Wednesday, June 06, 2012

Panggilan #04


Komunikasi dikatakan sebagai kunci paling penting dalam perhubungan. Bukan sedikit yang kita lihat, masalah dalam suatu perhubungan itu berpunca daripada kurangnya komunikasi (atau mungkin terlebih?) ataupun kelemahan didalam komunikasi bersama pasangan. Komunikasi juga tidak terhad pada pasangan bercinta sebab hubungan sesama keluarga dan persahabatan juga, kalau tiada komunikasi - macam mana hendak dikekalkan? Dan, perlu diingat komunikasi itu bukan setakat percakapan. Tapi kali ini mari kita berbicara sedikit tentang pasangan bercinta (dan juga berkahwin mungkin, hah!)

[Sumber gambar]

Bila berlakunya kurang komunikasi, apa yang mahu diharapkan dalam perhubungan? Saling percaya antara satu sama lain - walaupun mungkin jelas diketahui kebarangkalian untuk pasangan berlaku curang adalah amat tinggi. Ah, kalau sudah kenal terlalu lama, dari lirikan mata sebenarnya kita sudah dapat mengesan sama ada si dia itu akan berlaku curang atau tidak. Jika sekali (atau sudah berkali-kali) dia berlaku curang, apa yang dia lafazkan pada kita, mungkin sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri (dan punggung juga berikut angin). Ha ha ha.

"Awak, saya rindu"
"Hmmm"

"Awak, kita dah lama tak berbual kan?"
"Bila saya cari bukan awak nak berbual dengan saya pun"

"Awak, saya rindu awak, tapi peliknya saya tiada rasa nak hubungi awak"
"Sama ada awak ego ataupun perasaan awak itu palsu"

"Awak, malam esok saya telefon awak ya?"
"Saya harap awak akan buat apa awak janji"

"Awak, kita kurang komunikasi kan?"
"Awak dah buang telefon awak ke? Saya hantar SMS, WhatsApp, Viber, Email semua di situ"

"Awak, saya janji kita akan selalu berhubung"
"Itu yang awak kata dahulu dan selalu ulang berapa kali dah"

"Awak, saya tak rasa kita perlu sentiasa berkomunikasi."
"Kenapa?"
"Sebab saya percaya awak takkan berpaling pada orang lain"
"Malangnya saya tahu awak selalu jatuh hati pada orang lain"

Ada orang kata, hubungan itu tidak dinilai daripada berapa banyak mereka berkomunikasi, tetapi daripada berapa berkualitinya komunikasi mereka. Malangnya, mahu mencari kualiti disebalik kuantiti itu - sukarnya bagaikan mencari mutiara laut dalam di kawasan paya bakau yang terjajah keji.

6 comments:

Jard The Great said...

hehehe. mcm blogger gak.. kita berkomunikasi melalui ruangan komen di blog. sorry lama tak singgah sini.

been awhile. rindu lak blog neh. =p

Lala Ani said...

komunikasi yang berkualiti memang penting. :)

nurulnadiaroslan said...

yuppp betul kata orang atas ni. komunikasi yang berkualiti :) boleh la bertahan dalam seminggu. hi hi hi. dah rindu tu mesej jelah. tak yah nak ego2. =)

Anonymous said...

komunikasi yg berkualiti, itu lagi penting dpd komunikasi yg takde isi.

sy tinggalkan dy sebab dah takde komunikasi yg berkualiti. dy terlalu sibuk sampai takde masa untuk sy. mungkin kedengaran agak cliche, tp perempuan, mestilah nakkan perhatian kan? :)

pepol said...

yup,setuju

zuhaida said...

komunikasi mmg sangat penting dalam perhubungan.