Salam Awal Muharam semua!
Hari ini 1 Muharam 1431H.
Selamat Menyambut Maal Hijrah buat kalian.
Selamat Menyambut Maal Hijrah buat kalian.
Tahun Baru dengan semangat baru dan tema yang baru.
"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"
Jika kita lihat secara mendalam, apakah yang cuba disampaikan dalam tema Maal Hijrah tahun ini, kita akan dapat mengenalpasti bahawa ukhuwah, jalinan persahabatan dan ikatan sesama kita dalam masyarakat adalah benteng dalam menangkis apa jua pancaroba yang mendatang. Maka, dengan ukhuwah, jalinan yang mantap, yang kuat, kita akan bangun dengan menjadi satu masyarakat, ummah yang teguh serta perkasa dalam apa jua rintangan dan cubaan.
Dalam aspek kehidupan di Malaysia umumnya, aku melihat ukhuwah yang disemai di antara semua lapisan masyarakat, masih ada yang longgar di mana-mana akibat arus pemodenan yang hebat, tetapi ini boleh diatasi jika masyarakat sedar akan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri mereka sendiri dan sudah tentu diterapkan dalam diri setiap anggota keluarga dan masyarakat tanpa mengira siapa mereka.
********
Hari ini juga adalah ulang tahun perkahwinan yang ke-23 bagi ibu bapa tercinta.
Selamat ulang tahun perkahwinan Mak, Abah.
Aku menitipkan pesanan buat adik-adik agar memberikan ucapan tanda ingatan buat keduanya.
Ayim yang berusia 9 tahun datang bertanya kepada aku.
Zara : Semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar kebahagiaan yang lebih banyak kepada kamu semua.
Selamat ulang tahun perkahwinan Mak, Abah.
Aku menitipkan pesanan buat adik-adik agar memberikan ucapan tanda ingatan buat keduanya.
Ayim yang berusia 9 tahun datang bertanya kepada aku.
Ayim : Kenapa 23 tahun? Umur Along kan 22?
Aku : Kan Mak dan Abah kahwin tahun 1986. Along lahir tahun 1987. Cepat kira!
Ayim : Oh, Along lahir lepas setahun ya?
Aku : Memanglah budak kecil.
Ayim : Oh, kan kena mengandung baru dapat anak, macam Kak Rai.
Aku : Tahu pun!
Zara : Semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar kebahagiaan yang lebih banyak kepada kamu semua.
32 comments:
semoga thn br ini akn membawa kebahagiaan kpd kita semua.. =)
p/s:happy anniversary utk parent kamu dear... =)
salam maal hijarah zara =)
selamat tahun baru....
betul2..yg penting kerjasama..ehe...
even ape2 pon jd..umat islam tetap bersatu..
salam maal hijrah kak zara..
happy anniversary juge utk parents kak zara..^^
hehe sweet je soalan adik zara tu ye
cumil je adik awak ye..kadang budak2 kecik ni,kita kena terangkan satu2..baru dia boleh faham..
kirim salam kat mak abah!!!
kita sebaya la..
First time singgah sini..
Salam singgah
salam maal hijrah zara!
adik kamu sangat comel sebab tanye camtu. hehe..
salam maal hijrah
semoga ari ini lebih baik dari semalam..
salam 1 muharram zara :)
mesti mak zara bunting pelamin..
wakaka~
haha...naive gila ayim tu...
salam maal hijrah zaraa~
salam maal hijrah n epi enibeseri tuk parent kamu... :)
bestnye..bunting pelamin la tu....hee
salam muharram. salam anniversary
salam maal hijrah...semoga perubahan yang lebih baik pada masa akan datang untuk tahun ini..
thx zara for the tema.. ;))
apa azam baru?
adik ko comel gile
salam maal hijrah dan selamat berazam zara
salam maal hijrah utk zara dan salam anniversary untuk parent
Jalinan ukhuwah yg erat teraju kpd pembangunan negara...
Salam maal hijrah..=]
Cutenya sifat ingin tahu ayim tu!
Salaam Maal Hijrah sekali lagi Kak Zara! :)
Muahaha~~~ subjek sains keluarga... aku suker nih~~~ (^___^)
comelnyeee adikkk...mo tampar bleh? =P
selamat ulang tahun.. hihi..
salam maal hijrah
semoga ukhuwah di antara kita semua semakin rapat dan kukuh..
comel nye ayim tuh..btw slm maalhijrah jugak akak..=)
selamat tahun baru..
Skali dgr cam slogan otomen jewr. Anyway Hepi New Hijrah to u to Zara.
Post a Comment