Friday, October 22, 2010

"Adakah Senyuman Dan Ketawa Itu Masih Kepunyaan Saya Apabila Tangan Dia Merangkul Insan Lain?"


Sepi.
Ada orang kata sepi itu membunuh.
Tetapi pada aku, sepi adalah satu ruang istimewa. Untuk aku lebih kenal diri aku dan manusia di sekeliling aku. Manusia yang banyak memberikan warna dalam hidup aku yang biasa-biasa. Entah di mana silapnya, tawa aku lebih kuat berbanding dengan tangisan yang menyesakkan hidung dan sia-sia. Ah, ada seorang penulis blog pernah dengar aku menangis. Lebih banyak menangis dan tiada satu patah perkataan pun kedengaran di telinga. Oh, itu cerita lain.

http://fc07.deviantart.net/fs71/i/2010/117/e/b/Everyone__s_gonna_hurt_you__by_shutteredhopes.jpg

Kisah yang tulis semalam bukanlah kisah aku. Ah, bagaimana aku mahu dilukai sehingga lima belas kali? Kegilaan apakah itu? Bahkan, peluang untuk didekati adalah tipis memandangkan aku bukanlah dalam ruang lingkup gadis yang memiliki keistimewaan. Sudah aku nyatakan, hidup aku begini sahaja. Pergi kerja, menulis, menjalani aktiviti lasak di luar dan di rumah. Itu dunia aku, dan ya, aku punya blog. Menulis apa sahaja yang membolehkan aku kenal erti bahagia.

Rakan bekas penghuni pertama kamar jiwa menghubungi aku kelmarin. Bertanyakan mengenai Adam Awraq kesayangan aku. Entah dari mana dia mengetahui aku sudah mempunyai 'suami' yang kacak dan berkilat seperti Adam. Apakah mungkin dia membaca apa yang aku coretkan setiap hari? Entah, aku tidak mahu tahu. Ataupun cerita tersebar pantas seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini?

Dia : Macam mana hidup sekarang?
Aku : Baik sahaja.
Dia : Bila nak kahwin?
Aku : Kalau pasangan hidup ada dijual, mungkin dah lama beli.
Dia : Wah! Eh, nak tahu yang sekarang bekas kekasih awak dah bahagia.
Aku : Baguslah. Dengan perempuan keberapa?
Dia : Setakat yang saya tahu, awak nombor satu. Yang lain tak boleh dikira.
Aku : (simbol ketawa) Kata kawan baik?
Dia : Kawan baik pun payah nak kira bila dia dah bawa ramai sangat perempuan.
Aku : Biarlah. Dia bahagia tu agaknya.
Dia : Lelaki itu ada hubungi awak lagi?
Aku : Oh, dia ada hantar saya pesanan di Gmail. Ucapkan selamat hari raya, itu sahaja.
Dia : Awak balas?
Aku : Saya balas terima kasih. Itu sahaja.
Dia : Saya suka awak dengan dia dahulu, kenapalah kamu boleh berpisah kan?
Aku : Itu cerita lama. Saya dah tak rasa apa-apa.
Dia : Betul ke?
Aku : Adakah senyuman dan ketawa itu masih milik saya apabila tangan dia merangkul insan lain? Tidak. 
Dia : Awak langsung tak cemburu, tak marah dari dahulu.
Aku : Saya dah penat untuk lalui zaman begitu lagi. Tiga tahun dah berlalu, dan saya sudah ada kehidupan lebih baik saat ini.

http://lh6.ggpht.com/_ZSiZxTNJ_BY/S0WJYOL0v0I/AAAAAAAAGBM/qVdqzn5J7eM/s800/aimeelikestotakepics-deviantart.jpg

Kebetulan, di Yahoo Messenger, status yang aku letak adalah "Aku perlu bercakap dengan seseorang". Tiba-tiba dia muncul petang ini. Muncul untuk memulakan perbualan. Seperti suatu ketika dulu, medium yang digunakan masih lagi bahasa kedua, Bahasa Inggeris. Cuma, aku tulis sedikit apa yang dia tanyakan pada aku.

BK : Awak boleh bercakap dengan saya.
Aku : Oh, benar?
BK : Ya.
Aku : Tak mengapa. Status itu sekadar suka-suka.
BK : Kenapa menjauhkan diri? Tiada ucapan hari lahir dari awak lagi.
Aku : Mungkin saya terlupa kerana sibuk.
BK : Teman wanita saya sekarang pun sibuk. Nak habiskan masa bersama pun susah.
Aku : Gunakan hujung minggu.
BK : Hujung minggu pun sibuk.
Aku : Malam.
BK : Tengoklah nanti. Awak pula nasihat saya pasal hal begini.
Aku : (simbol ketawa)

Diam.
Kekuatan aku hari ini disebabkan aku punya manusia-manusia hebat dalam hidup aku. Aku punya keluarga, aku punya kasih sayang yang tidak pernah putus daripada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang setia di sisi aku. InsyaALLAH, aku sentiasa memberitahu diri, aku tidak boleh berpatah balik ke zaman silam yang penuh ketawa bersulam air mata. Cukuplah.

Kenapa aku menulis tentang diri sendiri hari ini?
Sebab aku tahu, aku juga sebahagian daripada dunia.
Walaupun aku mungkin tidak diperlukan oleh sesiapa, aku masih sayang diri aku.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Tunggukan kemunculan Nuansa Marga Sakura Tuhfah malam ini ya?

Zara : Aku tahu yang hati aku bukan lagi milik lelaki itu apabila tiada lagi getaran yang membuatkan jantung berdebar sejak tiga tahun dahulu. Senyum. Penulisan kali ini kosong dan tiada jiwa bukan? Ketawa.

14 comments:

Rizha CUMA (FH) said...

I want to be strong just like you.
Tittle post nie pon dh cukup buat hati saya bergetar. :)

izulman said...

"Don't play around with my heart. If u dont wanna be with me, stop talking to me as tough u care. It aint gonna work."

~Someone telling his ex not to give any hope. It's pointless.

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy cantik nyer tuan punyer belog ni ;)

PuanPepel said...

da lama tak dgr ttg BK..

Qib said...

15 kali? dasat tu woo

Check out on these:!

Latest entry di:
Teknik Seks: Ikat dan raba!
Header guna adobe. Pinky!

Asmi Asmidar said...

sedih2. .
like my stuation . .
but now i can get through with al of that . . .

A Fans of Lee Family said...

hurrmm...
bahagia kan bila dpt kekuatan diri semula..
alangkah bagusnya kalau qaseh macam tu juga :)

Anonymous said...

dunia kita tak jauh berbeza...
like ur strong...

karatz said...

oh.hebat nya kau.nampaknya kau dah betul2 redha.
aku pun dlm keadaan mencuba.tp kadang2 aku tewas.dan terus salahkan takdir.haha.kemudian aku waras balik.
susah kan?tp boleh buat.insyaAllah

syahrilhafiz said...

sedih hatiku mendengar sayu..
dan bila esok..hehe
awak kena kuat ok..

Gadis.. said...

huhuhu..

cerita anda sama dgn aku..

:(

ima said...

kak zara,

senyum. :)
akak salah seorang yg berjaya harunginya.

Eila said...

zara...

post lama2 zara..buat sya di motivate.. sedang mencari kekuatan utk tempuh kehidupan yg mencabar...
thanks a lot zra..

seven_eleven658 said...

u give me the strong to trough this tough world. sy jdi terinspired bila baca semua entry awk.thanks;). nak jadi macam awk. Andai dpt melupakan yg lama alagkah bahagianya.