Usai mengedarkan kad perkahwinan yang berwarna hijau itu di atas meja-meja guru di dalam bilik guru, aku kembali duduk di tempat aku. Puas hati kerana apa yang telah dirancang sudah sempurna. Nasib baik bilangan guru serta kakitangan sekolah yang kecil memudahkan kerja aku. Kad-kad kahwin sudah diedarkan, dan buat masa ini, aku mahu menenangkan fikiran yang bercelaru.
[Gambar penghargaan di SINI]
Sedang aku duduk melepaskan lelah selepas berjalan mengedarkan jemputan, aku ditegur oleh guru lelaki yang duduk di sebelah aku. Cikgu Ar baru sahaja pulang dari kelas.
Cikgu Ar : Eh, ada kad kahwin lah.
Aku : Ya, saya yang letak situ cikgu.
Cikgu Ar : Alahai, awak kahwin ya?
Aku : Huh? Saya kahwin?
Cikgu Ar : Nama awak dalam kad ini.
Aku : Mana ada cikgu?
Cikgu Ar : Ada ni. (sambil menyebut nama pengantin perempuan)
Aku : Nama saya tiada lebihan H dan A di dua perkataan terakhir cikgu. (gelak)
Cikgu Ar : (ketawa)
Ya, itu bukan undangan daripada aku. Kad yang aku edarkan adalah daripada guru sekolah berhampiran yang menjemput kami semua. Musim cuti sekolah semakin hampir. Pelbagai perkara sudah dirancang dan sudah tentunya, resmi masyarakat Malaysia, musim cuti sekolah adalah musim berkahwin.
Cuti sekolah - Majlis Perkahwinan.
Cuti sekolah - Majlis berkhatan (bersunat).
Cuti sekolah - Musim mengawan (kata pensyarah aku dulu)
Di sekolah, kad-kad undangan ke majlis perkahwinan sudah mula diedarkan oleh mereka-mereka yang bakal melangsungkan pernikahan dan seterusnya majlis walimatul urus sepanjang bulan November dan Disember ini. Ada guru dari sekolah lain juga menjemput kami, dan sehingga kini aku sudah mendapat 4 undangan ke majlis perkahwinan tidak termasuk undangan perkahwinan dari dua orang sahabat dari kampus selatan.
Tadi ada juga yang bertanya bila aku mahu mengedarkan kad sendiri, aku hanya tersenyum. Perlukah aku mengedarkan kad jemputan perkahwinan yang kosong serta mempunyai nama Abah, Emak dan aku sahaja? *ketawa*
Zara : Esok (Sabtu - 14 November 2009) , bakal berada di Stadium Majlis Perbandaran Kluang, Johor - Menghantar pelajar ke sana bagi acara olahraga. Dan esok juga adalah ulang tahun ke-24 bagi teman yang aku anggap seorang Abang. Selamat Ulang Tahun Weijie!
62 comments:
cuba letak nama di satu space yg kosong dgn nama Fahrin atau Tomok :p
oh mungkin Orlando lebih sesuai.
ceyh..ingatkan kak zara nak kawen...hahahahahaa...~
.kawen jgn lupe jmput ya! ;)
ingat kan zara dah nak kawen td... ;p
kalau kawen nanti jemput-jemputlah erk??
OMG!
i was deceived!
hehe..
when ur lucky day is coming, one card for me kay?
mau kad jemputan jua ... ;-)
selamat pengantin baru cikgu zahrah!!
la la la
Selamat Ulang Tahun Weijie!
Zara.....kalau mau kawin...
jangan lupa jemput kakak yer....
