan meggi dan asyik bergaduh tak cukup duit pun tak guna jugak.

semoga kawan kak zara cepat 'sembuh' dan ditemukan dengan orang yg lebih baik. amin..

p/s: sy minta maaf kalau tulisan sy mencalarkan hati orang lain.

Hellioz said...

wtf!!!???

kiamat2...
gyahahahahahahah~

duit butakan manusia

Khairul said...

This is really something. Nice.

Anonymous said...

padan muka makcik tuh..
sepatot nya dia pk kan kehidupan anak dia selepas kawin..
kalau dah berhabisan untuk majlis kawin sampai berpuluh ribu macam tuh, lepas kawin nak makan ape.. haihh.. pk la makcik oiii..

smoge kawan akak dapat perempuan yang lebih baek ;)

zam.enol.arep said...

serius shit punya makcik. pompuan tu pon ikot je ke? kamon makcik, bajet 2011 da cukup da mbantu ekonomi, lagi mahu minta bukan2. esok lepas kahwin hidup berhutang. kena kejar along sampai mati. mahu?

lihat gua emosi. comel kan? haha

Fyna Li said...

ohh2~~ tahniah pada sahabat kamu, sebab die dah berjaya membuat keputusan. semoga dia akan berjumpa perempuan yg lebih baek dari yang lalu.

mrnamie said...

moga kawan ko terus tabah zara... kim salam kat dia...

Penulis Hingusan said...

tabik spring kat Don. toink! toink!
kpd kawan Kak Zara, sabarlah ek. Ada yang lebih baik untuk dia. InsyaAllah~ ;)

tehkopi said...

mak ai.,hantaran saidina Ali cuma senaskah al Quran jer...aduhhhhh

noorafzan.blogspot.com said...

kurasa pompuan tu salah pilih orang.
dia patut cari yang kaya raya.
baru taste dia.
haha!

tak reti langsung.
ikut je cakap mak dia tu.

tgk pun tahu, lepas kawen sok memang makcik tu akan terus kawal.

RM30K?
Too much ok?
Buat majlis tu kena la ukur duit sendiri. takkan nak masuk semua dalam hantaran.

masshie mastura said...

eh eh mlmpau tol smpi 30k nk wat hntaran kawen.
my mom said 15k punn dh byk. nie kan 30ribu.
tunang dye mmg cun abes eh?

doratie chan said...

ade ke lagi mak macam ni????
jawab dia xde menantu smpai bile-bile la makcik ni....

anyss said...

Salam,
Tahniah kepada rakan sdr yang punya kekuatan sebegitu. Saya pun sokong dia blah gitu...apa kata kawin je dengan cikgu Zara ni ;)

Bolehlah kami reramai pi kenduri ;)

Cik Bayan said...

akhirnya "kawan" tuh buat gak keputusan...mmg terbaik keputusan dia....

Alexia Aqram said...

30K??

baik gua bayar duit muka beli volkwagon polo.

keh keh keh!

zool said...

dia tak nak blah je la.. tak yah terhegeh2 de.. buat apa habis berpuluh ribu untuk keluarga camtu.. esok dah kawin lagi sakit kepala

hany.hss said...

sokong don.sokong decision kawan zara..semoga dia bertemu dgn org y lebih baik n lbh menghargainya.peace!

syaftome said...

A marriage isn't about a ring...
it isn't about the money...
it isn't about the grand ceremony...
it's about a lifelong commitment of compassion and understanding...
without it...it won't hold on for long...

