Salam semua.
Hari ini hujan sepanjang hari. Oh, di Festival Sains peringkat daerah tadi hujan lebat mencurah-curah. Banyak pertandingan melibatkan tenaga matahari terpaksa digantikan dengan cahaya mentol jingga. Walaupun tidak sebagus menggunakan cahaya matahari, tetapi kereta solar, bot solar masih boleh bergerak. Terjumpa ramai kawan-kawan yang mengikuti kursus dan kem bersama di festival. Apa lagi, sesi bergosip secara gigih dan mengkritik setiap peserta yang hadir menjadi agenda wajib kami. Oh, bukan dengan perempuan ya? Tetapi semuanya adalah guru-guru lelaki. Oh, sebab pertandingan banyak melibatkan aspek teknikal, maka ramai guru pengiring adalah lelaki.
Aku pasti semua peserta tadi mahukan hari yang cerah dan terik seperti ini.
Senyum.
Pulang ke rumah tadi, terdengar bunyi suara kucing. Aneh juga disebabkan rumah aku memang tiada haiwan peliharaan. Eh, adakah itu yang membuat aku sedikit kasar? Abaikan. Mencari disekeliling kawasan, akhirnya terjumpa seekor anak kucing kecil sedang mengiau perlahan. Kurus dan tiada kelibat ibunya. Eh, siapa yang buang kucing di rumah aku ini? Bukankah lebih baik membuang anak ikan? Ketawa. Gila.
Aku jujurnya seorang manusia yang tidak begitu menggemari kucing. Aku suka lihat dari jauh, gembira dengan telatahnya, memberikan minuman atau makanan. Tetapi untuk memegang, atau apa sahaja yang melibatkan sentuhan dengan kucing, aku menjadi manusia paling penakut. Pakcik aku selalu terkejut jika aku makan bersama dengannya di rumah nenek disebabkan aku akan menjerit bila ada kucing yang menggesel kaki aku. Eh, aku takut. Betul.
Ada orang kata pada aku, disebabkan sifat aku yang tidak berapa gemarkan kucing kerana takut apabila bersentuhan dengan kucing, itu mungkin salah satu aku kurang kelihatan seperti seorang perempuan. Maksudnya, aku kurang nilai perempuan bila tidak menyukai kucing. Betulkah?
"Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..." (Kahlil Gibran)
Nota Kaki :
1. Mahu berehat sekejap.
2. Cedera semula.
Zara : Segalanya sudah bertambah baik dan aku semakin tabah dalam menghitung waktu sebagai manusia yang lebih senang menjawab pertanyaan jodoh dengan senyuman sinis.
14 comments:
aku mencari2 gambau anak kucing!!
mana?? mana???
aku pon tak suka kucing..
aku masih berciri perempuan kan?
hukhuk
@tedi
ak rasa zara tak berani dekat dgn kucing tu utk ambil gambar. so xda la gambar nampaknya. hahah....
zara, orang kata saya kurang kelihatan seperti perempuan juga. sebab saya tak suka budak2.
tapi, saya suka sangat kucing.
jadi, adakah "suka sangat kucing" boleh cancel efek "benci pada budak2" lalu membolehkan saya menjadi perempuan semula?
haha...
tak suka kucing? takleh geng ar camni..muehehe :)
jawab sahaja pertanyaan bodoh itu itu dengan tapak kasut... :)
eh, aku pun xsuke kucing. same la.tp org panggil ak pmpuan lak sebab geli ngan kucing..terbalik..=)
cikgu zara ni pun...
tak semestinya takut kucing bukan sifat wanita...
my mom, sister n niece (my niece mmg foabia kucing) semua takut kucing...
elok la tu dikk.. Akak plak baruuuu je dapat 'IKAN' FREE....! hu hu
Kalau leh la cuba buat aksi 'lalu lalang' depan booth 2 little fishes he he
IKAN FREE :
http://sweetomoide.blogspot.com/2010/06/kontroversi-isu-kurniaan-2-dot-dot-dot.html
meow meow !
kucing dah datang .. hehehe
cedera hati susah nak ubat ni...
ala..aku suka kucing....x geng la gini...haha...
sedang memikirkan kata2 kahlil gibran..
kmk tak suka kucing walaupun kmk orang kuching...ngehngehngeh...
kucing::suke2!!!
haha
kita sama
saya pun tak berapa suka kucing
huhu
tak taulah kenapa
huhu
mungkin emak pun tak menggalakkan sukakan kucing sedari kecil
Post a Comment