Friday, June 04, 2010

Selamat Ulang Tahun Adik LHS - Terima Kasih Kerana Selalu Ada Untuk Kakak Ini.


Salam semua.
Belum terlewat untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat seseorang.
Ya, adik yang ditinggalkan di kampus selatan.
Teman baik juga.


Selamat Ulang Tahun Ke-22 Adik LHS!

6 September 2008
Kali pertama terjumpa adik ini di dunia realiti. Sebelumnya hanya berbicara lewat di forum yang disediakan oleh pihak universiti. Pertemuan yang tidak disangka di luar perpustakaan dan aku dengan gaya tidak takut malu kalau salah orang telah menegur dia. Oh, mula-mula dia tidak dapat mengagak siapa aku hingga aku tunjukkan kad pelajar aku.
Ketawa.
Nasib baik orang yang betul.
Kalau tidak?
Pitam.

15 dan 16 September 2008
Bersama delegasi kampus ke satu perasmian yang menarik di Kampus Kuala Lumpur.
Perjalanan yang menarik dan ya, bila nak makan dengan kamu lagi adik?

17 September 2008
Berbuka puasa dengan teman sekuliah dan juga adik ini.
Oh, ada juga beli buku bersama.
Kamu simpan lagi buku itu?
Senyum.

16 Ogos 2009
Sesi fotografi dengan adik ini sehari sebelum istiadat konvokesyen aku. 
Oh, disebabkan hasil tangan dan lensa dia, maka kalian boleh lihat pelbagai aksi gila aku dalam jubah konvokesyen. 
Eh, masa itu tidak sempat makan bersama, hanya menikmati secangkir kopi tatkala terperangkap dalam hujan.
Geram.

20 Ogos 2009
Pulang ke kampus selatan, menghantar jubah dan bertemu adik ini untuk mengambil gambar yang ditangkap.
Itu kali terakhir berjumpa.

Persoalannya, bila lagi dapat bertemu ya dik?
Moga-moga ada pertemuan nanti.
Selamat ulang tahun sekali lagi.
Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

Nota Kaki :
1. Sedang mengemas barang untuk ke Kelantan.
2. Mencari mana budak merah jambu itu. Geram.
3. Buat teman yang menghantar nombor peribadi di Mukabuku dengan hajat untuk bertemu, aku sudah balas kembali. Terima kasih. Kalau ada rezeki, ayuh duduk bersama menikmati suasana Pantai Timur.

Zara : Sedang menikmati barli panas sambil mendendangkan lagu bikin hati gembira yang masih tidak berpunya. Buat yang lemparkan kata hina, aku sudah biasa dan jawapan aku, aku masih muda. Ketawa.

8 comments:

khasyikelvin_ said...

eh,
dia masih solo
atau sudah berpunya?

soalan tak leh blah!

p/s: btw, selamat hari lahir~

HEMY said...

adik yg ni taknak jmpe???hehehe

Munsyi said...

bawak balik brg2 dr pantai timur.huhu

chokio_nia said...

wah..mksdnye jumpa kat utm la kak eh??huhu

Adziim said...

ramai la plak nk p kelantan ni.

NAZ said...

ayat terakhir sentap haha

Hizami Li said...

ada souvenir tak untuk zami?
haha.
;)
well.
selamat bercuti!!!
;)

cheryna zamrinor said...

selamat ke kelantan ye!

jiwa belum ada yang punya?
salah dik...ada yang punya.
Tuhan!