Kenyataan Yang Terbelit Atas Penulisan Yang Berbelit.
Aku tidak bercinta dengan pelajar sendiri.
Aku bukan memulangkan pemberian orang.
Aku tidak menangis.
Aku hanya aku.
Keperluan atau nafsu?
Mana yang menjadi pilihan hati?
Aku perlukan ubat, pil untuk penawar sakit.
Aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.
Aku perlukan bahu untuk bersandar.
Aku perlukan bantal untuk mulakan pergaduhan.
Aku perlukan darah untuk menjadi diri sendiri semula.
Tengik : Aku perlukan seseorang untuk bercakap.
Busuk : Aku.
Tengik : Tiba-tiba aku rasa ingin menangis. Kenapa ya?
Busuk : Perubahan hormon.
Tengik : Aku kesepian di dalam - menyumpah kebodohan sendiri.
Busuk : Sabar kawan. Lumrah lah. Kekosongan kau itu, penuhkan dengan hidup kau.
Keperluan dan nafsu.
Aku memilih keperluan.
Tiada bahu, aku masih punya dinding.
Tiada seseorang, tetapi aku masih punya kamu sekalian.
Tiada bantal, aku masih punya selimut untuk memulakan serangan.
Tiada darah, aku masih punya hati yang merupakan azalinya darah.
Masih darah.
Melepaskan kekuatan terakhir kepada seseorang.
Suatu bentuk perkongsian?
Ajar dia menghadapi kenyataan walaupun pahit.
Sendiri pasti itu kesalahan, kesilapan tetapi diri masih tegar menidakkan.
Jangan pernah muncul jika mahu memualkan.
Jangan pernah wujud jika mahu meluatkan.
Jangan pernah.
Jangan.
Tiada pemuas nafsu jika yang kamu perlukan adalah keperluan.
Jangan pernah abaikan keperluan kalau kamu bisa membezakan.
Nafsu dan keperluan.
Aku masih manusia.
Bila aku manusia, aku masih punya organ yang perlu dijaga.
Aku masih punya sistem badan yang harus dipelihara.
Kalau aku sakit, aku dambakan seorang pengamal perubatan.
Tapi jika pengamal perubatan yang sakit, aku tertanya, siapa yang akan merawatnya?
Begitu juga dengan aku.
Nafsu aku?
Pada ketagihan yang aku sering puaskan.
Aromanya memanggil aku - jangan tarik!
Lepaskan, biar aku dapat unjurkan diri dengan sempurna.
Zara : Memerlukan seseorang untuk bercakap. Terlalu memerlukan. Jari sedang mendail talian kecemasan. Mungkinkah ada seseorang yang bakal menjawab? Senyap. Senyap. Senyap. Aku cuma perlukan rehat dan sumpah, aku sedang tersenyum.
48 comments:
kalau ekonomi asas juga sarankn penuhkn keperluan dulu baru kehendak hehehe
hidup ini juga ade kos lepas :)
lumrah
jd kita hanya perlu senyum dan tabah kawan..
aku sentiasa bersama kamu
walau tiada rupa :)
walau hanya berdepan dgn skrin yg flat, aku masih melihat kamu melalui tarian kata2.. kau tidak keseorangan dan kau ada teman2 di sini.
ku kira hanya aku..
rupanya kau juga serupa..
dunia maya ni medan saat kamu memerlukan..
skrin flat dihadapan kamu
skrin yang flat juga dihadapan aku
kamu menyampaikan
aku menerima
aku cuba menghulur bahu
tapi nyata tak sampai... tak mencecah kpada kamu..
aku cuma mampu menumpangkan mata
menyalur ke hati..
cukup untuk kamu tau... saat kamu memrlukan.. aku ada disini..untuk kamu....
nak dail no aku pon boley...hehe..
mengadu kepada yang menciptakan mu.
harapkan belas ihsan darinya.
semoga kamu bersandar pada yang benar.
.need sum1?
.i alwez here syg
.nk kite call kamu x?
Dedication from Bon Jovi....
"I'll be there for you, these five words I swear to you
When you breathe, I wanna be the air for you
I'll be there for you
I'd live and I'd die for you
I'd steal the sun from the sky for you
Words can't say what love can do,
I'll be there for you...... "
nasib baik zara kata keperluan.
sebab keperluan mmg masuk maslow.
tp kalau kehendak itu tidak.
eh, apasal masuk prinsip ekonomi nieh?
hehhee...
Keperluan? Hmmmdengar cerita Zara macam dah jatuh sakit je.
akak tak leh hidup sorang...semua tmpt akak perlukan seseorang
memenuhi tuntutan..batin, minum air zam-zam dulu, dunia belum berakhir
zara,
adakah kamu kesunyian disana...?
be strong k!
hai kak zara nie generasi.. im back.
ok kalau akak nak teman berbual saya sudi mendengar k...
keperluan itu sifatnya mencukupi
nafsu tu pula sifatnya mahu lebih itu dan ini
jadi...keperluan yang ada itu perlu disyukuri =)
sebab itu anda memerlukan yang terbaik antara yg terbaik bg kamu... dan bukan pada org len...
die la sahabat..dia la subahat..
die la musuh..dia la pengasuh
die la teman.. die la taman
die la jahat..dia la yg melihat
pe2 pun dia la.. jika jumpa..itu la yg terbaik buat diri mu
xde bantal or bahu pun xpe... dia kan ade
www.broframestone.com
click Nexcare
zara be strong..jauh akk nk bg bahu akk ni.. :)
zara.. bee strong and bee happy k!!
=)
SENYUM!!:D
bila rombongan ke Melaka tu?
kamu perlukan kawan... kawan,
kami sedia menjadi kawan... kawan,
talipon sayer di 999
dan cakap jer nak cakap ngan pocket yg berada di penang,
InshaAllah akan bersambung panggilan anda itu dengan ku disini...
haha keperluan itu pentinh! lama tak baca blog mu huhu
hurmmm...kedengaran spt akak de probs..sabarlah..
ala sesekali buat silap..ulangi lagi sekali
lepaskan je pd blog..
konfirm ko akan rasa lega.
=)
ta paham
hurm..bahu sye ade juge..tp, jauh je ni..mcmn? xpew2..ktorg sudi je hulur bahu2 kami ni..luah kn je kat cn..kami sudi dgr..^^
Samaira :
hehehe~
amik~
kih3~
NuR :
terima kasih sayang!
mier@merr :
meh aku dail laju2 meh~
YobSumo :
Thanks Yob!
intanurulfateha (◡‿◡✿):
baiknya kamu sayang~
rasa cam mau nangis~
Dak Wan :
(terharu)
T__T
cHeRyNa PiReS :
hahaha~
ku pun tak tau kak~
Tekkaus :
kurang sihat sikit je bang~
Lifesaver :
hehehe~
sweet kamu kak~
zeqzeq :
betul!
intan izani :
baik kak!
kampung blogger :
yeay!!
Blog Anuar Kamaruddin™:
benar kata nuar tu~
Framestone :
hahaha~
ni sebabnya zara suka dengan penulisan kamu bang~
♥Hernee Nazir♥ :
hehehe~
zella:
yeah!
I will!
sI tEDI:
hehehe~
belum pasti~
Pocket :
hehehe~
betul ke bang?
nanti zara call kang~
hehehe~
Richeal Phil @ Ritz ^-^ :
rindu kamu junior!
chokio_nia :
takde dik~
=]
zeqzeq:
hahaha~
camtu ek?
[z@ck] :
nak berak dalam blog~
hahaha~
░♥si lampu neon♥░ :
takpe~
et :
kita menari bahu ke bahu mau?
Post a Comment