Wednesday, June 30, 2010

Bunuh Diri Kerana Keluarga Dan Kekasih? | Sudah Sediakan Pak Imam, Doktor Dan Gimnasium Buatmu


Kotak baldu merah penuh rahsia.

“Akan datang kepada kamu bila tiba saat dan waktu.
Harapan aku sandarkan buat kamu.
Moga kamu akan membuka ruang hati yang sedingin salju.
Kerana aku akan tegar menunggu.”

http://www.photoshoppix.com/modules/coppermine/albums/userpics/10004/normal_suicide.jpg

“Kenapa cikgu, kenapa mesti saya?”

“Awak tahu, saya pun terfikir kenapa kita. Kenapa kita mesti dikhianati oleh lelaki yang kita cintai sepenuh jiwa?”


Dwen Zaff ternganga melihatkan Cikgu Alisia Rayyan sudah menangis bersama-sama dengan fatin Natasya. Ah, apa yang sudah merasuk Cikgu Alisia? Benarkah khabar angin ynag menyatakan bangunan belakang sekolah ini bekas tapak pembunuhan beramai-ramai suatu ketika dulu. Perasaan seriau mula menguasai Dwen, bulu roma meremang dan kesejukan serta kehangatan saling berganti di pangkal lehernya. Perhatian ditumpukan kepada Cikgu Alisia dan Fatin.

“Cikgu pun pernah dikhianati?”

“Ya Fatin, cikgu pernah. Teman lelaki cikgu dulu bukan setakat seorang teman wanita baru, tetapi ada ramai. Boleh pula berkongsi ranjang dengan mereka semua. Tapi kan Fatin, cikgu tak ada pula rasa nak bunuh diri.”

“Kenapa?”

“Entah”

“Ala, cikgu kuat, saya tak”

“Saya rasa saya bukan kuat. Cuma saya tak nampak kebaikan kalau saya bunuh diri. Satu, saya malas nak panjat tangga tinggi-tinggi nak bunuh diri, buat penat sahaja. Dua, kalau saya terjun, saya mati terus tak mengapa. Buatnya saya jatuh, saya jadi kurang upaya atau cacat? Tak sanggup rasanya. Nak kena tahan kutukan masyarakat, kasihan pula pada keluarga saya. Ish, memang saya tak nampak kebaikannya.”


Fatin Natasya terpinga-pinga melihat Cikgu Alisia yang sedang asyik bercerita. Tenggelam cikgu muda itu dalam keasyikannya menceritakan kisah lalu. Esakan Fatin semakin perlahan dan Alisia menyedari gadis itu merenung wajahnya dalam-dalam.

“Lagi satu kan, kalau awak masih ada niat nak mati, nak terjun bangunan, silakan. Bukan apa, sekarang ini bukan musim cuti sekolah. Jarang orang buat kenduri. Kalau awak jatuh, kami semua boleh makan percuma di rumah awak nanti. Dwen, Ady, Vinod, mari sini sekejap.”

Alisia menggamit tiga anak muda itu ke tempat di mana dia berdiri. Mereka bertiga saling berpandangan dan mengatur langkah ke arah guru kelas merangkap ratu bola keranjang sekolah suatu ketika dahulu. Alisia Rayyan tersenyum melihatkan mereka bergerak ke arahnya sementelahan Fatin Natasya mula menjauhi mereka.

“Fatin, kalau awak nak terjun juga, saya boleh beri cadangan. Kalau awak mati terus lepas jatuh, kita boleh suruh bapa Ady jadi imam di rumah awak tiga malam berturut-turut, kenduri tahlil buat awak. Katakan awak cedera, boleh suruh bapa Vinod uruskan pembedahan, urusan hospital segala sebab bapa dia doktor. Dwen pun boleh minta abang dia taja gimnasium untuk buat fisioterapi. Pilihan di tangan awak. Betul tak, Ady, Dwen dan Vinod?”

“Betul cikgu!”

“Baiklah Fatin. Saya ada nampak  ambulans semua dah sampai di bawah. Siren bomba pun macam semakin dekat, rasanya mereka sudah menyertai sukarelawan yang lain. Saya nak tunggu di bawah, kalau awak terjun, saya mahu rakam. Boleh jual atau muatnaik di Youtube.”


Alisia Rayyan berpaling pantas dan mengajak muridnya untuk turun ke bawah bersama. Dia tersenyum kepada anggota penyelamat yang sudah bertindak mengelilingi Fatin Natasya. Langkah diatur dan dihayun pantas untuk meninggalkan kawasan itu sebelum jeritan di belakang mematikan gerak yang diatur.

“Cikgu, saya tak nak mati!”

*******

Oh, di atas adalah sedikit petikan dari hasil garapan aku dalam Legasi Cinta Alisia Bab 27. Aku membawakan sedikit gelodak yang kadangkala melanda murid tanpa kita sedari yang mungkin akan bertindak di luar kewarasan diri. Disebabkan itulah, aku sendiri mengambil inisiatif mengenali anak murid aku berdasarkan pemerhatian dan maklumat latar belakang keluarga mereka. 


[Legasi Cinta Alisia Bab 27]

Nota Kaki :
1. Selamat membaca buat semua.
2. Esok merupakan hari yang penuh dengan pelbagai agenda.
3. Benci bila diri tidak dapat bersama dengan manusia yang mengocak minda luar sedar dan tidak nyata.
4. Ketawa dengan soalan yang diterima tentang siapa manusia di belakang Dunia Sebelah Zara.

Zara : Otak masuk air, perut masuk angin, darah naik ke otak. Proses ini silih berganti menemani aku sepanjang hari ini. Diam dan berteleku sendirian mengenangkan betapa diri semakin jauh dan tidak mencapai sasaran semangat juang yang tinggi.

6 comments:

fasham said...

zara...dah lama x komen kt blog ni kan hohoh...^__^

Ken Wooi said...

suicide is a stupid way to run away from problems =/

ima said...

bes r ayt ats tue.
nk copy bley??
:D

Luthfi Suib said...

adoi.. bawa cerita yang baik macam ni kan ok. baru orang yang bodoh nak bunuh diri tu sedar.

hmm...

zool said...

Wah memang nampak gaya cikgu menulis.. cun la cerita pasal nak bunuh diri. baca terasa dlm cerita tu je.
kalau cikgu datang rombongan melawat melaka boleh beritau.. boleh belanja ikan keli..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tiha :

dah lupa kak zara ke?
=p

Kenwooi :

yup,agree! =/

Ima :

kalau nak, kena letak kredit (link) =)

Luth :

itulah pasal kan?

Zool :

Jom!
makan ikan keli!