ZieSakura said...

two thumbs up utk don n zara sbb berjaya membantu seorg kwn wlaupun dia terluka ketika ini..InsyaAllah akan dpt pengganti yg jauh lebih baik..

kwn yg baik adalah yg sentiasa ada tika suka dan duka..=)

beautiful_rose said...

makcik tu dgn anak perempuannya memang dah gila.
anak dia tu cantik macam bidadari ke? sempurna sifat dan hati budi ke? golongan bangsawan ke? anak jutawan ke? kerja jawatan tertinggi negara ke?

tak apalah memilih sangat kan...esok2 nanti tak ada orang nak pinang rasalah hidup membujang jadi anak dara tua sampai ke sudah.

kepada kawan kamu,lupakanlah perempuan macam tu.kahwin ni nak berkongsi hidup bukan saja hati dan perasaan.duit bukan segalanya utk menuju kebahagiaan.bahagia atau tidak senang atau tidak semua di tangan tuhan.

banyak lagi perempuan solo yang lebih baik dan bertimbang rasa daripada perempuan macam tu.hope2 kawan kamu akan temui kebahagiaan yang lebih berlipat ganda selepas ini.

lady bella said...

jual la anak mak cik pd org y lbh memerlukan..haha..lawak2..semoga kwn zara berjumpa org yg lbh baik..xrugi kuburkan perasaan terhadap perempuan tu...

nadz ruslan said...

semoga ada orang kaya minang anak dia. klu x nyesal tak sudah makcik tu..

TheBentPencil said...

just like what I wrote in your previous post, I believe i support the breaking of these love. although, i also believed that the woman was in the wrong for not trying to at lease convince her parents to put lower price. or she shouldv'e made a scene or threaten her parents with kahwin lari or kahwin wali hakim.

wonder why she didn't, right?

p.s. I link this post to my new post...something similar. LOL

nurayunni said...

30k??wah..nak kawin dengan anak raja ker?hebatnyer...

eiela said...

semoga kawan awak tabah hadapi semua nih, tak semua yang kita hendak kita akan dapat. Sayangkan manusia jgn 100% sebab kita akan sukar nak melupakannya 100%.

Cipina said...

gila ka apa makcik tu?

Hazrey said...

Ermm, can I say something? can i? Ohh please, i want toooo...

Ok here goes:

Don, find a man. Problem solved.

Salah eh? Ok i leave now, never come back.

Ohh, makcik, bangla banyak duit makcik. Tak pun, mamat afrika black money. Sungguh, diaorang banyak duit. Tak percaya, checklah.

::seven:: said...

i heart Don..terbaik btol la..

pesanan buat makcik: makcik, duit hantaran x dpt menjamin pon kebahagiaan anak makcik tu. x pyh la letak harga hantaran sbg ukuran berbaloi kawin ngan anak makcik. klo hantaran mahal, pastu lepas kawin utang keliling pinggang, x guna jugak. bila gadoh laki bini, ungkit psl mak pmpn tu letak harga mahal. haha.

pesanan buat kawan you: lepas nie klo da suka kt someone, ckp ngan die, "saya mampu bg 5K je sbg hantaran. kalau awk x boleh terima sy, x pe la." kalau pmpn tu boleh terima, bahagia la kawan you tu. hahaha

okay, sy menyibuk di sini ngan mengomen panjang2..sorry..hehee

W3 tOgetHer said...

nie namanya buka mata duitan dh..tp jiwa duitan...gila ah...

Ms J said...

Alhamdulillah.. Senses had knocked ur fren back. Agree with The Poyo Me.

cik Liyana said...

Akhirnya..ni penyudah yg baik utk kawan tuh... mahal-nahal sanat mcm nak jual anak, lebey sng klu ckp.."maaf makcik xminat nak amik kamu jadi menantu makcik" or "anak makcik diberanak sekali ngan emas dan mengikut pasaran universal"

ardz amy said...

Astrafirullahalazim... ehm pandai sgt kah anak nye itu sampai 30 k? kalau setakat keje kilang.. dan kelulusan SPM.. dia x layak... bukan bermaksud nak merendah kan dia... tp rasanya zara sendiri x kan letakkan harga yg tinggi utk hantaran zara kan walau pun zara seorg graduate... rasanya mak dia x nak lelaki tu kawen ngan anak dia....
tepat tindakan kawan zara.... melepaskan dia x bermksd kawan zara x kan dpt kebahagiaan baru.. mungkin ni permulaan utk kebahagiaan dia... ardz doakan dia dpt perempuan yg betul2 layak utk dia... benarla kata org tua... bercinta lama mana pun belum tentu akan bawa ke jinjang pelamin... semoga kawan zara tabah... dan kuat.. mungkin susah pada permulaannya... tp dia akan bahagia di akhirnye...

inaks said...

hah..ada lg org mcm makcik tu..patutnya tuan badan tu yg ckp cm tuh...tp ada don pun ok lah jugak janji settle...

