Memang betul kadangkala peluang hanya datang sekali dalam hidup. Peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak akan sama seperti yang kita mahukan. Malangnya, apa yang kita mahukan biasanya tidak akan muncul kembali - kecuali atas sebab tertentu yang kita sendiri mungkin tidak akan dapat jangka. Manusia lemah mana bisa tahu benda yang menjadi rahsia Yang Maha Esa bukan?
Begitulah juga dalam perhubungan. Kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali. Manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja - di antara yang sudah terlampau banyak kalian curahkan rasa suka. Barangkali, rasa sayang selama ini hanya palsu dan sekadar permainan tidak dijangka memandangkan dalam proses pencarian siapa paling layak bertakhta di jiwa. Mungkin hanya dia yang mampu mencairkan hati yang penuh dengan noda (dan permainan saling bertukar cinta itu). Anda mungkin tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa.
[Sumber gambar] |
"Ke mana awak hilangkan diri?"
"Saya cuma perlukan ruang untuk diri"
"Awak ada masalah?"
"Mungkinlah"
"Kalau ada masalah, awak boleh kongsi"
"Saya tak suka masalah saya orang lain tahu"
"Awak perlukan masa untuk selesaikan masalah awak?"
"Ya. Jangan ganggu saya sampai saya cari awak semula"
"Tapi sesekali awak kena beritahu khabar awak pada saya boleh?"
"Tengoklah"
Peluang hanya datang sekali (mungkin). Kesabaran manusia dalam memberikan peluang adalah sangat nipis. Ya, kalau kita bicara tentang peluang yang diberikan Tuhan untuk kita, pastinya itu sudah jadi kisah lain. Tetapi dengan manusia yang banyak kelemahan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perasaan dan emosi, kita perlu prihatin sebenarnya. Adakah peluang itu sudah habis kita guna?
3 comments:
Perlukan ruang untuk diri, alasan yang selalu aku guna pakai bila ada masalah dan ya aku memang tak nak orang tahu masalah aku.
kadang2 ia bersifat pentingkan diri sendiri...
mungkin lebih baik untuk berterus terang daripada cuba memberi harapan :)
Post a Comment