Saturday, October 23, 2010

"Kalau Nak Mengongkong Sampai Terkangkang Sekalipun, Tunggulah Bila Dah Kahwin Nanti!"


Sabtu.
Dingin.
Bonda dan adik lelaki ke sekolah, manakala aku menguruskan hal rumah.
Terima kasih yang membaca [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]. Aku sangat berterima kasih dan bagi yang bertanyakan sama ada cerita itu dari kisah benar ataupun apa, jujurnya aku hanya mahu ketawa. Biarlah Sakura Tuhfah dan Iman Kenzo mendapatkan apa yang mereka mahu dalam hidup.

Telefon genggam aku kebelakangan ini cepat habis bateri disebabkan menerima panggilan telefon daripada rakan-rakan yang mahu berkongsi cerita ataupun apa sahaja. Bahkan, ianya sudah menjadi suatu yang menyeronokkan apabila mendengar dan bertukar pandangan serta cerita masing-masing.

http://whi.s3.leg.entries.lg1x8.simplecdn.net/20090216012731.jpg

Kawan : Aku dah baca cerpen yang kau tulis.
Aku : Eh, terima kasih.
Kawan : Kau buat aku menangis baca cerpen tu.
Aku : Kenapa?
Kawan : Wujud lagikah lelaki macam Iman Kenzo?
Aku : Mungkin ada, cuma tidak terjumpa.
Kawan : Aku sangsi.
Aku : Bahkan, Iman Kenzo itu adalah perwatakan seorang kawan yang mencetuskan isnpirasi aku menulis itu, walaupun entah kena atau tidak dengan tema Islamik yang diberikan.
Kawan : Sekurang-kurangnya tiada unsur keganasan macam LCA.
Aku : (ketawa) Oh ya, kau telefon sebab nak cakap itu sahaja?
Kawan : Bukan. Aku geram dengan tunang aku. Suka sangat kongkong aku.
Aku : Bukankah dia dari dulu memang begitu, apa masalahnya?
Kawan : Makin lama makin teruk.
Aku : Itu mungkin cara dia tunjukkan kasih sayang pada kau. Dia tak nak jadi apa-apa pada kau.
Kawan : Dia takut kalau aku lari dari majlis perkahwinan. Sekarang di surat khabar kan banyak jadi begitu.
Aku : Tak salah dia berjaga-jaga.
Kawan : Semua apa aku buat dia nak tahu. Sampai tanya berapa kali aku ke tandas setiap hari.
Aku : (ketawa) Itu maksudnya dia nak rancang cara nak jimatkan air kalau dah kahwin nanti.
Kawan : Gila ke apa?
Aku : Kenapa kau bertunang dengan dia dulu? Sebab kau dah kenal buruk baik dia kan?
Kawan : Aku ingat bila dah bertunang, sikap dia akan berubah sedikit. Mana tahu lagi ketat dia jaga aku.
Aku : Kau kena ingat sesuatu kan?
Kawan : Apa dia?
Aku : Dia pernah putus tunang, jadi sebab itu dia jaga kau elok-elok.
Kawan : Tahu, tapi kalau nak keluar jumpa kawan pun nak kena laporkan apa cerita?
Aku : Sabarlah. Anggap sahaja ini untuk kebaikan kau juga.
Kawan : Dia kalau nak kongkong sampai terkangkang sekalipun , tunggulah bila dah kahwin nanti!
Aku : (ketawa) Lain macam bunyi ayat.
Kawan : Betul apa?
Aku : Tiba-tiba aku rasa maksud lain.
Kawan : Keji la kau!
Aku : Ketawa.

http://fc04.deviantart.net/fs31/i/2008/196/d/c/Playground_Love_by_DalaiHarma.jpg

Disebalik aku yang kadangkala beku dan kurang mengerti perasaan orang lain, tapi aku yakin benar dalam perhubungan, perlu ada pemudahcara di kedua-dua belah pihak. Memberikan pandangan yang jelas tentang apa yang sepatutnya tanpa prejudis sudah menjadi tabiat barangkali. 

Ada manusia yang boleh hidup tanpa kegembiraan?
Ada sesiapa yang masih bernafas tanpa kebahagiaan?
Ada yang tidak mencari kasih sayang?

Nota Kaki :
Tidak salah untuk melihat kembali masa silam jika masa silam itu adalah satu proses pembelajaran yang sangat terkesan dalam hati kita. Masa silam adalah sejarah, dan daripada sejarah, makanya kita belajar akan sesuatu yang lebih baik dan indah demi merancang masa depan.

Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dalam [Blog Dunia Sebelah Zara] kamu boleh ke sini.

Zara : Keyakinan diri untuk mendapatkan gear kesayangan minggu hadapan memuncak tinggi. Aku tahu, akan ada peluh mengalir dan air mata berlinangan, tetapi demi masa depan yang aku pertaruhkan, aku tahu, aku perlu teruskan perjuangan.

17 comments:

suzzsuzie said...

belum kahwin suka mengongkong..klu dh kahwin confirm takleh bergerak langsung...ada macam tu

nabilpotter said...

tapi bukankah laki tu sekadar amik berat?rasanya macam tak de yang salah kot..kalau dia buat tak tahu tu yang masalah..laki kalau suka sangat memang cmtu..even nak keluar pon kena bagi tahu..bagus la tu..huhuh..