Shahada Fauzi said...

setuju dengan kata-kata don pada makcik tu..dan sokong dengan keputusan yang kawan kau buat..

semoga kawan kau akan jumpa jodoh yang lagi sesuai..perempuan tu bukan untuk die dan bukan calon isteri yang terbaik..semoga kawan kau akan ketemu bahagia dia satu hari nanti..

Che Cha said...

"Kawan : Aku tahu. Ada kawan-kawan macam kamu semua, buat aku lebih bahagia."

Aiseyy sweeet gileww ayat dia kat ko. hahaha padan muke minah tuh. demannd plakk kije operator...mak dia pon 2x5...aiyoo!

kem salam kat kawan ko . hikhik (gelak gedixx)

ima said...

sokong don!!!!

tapi buat kawan kak zara, tabahlah yer. :)

Che Armster said...

30k? anak dia tu pelakon picisan ke?

(Aku guna pelakon picisan sebab kalo pelakon ngetop mesti hantaran dekat sejuta)

takky said...

2 la...
mintak g hantaran mahal2...
duet x dapat, lelaki pun melepas....
memang senasib dengan empuya badan...
congratz dons coz teman kawan ko skali tyme 2...
biar makcik 2 taw langit 2 tinggi ke rendah.....

Eila Rosli said...

salam zara,
hr ni pertama kali baca blog zara...dn sya baca semua kisah kwn zara dgn gadis 20k...

tahniah utk dia dgn keputusannya...ingat janji Allah SWT " lelaki yg baik untuk perempuan yang baik", InsyaAllah... semoga dia tabah dn akan bertemu dgn insan yang menerima dia seadanya...

Anonymous said...

don,,,u r awesome!!!!!!

sue said...

Salam...

Suami saya jurutera, tapi parents saya hanya minta mas kahwin RM1K.. Alhamdulillah bahagia sampai sekarang...

Kalau nak bagi si lelaki bertanggungjawab pun, agak2lah...tak bahagianya hidup anak dia kalau bersuamikan lelaki yg berhutang akibat nafsu dia...

Wahai perempuan2, fikirkanlah...
Kalau niat nk minta hantaran tu untuk buat kenduri maksudnya pahala kenduri tu dapat kat lelakilah ye? famili pmpn tak dapat saham akhirat pon... Balik pada niat, kenapa wat kenduri tu...

Macam2 org sekarang ni...Apepon, kalau nk bahagia, kembalilah pada agama...

Wassalam....

nadz_teyn said...

pergh...mmg terbaik a tndakan kawan tu..pas ni..update gak ea, ape jadik kt kawan tu bile die dh move on..mesti lpas ni,die dpt pmpuan yg bek,xbnyk songeh n educated..insya allah..

Anonymous said...

aku kawen duit hantaran share ngan lowkong aku...sbb duit tuh tuk buat majlis..bechenta 3 tahun ...kawen dah 4 tahun (kenal & bersama dah 7 tahun) d kurniakan anak satu..thank God...!hanya aku n lowkong aku je tau kami share hantaran...kalau dah chenta takkan la nak bekira sangat...tolong menolong la..bila dah kawen kan dah kongsi bersama...duit suami..duit isteri juga hehehe

✿ n0ra ✿ said...

Setuju dgn DON, mak pompuan tu takmo kasi kawen, sbb tu kasi hantaran tinggi ;) Moga kawan itu berbahagia skrg dan berjumpa jodoh yg lebih baik...

blAcKvAniLA said...

hehe.. Dunia zaman sekarang.
Tak pernah terfikir ke letak hantaran mahal-mahal, buat majlis besar-besar, lepas tu macam mana kos lepas kawin? duit rumah, kereta, anak, sekolah?

