Percayalah.
Kadangkala, lagu yang kita jeritkan, dendangkan tatkala kita masih anak kecil mempunyai makna yang tersirat dan mendalam.
Benar, walaupun ianya sekadar berbentuk soalan-pernyataan.
"Apa dalam baju, sekuntum bunga Cina"
*senyum*
Melihat situasi yang berlaku tatkala ini buat aku tersenyum.
Terhibur dengan gelagat mereka yang menyatakan, kita bukan kawan, tetapi kita adalah sahabat.
Ya, sahabat yang meletakkan racun dalam pinggan makan dan ketawa bila kita menjamahnya.
Kononnya sahabat - menyindir tak kira tempat.
Eh, itu bukan sahabat tuan-puan-cik-encik.
Itu musibat.
Tapi memang benar.
Bila kebenaran terserlah, kamu mula menggelabah.
Alasan kamu aturkan dari Selatan hingga ke Utara.
Eh, dulu Geografi mesti mata pelajaran kegemaran bukan?
Ala, mengaku sahaja lah - tolong buat cikgu Geografi bangga.
*ketawa mesra sambil genggam pisau di belakang kepala*
Paling suka tengok gelagat kamu-kamu di Mukabuku, sumpah, memang bermuka-muka.
Aku yang rajin membaca dan digelar ulat buku ini hampir termuntah.
Eh, bukan mengandung, tetapi perut rasa sebu, kepala penuh darah.
Ubun-ubun macam kering, minda rasa merah.
Ketawa.
Paut ramai-ramai, kamu main tepuk amai-amai.
Ketawa ramai-ramai, sampai mahu lagakan kepala sampai bersepai.
Laungan di Mukabuku beserta pautan nama kepala sekutu rasa macam lantai.
Lantai kotor yang penuh dengan ampai-ampai.
Zara : Hari ini mahu ketawa gembira lagi. Hujan lebat membasahi Bumi. Gembira. Gembira. Gembira. Mahu peluk boleh?
23 comments:
sahabat yg bermuka-muka,ibarat duri dlm daging...
maksud zella ialah ... kalau nak makan daging tu .. kena berjaga2.. takut ada duri di dalam daging.. ok zara? :p kehkehkehe!
oh.oh. boleh ku sambung nyanyi lagu tu?
dak zara.
orang yang bermuka2 ni x sesuai dekat mukabuku. sesuai dekat muka tembok!!
bukan 2 kuntum bunga cina ker dalam baju?
hahhahahha
cun je ayat die..hihi
you know zara? most of the time i cant really understand what are u trying to convey. sebab macam berkias sangat. plus i jenis direct. hehe. ini kali baru paham (;
aaaa...gile literasi...kureng paham gue
yg pahamnye, jgn jadik backstabbers. ye?
hipokrit itu la jawapannye aku pun benci mcm nk terajang je org2 mcm ni
i smell something fishylah ..
ahaahha..
mm...x paham ape masalahnye nih..
tp memang kalu geng hipokrit , aku pong x skew..
benda kunin tu comel
huhu..bermuka2..hipokrit maknenyer..dpn laen, blkg laen..harap2 bukan salah sorg dr mereka2 tu..^^
memacam jenis sohbat..pandai la pilih
berkawanlah dulu sebelum meletakkan seseorang itu sebagai sahabat...
aku nyanyi tapi aku versikan metalcore~
wahahahaaa
nyanyi jerrr.. ehehe
kak Tirana suka tengok gambar Zara..macam2 gaya posing..hehehe
Selamat Ma'al Hijrah..
boleh2...peluk pliz...haha
hak3~
nak sambong...
nak sambong...
sambong la lagu 2...
ngee~
kawan yang banyak muka, cuba elak agar tidak terluka
Ari ni memang sejuk Zara oooiiiii ... boleh peluk tuh!
lagu eny anak itik tok wi ;)
comel dow
Post a Comment