KE said...

betul tu.. aku sokong. dia mengongkong sebab ada peristiwa silam yang dia taknak berulang lagi.

senang cite dia fobia. sebab itu dia jadi macam tu. tak nak banana fruit two times.

Milimilo said...

dulu ku dikongkong jugak.dia rasa insecure sbb dia jauh.dia kurang percaya tengok aktivitiku keluar dgn kwn2 lelaki.dan padan muka sebab suka mengongkong sgt.kan dah kena tinggal.mslh utamanya kepercayaan la.susah nak jg trust tu dlm 1 relationship.

Ibu Ammar said...

waaaa. aku mmg tak boleh. RIMAS. huahua

Amir Said said...

zara, nanti compile kan dlm bentuk buku cerpen n novel2 tu. nak beli. :-)

suffer8zine said...

fuhh bile la nk kuakan buku ni :P

Terkini : Maut berebut remote TV

eNaSaN said...

hidUp perLu ada persefahamaN..kejujuraN...



persefahaMaN & kejujuraN itu susah kkdg kala nk di cari..tp perlu dicari tuk kebahagiaaN ...lalalalala


p/s: kkdg diam lebih baik... =p

Kujie said...

dua dua pihak betul dari pendapat sisi masing² - pendapat terhasil dari pemahaman sendiri berpunca dari latarbelakang, sejarah silam, sosio ekonomi dan kematangan.

masalahnya cuma mereka tidak bertemu seperti dua garisan selari...kena buat bulatan je lepas ni Zara

:p

p/s - tak sangka byk juga ye backlink dari entri secebis tu...

Mrs Poyo said...

ms bc tajuk pun aku dh pikir pelik2..
hahahaha

nadia atilah said...

: saya setuju sangat

TheBentPencil said...

zara, statement tajuk tu tepat sangat.
kalau zara tengok blog wa, zara tau ada sorang rakan macam ni.
at least yang ni boleh keluar.
yang kawan wa ni keluar je kena la marah dgn boipren. sampai adegan tarik2 rambut tu.perlu ke camtu?

ye la aweknye jenis riuh dan ceria. tapi itu watak dia. bukan maknanya die jenis 'mudah jadi lauk' semua orang.

perlu ke kongkong sampai takde kawan? apa life die sekarang kena kerj terus balik rumah? gitu? sampai semua kawan2 lama kena buang?

mak bapaknya pun satu. menangkan si lelaki. konon si lelaki tu bagus sebab dapat 'mengurangkan kesosialan anak dara aku'. yela tapi kalau ganas macam tu sapa pun takut kan?

dengar cerita kawan wa ni nak diajak kahwin dah. wa cakap la nak kawin boleh, tapi mintak la die berbah. kang beranak pinak kena pukul lagi teruk camne?

lelaki ni taknak berubah, die nak ppuan tu berubah baru dia berhenti cemburu buta dan mengganas (susah nak caya).

wa asik terpikir yng kawan wa ni pergi bunuh diri sebab tak tahan dengan pakwe ganas die tu. aduiii seram!

Jelly Beku said...

noks x suker lelkai yang mengongkong sbl kawin...x de freedom

PuanPepel said...

aku tak rasa tu mengongkong...
ape slhnye kalau bgtau kluar ngn sape pn.. kalau tau sape kwn..mne pegi..kn lebey selamat..

ntahla...len org len pndpt..

tp bg aku,aku tak kisah pun gtau dia ape aku buat..mne aku pegi..pegi ngn sape...dia tak penah larang..tp yg penting dia tau... kira kne praktis la sblm kawen pn...mcm mntk izin gk la kn.. nnti da kawen takde la kekok...

Usy@M^^ said...

kongkong b'tempat..tp mcm tu lbh2.. x bgs cmtu..


Saya Suka Cara Kamu Berfikir

nabilpotter said...

ak nak comment 2 kali..

ak rasa itu bukan kongkong seperti miera@merr..

buknnya dia tak bagi berkawan..kalau ko nak kawan 1 dunia pon kawan la..tapi, nak keluar rumah ke, nak berkawan pon bagi tahu la..

laki ni pemikiran dia tajam dan kehadapan..Pompuan pikiran pendek dan dekat..Ini fakta kan..

ak tak setuju kalau kata laki ni mengongkong..kalau ak jadi pompuan tu anggap ak ni mengongkong, dah lama ak tinggalkan..sebelum kawin dah tak nak dikongkong, nanti kawin memang susah..

kalau kongkong maksud dia dia amik berat..kalau tak amik berat kata pulak kat laki tak amik berat la, buat kerja sendiri la, ape la..pompuan kena paham sebab ak juga lelaki..bukan niat untuk mengongkong..itulah sifat laki kalau dia sayang..kalau dia tak sayang, mampus ko la nak pergi mana..ape ak kesah..haa.a.cmtu ke korang nk?

bagi ak, itu tidak kongkong..gadis2, sila faham..kalau tak nak dikongkong, jangan couple okey..jgn galak..p cari laki lain yang rasa boleh bebaskan hidup hampa..nanti beranak pon laki buat tak kesah..ikut suka u la nak beranak..ada ak kesah..hahaha

bukan marah..geram sikit je.. :)

khaizarien said...

yg pnting percaya.......