Nak buat mewah-mewah tapi kena hutang sana sini baik tak payah. lepas tu sesak nak bayar.

Biar bersederhana, asalkan bahagia.

Peace! (^.^)v

Rina Rahamat said...

Moga2 satu hari nanti dptla makcik tu hantaran Rm30k

Anonymous said...

>>lelong2, anak saya..
<>rm20k serba satu..
<>dah tanya, kena la bayar..
<>mestilah..
<>esok dah jadi lebih mahal..
<>rm30k serba satu..
<<ayaakkk [[pengsan]]..

~docfear

Fahmishah said...

Alahai makcik, kalau belanja kahwin mahal, tak perlu buat besaran, buat secara sederhana. Manusia begini hidup dengan alasan. Duit tak menentukan kesenangan.

Anonymous said...

haish sapela family makcik ni ye..nak gak aku tau sape..padan muke! nice one don!

Anonymous said...

tahniah kpd si mangsa kerana memilih jalan yang betul. saya dah mengikuti seluruh kisah dari 'part 1' lagi, ternyata yang dikejar oleh si 'GF' dan keluarganya itu adalah harta duniawi semata-mata, bukan keredhaan Illahi dan kebahagiaan dalam menempuh kehidupan bersama. carilah wanita yang beriman, paras rupa bukan keutamaan, semoga anda mendapat bakal isteri yang solehah dan boleh membimbing anak2 dan keluarga ke jalan Allah. amin

Anonymous said...

makcik,,buat akad nikah je laaa...seribu-dua ribu pon cukup...
yg makcik mintak 30 ribu tu tuk buat kenduri besar-besaran..
haishh...makcik-makcik..
kalau nak buat kenduri, pakai duit sendiri laaaa..haiyokk..
kalau mintak 30 ribu tu pon, bkn anak makcik boleh pakai...abes tuk kenduri jee...

InvinceZ said...

hantaran rm30K, mas kahwin rm30..LOL.dulukn yg tak wajib dari yg wajib. kerna duit, buta hati, buta mata, otak pun jadi benak. emm...makcik tu kena masuk kelas agama belajar balik bab nikah kahwin

Anonymous said...

kite baru je kawen februari arituh... Alhamdulillah... sangat2 simple.. kenduri masak sendiri...sangat2 ala kampung...pelamin pon buat sendiri sekadar ade (sbb kitorg tak sanding), baju pon kitorg beli yg bley pakai balik lepas kawen, brg hntrn pon ikot yg diperlukan...ade yg branded tp setakat yg mampu.xde pakai wedding planner ke pakej segale bagai...Alhamdulillah, after wedding kitorg cume pikir belanja utk teruskan hidup jek. takde hutang yg sampai beranak lima yang kitorg kne pk kan.setakat cover sket2 duit2 laen tu ade la.siyes, mmg takde yang gah pon mase wedding kitorg. tp sume berjalan lancar. n tenang. costing sume tu below 10k termasuk duit mas kahwin.kitorg share sume same2...btw,saye pon degree holder dan die cume keje biase2...jd sumenye atas diri sendiri...kawen gah tp utang keliling pinggang.mmg sedap kene puji tapi yg kene tanggung utang kite jugak..tade yg nk tlg pon~..pikir2kanla~

iPai said...

cerita mantap .. tak sangka sampai macam tuh ye ..

Anonymous said...

RM 30K...bkn soal SPM @ dip @ degree @ master @ phd..tp soal agama y lbh pntg..ilmu agama da lgkap ka?da sempurna?x perlu diajar/dibimbing suami?boleh si perempuan tu hafal Al-Quran?hafal hadis?

klu btul mcm tu mmg priceless..
tp slalunya y ada iman & agama x minta macam tu kot..:-)