Ini bukan gambar keluarga bahagia.
Bukan.
Kalau kamu cari laju-laju dan terjumpa kami di sini, ia hanya satu ilusi.
Diam.
Termenung.
Senyum.
Aku sedang tenang.
Tersenyum ceria bersama bayi kesayangan.
Bayi merengek perlahan, ada pesanan masuk, menyelinap senyap.
Nah, kamu tiba-tiba menjelma dan menyatakan kamulah putera hati seorang gadis yang telah lama kamu abaikan.
Terkesima.
Melongo.
Ternganga.
Ketawa.
Senyum.
Tersengih.
Terbahak-bahak.
Tutup mulut.
Senyum simpul.
"Kamu masih milikan aku"
Ketawa berdekah di depan kaca."Hati aku masih terpaut pada keikhlasan yang kamu semaikan dahulu"
Senyum nipis di hujung bibir."Walau berjuta wanita disamping aku tetapi kamu tetap di hati yang satu"
Senyum kanyur tampal di wajah.Tiada getar dalam jiwa.
Tiada degupan dalam jantung.
Rasa kering hati.
Tangan tergerak melihat dinding.
"Sayang, saya cinta kamu sampai mati"
Perempuan lain.Entah siapa.
Kamu buat aku ketawa.
Permainan palsu.
Strategi lama.
Teknik zaman dahulu.
19 November 2009
Air Panas Pedas, Negeri Sembilan.
Gambar kenangan bersama rakan sekerja dan adik kecil yang menghabiskan masa belajar berenang bersama bapanya. Oh ya, rakan sekerja ini sudah berpunya - jadi secara rasminya, dia bukan dan tidak akan menjadi skandal aku yang seterusnya
Eh, ini bukan dia yang di dalam cerita.
Si kecil itu juga bukan anak kami berdua.
Kamu mencari gambar keluarga bahagia?
Eh, ini bukan majalah keluarga dan ibu bapa.
Salah tu.
Betul, kamu salah masuk.
Senyum. Peluk. Cium.
Zara : Sedang menggila di Mukabuku bersama teman wanita yang pernah tinggal bersama sewaktu di Tahun Dua. Merindui kenangan bersama dia. Oh ya, teman lelaki yang pernah bergurau mahu menghantar rombongan meminang usai tamat matrikulasi juga ada. Teman-teman bersukaria sahaja.
19 comments:
Sepadan lah kamu berdua....
(saja nk timbulkan gossip)
hahahahaha!!!!
uhuks..
bagai pinang d belah dua!!!
tahniah!!!
wah...mandi manda
sangat sy0k...
=D
wah...ingatkan lelaki tu cinta hati zara td! ngeh3...
bagai bola dibelah dua..hehehe...apa ler...Arsenal menang ler musim nie...MU dah penat tahun nie hehehe
siapakah itu?skandal kamu kah
oh ber suka ria di wet worls pedas yer tapi tak berapa nak seronok kat sana sebab tak banyak game
betul ker ni zara? atau status anda cuba dikaburi
dia masih mengejar kamoo zara :)
tegarkan hati yer sayang..
ala ape salahnyer~
nampak sama cocok~
wahahahahaa
.ehem3 ;p
ngeh3..saje nk timbulkan kontroversi ek kak zara? ^^
bagai merpati dua sejoli..seyes ;))
sgt comey
sesuwai sungguh
hehee
pheweeettt
:)
Tetiba teringat lagu 'Keluarga Bahagia.' Laalaalalaaa~
DeeN
aku pong tetiba teringat lagu tuh..Keluarga BAhagia..ahaha..
zara
betul kah jejaka itu sudah berpunya??owh..bukan skandal ko eh...ahahha
wahh..
p mndi..bestnye..
kalo p mndi lg ajak k..
hehe..
ak keciwa ngan kekalahan man u..
tp musim maseh pjgn..
glory²..hoho
huehuehue baru nk jeles tgk keluarga bahagia ehe
Post a Comment