Selamat ulang tahun cinta hatiku semua!
Selamat ulang tahun buat kekasih gelap yang cerah!
Selamat ulang tahun buat teman wanita teristimewa
Selamat ulang tahun buat 3 penulis blog yang mewarnai kehidupan yang ceria.
Selamat ulang tahun buat kalian semua!
Hari ini juga dua bekas rakan sekolah akan melangsungkan perkahwinan.
Oh, dalam dua majlis berasingan.
Satu dijemput, satu lagi tidak mengundang.
Satu hadiah sudah tergeletak cantik dalam beg percuma untuk yang mahu diraikan.
Seorang lagi entah, sahabat yang tidak diketahui mengapa sudah berubah.
Kekasih gelap yang cerah membuat permintaan nakal lagi.
Ah, bakal suami orang kadangkala masih berperangai lepas laku bila berjauhan dengan bakal isteri.
Hari ini hari jadi.
Tentu boleh meminta apa sahaja wahai pujaan hati?
Selamat ulang tahun semua.
Selamat pengantin baru buat mereka.
Moga diulit bahagia.
Moga sentiasa tabah dan gembira.
Zara : Hari ini perlu menghadiri 6 majlis perkahwinan. Tabahlah wahai perut. Pastikan hanya makan pencuci mulut sebagai ganti makanan berat. Minum air sahaja sudah memadai bukan?
Oh, dalam dua majlis berasingan.
Satu dijemput, satu lagi tidak mengundang.
Satu hadiah sudah tergeletak cantik dalam beg percuma untuk yang mahu diraikan.
Seorang lagi entah, sahabat yang tidak diketahui mengapa sudah berubah.
*senyum kanyur*
Kekasih gelap yang cerah membuat permintaan nakal lagi.
Ah, bakal suami orang kadangkala masih berperangai lepas laku bila berjauhan dengan bakal isteri.
Hari ini hari jadi.
Tentu boleh meminta apa sahaja wahai pujaan hati?
*ketawa mesra*
Dia : Zara, kamu pernah peluk sesiapa?
Aku : Bukan setakat peluk, cium sekali juga pernah.
Dia : Siapa?
Aku : Keluarga dan teman-teman wanita.
Dia : Oh, begitu. Siapa lelaki pertama yang kamu mahu peluk?
Aku : Secara teratur dan dirancang adalah suami sendiri, kalau saya berkahwin suatu hari nanti.
Dia : Kalau yang tidak dirancang?
Aku : Entah, sesiapa sahaja kalau terlanggar.
Dia : Kamu peluk saya boleh?
Aku : Mungkin...(ketawa)
Dia : Pastikan boleh, sebelum saya atau kamu berkahwin.
Aku : Kalau begitu kamu kena kahwin dengan saya ke?
Dia : (ketawa) Kamu nakal...
Selamat ulang tahun semua.
Selamat pengantin baru buat mereka.
Moga diulit bahagia.
Moga sentiasa tabah dan gembira.
Zara : Hari ini perlu menghadiri 6 majlis perkahwinan. Tabahlah wahai perut. Pastikan hanya makan pencuci mulut sebagai ganti makanan berat. Minum air sahaja sudah memadai bukan?
24 comments:
kalau teringin sila la naik bas lompat2 tu atau tunggu ert penuh hehe
sis zara comel..:)
apahal la yang sorang tu tak jemput lu...
x djemput ok dik psl x yah pening kepala nk cr hadiah n attend..kekeke
aperpon mmg byk benor kenduri kawin time cuti skola cenggini kan..:)
bestnya dapat peluk lama-lama jgn sampai tak bernafas udah yer
mana boleh..kena makan semua kendri tu..baru sihat cik zara kita ni haha
bila la nak makan nasi minyak ko ni zara wooiii
direnjis2 dipilis... ditepungilah tawar... hai beras kunyit ditabur... disiram si air mawar~~~~
lalalaa~~~~(^_^)
yusenze-knight..siapa nk kawen tuh?ahaha..
selamat ulangtahun untuk zara..
siapa kawen nih??
eh??<-kenapa soalan aku seperti tidak paham entri ini??ahaha
skrip bual-bicara antara kamu dan dia yang membawa kepada soal 'kalau begitu kamu kena kahwin dengan saya ke?..." itu hip. ada momen indah. saya nampak jalur pelangi pada jawapan yang dia simpan.;)
hak3..mkn cket2 je kak zara utk sumer kenduri..
besh2..sedap btol mkn byk2 neh..uiyo..
lokasi dlm pelukan..hujan rintik2
nak peluk zara!!! ;))
*6kenduri?dahsyat!
pastikan makan nasi suku pinggan saja ;)
byknya kenduri yg hendak dihadiri....
zara sgt rajin!=p
sorang lagi terlepas pandang kot nk jemput.. hehehehhehe.. criakan hidup anda..
kakkk
kamu jangan nakal~
sila peluk kambing erat2 yer zara
hahaha
Err.. Cantek laa baju ko tu zara.. Ngeee.. ;)
Heehee.. Betul2.. Itulah jawapannya walau mcm mane sekalipun.. Kahwin!!! Heee.. ;p
jangan minum air banyak2 nanti kembung perut haha..
awalnya depa kawen.. hoho
adakah klu terlanggar sko aku akan dipeluk?? =)
aku 2 rumah dah mencungap..
sekalai hunan lebat da...
Muar sana tak hujan ke? Hehehe.
nak dipeluk juga ;)
Post a Comment