Sunday, June 27, 2010

Hari Ini Hari Baik Zara Wahai Teman Pembaca | Hentaman Tanpa Nama Itu Sampah | Cari Matahari


Salam hujung minggu semua.
Malam tadi aku habiskan di suatu tempat dan hanya seorang teman sahaja yang mengetahui di mana aku berada. Entahlah, mungkin sebab aku runsing akan sesuatu dan bila bicara dengan dia walaupun hanya menggunakan pesanan ringkas, aku boleh lupakan sebentar masalah aku dan terlupa untuk berkongsi apa sebenarnya yang aku mahu luahkan. Ketawa.


Entah mengapa aku malas meletakkan gambar sendiri di profil diri.
Oh, aku rindukan kaca mata aku, sudah lama tidak bergambar dengannya. Senyum.

Hari Ini Hari Baik Zara Wahai Teman Pembaca 
Hari ini hari baik aku. Sejak semalam aku dihentam dan dijadikan sasaran kemarahan dua manusia yang lebih dewasa. Biarlah kalaupun aku dilayan seperti anak kecil yang masih memakai seragam sekolah, aku mengerti apa yang tersirat di celah suara yang kuat, muka yang ketat serta jelingan yang padat. Cuma mungkin disebabkan aku sendiri cepat marah akibat warisan yang tidak boleh dibantah, aku ada terjawab satu dua. Mungkin juga disebabkan tarikh untuk mengibar bendera merah semakin dekat pusingannya, maka emosi aku kurang terkawal. Tetapi tidak mengapa. Itu cerita semalam.

Hari ini aku pulang ke rumah semula. Menjenguk pesanan ringkas yang dititip oleh seorang teman yang memujuk aku kembali ceria. Ada juga bingkisan surat elektronik dari  seorang teman wanita bernama B yang penuh dengan kata-kata amarah berunsur nasihat dari seorang teman. Aku terima sahaja, tetapi ada sesuatu di hujung ayat itu buat aku terfikir sesuatu.

"Sayangku Shafaza. Kalau kamu semakin hilang diri, aku dan dia mungkin bakal kehilangan matahari kami. Kami tidak pernah melupakan apa yang telah kamu usahakan sehingga kami mampu menjadi suami isteri. Satu sahaja aku pohon dari kau, pulangkan balik matahari kami walaupun sejauh mana kamu lari"

Aku sungguh, dan sumpah terharu. B, matahari kamu sepatutnya bukan aku lagi. Jadikan Si Jejaka, suami yang hebat untuk wanita yang hebat seperti kamu itu matahari. Zaman kita sudah berlalu, tanggungjawab aku sudah terlaksana buat teman seperti kamu. 

Hentaman Tanpa Nama Itu Sampah
Aku jujurnya malas mahu menulis tentang mereka ini. Tetapi disebabkan sudah menjadi medan pergaduhan atau bertikam lidah dengan kawan-kawan yang aku suka, maka aku dengan penuh hormatnya mahukan semua manusia yang tanpa nama ini untuk meninggalkan barang sepotong nama atau pautan agar aku boleh menjawab semula pertanyaan mereka. Bukan apa, aku kasihan dengan mereka yang asyik datang kembali untuk melihat apakah kutukan mereka sudah berbalas atau belum. Itu sahaja.

Oh, buat si Tanpa Nama yang menyatakan aku tidak membalas komentar para pembaca aku, aku punya alasan sendiri atas kekangan masa. Mereka lebih mengenali aku, cara aku dari kau yang datang tanpa arah tujuan dan memaki aku ikut suka hati seperti tiada ibubapa atau penjaga yang mendidik kau suatu ketika dahulu.

Cari Matahari 
Panas.
Redup.
Dilindungi awan.

Tangan dan jemari yang pernah berkelatuk kesejukan digenggam, dihembus udara panas.
Celahan jemari diisi dengan jemari utuh.
Kuat.
Kejap.

Tangan kanan jumpa tangan kiri.
Tangan kiri jumpa tangan kanan.
Dongak ke langit dan tersenyum melihat matahari yang gagah berani.
Lerai satu pasang dan angkat tangan menjauh dari muka.
Biarkan bayang-bayang menerjah ke muka.
Indah.

Nota Kaki :
1. Esok aku sudah mengambil cuti untuk menemani adik mendaftar ke IPG.
2. Akan berusaha menyiapkan garapan Bab 27.
3. Sakit perut akibat sudah beberapa hari tidak bertugas.

Zara : Baru sehari tinggal blog dah diserang macam-macam? Alahai. Lepas ni aku balas, sekejap ni nak pergi berak dulu. Lepaskan tekanan perasaan sekejap. Eh, sebenarnya kali terakhir aku menyentuh komputer riba jam 8 malam semalam. Baru 12 jam dah ramai meracau dan menggila? Ketawa.

7 comments:

[z@ck] said...

take care sayang =)

nadz ruslan said...

kadang2 saya jugak lupa saya bermata empat. semalam baru perasan. "eh mata aku ada empat!"

Unknown said...

take care dear :D

Jemput tengok sini pula
Saya menangis bila tengok 10 movie ini

Hizami Li said...

ya.
zami pon agak bz semenjak dua menjak ni.
;)

joegrimjow said...

esok nak pergi skolah
;)

TheBentPencil said...

Well at least your anonymouses attack you here at your blog.

Mine just become silent reader and then shit at me at my facebook where I am most normal.

Dirty tactic!

ps. anonymouses. geddit? i spelt it anonyMOUSES. hahaha

Ena said...

Kak Zara pakai spek ke?
tak penah nampak pon.