Monday, June 04, 2012

Lepaskan.


Kadangkala ada orang yang kau enggan simpan lagi dalam fikiran. Kalau fikiran itu mampu dibuang semudah kau memadam papan hitam ataupun fail yang menimbun di dalam komputer peribadi, pastinya sudah senak perut tong sampah yang mengandungi fikiran sedih dan jahat itu barangkali. Kenyataannya, apa yang kita selalu ingat pada manusia yang hadir dalam hidup kita tanpa mengira apakah ia membawa kebaikan atau tidak sebenarnya mampu membunuh jika kenangan yang ditinggalkan mengandungi racun yang tidak mampu dibuang begitu sahaja.

[Sumber gambar]

Tetapi malangnya, melepaskan seseorang tidaklah sesukar melepaskan kenangan tentang mereka dalam hidup kita. Kerana apabila mereka pergi, yang tinggal hanyalah kenangan sama ada baik atau buruk, pahit atau manis - itu sahaja bukti mereka pernah hadir dalam hidup kita.

4 comments:

Unknown said...

melepaskan adalah sesuatu yg sukar,pelupakan adalah sesuatu yang tak masuk akal

syakirah izwanie said...

Ya. Walau sejauh mana kita berlari dari dia. Kenangan itu akan tetap setia bersama kita. Memang sukar hendak di buang.

reenapple said...

ingat dia buat aku rasa mahu membunuh sahaja.. (=.=!)

Owl said...

Sama macam luka. Bila pulih, parut tu akan kau kenang sampai bila-bila.