Thursday, October 14, 2010

Awak, Mari Kita Menunaikan Haji Bersama Dalam Beberapa Tahun Mendatang Ini Ya? | Insurans?


Senyum.
Semoga berbahagia teman, biar kegembiraan memenuhi setiap inci dan ruang yang telah dikosongkan demi dia yang berhak memiliki segaris senyuman yang terukir di wajah kamu yang sentiasa riang.

Bella : Zara, nak cakap sesuatu.
Aku : Apa dia?
Bella : Lah dah melamar aku.
Aku : Serius? Macam mana?
Bella : Dia cakap dengan aku begini - awak, mari kita menunaikan haji bersama dalam beberapa tahun mendatang ini.
Aku : Dan kau terus faham?
Bella : (ketawa) Tak faham. Aku tanya dia, sejak bila dia kerja dengan agensi bawa jemaah haji ni.
Aku : (ketawa) Habis tu dia kata apa?
Bella : Dia ketawa sebab nampak sangat otak aku kosong masa dia cakap tu.
Aku : Kau tanya dia balik tak?
Bella : Tanya, dah kata aku tak faham. Lepas tu, dia beritahulah, yang itu dia berkias nak ajak aku nikah.
Aku : Tahniah! Tak nak bertunang?
Bella : Lah kata tak perlu kalau aku tak nak.
Aku : Betul tak nak bertunang?
Bella : Kalau nak bertunang pun, seminggu sebelum majlis ke. Aku tak nak lama-lama, bahaya.
Aku : Apapun, tahniah ya?
Bella : Lah suruh aku cerita pada kau, sebab dia kata mesti kau sahaja yang dapat tangkap ayat macam tu.
Aku : (ketawa) Sebab apa?
Bella : Dia kata kau penulis.
Aku : Terima kasih atas pujian dia, tapi aku bukan penulis.
Bella : Tak kira. Masa majlis kami, kau mesti deklamasikan puisi.
Aku : Eh?!
Bella : Dah nak Subuh, Tinggal!


Kalaulah dapat cincin begini....

Tahniah Bella.
Moga kegembiraan sentiasa menjadi milik kamu sayang.
Dan bercakap tentang insurans, ada seorang kawan menyamar sebagai ejen insurans sewaktu membuat panggilan kepada aku.

Z : Hello, ini Cik Shafaza ke?
Aku : (dalam hati : Shafaza?) Ya, saya.
Z : Saya nak jual insurans ni. Cik dah ada insurans?
Aku : (layankan saja) Saya dah ada 2 insurans. Tak minat nak beli lagi.
Z : Ala. Belilah dengan saya. Macam-macam ada cik.
Aku : Tak mengapa, dah cukuplah.
Z : Kalau ambil dengan saya, semua benda kita tanggung.
Aku : Takpe. Dah ada.
Z : Kalau cik tak nak ambil insurans dengan saya takpe, tapi cik kena datang rumah saya.
Aku : Kenapa?
Z : Saya nak kahwin, nak jemput cik.
Aku : Mari bagi alamat.
Z : Eh, kau tahu ke sapa yang telefon ni?
Aku : Mesti budak UTM, sebab budak UTM sahaja yang panggil aku Shafaza.
Z : Ala! Baru nak menyamar.
Aku : Lain kali guna nama rasmi aku.
Z : (ketawa)

Nasib baik bukan panggilan hangit kan?
Ketawa.

Nota Kaki :
Bulan Oktober ini banyak sungguh jemputan majlis perkahwinan daripada rakan-rakan. InsyaALLAH, kalau berkesempatan, aku akan datang.

Zara : Ada satu nama yang membuatkan aku tersentap semalam. Betapa sudah lama manusia itu tidak menunjukkan diri. Bahkan, tiada tanda-tanda dia mengunjungi blog ini lagi. Sihatkah dia? Entahlah, aku sendiri tidak pasti. Cuma dapat dikirimkan doa sepi.

13 comments:

beautiful_rose said...

wah bahasa kiasan untuk lamaran tu lain dari yang lain.aku suka!

kawan2 aku juga ramai y telah mengakhiri zaman bujang.dan seperti biasa tugas aku adalah memenuhi undangan mereka.

mak dah mula bising ada tanda2 teringinmahu menimang menantu dan cucu.kelihatan mesra setiap kali cucu sedaranya datang melawat.pening aku...

hany.hss said...

bertuahnya Bella.Tahniah!

Johari Hamzah said...

huhu...
pandai la mamat 2 berkias.. :)

kawan2 dah.. cik zara bila lagi? huhu..

LyNn HaMzAh said...

betul tu...hujung tahun nie banyak betul yang kawen...

izulman said...

Eh cincin! teringat iklan cincin kt fb! XDDD

Tahniah utk kawan anda juge~ ^^

cik fiza said...

best nya lamaran dalam bentuk kiasan mcm tu :)

~ Lady ell ~ said...

tahun2 mendtg mudah2an cik zara pun akan menunaikan haji..:) ambik berkat kwn cik zara tu yer..mana tau jodoh cik zara pulak.

nama.aku.lynn said...

so sweeeeettttttt lah proposeee mcm niii..nk jgk laahh~~hihihi~~

Paan Ovrtd said...

I'm an insurance agent too. Vehicles insurance.

:)

CERITA LEBAT said...

shafaza tu singkatan utk apa.

Unknown said...

hahaha...kantoi...nasib bukan panggilan hangit..

Fyna Li said...

sangat bertuah kawan kamu. =)
semoga dia bahagia. =)

Ms J said...

cincin itu mmg cantik, tapi mudah memerangkap daki.. hehehe..