Dia : Sudikah awak menjadi isteri saya?
Aku : Eh?
Dia : Dengan syarat awak tinggalkan blog awak.
Aku : Maksudnya?
Dia : Tinggalkan Dunia Sebelah Zara buat selamanya.
Aku : Selamanya?
Dia : Selama-lamanya.
*******
Aku balik rumah - bercuti.
Cuti apa, aku kurang pasti - yang penting aku di rumah.
Aku duduk-duduk macam biasa dengan Mak dan Abah.
Berbual tentang aktiviti harian yang aku jalani.
Tak semua aku kongsi - yang baik - baik aku cerita, yang sedih aku simpan sendiri.
Cuti itu lama juga.
Mak panggil aku ke ruang tamu.
Selalu je Mak panggil kalau dia nak berbual dengan aku - sebab Mak kata aku selalu duduk dalam gua kalau aku balik rumah.
Gua aku adalah bilik aku.
Mak kata aku suka memerap dalam bilik.
Baiklah, itu cerita lain. Tidak ada kena mengena dengan cerita.
Mak panggil aku.
Mak tanya aku sesuatu, bukan tanya, tetapi lebih kepada memberi kenyataan.
"Mak ada seorang calon untuk Along ni. Along nak tak?"
Aku tergamam.
Berfikir sekejap. Aku masih sendiri. Tiada salah pun.
Tiada mana-mana wajah yang melintas di dalam minda.
"Boleh je Mak. Along tak kisah."
"Kalau boleh, minggu ni langsung sebelum cuti Along habis. Boleh?"
"Boleh sajalah. Ikut suka Mak dengan Abah"
Abah : Dah setuju dah?
Mak : Berapa orang nak jemput ni?
Abah : Dalam 4 ribu...
Aku : 4 ribu? Banyak gila!
----------------------------------------------------------------------
Tiba hari pernikahan dan sebagainya mengikut istiadat Melayu kita ni.
Aku dinikahkan.
Dengan siapa, rupanya pun aku tak pasti.
Yang aku tahu, Mak tak setuju dengan cadangan aku.
Kahwin di restoran makanan segera - jimat belanja aku cakap.
Mak kata jangan.
Abah kata jangan.
Aku?
Terima dan setuju sahaja.
Kawan-kawan ramai datang.
Kawan-kawan sekolah.
Kawan-kawan matrikulasi.
Kawan-kawan kampus selatan juga hadir.
Semua ada.
Saudara mara, sanak keluarga.
Semua ada.
Sepupu-sepupu yang kaki buli aku semua ada.
Bagus, korang tak boleh buli aku lagi lepas ni!
Jaja, A'a, Jerry, Izat, Shafiq..
Hahaha...
Semua orang datang bawa hadiah dan ucap tahniah.
Budak-budak KMJ memang ramai.
Budak-budak Fizikal 6 memang kecoh.
Pijan datang bawa isteri.
"Pijan, kau ni memang suka makan nasi minyak la beb"
"Aku kan suka saja..."
Budak-budak SPC memanglah ramai.
Melambak semua, alahai...
Korang memang best~
Teman-teman sebilik aku dulu semua ada.
Bad, Munira, Niza, Nora, Mira, Yuyue, Sab....
Hehehe...
Bagus..semua orang dah kahwin.
Aku kahwin lambat sangat.
Yuyue ada datang - siap kelek anak - dia bagi aku hadiah paling besar.
Entah apa isinya, malam nanti aku tengok.
Sab pun datang.
Bukan seorang - makin lawa Sab.
"Eh Sab, dah ada perut sekarang...Berapa bulan lagi?"
Budak-budak TESL yang suka ber'blog' pun datang.
Tiqah, Yana, Azie, Ejat, Naimah - hadiah mereka : letak dalam kotak warna merah jambu.
Ejat kata : Kalau kamu buka kotak ni, hadiah dia kena ambil di luar rumah tau?
Budak-budak Kumpulan Dinamik pun ada.
Chua, Lorince, Ady, Yous, Fariz.
Aku jemput mereka datang sebab aku seorang sahaja perempuan dalam kumpulan itu.
Lorince datang dengan isteri dia.
Orang lain tak tahu la pula.
Datang jumpa aku ucapkan tahniah.
Chua : Dulu kata tak nak kahwin. Sekarang kahwin.
Aku : Aku kena kahwin paksa ni. Tak kasihan ke?
Chua : Banyak la paksa. Mesti kalau paksa kau dah lari. Kau kan batu (baca : Rock).
Aku : Benda percuma aku mesti ambil lah. Tipikal Malaysia.
Penulis blog pun ramai datang.
Bukan dari Malaysia sahaja, Singapura, Indonesia dan Filipina juga.
Eh, sempat mereka tempah penerbangan rupanya.
Akram, Anne, Nazeef, Luth antara orang yang datang.
Luth taja aku punya kain - Luth Textile tu.
Bagus la kau Luth.
Zam - bagi aku kek cawan (baca : cupcakes).
Limah - taja masakan untuk aku.
Apai - pereka baju.
