Friday, November 06, 2009

Berminat Untuk Menjadi Guru? - Pastikan Kamu Punya Pembersih Alat Solek Dan Tisu Kapas Bersama.

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Entah pengaruh apa yang diikuti oleh pelajar sekarang.
Pergi sekolah harus kelihatan cantik, lawa - Bukan kemas seperti kita dahulu.
Bila kita kata kemas - "Eh, cikgu masuk Tadika KEMAS ke?"

Kita dulu, kalau pagi sebelum ke sekolah, pakai bedak debu sahaja.
Habis bedak sebab peluh, kita kesat muka dengan tisu, itu sahaja.
Budak sekarang?
Alahai, cuba tengok apa dalam bekas pensel yang berwarna-warni sana.
Ada lipatan kertas yang penuh dengan bedak.
Ada yang bawa botol bedak yang comel pula.
Eh, ada juga yang bawa bedak mampat (baca : compact powder).

Kamu minat jadi guru?
Boleh.
Pastikan kamu punya pembersih alat solek dan tisu kapas bersama.

http://www.allproducts.com/manufacture100/vinnerwetwipe/product3-s.jpg
**kalau tiada yang begini, guna sahaja tisu biasa**

Jangan ditanya dengan aku mengapa.
Pagi tadi ada dua pelajar yang masuk ke bilik guru mencari sesuatu. Kehadiran mereka diperhatikan oleh seorang guru. Pelajar itu dipanggil ke meja guru.

Guru : Awak bersolek ke?
Pelajar : Mana ada cikgu.
Guru : Muka, pipi merah, mata pun macam pakai pembayang mata sahaja.
Pelajar : Pipi saya memang merah cikgu, mata tak cukup tidur.

Guru itu mencapai tisu muka di atas meja.
Tisu muka dibasahkan dengan air.
Dikesatkan di muka pelajar yang ditanya.

http://i.ivillage.com/BS/makeup/makeup_forever/BS_MakeupForever_366.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Tisu jadi merah sayang!
Eh, muka boleh luntur warnanya?

Tisu jadi gelap sayang!
Oh, kalau dapat mata panda akibat kurang tidur, boleh hilangkan guna tisu ya?
Hebat!

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/6852607/2/istockphoto_6852607-makeup-set.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Siapa yang harus dipersalahkan?
Siri drama yang memaparkan pelajar sekolah memakai alat solek dan kelihatan segar bugar di sekolah?
Rancangan televisyen yang menayangkan muka pelakon yang dihias indah walaupun melakonkan watak pelajar?
Filem yang menonjolkan penampilan sedemikian rupa?
Entah...

"Guru pun pakai alat solek ke sekolah. Sebab itu budak tiru!"

Pelajar-pelajar sekolah yang disayangi...
Cikgu dulu pernah juga bersekolah.
Guru-guru cikgu juga bersolek ke sekolah.
Tidak pula cikgu memakai pembayang mata, pemerah pipi, dan sebagainya.
Tidak pernah!
Salahkah mengenakan solekan tipis di wajah setelah memulakan alam pekerjaan?
Alahai...

http://static-p3.fotolia.com/jpg/00/14/90/72/400_F_14907224_coWdqaocaLPHTtKLUgl4kz1Jhr8CWbjz.jpg
[ Gambar penghargaan di SINI]

Kalau ingin sangat meningkat dewasa, sila belajar bersungguh-sungguh.
Mata pelajaran Solekan dan Dandanan ada ditawarkan - ambil sahaja!
Boleh dicuba pelbagai gaya di situ.
Kalau terlalu ingin bersolek, boleh sahaja. Tiada siapa menghalang.
Tetapi harus kena tempat dan masanya.

Zara : Hujung minggu bakal menjelma. Enaknya dapat menikmati cuaca yang sejuk seperti ini~

54 comments:

encik luth said...

susah jadi cikgu eh?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

zara yg lap guna tisu basah kt muka budak tu ek? great teacher onizuka betul kamu...keke =D

myQza said...

aku x de alat mekap.. x de semua tu... x leh jd cikgu

Nakamura Kazuki said...

hahaha....cun tak budak sekolah yang make up tu..hehehe

NAA said...

ahaha....budak2 zaman skrg kan cepat terpengaruh dgn tV....

lebih2 lagi citer indon tuh...

make up pegi sekolah?? macam perasan da besar sgt jer....padahal makan pun mak bapak tanggung lagik...

Tekkaus said...

