Ada sesetengah manusia yang kita tidak perlu tunggu kehadiran mereka. Mereka hanya datang bila memerlukan sesuatu ataupun kita dijadikan sebagai tempat terakhir bagi meluahkan serta apa sahaja. Selain daripada itu, manusia lain disekeliling mereka hanyalah satu tempat persinggahan yang sedia ada.
Macam tempat rehat di lebuh raya, kita tahu ianya ada, tapi kita tidak akan sentiasa berhenti di tempat yang sama. Kadangkala, kita berhenti bila perlu ataupun teruskan sahaja perjalanan jika berhenti bukan suatu keperluan. Manusia sedemikian adalah begitu. Penantian manusia lain (yang mungkin penuh cinta, kasih sayang ataupun mendambakan kebahagiaan) - pada mereka adalah sesuatu yang tidak bermakna. Itu bukan keperluan mereka yang perlu ditunaikan. Mereka hanya datang (atau kembali) - jika mereka memerlukan sesuatu daripada si penanti. Kalau tiada, untuk apa mereka kembali?
[Sumber gambar] |
Malangnya, manusia sedemikian wujud terlampau banyak atas dunia. Sifat curang sudah jadi pakaian mereka dan untuk menambahkan lagi rasa kurang sempurna itu, mereka tidak pernah meninggalkan pakaian lama yang mereka suka. Sebab kadangkala yang baru, mereka jemu kerana mengikut peredaran masa. Yang lama, tidak hilang gaya dan rasa walaupun mungkin sudah dimakan usia.
Begitu juga dengan perasaan mereka.
3 comments:
sangat perit berhdapan dgn manusia begini
kehidupan memang begini macam air ada pasang surutnya juga :)
Manusia lain disekeliling aku hanyalah satu tempat persinggahan yang sedia ada. Agak benar bagi aku, cuma aku lebih mudah move on dari kembali kepada yang lama.
Post a Comment