Salam hujung minggu.
Aku balik dengan kesan kecederaan ringan akibat tidak memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti latihan mendaki pagi tadi. Sedikit sahaja darah keluar, dan aku rasa itu tidak seberapa kerana esok hingga empat hari seterusnya baru cabaran sebenar bermula. Moga aku lebih kuat dan tabah berbanding sebelumnya.
Sekadar mahu bertanya, apa pendapat kalian tentang kasut aku ini?
Oh, itu novel karya Pengetua Aksara Keraian, dan dia sudah melancarkan novel terbarunya juga. Sila dapatkan di pasaran semua.
Badan dan semangat aku tidak berjalan seiring hari ini. Kecewa dengan diri yang semakin lemah dan aku cuma dapat berharap agar kecederaan ringan tidak membebankan rakan sepasukan esok. Hari kedua adalah cabaran mendaki gunung dan hari ketiga adalah berbasikal. Tidak mengapa, ini jalan yang aku pilih dan aku persetujui. Teringat perbualan dengan kawan aku tadi.
Kawan : Cuti kau tak pergi mana?
Aku : Ada, pergi Pantai Timur minggu lepas. Kenapa?
Kawan : Kau sertai cabaran ni, apa tujuan kau?
Aku : Minat dan mungkin aku mahu larikan diri dari masalah aku.
Kawan : Masalah?
Aku : Sedikit, agak peribadi. Biarlah aku hadap seorang diri.
Kawan : Terlalu kuat kau dapat gelak ketawa begini.
Aku : Tidak seteruk aku rasa betapa bodohnya aku sebab terlepas memberi bayangan yang tidak sepatutnya.
Kawan : Pengakuan?
Aku : Entah, dalam gurauan aku terlepas bicara.
Kawan : Reaksi?
Aku : Macam biasa, aku akan kata yang itu gurauan.
Kawan : Kenapa?
Aku : Tidak perlu sandarkan harapan pada sesuatu yang tidak pasti. Aku percaya dengan janji Allah.
Kawan : Jangan paksa diri jadi kuat.
Aku : Perlu. Aku benci orang kata aku lemah.
Kawan : Akan makan diri sendiri balik.
Aku : Sebab itu aktiviti lasak adalah cara terbaik aku beri ganjaran pada diri.
Kawan : Kau seperti hukum diri sendiri.
Aku : Aku tidak akan duduk termenung dan menangis, bukan aku.
Kawan : Kental sangat, sampai orang akan sangka kau tiada jiwa.
Aku : Ada, masih ada jiwa. Jiwa aku milik Maha Pencipta.
Kawan : Untuk manusia biasa?
Aku : Belum tiba saatnya mungkin. Ia ada disitu, tiada siapa mendekati. Biarlah.
Kawan : Dan kau masih ketawa?
Aku : Tetap akan ketawa.
Mulai esok hingga hari Khamis aku akan berada di Kluang, Johor. Maaf tidak dapat menulis seperti selalunya, walaupun mungkin tiada orang yang menantikan tulisan aku yang tidak seberapa ini. Sedang berusaha kuat untuk tersenyum sebab pentas lakonan aku semakin meluas. Di dalam kawasan yang terhad begini, aku boleh melayan diri lagi. Tapi bila aku melangkah lebih jauh esok, aku perlu memainkan peranan yang berlainan di atas pentas dan penonton yang berbeza.
Perlu berhenti menonton bola sepak buat beberapa hari. Tidak mengapa, aku sudah hampir tiada semangat untuk apa-apa kecuali bola sepak agaknya. Asalkan pasukan yang aku suka mara ke peringkat seterusnya, aku sudah cukup gembira. Kejadian malam tadi agak menggusarkan hati aku juga sebenarnya, aku cuba untuk senyum pahit tetapi yang keluar hanya muntah masam. Gila.
Oh, untuk makhluk yang membosankan itu, maaflah, aku memang tidak berminat untuk melayan sebarang bentuk penghinaan ataupun perkara menjijikkan dari kau. Aku sudah banyak perkara perlu diuruskan dan kau tidak akan termasuk dalam agenda yang aku perlu fikir atau pelihara. Macam biasa, aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. lebih baik untuk aku, dan moga lebih baik untuk kau juga.
Buat perempuan yang tidak sudah-sudah menghubungi aku dan menagih cinta kononnya (walaupun kau mungkin tak tahu blog ini wujud), aku sudah cukup penat untuk meyakinkan bahawa aku seorang yang masih normal serta aku tidak kenal mana-mana manusia yang bernama Amir seperti yang kau maksudkan. Hanya dua orang Amir yang aku kenal, dan mereka berdua bukan manusia yang kau cari. Cukuplah. Aku terlampau penat dengan karenah manusia begini.
Perlarian berhenti sampai saat ini sahaja hari ini.
Nota Kaki :
1. Yang bertanya dimanakah isteri aku, aku hanya mampu ketawa. Aku bujang dan hal itu nampaknya memakan diri sendiri akibat kealpaan semalam.
2. Kecederaan buat aku semakin tabah.
3. Kulit bertambah gelap terbakar dek matahari.
4. Kaki kiri aku menggigil secara berterusan sejak menuruni gunung hingga saat ini. Entah kenapa agaknya.
5. Tiada selera makan.
Zara : Maaf aku tidak dapat menulis Legasi Cinta Alisia dan Runut Irama Jiwa Kita seperti yang aku janjikan. Cabaran ini datang secara tiba-tiba semalam dan aku sungguh membutuhkan rehat yang secukupnya. Salam sayang buat semua.
6 comments:
Berapa harga kasut tu? Smart design oohh tapi xtau r dia punya feel camne.
harap kamu tabah hadapi semua dugaan.. jangan lekas patah semangat dan terus kan perjalanan hidup kamu seperti mana yang kamu mahukan...
mereka-mereka yang iri hati dengan kita hanya akan buatkan kita gagal jika kita melayani kerenah mereka...
harap kamu baik2 saja...
kasut milik syarikat sendiri yaww haha konon nya
nak jugak!
wah..mahal tu kasut...
p/s : Hans Kamsah Bila Bercakap Mesti Dr.Fadzilah Kamsah Rasa Macam Nak Bersara
gambar sebagai bukti ia bukan saduran kan zara kan...hihihi :D
Post a Comment