Rahami - tukang ambil gambar.
-----------------------------------------------------------------------
Aku cakap aku tak nak bersanding.
Tapi orang sana nak sangat.
Menyampah nak kena senyum paksa selama beberapa jam.
Senyuman palsu serta badan yang penat.
Aku sempat pegang Sean sebelum pergi ke pelamin itu.
Post satu entri tentang apa aku rasa.
Jangan pelamin roboh.
Aku tak nak jadi Sejarah okay?
Aku duduk situ.
Kerusi sebelah kosong.
Kompang kuat sangat. Apasal main kompang?
Buat lah band - baru syok.
Ajaklah Faizal Tahir nyanyi.
Ada orang cubit kat tepi.
Senyap sikit - orang tu dah nak sampai.
Aku - baiklah. Kang bebel banyak pun tak guna. Pasanglah lagu Avenged Sevenfold.
Orang tu sampai.
Kasihan.
Orang Johor kan banyak tol.
Sana sini budak jaga - aku senyum.
Aku dulu pun macam tu.
Rod, buka la benda alah ni.
Aku nak tengok orang yang datang.
Sekejap la sayang - dah sampai.
Rod layan tol lelaki itu.
Banyak kau makan rasuah Rod.
Aku panggil Jenne dengan Ramesh tangkap kau kang.
Dia duduk sebelah aku.
Cuit aku.
Aku toleh.
--------------------------------------------------------------------
Azan Subuh.
Aku bangun.
Mak jerit suruh pergi surau.
Aku seorang - mana pergi kemeriahan semalam?
Danny bergolek kat tepi aku.
Sean ada sebelah Danny.
Aku mimpi je?
Alahai - siapa yang duduk sebelah aku tu?

Dari penulisan ini
*******
Petir berdentum.
Kilat saling sabung menyabung.
Hujan lebat kedengaran menghempas bumi, bingit bila menghentam zink dapur belakang.
Aku terjaga.
Ah, siapa yang sanggup melamar aku dengan syarat sebegitu?
Keji betul.
Lagi satu, belum aku sempat jawab, sudah terjaga oleh kilat yang memancar.
Alahai.
Kenapa mukanya kabur lagi ni?
Geram.
Mimpi lagi.
Cukuplah pernah mimpi di atas.
Kenapa mesti mimpi lagi orang melamar tapi tidak ingat wajahnya?
Nota Kaki :
1. Sejuk.
2. Cuaca yang begini enak berguling di dalam selimut sahaja, tapi kena ke sekolah.
3. Selamat tinggal semua.
Zara : Benci betul bila mimpi sebegitu pada malam Jumaat. Sudahnya, aku bergulung di dalam selimut sehingga pagi. Ketawa.
19 comments:
Samalah, hate when that happens ><
len kali pakai spek mase tido, insyaAllah nmpak muke yg kabur tu.=)
Sedari aku dah tahu, kau hanya menganyam mimpi.. tapi, hari demi hari.. aku makin ketagih untuk membaca coretanmu. Senyum
hehe tido tak basuh kaki kot hehe..
tp mimpi best pe.. =)
amboi.. malam jumaat mimpi cam tue ek..
jeles bro he..23x
xde pulak mimpi masuk tang basah2 tue... ish huhuh nikmatnye mimpi T-T
Feel free to visit
BroFramestone Blog
adeh.
mimpi rupanya.
haha.
;)
zara sudah sampai seruan tu haha
panjangnye mimpi heheh....siap ingat sape yg datang g.huhu
germany atau england?
cepat pilih Zara..
heheheheheheh :P
kalau betul tuh jodoh kiter.. takkan nampak... jeng jeng jeng... hehehe Dia kasik samar saamr aje.... nak sampai seru dah kot..
haha..baca laju2 xsabar nak tahu penghujungnya~~benarkah kak zara dah kahwin? rupa2nya.. haha~~ :p
(bagusnya kalau dapat lihat wajah bakal jodoh itu kan)
oh ya! mak saya pernah bercerita. dia pernah beristikharah. kemudian bermimpi dia membeli goreng pisang dari seorang lelaki dengan harga percuma. bila berkahwin, pengantin lelakinya adalah penjual goreng pisang dlm mimpinya itu! hehe..alhamdulillah mak dan ayah kekal sampi sekarang. :)
hahaha..dh nk smpi masa tuuu
heh..da sampai seru tu beb :)
basuh kaki sebelum tidur ya ..
aiseh.
mimpi ka?
kabur pulak tu.
kak zara, kalau orang yang melamar kakak dan cakap sebegitu, mahu kah?
cuak bace yang beliau nak suruh akak tinggal DSZ,.hehehe
hanya tinggal mimpi...huhuhu...
LOL... mimpi ker?? hehhe.
agak-agak sanggup tak nak kawin dengan dia kalao dia mintak tinggalkan apa yang kita suka buat.. blog lagi kot??
p/s-aku pom pernah mimpikan benda sebegitu.. tapi tuela..mimpi kawin tak pernah nampak siapakah pengantin itu.. kan kan kan?? =)
Post a Comment