Salam semua.
Aku sedang menanda kertas peperiksaan lagi.
Sambil menggunakan Twitter dan menonton drama Korea untuk menghilangkan tekanan membaca ayat-ayat murid di dalam kertas jawapan. Tarik nafas panjang. Hembus.
Dan, aku dapat ini di dalam salah satu kertas Sains Tingkatan Empat yang aku tanda sebentar tadi.
"CIKGU PLEAS(E) BAGI SAYA LULUS SAYA MOHON SANGAT"
Aku ada meletakkan gambar yang sama di Mukabuku (baca : Facebook) aku tadi. Pelbagai reaksi aku terima dan rata-rata pernah menggunakan kaedah yang sama ketika menjadi seorang pelajar dahulu. Senyum. Aku jujurnya tidak pernah membuat perkara ini, tetapi mengetahui ada kawan-kawan yang pernah melakukan sedemikian.
Ah, ada pelbagai cara manusia kan? Apa pendapat kamu semua? Pernah dilakukan dahulu?
Nota Kaki :
1. Hampir selesai menanda kertas esei. Aduhai tulisan pelajar, boleh buat aku pengsan. Ketawa.
2. Piala Dunia semakin menyeronokkan bukan?
3. Sudah menghantar adik pulang ke MRSM Muar tadi. Petang ini lagi seorang ke SBPI Selandar pula.
Zara : Eh, salahkah ketinggian aku hanya 1.55 meter? Tergamak sungguh memanggil aku Hobbit walaupun hakikatnya Hobbit itu comel. Eh, siapa yang tak suka pokok bonsai? Bonsai pendek, bantut dan comel tahu? Ketawa.
22 comments:
ah.. susah nk jmpe lelaki tinggi sekrang. semua leih kurg tinggi ku saje. hehe..
kretif2 ye student kamu. ;p
student ku x pernah pulak tulis mcm tu. diorg lurus.. haha
.my ex student pn pnh tulis cmtu kt i
.kuikui~
.hobbit?
.comel betul! ;p
zami tak pernah buat.
tapi selalu jugak dengar cikgu2 yg selalu tanda2 kertas cakap benda ni.
haha.
for me,
zami tulis apa yg zami hafal kalau tak tahu nak jawap apa.
walaupun kdg2 macam tak jawab soalan.
tapi at least nampak kot usaha.
;)
tak pernah buat. tp ade skali cikgu tny ,"cmne paper SPM td?"
ak jwb "senang cikgu, senang sangat." muahahaha
Nak buat juga la macam tu !
hehe* saya nak buat gak camtuhh tapi segan lah nanti kat cekguu saya :P
jadinya bedoa banyak2 bia lulus pastuhh doa cekguu lembut hati kasik markah lebeyh :D
Cik Zara..
jangankan budak sekolah, orang yang ambil Master degree pun buat perkara yang sama untuk lulus.. malah lebih hebat..
contohnya...
Puan, tolong luluskan saya sebab saya ada sakit jantung..kalau saya gagal..sakit jantung saya lebih parah....
aku tak pernah buat camtu..jatuhlah water face aku kat cikgu/pensyarah..
cuma ada sekali masa sekolah menengah, exam BM karangan, tulisan aky dag teruk gampang, ada tanda garis2 bagai, pastu aku tulis kat kertas tu lebih kurg camni "cikgu..maaf tulisan saya buruk, cikgu baca karangan saya lah tanpa dipengaruhi tulisan buruk saya ni,saya dah buat yang terbaik'
waka wakwa wkakwa
Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes
ok la gwa mengaku
sumpah gwa xpernah buat camtu
gwa rela fail...
sbb tu bukan care gwa
gyahahahahaahah~
pokok bonsai comel ah,
macam kucing dalam jar
tp tu kejam
gyahaahahahahaah~
pernah jugak terfikir buat gitu..boleh dapat markah kesian ke?
-----------------------------
'Mereka' terkenal & kadangkala terlalu Ekslusif!
Saya dulu SPM buat macam ni la..pasai tu dapat semua kredit...x da fail pown ....kekekeke~
haha saya tak pernah buat begini. macam penakut jer
member pnah r buat,
gila babi kalau buat gitu.,
confirm2 nye fail...
hahahaha...
bonsai comel, tapi leceh.,
berlumut sane sini,
nk gosok payah, byk kije...
hahahahaha...
tgklah mcm mana markah dia kalau hampir2 nk lulus kasi la lulus hehe sian..lagi2 klu pelajar tu jenis yg baik dan berdisplin..kire kasi la bonus lulus tuk dia for sikap dia hehe
155 dah cukup tinggi la wak..
lainlah 140an..
Baru boleh di katakan spesies cute..
zara,
seriously, sayapun x penah wat cenggitu.
tapi saya pernah tulis kalimah 'bismillahirrohmaanirrohim' di bhgn atas kertas jawapan OMR BM.
Satu kelas tahu sebab masa tu saya top scorer.
cikgu cakap sebab tulisan tu la saya score.
ceh..
jgn kata budak sek, budak u pun ade yg buat mcm 2 n merayu kt lect suh bagi dia lulus cz dia nak jgk graduat thn ni... kelakar kn... hehe.. ni lah ragan manusia
ak pernah ada exam Geo kat sekolah dulu. susah yang amat...
sure, ak tak tulis camni okeh!
tapi member sebelah yang tulis. bukan 2-3 ayat, sekarangan pulak tu!
tau2 seminggu kemudian cikgu buat retest.
kali ni lebih senang.
hahahah! serious nice!
klu SPM x digalakkan buat begitu kan...sbb nnt klu x kena masa kita dpt mrkah rendah.......
kty tak penah buat cenggitu.
aku dulu lukis katun kat bawah tu..ahahaahha
hmmm
kalau saya kdang2 macam kesian jugak dengan student macam ni
macam nak bagi markah lebih jer
huhu
nasib baik sy tak jadik cikgu
hehe
huhu..tak pernah buat macam tu..ada juga pelik-pelik macam tu huhu
kalau nak lulus, berusaha & bertawakal, tu kunci kejayaan
pasti cikgu nie tersenyum sahaja melihat teletah macam nie :Pp
Post a Comment