Wednesday, December 09, 2009

Khas Untuk Pembaca Matang : Anda Tahu Apa Itu Cuci Kaki?


Kamu matang?
Betul?
Mari aku lihat kad pengenalan kamu.
Eh, jangan berdolak-dalik.
Apa tafsiran matang bagi kamu?



Kisah legasi Si Busuk dan Si Tengik kembali mewarnai Dunia Sebelah Zara.
Setahun lebih mengenali sesama sendiri tanpa pernah berjumpa, terima kasih Tuhan, persahabatan yang mereka bina masih utuh dan kuat tanpa mengira apakah badai dan cubaan yang melanda. Si Tengik sering menyedari, ada lima perkara yang sering menguatkan persahabatan mereka.



Seperti kata Si Busuk, lebih senang untuk memahami orang daripada mahu orang memahami diri kita. Itu mungkin yang membuatkan Si Tengik sentiasa mahu berlumba dengan diri sendiri. Mengejar dan membunuh segala halangan yang boleh menjatuhkan dan memakan kehidupan insani yang penuh dengan ujian duniawi.

Si Tengik yang sudah memulakan kerjaya profesionalnya sangat benci bila diasak dengan pertanyaan bila dia akan melangsungkan pernikahan. Benci dan meluat. Dia merasakan usianya masih muda, malahan tanpa calon untuk dirinya, dia tertanya-tanya mengapa orang sering menebak dia dengan persoalan begitu.



Si Tengik : Aku rasa macam nak bunuh sahaja bila orang tanya aku pasal kahwin. *ketawa*
Si Busuk : *ketawa* Siapa?
Si Tengik : Bila aku pergi kenduri kahwin, semua orang tanya, dah kerja ni, bila nak berlaki?
Si Busuk : Gila ayat.
Si Tengik : Aku senang sahaja jawab. Kalau tiada harta aku sendiri, aku takkan gatal-gatal nak jerut diri. *ketawa*
Si Busuk : *ketawa* Jawapan paling pintar. Kalau aku, aku jawab "Makcik ada anak dara? Bagi saya pinjam dua, tiga hari".
Si Tengik : *ketawa* Orang-orang tu macam tercengang. Mereka kata, "Ala, takkan selamanya nak kumpul harta". Aku cakap, kumpul harta, rumah, kereta, lepas itu baru cari suami. *ketawa* 
Si Busuk : *ketawa* Aku tolong jawabkan bagi pihak makcik tu. - "Laki kau masuk cuci kaki. Semua dah ada"
Si Tengik : Biar makcik, senang hati saya. Kalau tidak payah nanti.


 [Ada bahagian yang perlu ditapis kerana terdapat aksi ganas keterlaluan]

Si Busuk : ............................................
Si Tengik : ............................................

Si Busuk : Kau sediakan jawab sebab pasti nanti ada makcik-makcik akan jawab macam tu.
Si Tengik : *ketawa* Pijak perut, rentap rantai leher, muka seret kat tanah.
Si Busuk : Bengong...
Si Tengik : *ketawa jahat*
Si Busuk : Ganas gila. *ketawa*
SI Tengik : *ketawa* Harus...

Perbualan diteruskan dengan membincangkan isu yang berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan laman sosial yang mahu dipadam oleh mereka dan cadangan-cadangan untuk menguasai dunia teknologi dengan jayanya.


9 Disember 2009
Aku perlu bertugas di sekolah.
Menjaga kertas Perdagangan 1 dan 2.
Selamat ulang tahun ke-23 buat sahabat tersayang, Anna.

Zara : Sedang menilai buruk dan baiknya sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan dia. Hati tetap mahu tersenyum gembira tanpa ada rasa gundah gulana.

82 comments:

Anonymous said...

muahaha~! ;p

nanti giliran aku plak menulis ;)

Ken Wooi said...

si tengik and si busuk.. haha..
interesting.. =)

kenwooi.com

Ibu Ammar said...

huhu, begitulah. single di tanya bila mahu kawin. dah kawin ditanya bila mahu ada anak...jgn tanya tak boleh agaknya.kuaaang!

ape2 jer said...

benar soklan paling malas nak jawabkan hehe

hisham said...

salam...i pun rase nk bunuh org gak...mane2 p org tnye ..ko bile nk kawin..soklan lazim...hehe

Unknown said...

tulah pasal makcik2 ni ..sibuk betullah..bila nak kawen..bila nak kawen..tp aku kalu ditanya camtu..aku just diam dan tersenyum..
kang menjawab kaw kaw..cam x hormat org tua plak..mmm

Troisnyx said...

