Semalam, dalam kelas Pendidikan Khas sebelum demonstrasi pembuatan aiskrim, sementara menunggu calon-calon kertas Perdagangan 2 keluar dari dewan.
Kak Comel : Cikgu dah ada yang punya?
Aku : Belum lagi.
Kak Comel : Takkan lah tiada?
Aku : Memang tiada kak.*senyum*
Kak Comel : Pakcik, cikgu kata dia ni belum ada yang punya.
Pakcik J : Nak pakcik carikan? 20 peratus pengeras dia.
Aku : *ketawa* Ada pengeras tu. Eh kak, Encik S mana?
Kak Comel : Eh, cikgu panggil Pakcik S? Kami semua panggil Abang S.
Aku : Saya panggil dia Encik lah kak. *ketawa*
Kak Comel : Panggil Abang S sahaja. Dia cuti, ada urusan keluarga katanya. Panggil abang sahaja cikgu. Nampak formal sangat panggil Encik.
Aku : *ketawa* Sya dah biasa panggil orang begitu agaknya.
Kak Comel : Tapi kalau pakcik tu, cikgu kena panggil pakcik. Jangan panggil abang. *ketawa*
Pakcik J : Apa dia?
Kak Comel : Saya cakap dengan cikgu ni, panggil pakcik, sebagai pakcik juga. Jangan panggil abang.
Pakcik : Panggil biar jelas, kang terbang kopiah pakcik ni.
Aku : *ketawa* Sebab tu saya panggil pakcik ni Encik juga hari tu.
Hati sedang berdebar-debar dengan keputusan yang akan merubah hidup.
Tangan lincah menari di atas papan kekunci.
Minda ligat berfikir, merancang kehidupan.
Hati diam-diam berdoa moga tiada yang akan terluka, terguris kecewa.
Bibir mahu tersenyum.
Mata mahu berkaca.
Eh, ada budak nakal yang cuba mengacau ketenangan.
Pintu bilik dibuka.
Ayim : Along, nak guna Internet boleh?
Aku : Nak buat apa?
Ayim : Saja-saja. Main permainan (baca : game)
Aku : Tak sudah-sudah. Lepas main jangan lupa belajar.
Ayim : Dah siap buat kerja dah...
Zara : Mahu mengucapkan ulang tahun buat seorang penulis blog yang comel dan ceria serta seorang bekas rakan sekelas. Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.
27 comments:
suka ngan kopiah pokcik tu... kalo ada gmbar lagi cantik kan? hehehehe
keputusan mengubah kehidupan?
nak pergi mengajar di Zimbabwe pulak ke?
bahaya kalau orang tua da tolak tepi diatas kepala haha
hehehe...pak cik nak gantikan kopiah dengan topi plak ker?? hehehe...
p/s: keputusan penting ape tu zara?? ;)
akak pon selalu panggil encik dari abg...tak suka
kalau saya,saya pun lebih suka panggil encik,cik..gelila panggil abg..hahahaha..XD
hehe~
along, nak gune internet bley??
hahahaha..
klau saye panggil abang gerenti geli giler..
macam panggil honey jer..
T_T
abes comot muka bdak tu kna touch up..hoho.dcsion apa ni cikgu?nk kawen kahh?
saper kak comel?kenalkan plz~
hahahaha
knape kak comel itu sperti cube bsirat2?...hmmm...
terbang kopiah xtahan tue...ekekeke
maksud kamu, kopiah terangkat dek stim dipanggil abang kah? he he he
kesian pakcik..level gua dah kena panggil pakcik ke?
haha kalau panggil abg kopiah boleh terbang ya hehe
haaa mao ngorat ayim rr..eekkeke~
Kalu kopiah tu terbang, pak cik nak buat ap??
=]
the best way panggi ye latok...latok jual ice cream..hahaha...confirm kopiah tak terbang2 dah
ha3.. berjumpe lagi...
emm kalau pakcik 2 terbang kopiah
akak terbangkan ice cream pe susah
hahaha
Songkok hitam tak boleh?
=p
hahaha~
seduced?!
LOL!
OMG@
I want ice cream!!
same!
abang?haha...geli geli...btter pgl encek,xkire tua muda ;p
keputusan apo cik zara?
abang?haha..panggil atuk jer len kali..ekeke
Biasalah zara, orang sentiasa suka kan perhatian dan pujian. Btol tak? Btolllll...........
mesti best klu ada yg menemani..zara,cari sorang k!
kan cikgu muda kat sana ramai
hehe
Post a Comment