=D
samo lah ngan komen di atas-atas nun..kawen jangan lupo jemput ambe...hehhe
x sabar mau tunggu kamu zara
at least hang da ade calon.. ehehehe
kenapa tidak kata ya:) hhaha
j0m mengaWAn...hu3
nak kad jugak!nak kad jugak!
cehhhh..tertipu!!
lempangkang!!!!hehe
aiyak ingat si kosong dan si comel sudah masanya bersatu hehe
Walimatul Urus
Saya, cheryna Pires dan Keluarga Pires @ CPC ingin menjemput ahli-ahli sesiapa sahaja untuk menghadiri majlis perkahwinan saya dengan pasangan pilihan saya, Jack Bass. Tentatif program adalah seperti berikut:
Hari : Sabtu (Cheryna) & Ahad (Jack)
Tarikh : 13 Oktober 2012 2009 (Kediaman Cheryna)
13 Oktober 2013 (Kediaman Jack)
Tempat : Di blog saya.
Kedatangan tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan.
Zara,
Kak Sha dah ada nama!!! Tak kosong pun. Hehehehe...
OMG!
This is totally a fucking joke baby!
U got me this time.
Hell yeah, if you want to get married, but didn't invite me, of course, I'm going to curse you hard.
LOL!
Hugs darling.
Take care, it's rainy season.
Better be careful.
YobSumo :
fahrin masih ok~
Tomok?
errrr...
cInTa aDrIaNa :
hahaha~
tak mungkin dik~
LOL!
intanurulfateha (◡‿◡✿) :
hehehe~
baiks!
=p
zella:
hehehe~
belum lagi~
PiNk ButTeRfLy:
InsyaALLAH dear~
will never forget u!
JiEjAh_DeEn :
hehehe~
harus kak~
=p
sI tEDI:
terima kasih~
kompang dipalu, pengantin malu~
kih3~
♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :
Hehehe~
Dah wish Weijie ya kak?
=]
ashie023 :
hahaha~
mesti~
imHepPie :
sabarlah sayang~
=]
Jard The Great :
hahaha~
mana ada Jard?
ish3~
naz:
hahaha~
binti nya lain~
kih3~
sharamli :
Jom Sha!
Lifesaver :
nanti aku antar kad kak~
{lumut} :
muahaha~
kih3~
Samaira:
sumpah!
bukan sekarang~
kakaka~
cHeRyNa PiReS:
pergh!
dengan Jack Bass tu!
saya dengan Cristiano Ronaldo~
Hazami Bahrin:
Hahaha~
At least I'm gonna send proper card for u dude~
=]
Thanks dear~
Gonna take care as well~
kalo chegu zara kawen,org nk jd flower gurl,hahaha..tau2 =P
qila~:
wokey!
kih3~
haha..gua dah agak dah...
satu utk gua kalau betul2 kawin...ok?
avid gunner :
baiklah!
gua takkan lupa kamu~
sis pun banyak dpt jemputan...tapi jauh2 la, tak berkesempatan nak g~
lalalalala
oit!
intan izani :
hehehe~
sama lah kak~
cik ian@aH Lian~:
hahaha~
ceyt.aku ingat kau yg nak kahwin.huhu.
jgn lupa kad undangan untuk aku satu.
kalau betul betul jadi laa. ;P
ingat akak nak kawen tadi..berdebar dah..haha
Tengah tunggu ni...
letak je nama aku
kekeke
hahhahhaa
letak name kite la sis.
ehhh~~~
perlu.
nanti orang boleh isi kat tempat kosong tu.
kamu berubah karier yer...cik posmen =D
Masih awal lagi untuk bersanding kan? Masih memilih lagi lah tu. :p
trkejut ceq..igatkan mu yg nak kawin..heee!
arque:
mesti la laling~
mesti jemput~
chokio_nia :
akak pun berdebar~
tetiba~
Paan:
alamat?
kih3~
Fatt Chin Choy :
hahaha~
bleh~
=]
paTonG kerTaS :
amboih~
hahaha~
dude:
wokey!
nanti aku kirim~
Blog Anuar Kamaruddin™:
LOL!
hahaha~
posto2~
Tekkaus :
hahaha~
betul2!
mira amair :
hahaha~
lama lagi~
Post a Comment