Wednesday, June 20, 2012

Limitasi.


Akhirnya dia menemui apa yang dia mahukan dalam hidup. Hidup dia yang biasa-biasa, seperti suatu ketika dulu masa dia baru kenal dengan gaya hidup yang satu itu. Saat dia menelaah satu demi satu bahan bacaan yang dikumpulkan, dia sedar bahawa banyak yang dikorbankan saat dia cuma duduk senyap tanpa berbuat apa-apa. Itu masalah bila dia berdiam tanpa mahu ambil berat banyak benda (yang kalau diambil tahu hanya menyesakkan jiwa).

Bila orang kata kesabaran manusia ada had, ada limitasi, dia sepertimana manusia lain juga mempunyai tahap kesabaran serta toleransi tersendiri. Mungkin sejak kebelakangan ini, hadnya bertambah tinggi (atau dia bertambah bodoh) - dia lebih suka mengikut haluan dan kata hati yang selama ini dipegang erat dan walaupun pernah dikhianati berkali-kali, dia masih percaya akan kata hati (serta logik akal).

[Sumber gambar]

"Macam mana kita nak tahu yang seseorang itu sukakan kita?"
"Adakah kau juga suka orang itu?"

"Tak juga. Mungkin sebab dia selalu perhatikan aku"
"Kadangkala orang perhatikan kita dengan sebab yang kita takkan tahu"

"Rasa macam dia suka aku"
"Kau rasalah kan? Mungkin ya, mungkin tak"

*******

Bila seseorang lebih banyak membawa masalah dan kesedihan dalam hidup kau, apa yang kau perlu lakukan? Masih menunggu dengan setia? Masih mahu teruskan senyuman penuh pura-pura? Segala jawapan yang didapati mungkin akan positif - sebab manusia biasanya akan kekal dengan orang yang memberikan kesan yang mendalam pada hidup mereka - tidak kira baik atau buruk. Cuma, kadangkala ada masanya kita perlu tunjukkan pintu keluar pada manusia sebegitu. Supaya mereka tahu, kedukaan yang mereka benamkan akan digantikan dengan kegembiraan daripada manusia lain (mungkin).

"Masa tamat hampir tiba"
"Belum lagi"

"Aku dah agak jawapan kau memang tu"
"Maksud kau?"

"Kau memang tak boleh lari dari dia"
"Aku boleh kalau aku nak"

"Dan kau tak nak kan?"
"Aku belum buat keputusan"

"Sama macam jawapan kau beberapa bulan lepas"
"Benda ni tak semudah kau sangka"

"Kau yang susahkan diri kau"
"Mungkin aku suka hidup dalam kesakitan begini"

"Sampai bila?"
"Tunggulah sampai semuanya kembali seperti biasa"

"Lepas tu kau akan kekal di sisi dia"
"Entahlah. Mungkin tidak, mungkin ya"

"Jawapan yang sama"
"Aku perlukan masa"

"Siapa sahaja yang boleh tekan butang had sabar kau ni?"
"Rahsia"

"Dah tiba masa kau tunjukkan pintu keluar pada dia"
"Dia sendiri selalu keluar masuk pintu itu"

Sampai bila mahu teruskan derita?

Zara : Tidak semua hubungan akan berakhir dengan gembira. Kadangkala apa yang dilalui adalah sebagai fasa persediaan untuk hubungan lain yang lebih membahagiakan. (Shafaza Zara, 20 Jun 2012)

4 comments:

Chef Az said...

Hubungan berkaitan dengan perasaan. Kadang-kadang perasaan menjadi pemangkin dalam hubungan dan kadang-kadang ia juga menjadi satu limitasi pada hubungan tersebut. Kita mampu berusaha dan berdoa agar satu-satu perhubungan itu berjaya. Namun semuanya terletak di tanganNya.

Pengalaman membuatmu lebih matang dalam membuat sebarang tindakan mahupun cara berfikir.

p/s : tak pernah bosan membaca tulisan mu... =)
teruskan menulis =)

http://hamzah-al-fansuri.blogspot.com/

reenapple said...

Ah.. aku sedang alami ini tapi dengan situasi yg berlainan. Dan akhirnya aku buat keputusan.. mahu meneruskan hidup dengan lebih gembira.. =D

empty_silent said...

like r..best.. gambaran sama seperti apa yang aku hadapi.. Penulisan yang kreatif.

empty_silent said...

like r..
penulisan yang kreatif.