Budak-budak zman sekarang memang hidup terlalu mewah! :p

Mrs Poyo said...

tu la..
adik aku pun nak terikut..
mau kna berleter ngn aku..
apa nak jadi la ngn budak2 la..

zahidah dihaz said...

saya tau....
mst cikgu zara punya keja ni kan...
lalalalalala

Anonymous said...

ada murid mekap kalah cikgu.cikgu tempek bedak sejuk je

imHepPie said...

alaa..kene blajo bersolek la dri skang hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

encik luth :

hahaha~
memang payah dak Luth~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hahaha~
cikgu lain Nuar~

=]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sI tEDI :

tak payah ada~

kesat muka budak ja~

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Nakamura Kazuki :

hahaha~

lupa amik gambar~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cInTa aDrIaNa:

hahaha~

sinetron mmg tak bleh blah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tekkaus:

tu la pasal bang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mira amair :

marah kan dia sebelum melarat~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miss zahidah :

hahahha


=p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lifesaver:

tu la apsal~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

imHepPie :

sila sayang~

=]

cahya indah said...

kids nowadays mmg over btul..before ni pun my sis nyer friends yg ms tuh still in form 3 da sebok pkai cosmetics g skola..pkai eyeshadow la, lipstick la..HELLO..skola ke, skola mengandam? zmn kte skola dlu mmg jauh beza dgn skrg..

Samaira said...

haish ye ke ni
bdk2 skang ni mmg advance sajeerrr huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

diya :

semua nak jadi cam jurusolek dalam TV~
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Samaira:

hahaa~

seriously darling~

Amal said...

ade student yg sanggup awal pagi utk pakai eyeliner, eyeshadow.
hahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miSs siv :

hahahaha~
daku pun malas~

=p

kEy said...

cikgu!
masalah saya ialah saya xreti bers0lek!
mcm mne ni? hekhekhek~

.ieLah. said...

ade yeh subjek solekan dan dandanan?
nape dulu aku sekolah tadek ponnn??
:(

PuanPepel said...

ewah....melampau nih...aku dulu sapu bedak pon tak kadang2...
natural beauty..kakaka...

Pais Mais said...

dulu masa sekolah nak pakai bedak pun malas.hahaha

DramaQueen said...

dik.namblas kali aku kata..sbb tu ler aku ni tak layak jadik che'egu.. klu tak..haihh.. mati murid tu aku kerja kan.. baru besar putik derian dah nak lebih-lebeh dari derian yang berbau wangi dan enak dimakan..

eh.. aku cakap derian eh.. alamak..ngidam.. kantoi! wakakaka..

ko nak bekalan tisu? tu aku le sponsor.. aku wat pos laju..tisu basah eh..wakakaka..

beskot said...

aha..
pandai btol budak² zaman skang bergaye..
hmm..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kEy :

meh cikgu make -up kan~

kih3~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

.ieLah.:

ada~
kat sekolah teknik~
hehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mier@merr :

zaman kita lain~
hehehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Pais Chaos:

hehehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

GiGGLe GaL:

hahaha~
nak durian kak?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku Beskot™ :

hehehe~
apa bleh buat~

avid said...

bior la budak tu mekap...haha...semangat skit dak laki gi sekolah...tu la tujuan co-ed ditubuhkan....keh keh...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

avid gunner:

hahaha~
pastu dapat laporan budak perempuan mengandung~
best kan?


sekolah dapat cucu murid~

Cetusan said...

ada alat solek lebih tak, nak satu

IntanBerlian said...

itulah bdak zmn skrg zara...daku ni pon xreti2 lagi nk bsolek.uh kalah ngn bdk skolah.yg peliknye.napelah nk disalahkan cikgu.hoho..pelik2. mcm de 1berite tuh...bdk slhkan facebook sbb result teruk.sengal sunggoh..diri sndri lalai len yg diprslhkn.hohoo.

khasyikelvin_ said...

sis suka kai celak,
sebok student nak kai juga.
mentang2 sunnah nabi.
kalau bab sunnah mcm tu,
laju jer diorg neh.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zeqzeq :

hahaha~

ada2~

amik2~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bellar0ssa:

ku rasa mau terajang bebudak camtu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik ian@aH Lian~ :

huhuhu~

laju je bebudak ni~

Anonymous said...

hormon kewanitaan datang cepat tu

keke

lel said...

wahhh!
hebat budak2 sekarang kan~

ninim said...

alahai...macam2 hal budak2 skang

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Fatt Chin Choy :

hahaha~
apa boleh buat~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Noorlaila Mohamed Nor:

sangat dik~

kih3~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ninim :

hehehe~

=]

I N D A H said...

aduss..skang kene bwk kapas muka utk student lak..cabaran cikgu zaman sekarang..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

I N D A H :

betul2~

jangan lupa bawa tau?