Saturday, June 12, 2010

Bila Isteri Keluar Menghadiri Kenduri Kahwin, Suami Perlu Menjaga Rumah Sambil Menanda Kertas.


Isteri aku pergi kenduri kahwin.
Aku pula duduk di rumah menanda kertas peperiksaan pelajar.
Malam nanti mahu menonton bola lagi.
Alahai.


Ruang kerja aku. Ya, aku suka duduk di atas permaidani. Lebih selesa.

Isteriku, cepat balik.
Jaga anak pula, abang nak selesaikan menanda kertas pelajar ni.
Oh ya, isteriku mungkin balik lambat. Apa nak makan tengah hari ini agaknya?
Oh, nasib baik Bonda sudah menyediakan santapan yang enak di dapur.

Masa untuk menyerang dapur!
Ikan pari bakar, sayur pisang masak lemak, siput sedut, sayur kubis, kari ikan.
Gembira.

Oh, baru sahaja menghantar pesanan ringkas kepada isteriku. Dia sudah dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga dia. Oh, kami memang tidak tinggal sebumbung. Gembira! Isteriku sudah mahu pulang! Ketawa.

Ada sesiapa yang mahu percaya bahawa Lord Zara adalah suami orang? Sila baca sini.
Nota Kaki :
1. Kepala aku sedang kurang betul akibat menanda kertas peperiksaan. Maaf.
2. Aku bujang, ya, bujang.
3. Isteri dan suami di atas merujuk kepada aku dan nakama -teman baik aku.
4. Eh, kenapa aku watak suami?
5. Petang ini ada latihan memanjat gunung. Eh, cuaca dah mendung lah!

Zara : Sedang pening sambil ketawa terbahak-bahak membaca jawapan para pelajar. Ya, jawapan yang boleh membuatkan aku gila dalam masa 5 minit sahaja. Pitam.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25]

14 comments:

Hizami Li said...

hadoi.
mesti entah apa2 dorang jawab ek?
huhu~

Unknown said...

haha. kelakar! :D

Oh Malaysia said...

bro sokong team mana?

FiesyaaChacha said...

adeyh sis! jgn bergurau lagi! ta tahan gelak :P

fndrocka said...

siarkan lah jawapan yg kelakar2...nak gelak ketawa gak

Legasi Piston Pecah said...

cayalah bro, semalam tgk dua2 match ek?perghh...mantap!
--------------------------------
Gangguan atau sekadar ilusi

Zida said...

hahaha isteri orang la sangat ;)

Nina Nurziana said...

haha.. sgt comel ;)

wawa syaida said...

selamat petang isteri dan suami orang +____+

Nunady said...

oo...ini rekaan semata-mata...guru science erk?

Puteri said...

jalan2 ke sni!

En iLHAM said...

sudah baca jawapan student akak kat twitter

memang lawak gile n hampeh

haha

biaselah tu, saya yang hampeh dalam chem pun penah terpikir gak nak jawab exam macam tu

tapi nant kene lari keliling padang plak

xsanggup den

wish u all the best in marking yr student paper

hehe

NAZ said...

saya perlukan bukti

zool said...

selamat menanda kerta dengan hati yang rasional dan bukan emosional