There's a Si Tengik and a Si Busuk ? o.O Ew. LOL.

And yeah, what's the hurry on getting people married ?

imHepPie said...

suka nick si tengik n si busuk haha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hahaha...cuci kaki lah kaum adam yer... =D

Tengku Speki said...

masih blur..
apa maksud cuci kaki??
hikhik

saya inesen...
:)

myQza said...

cuci kaki pada pahaman aku ialah..

contoh : perempuan dah sediakans egalanya.. kereta.. rumah..

kawen.. org lelaki cuci kaki je.. semua dah sedia

amaca jawapan aku!

intanurulfateha said...

.wahh rajin g skola
.kasut da kapur dik? ;p

oranglidi said...

kreatif2..

endahkan je ape orang kataa.. lu nak kawen ke, berteman ke, hak lu..

(ni wa rase nak masuk umah cuci kaki gak ni. heheheh. jadi surirumah je.)

Mrs Nurul said...

oit sensitif ke sal kawen2 huhu aku rase ko dulu ar wehhh

miss zahidah said...

hurm...
tu la..
aku pun tension jugak setiap kali pergi kenduri kawen mesti kena tanya soklan cepumas tu....T_T

Amal said...

agagaa.
nak tolong part seret muka tuh keh!

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Matang bkn angka.. Bkn juga pangkat, kerjaya, pncapaian dn sbgainya.. Huhu.. Matang itu bila saat kita sedar yg kita bkn lagi kanak2, remaja, dn kita pny tanggungjawab dlam hidup.. Hurrmm.. Betul ke? Hee.. ;)

Anonymous said...

nak kawen!!!!!!!!!!!!

niesz said...

hahaha..soklan cemas tu..ehe..xpe2..sabar je la kan..

Paan Ovrtd said...

Saya nak kawin dengan si busuk ah cenggini...

etomyam said...

ha ha..mungkin soalan paling mudah untuk ditanya kepada golongan muda

Pocket said...

dang!!
pocket actually kenal somebody yg memang cuci kaki.
bila masuk family tu dia cuci kaki,
bila kuar pun dia masih lagi suci,
apa pun tak dak...

hatta ASB dia pun tak pernah terkumpul,
so skrg dia keja jual fisbol bakar.

cian dia:)

pocket tak nak cuci kaki, pocket nak ada duli, yg cukup tebal utk nak wat landing gear, kalau kalau jatuh.
tak sakit sangat.

i'msosupernotcool said...

cuci kaki?
x dpt tangkap la..
ape ek?

Cetusan said...

anggap satu pengorbanan, untuk keluarga.

elok cuci kaki..

kira umur demi kepuasan.

selebihnnya untuk adik beradik boleh kan??

HEMY said...

heee...besa la tu..org dok tanya..tp hairan plak..aku tak ramai plak tnya..eh..ke ramai tapi aku lgsg tak amek kisah n terkesan??hmmm

said...

pernah terCHAT dengan sorang jejaka di YM...

dia berkata bahawa mau cari calon isteri orang yg keje dengan Gomen....

senang nak wat loan kata nyer....huhuhu....tu nama nyer CUCI TANGAN....ekkekkeke

Anonymous said...

kalau i,i suke org tanye.hahaha ala kalau org tanye lagi ckp 'esok saye kawen makcik.jemputlah'haha

zella y said...

hurm..soalan yg wat org xde mood nak gi kenduri kawen huhu..

mmg mls sgt nak jwb soalan cepu cemas tu... wat org tension jer...

Bro Framestone said...

he..23x satu je nasihat bro.. if kumpul harta biar la berpada.. jgn xbyr zakat je...

lgpun skrg xramai lelaki yang lelaki... riso dpt lelaki yang nak harta...dok rumah goyang kaki.. kamu pulak bermati2an kat sekolah carik rezeki huhu

he..23x bgus gak ayat kawan mu itew.. pinjam anak dara makcik semalam 2.. confirm xberdara la tue nnt (cam test kereta la pulak)

p/s- bro xckp pun bro yang terbaik...tp bro masih terase kekurangan diri... masih ada yang tiada.... cam mne nk jamin masa depan anak org

daiaziz said...

hehe...
cumil la nick itu..=p

zan xray said...

harta keperluan dunia, kalau keperluan rasanya tak jadi halangan kalau berkemampuan.
Cuci kaki la kalau berkahwin semua dah ada tetapi ada lagi keperluan hidup bersama yang perlu dikongsi bersama kan

Anonymous said...

memang da lumrah kot, orang tua suka menyibuk. hal kahwin kita pun sibuk, arah itu ni.

harap2 diri ini bila sudah tua tidaklah begitu.

Unknown said...

soalan lazim dari makcik2...hahhaa

KiFli MaLLy said...

hahaha...tau takpe mmg itu adalah normal bagi makcik2 yang suka menyibuk....

lara aisya said...

manusia memang suka amik tahu hal orang lainkan...

Anonymous said...

pertanyaan biasa untuk anak dara...nnt dah kawin...bila nak ada anak pula??

Dak Wan® said...

Pertanyaan ghitu jawap jewr ikut orang yg bertanya.... Cth;

Laki bujang yang bertanya, jawap "Jomlah, rumah tok imam bukak lagi ni" dengan gaya bersungguh-sungguh.

Kalau makcik yang bertanya, jawap jewr "Artis *si polan* tu tak masuk meminang lagi lah" dengan selamber.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

.pali.:

aku tunggu beb~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kenwooi :

hahaha~

thanks!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

nursarah87 :

hahaha~

tu le pasal dik~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cik Biol:

hehehe~

yup~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hisham :

tu la kan sham?

tensen~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ashie023 :

rasa mau pijak2 makcik2 itu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

troisnyx* :

some older people love that so much~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

imHepPie :

hahaha~

TQ~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hahaha~

harus katanya~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

~** PROFFY **~:

hahaha~

=p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sI tEDI :

betul!

sejuta markah!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

intanurulfateha (◡‿◡✿):

ngee~

dah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

oranglidi:

lu jadi suraramah le~

kih3~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

░♥si lampu neon♥░ :

takde calon~

carikan satu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miss zahidah:

tu la pasal~

hehee~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miSs s!v:

hahaha~

jom~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Farhana:

hehehe~
betul kak!

=p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

GhOsToNe :

err...jom~

LOL!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

niesz :

hahaha~

tabah je~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Paan:

err..

si busuk tu lelaki la Paan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

etomyam:

hahaha~

mungkin juga~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Pocket :

pergh~
ada landing gear~
err..bertilam empuk tak nak ke bro?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

i'msosupernotcool :

baca pengertian Si Tedi di atas~

Hazami Bahrin said...

I cuci kaki~
Eliza pun cuci kaki~

Harta mak bapak punya~

Hazami Bahrin said...

I cuci kaki~
Eliza pun cuci kaki~

Harta mak bapak punya~

Donatella a.k.a. Don said...

Hahaha~

Give Si Busuk to me~

He sounded cool~

Allysa M said...

Hazami!

Is that consider as confession?!

=p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zeqzeq :

mungkin~

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

HEMY :

ada org tanya~

meh aku tanya~

bila nak kawin dgn cembam?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠:

aigoo~~

nak tumpang lempang org camtu bleh kak?

LOL!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

rathiqah azmira rosli :

hahaha~
bleh gak jawapan camtu~
nak guna lah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zella :

tu la pasal~

huhuhu~

=]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Framestone:

minta2 dijauhkan dari manusia2 yang camtu~

aigoo~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

dayah aziz:

hahaha~

TQ~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zan-xray :

hehehe~
betul katamu bang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ateeka amer :

itulah pasal~
aigoo~~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

~0~:

hahaha~

betul~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

QieFLy si Dolce:

benar!

rasa nak lanyak2 je~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ct sarah :

betul tu kak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lifesaver :

dan bila ada anak, nanti sibuk tanya bila nak bercucu kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Dak Wan :

wah~

cam syiok ni bang~

hehehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hazami Bahrin :

siot~

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Donatella a.k.a. Don :

hahaha~

Can't babe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Allysa M:


maybe~

kih3~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Buat Semua>>>

Terima ksih kerana membaca dan meninggalkan komen!